I
Dalam isu gabungan besar parti pembangkang, pertembungan dalam Parti Amanah Negara kelihatan lebih parah berbanding DAP dan PKR. Amanah kelihatan ketara berpecah antara kem menyokong DSAI atau DAP.
Husam berundur, Fakrulrazi melompat ke PKR dengan sokongan Saari Sungip dan Mazlan Aliman berundur. Hari ini (20.12.20), Dr Mujahid kelihatan menjurus sokongan kepada DSAI. Pada masa yang sama, Dato Salahuddin Ayub menyokong pandangan Mohamad Sabu.
II
Semua parti pembangkang mengecam UMNO sebagai kleptokrat, penyamun dan perompak. Ucapan dan tulisan mereka bagai memberi gambaran bahawa UMNO itu umpama NAJIS yang tidak boleh disentuh. UMNO itu kumpulan penjahat. Dalam kemelut Perak tempoh, DAP dan PKR Perak sedia membentuk kerajaan dengan UMNO. Pada peringkat pusat, Anwar Ibrahim mengejar bayang-bayang opurtunis UMNO yang dikatakan mahu melompat menyokong Anwar Ibrahim sebagai PM.
Mereka snaggup bersama dan berdamai demi keuntungan politik. Sedangkan selama ini bermacam tohmahan terhadap PAS yang berbaik baik dengan UMNO.
III
Hari ini Dato Salahudin Ayub bercakap tentang dinamika politik dan kemungkinan Amanah bersama UMNO,
"
Kita tidak tutup pintu dalam politik, tidak boleh disimpul mati. Dinamika dalam berpolitik mestilah terbuka luas. Itu keputusan bersama PH iaitu untuk tentukan siapa yang perlu kita berkawan atau bermusuh. Harus ditentukan betul-betul. Siapa rakan lain yang perlu dipujuk dan diberikan mereka ruang untuk berlegar dalam permuafakatan PH. Itu akan dibuat dalam majlis Presiden PH, untuk bersama UMNO atau siapa sahaja. Politik sentiasa menjanjikan 1001 mimpi"
IV
PH+. Tempat PPBM diambil alih oleh Pejuang, Muda dan Warisan (jika bertapak di semenanjung). Ketuanya Shafie Afdal. Pengerusinya Tun M.
No comments:
Post a Comment