Friday, December 18, 2020

Kenapa Tidak Berparti?

 

Pertama, kita kena beza politik kepartian dan politik. Kedua, kita beza antara pemain politik dan ilmu politik. Penulis berada pada garis-garis pemerhati, pengkaji, pencatat, peminat dan penulis politik bukannya politikus. Maka, penulis bebas daripada keterikatan dengan parti politik dan arahan ketua.

 

Penulis memilih mazhab politik Saidina Ali dan Saidina Hassan serta Abu Zar yang cuba menjauhi politik persengketaan dan kembali kepada politik sepakat dan politik penyatuan ummah. Berpihak menyebabkan kita sukar setia kepada kebenaran dan keadilan. Kita juga sukar untuk menegur dan mengkritik secara bebas.

 

Penulis tidak menyukai perkumpulan yang ramai. Seorang introvert, tidak suka popular, tidak suka dikenali, tidak gemar mesyuarat dan tidak suka terikat dengan institusi dan arahan kepimpinan. Kelemahan penulis ini direfleksi agar para pendokong Jemaah Islam tidak mengikuti pendekatan penulis.

 

Penulis terlibat dalam organisasi atas dasar mahu membantu dan khidmat kepada umat bukannya berdasarkan keahlian atau mahu jawatan atau dikenali. Penulis suka berada disebalik tabir dan pembantu yang misteri.

 

Penulis tidak minat kuasa dan jawatan. Melihat akhlak dan kepeningan pendirian para politikus sangat menyedihkan. Betullah, kita kena jauhi politik kepartian. Seorang politikus kena bertaqwa dan jaga akhlak.

 

Penulis suka mencontohi Maulana Zakariyya yang dilihat ideology Jemaah Tabligh. Maulana Ilyas menyuruh beliau menjadi penulis kitab yang dijadikan rujukkan JT tanpa perlu menghadiri perkumpulan JT. Penulis juga mencontohi Usman Awang yang berada dan memerhati dalam demonstrasi Utusan Melayu bukannya pemimpin demonstrasi tersebut.

 

"Saudara tak suka dengan politik berparti?". Ayat ini dari wawancara dalam majalah Nadi Insan tahun 1979. (Rujuk Twitter fahmi Reza)















No comments:

Sebab-Akibat

Sebab-akibat antara elemen penting dalam ilmu sejarah. Pemikiran sebab-akibat ini penting bagi mengelakkan kita membuat ramalan dan andaian ...