Sunday, December 20, 2020

Demonstrasi Baling: Nota Daripada Isham Rais

Perubahan berlaku bukan secara tiba-tiba, ia memerlukan struktur yang menyusun, merancang dan melaksanakan dibawah pimpin sosok tertentu dengan idea-idea baru yang boleh difahami dan dirasai oleh orang ramai.



I

Demonstrasi bukanlah keutamaan tetapi ialah jalan akhir bagi suatu solusi.

Sebelum demonstrasi berlaku, terdapat 3 ciri penggerak demonstrasi:


1. Pencerahan 

Forum, dialog, wacana, penulisan, kelab perbincangan


2. Struktur yang menyusun. 

Organsasi atau pertubuhan tertentu yang menyusun dan merancang demonstrasi. Ia bukan tiba-tiba berlaku. Ia bukan disebabkan kemiskinan atau kekayaan, ia disebabkan adanya struktur-organisasi yang menggerakkannya.


3. Sosok yang menjadi tulang belakang sesuatu gerakan. 

Sosok ialah seorang pemimpin yang melakukan perkara baru yang tidak dinampak atau tidak terfikir oleh orang lain. Pemimpin bukan sahaja mengajukan permsalahan tetapi mengemukakan jalan penyelesaian bagi sesuatu masalah.


II


Masih relevankah gerakan mahasiswa?


Gerakan mahasiswa boleh mencapah isu-isu seperti alam sekitar, kepenggunaan dan kemiskinan bukan lagi terikat dengan isu politik pembangkang vs kerajaan.

No comments:

Sebelum Loceng PRU 15 Melolong

 Sebelum Loceng PRU 15 Melolong a. Kerajaan 1. Kita perlu memahami bahawa kerajaan persekutuan pada hari ini berdiri atas sokongan para ahli...