Rasa tidak puas hati, kecewa dan
sifat mahu melawan terdapat pada setiap orang yang berada dalam sesebuah
organisasi. Apabila mereka sudah ramai, mereka membentuk kem dalam sesebuah
organisasi. Kemudian, mereka melawan kepimpinan organisasi. Itu lumrah.
Setiap
parti ada kaedah tertentu untuk menyelesaikan masalah. Antara ruang dan peluang
untuk menyelesaikan masalah melalui mesyuarat, dialog tertutup, pemukiman dan
bertanding semasa pemilihan organisasi. Jika tewas dalam pemilihan, tunggu
pemilihan selanjutnya. Begitulah seterusnya. Jika tiada pilihan berehat atau
keluar organisasi.
Hidup biar
berjasa dan bermanfaat kepada orang lain bukannya menjadi beban. Jika menjadi
beban, sila berundur tanpa disuruh. Hidup berorganisasi memerlukan seseorang
memahami budaya kepengikutan dimana seseorang mesti setia kepada organisasi dan
akur-taat kepada arahan pemimpin. Seseorang perlu membantu organisasi bukannya
sibuk mengejar jawatan dan keuntungan peribadi.
Seingat
dulu, Dato Husam Musa mendapat dua peluang menentang Presiden PAS tetapi
melepaskan peluang tersebut. Begitu juga Dato Seri Mohamed Azmin Ali dan kartel
yang gopoh melawan Presiden PKR sehingga dipecat. Sewajarnya menunggu pemilihan
PKR pada tahun 2021 untuk pertandingan hidup mati. Kini, kartel Azmin mengalami
pembersihan etnik dan kemungkinan besar tidak dicalonkan dakam PRU 15 serta
terkontang kanting dalam PKR.
Apabila ruang
dan peluang demokrasi melalui pemilihan tidak digunakan secara baik dalam
organisasi. Akhirnya mereka dikenali orang bermasalah.
No comments:
Post a Comment