Friday, December 11, 2020

Kebangkitan Sabah dan Sarawak Sebagai Kingmaker Politik Malaysia.

Sejak berakhirnya PRU 14, Sabah dan Sarawak selama dianggap simpanan tetap telah bertukar menjadi kingmakers dalam politik Malaysia.


Langkah Sheraton yang asal ialah PPBM, PAS, UMNO-BN, GPS, WARISAN dan kartel Azmin menyokong kepimpinan Tun M sebagai PM  dengan prinsip 'Tanpa Anwar, Tanpa DAP'. Ia digagalkan oleh Tun M yang tidak mahu kehadiran pemimpin tertentu UMNO dan mahu mewujudkan Kerajaan Perpaduan. Kerajaan Perpaduan antara idea PAS yang sudah tentu cuba memujuk PAS memihak kepada Tun M. Adanya DAP, PAS dan GPS menolak bersama Tun M bertindak menyokong TSMY menjadi PM.


Di Sabah, Pembangkang (WARISAN-DAP-PH) dan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (BN-PN-PBS) hampir sama kekuatannya. Selain ancaman politik oleh para politikus bermata ganjaran material dan jawatan, kingmakers dalam politik Sabah ialah kelompok evangelis Kristian. Mereka boleh menentukan siapa menjadi kerajaan.


Di Sarawak, GPS diancam oleh perubahan sikap dan pemikiran rakyat yang lebih berinformasi dimana mereka mula memberi sokongan kepada DAP. Kebangkitan DAP Sarawak mengancam GPS. Ini antara sebab utama GPS menyokong PN.


PRU 15, politik tertumpu kepada Sabah dan Sarawak sebagai penentu  siapa yang menubuhkan Kerajaan Persekutuan. Masalah besar yang timbul ialah peningkatan kembali sentimen wilayah dalam kalangan rakyat Sabah dan Sarawak. Semoga rakyat Sabah dan Sarawak tidak terpengaruh dengan kelompok ekstrem yang memperjuangkan sentimen wilayah. Politik kita juga tertumpu kepada pendirian semasa penduduk Pantai Barat Semannjung terutamanya kalangan masyarakat urban.

No comments:

Sebelum Loceng PRU 15 Melolong

 Sebelum Loceng PRU 15 Melolong a. Kerajaan 1. Kita perlu memahami bahawa kerajaan persekutuan pada hari ini berdiri atas sokongan para ahli...