I
Agama itu Klise.[1]
Melihat seorang YB makan asam pedas
di restoran bukan muslim. Demi keadilan bagi sahabat yang bukan Islam katanya.
Dia mengakui tukang masak restoran bukan Islam.
Melihat seorang politikus lagenda
merangkap pemimpin gerakan Islam menghadiri dalam upacara ritual dan kelihatan
melakukan aktiviti tersebut sebagai tanda hormat dan meraikan kepelbagaian
kaum.
Melihat seorang muslim berkahwin
dengan upacara ritual agama lain.
Ada yang mengakui Islam pada nama.
Amalan hanya pada hari raya. Ada Islam apabila balik kampung sahaja ketika
bertemu ibubapa.
Ibu sahabat meninggal dunia. “saya
tak nak ucapan klise seperti sabar dan Allah menyayangi ibu anda, itu klise”
Ada keluar agama Islam. Lebih berani
ada yang isytihar murtad secara terbuka.
Berlakunya normalisasi dosa-maksiat-kemungkaran dalam kehidupan manusia.
ii
Islam bukan sekadar melafazkan
kalimah syahadah tetapi MESTI melakukan penghayatan Islam dalam kehidupan kita.
Islam bukan sekadar agama atau
upacara ritual. Islam adalah satu cara-gaya hidup.
Orang Islam mesti ada iman atau
keyakinan yang WAJIB dipegang dengan ikatan-simpul kemas dalam Rukun IMAN.
Tahap keyakinan-iman berbeza pada setiap orang. Disitulah letak TAQWA.
iii
Sebab-sebab:
Kita mengalami krisis taqwa dan
krisis iman. Islam sebagai satu cara hidup semakin tidak diyakini. Ia berpunca
daripada krisis ilmu.Mereka bukan tak tahu tetapi tak amal dengan yakin. Ingkar
terhadap ilmu yang mereka tahu. Ingkar ilmu. Pahala-Dosa, Syurga-Neraka, azab
kubur dan hari akhirat bukan lagi pertimbangan dalam melakukan sesuatu
tindakan. Peranan pendidikan melalui ibubapa (paling penting) dan institusi pendidikan sudah menjadi satu malapetaka.
Jauh daripada pengaulan orang yang
saleh. Tempat utama orang saleh adalah masjid dan majlis ilmu kurang dilazimi.
Hilang sifat warak dalam pengaulan, tulisan dan ucapan. Amarah, benci, buruk
sangka, dendam, sombong, fitnah, menipu dan dengki merajai dalam diri manusia.
Nafsu seringkali menindas dan menewaskan aqal. Tasawuf dalam akhlak, adab dan
hati semakin tumpul. Zikir dan fikir semakin kurang berbisa kerana pengaulan
bercampur gaul antara pahala, dosa dan fitnah. Manusia gagal mengawal diri. Muhasabah
diri.
Gaya hidup penuh kemewahan,
keselesaan, kekayaan dan menganggap diri sebagai genius-cerdik telah
menghilangkan kebergantungan kita kepada Allah SWT. Sifat hamba dalam diri
manusia semakin menghilang. Sifat kesombongan, takbur, keegoan dan keakuan
semakin meninggal. Tanpa Tuhan pun, aku boleh hidup mewah dan kaya raya.
Agama menjadi adat dan budaya bukan
lagi satu gaya hidup. Aqidah dan tauhidik bukan lagi menjadi asas kehidupan. Tiada
lagi pertimbangan aqidah dalam tindakan. Islam tidak lagi diambil kira dalam
membuat keputusan. Adab telah mati. Ulama sudah diketepikan. Hidup ikut suka
aku. Ikut nafsu-akal aku sahaja. Lemas dalam kepelbagaian agama (pluralism).
Teruja dengan kemajmukkan masyarakat. Persamaan, sama rata, keadilan dan hak
asasi manusia versi Barat menjadi pegangan bukan lagi prinsip Islam.
Menjadi kelemahan ulama sebagai
modal mengkritik agama. Membuat tanggapan agama dan ulama pada hari ini
sebagaimana agama Kristian dan paderi pada zaman kegelapan di Eropah. Ulama itu
penunggang agama. Ulama itu memonopoli agama. Ulama itu memanipulasi agama.
iv
Lulusan agama dan agamawan gagal
menjadi contoh tauladan yang baik. Ilmu banyak tetapi kefahaman dan akhlak ke
laut. Kefahaman yang keras dan mengikut kehendak keuntungan diri membawa fitnah
kepada agama. Agama digunakan untuk kepentingan duniawi, ditunggang dan
diniagakan untuk kepentingan dan keuntungan diri sendiri.
Sifat warak dan ikhlas semakin
tumpul kalangan lulusan agama dan agamawan. Semuanya sekitar ‘cari makan’ dan populariti.
Agama sudah menjadi klise kalangan
anak muda hari ini.
[1]
Cliche yang membawa maksud sesuatu
idea atau perlakuan yang diulang-ulang penggunaannya tanpa memberikan satu
tafsiran baru. Pengulangan ini dilakukan kerana adanya sedikit kemalasan untuk
menggerakkan minda supaya berkerja bagi mendapatkan sesuatu yang segar dan
lebih menarik daripada sesuatu yang sekian lama dilakukan.
Dalam Wikipedia menyatakan,
Klise (juga dieja klisé, daripada istilah Perancis cliché) atau kata basi[1]
ialah sebarang ungkapan, idea atau unsur yang terkandung dalam sesebuah karya
seni yang digunakan secara lewahnya sehingga hilang maksud asal atau kesannya.
Lewah guna ini mungkin juga sudah sampai ke tahap yang basi atau menjengkelkan,
khususnya apabila ada ketika dahulu idea atau ungkapan itu dikira penuh
bermakna ataupun amat baharu.[2]
Istilah ini sering
digunakan dalam konteks budaya moden (secara pejoratifnya) untuk merujuk kepada
suatu perlakuan atau idea yang dijangka atau diramal berdasarkan suatu
peristiwa yang telah berlaku sebelum ini. "Klisé" barangkalinya
bersifar benar mahupun sebaliknya.[3] Ada daripada klise-klise ini yang
merupakan stereotaip, tetapi ada juga yang merupakan truisme dan fakta.[4]
Klisé sering diguna pakai dalam karya fiksyen untuk tujuan komedi.
No comments:
Post a Comment