BAB
ABIM VS IRC
1. Kisah
IRC berjaya mengambil-alih Malaysian
Islamic Study Group (MISG) di Amerika Syarikat daripada ABIM. IRC berjaya
dikhabarkan berjaya menyingkirkan Muhammad Nur Manuty daripada kepimpinan MISG.
2. Kisah
elemen IRC dan PAS merampas kepimpinan PMIUM daripada ABIM pada awal tahun
1980an.
3. Cubaan
mengambil-alih ABIM setelah kemasukan Anwar Ibrahim ke dalam UMNO. Mereka
membuat bantahan terhadap Majlis Syura ABIM dalam Muktamar ABIM.
4.
Peranan aktivis IRC-JIM dalam PKN dan PKR.
Kelompok
bekas pemimpin UMNO dan kelompok JIM berjaya menghalang pengABIMan Parti
Keadilan Nasional (PKN). Pengaruh ABIM diganti oleh pengaruh kelompok JIM.
Bekas pemimpin JIM, Sahri Bahri dilantik sebagai SUA PKN mengantikan Mohd Anuar
Tahir (ABIM). Sahri Bahri pemimpin JIM yang aktif dalam UMNO. Begitu juga
Timbalan Presiden PKN, Abdul Rahman Othman adalah pemimpin JIM yang aktif dalam
UMNO Bahagian Muar.
Kesetiaan ABIM dan Jaringan IRC
ABIM
terkenal setia bersama Anwar Ibrahim dalam apa jua keadaan. Tetapi Anwar
Ibrahim lebih selesa melantik pegawai beliau bukan kalangan aktivis ABIM. ABIM
hanyalah teman ketika susah. Ia berbeza
dengan kelompok IRC yang diberi kepercayaan besar oleh Anwar Ibrahim.
Antara
pemimpin IRC yang menyertai UMNO ialah Abdul Rahim Ghouse, Sahri Bahri dan Wan
Hasni Wan Sulaiman. Abdul Rahim Ghouse[1]
dan Wan Hasni Wan Sulaiman adalah tulang belakang Anwar Ibrahim dalam jaringan
antarabangsa dan dana.
Abdul
Rahim Ghouse (1986-1987) dan Wan Hasni(1988- 1990) merupakan mantan pemimpin
mahasiswa dalam Malaysian Islamic Study
Group (MISG) yang ditubuhkan Peoria, Illinois, Amerika Syarikat pada 1976.
MISG USA pada awalnya dikuasai oleh juak ABIM yang akhirnya disingkirkan oleh
juak IRC.
Ketika
Anwar Ibrahim dipecat pada tahun 1998, Abdul Rahim Ghouse merupakan Ketua
Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang dan EXCO
Majlis Ekonomi Pergerakan Pemuda UMNO manakala Wan Hasni pula Timbalan Ketua
Pemuda UMNO Kelantan.
Rahim
Ghouse dan Wan Hasni merupakan orang penting dalam ABRAR Group. Pada 25
September 1998, Rahim Ghouse meletakkan jawatan Pengarah Eksekutif Abrar Group
International Sdn. Bhd. (Abrar).
IKRAM dan PAN
Tanzim Abu Urwah sungguh kuat dalam IKRAM. Memang kita sukar nama
jumpa nama Abu Urwah dalam struktur rasmi IKRAM tetapi ia tidak mustahil ada
struktur sebalik tabir-tersembunyi ‘jemaah dalam jemaah’ dalam IKRAM dan
aspirasi leluhur warisan Tanzim Abu Urwah sejak zaman JIM lagi. Penubuhan GHB,
Harapan Baru dan PAN direstui oleh IKRAM.
IKRAM
mengalu-alukan penubuhan PAN. Menurut Timbalan Presiden IKRAM, Ustaz Hasanuddin
Mohd Yunus; “IKRAM mengalu-alukan
kemunculan sebuah parti baru yang ingin memainkan peranannya yang tersendiri;
demi memastikan sistem dwi-parti dapat
terus diperkukuhkan.”
Hasanuddin
Mohd Yunus juga menyatakan menyatakan “Di
atas pendirian ini, IKRAM menyatakan kesediaan untuk menjadi sebahagian dari
gelombang harapan baru untuk membina Malaysia yang lebih rahmah, demokratik dan
sejahtera.”
Hasanuddin
Mohd Yunus sekali lagi menyatakan “GHB
akan menjadi suara untuk rakyat, dengan membawakan idea dan pemikiran untuk
kebaikan negara dan ummah.”
Setelah
melihat tiga kenyataan Timbalan Presiden IKRAM, Hasanuddin Mohd Yunus jelas
menunjukkan IKRAM menyokong penubuhan parti baru yang kemudiannya dikenali
sebagai PAN. Hasanuddin Mohd Yunus sendiri telah dilepaskan oleh IKRAM untuk menjawat Naib Presiden PAN.
Penubuhan
PAN yang menyertai Pakatan Harapan lebih disukai oleh IKRAM kerana pengamalan
sistem politik dwiparti. Ustaz Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad, Presiden IKRAM
menyatakan “IKRAM percaya Pakatan Harapan
akan dapat mengukuhkan sistem dwiparti di Malaysia yang telah terbukti memberi
banyak manfaat kepada rakyat dan negara yang mengamalkan Sistem Demokrasi
Berparlimen melalui proses semak dan imbang (check and balance) yang berkesan.”
Penubuhan
PAN membuka ruang dan peluang kepada IKRAM (al-jamaah-IRC-HIS-JIM) menguasai
PAN pada masa depan kerana otai IKRAM sejak zaman al-jamaah, HIS, IRC, Alami
dan JIM bersatu dalam kepimpinan PAN. PAN boleh dijadikan sayap politik IKRAM.
Inilah cita-cita IRC yang sudah lama. Kehadiran anggota al-jemaah-IRC-Alami-JIM
yang diposisikan pada jawatan tertentu dipelbagai peringkat, anak muda IKRAM
juga mengaktifkan cawangan-cawangan (akar umbi) dan program-program PAN dan
sistem pemilihan PAN memudahkan IKRAM meletakkan proksi mereka.
Adakah
berlaku konflik dalaman dalam PAN? Masa akan menentukan. Prestasi IKRAM dan PAN
dalam pilihan raya ke 14 akan dibincangkan dalam satu artikel selepas PRU 14
nanti. Insya Allah.
Kelemahan Pemimpin Gerakan Islam Dalam
Politik Kepartian
1.
Kehakisan Istilah-Konsep Dalam Politik Gerakan Islam
Dalam
politik kepartian, istilah-konsep politik Islam yang termaktub dalam gerakan
Islam seperti wala’ dan syura telah terhakis dan hilang. Suasana
politik dalam jemaah dan politik kepartian cukup berbeza. Dalam gerakan Islam, wala’, baiah dan keputusan syura dihormati untuk mencari keredhaan.
Tetapi dalam politik kepartian, semua mencari KUASA dan DUIT.
2. Pintar
dan Licik Dalam Permainan Politik
Seorang
politikus sejati mempunyai sifat ‘true
political animal’ yakni orang yang pintar dan licik dalam permainan
politik. Mereka mempunyai sifat ‘matlamat menghalalkan cara’ demi mengaut
kekuasaan dan harta.
Kelompok
Islamis adalah pemain politik yang jujur seringkali tewas dengan politik
kebinatangan. Kelompok Islamis mula berbaik sangka sehinggar akhirnya terjerumus
ke dalam telaga penipuan.
3.
Kekuatan ‘Pengkalan’ Sokongan dan Akar Umbi
Kelemahan
pemimpin gerakan Islam yang menyertai politik kepartian, mereka tidak mempunyai
pengkalan yang menjadi tapak sokongan akar umbi kepada diri mereka. Anwar
Ibrahim dan Khary Jamaludin membina pengkalan sokongan dan akar umbi mereka
daripada Pergerakan Pemuda UMNO selain restu kepimpinan utama.
Kelemahan
pengkalan sokongan akar umbi kelihatan pada Dato Dr Asyraf Wajdi Dasuki seorang
pemimpin mahasiswa-belia yang hebat dalam PKPIM. Cuma beliau tiada pengkalan
sokongan akar umbi sehingga sukar bertapak dalam politik kepartian dan gagal
memenangi pilihan raya.
[1] Rahim Ghouse, Saifudin Nasution dan Johari Abdul
antara watak yang memainkan misi rahsia Anwar Ibrahim.
No comments:
Post a Comment