Belanjawan 2021 lulus dimana sebanyak 111 ahli parlimen telah menyokong manakala 108 tidak menyokong. Seorang tidak hadir. Perkara ini memberi isyarat bahawa idea penubuhan kerajaan baru dengan mengharapkan anggota parlimen UMNO melompat parti sebagaimana dua kali cadangan Anwar Ibrahim tidak relevan.
Dalam
kenyataan bersama Presiden AMANAH, Mohamad Sabu dan SUA DAP, Lim Guan Eng, ‘PH perlu membuat anjakan politik untuk
menyatukan seluruh blok pembangkang. PH tidak perlu sibuk cuba mendapatkan
sokongan daripada wakil rakyat kerajaan. Mereka membazir tenaga mengejar bayang
bayang untuk menumbangkan PN. PH seharusnya tidak membuang masa dengan ahli
parlimen kerajaan opurtunis dan hanya memperalatkan PH demi kepentingan
peribadi mereka sendiri agar memperolehi tawaran lebih lumayan daripada
kerajaan PN (kenyataan akhbar bersama Presiden Amanah dan SUA DAP
17.12.2020)’
Ahli
Parlimen muda DAP iaitu Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching, AP bakri Yeo Bee Yin
dan AP Segambut Hannah Yeoh memberi gambaran pembangkang perlukan harapan baru.
Gabungan pembangkang perlu membuat perubahan (MK 16.12.2020)
Bagi
Mohamad Sabu dan Lim Guan Eng, ‘masa dan
sumber harus digunakan untuk rakan dan sekutu kita yang dapat menemui
perjuangan bersama bagi rakyat berdasarkan prinsip-prinsip nilai demokrasi yang
utuh, tadbir urus yang baik, anti-rasuah dan kemajuan ekonomi dan keadilan
sosial. Dengan kata lain, daripada 92 Ahli Parlimen bersekutu PH, PH harus
memperluas lingkungan untuk menumpukan perhatian kepada 108 anggota Parlimen
pembangkang, yakni PH Plus.’ Mohamad Sabu dalam kenyataan peribadi pernah
menulis kukuh kerjasama dan tambah kawan. Sudah tentu PH + meliputi PH (Amanah,
DAP, PKR) disertai oleh WARISAN, PEJUANG, MUDA dan GPS. Modelnya ialah PRN
Sabah 2020 dimana WARISAN bersekutu dengan PH+. Timbalan Presiden Amanah,
Salahudin Ayub lebih awal positiff dengan idea gabungan pembangkang (grand
coalition) yang besar (MK 13.12.2020).
Apa yang
sebenarnya berlaku? Persoalan besar sekarang ialah berkaitan NOMBOR. Anwar
Ibrahim gagal mencari NOMBOR dan berharapkan NOMBOR tersebut datang daripada
ahli parlimen UMNO yang melompat menyokong PH. Manakala DAP dan Amanah mahukan
PH bersekutu dengan Tun M. Dibelakang Tun M ada parti Warisan Sabah dan Muda.
Syarat Tun M pula ialah calon PM mestilah dirinya atau DS Shafie Afdal dan
tanpa UMNO.
Peringkat
pimpinan, pemimpin DAP dan Amanah bersedia bersekutu dengan Tun M. Pada waktu
yang sama pemimpin PKR dan anggota bawahan mereka menolak Tun M. Peringkat bawah,
anggota Amanah juga tidak selesa Tun M berseberangan dengan pemimpin utama
mereka. Amanah dijangka mengalami perbezaan pandangan yang teruk diantara kem
DSAI vs kem Tun M. Peletakkan jawatan Dato Husam Musa sebagai Naib Presiden dan
kemasukan ADUN Meru, Fakhrurazi ke dalam PKR serta sokongan YB Saari Sungip
memberi isyarat kemunculan kem menyokong Anwar Ibrahim dan menolak Tun M
sebagai calon PM.
Ramai
melihat pertembungan ini antara Tun M vs DSAI, pandangan ini tidak salah. Anwar
Ibrahim mengalami krisis keyakinan dalam kalangan pemimpin PH. Krisis keyakinan
ini berpunca dengan tindakan Anwar Ibrahim mengunakan pendekatan matlamat
menghalalkan cara dalam tindakan politik beliau. Beliau dikeliling oleh
penasihat yang salah sehingga Rafizi Ramli yang bersara politik memberi teguran
terbuka dan keras terhadap Anwar
Ibrahim. Peletakkan jawatan Nurul Izzah dan ramai sahabat baik Anwar Ibrahim
yang menolak Anwar dan menyertai kartel Azmin memberi isyarat Anwar Ibrahim
semakin jauh daripada landasan perjuangan ekoran menerima nasihat yang salah.
Jelasnya,
pihak pembangkang memerlukan gabungan yang lebih besar dengan mengetepikan
masalah-masalah yang mereka hadapi. Paling kurang format pembahagian kerusi
masih boleh mengikut format PRU14. Pihak pembangkang juga memerlukan pemimpin
yang lebih muda. Masa semakin singkat, PH tidak boleh lagi memasang mimpi
indah.
No comments:
Post a Comment