Thursday, October 09, 2008

ANTARA SAADET VS AKP: BERAKHIRNYA PAS ?

Buat kali kedua Anwar berjaya memecahkan gerakan Islam. Pertama, ABIM dan kedua PAS. Hebat sosok tubuh bernama Anwar Ibrahim. Seingat penulis, antara nama dicadangkan oleh Nakhaie Ahmad, Angkatan Dakwah Islamiyyah Malaysia(ADIM) tetapi kepimpinan PKPIM lebih memilih ABIM. Pada waktu itu ada di kalangan mereka awal PKPIM mahukan ABIM menjadi parti politik Islam yang berteras belia dan profesional Islam sebagai alternatif PAS yang berada dalam BN. Cadangan ini tidak berjaya.

Kepulangan Khalid Samad, pemimpin Suara Islam ingin menubuhkan Parti Negara Islam juga gagal manakala puak JIM pula mampu menongkah arus sosial walaupun selerak ahlinya berada dalam pelbagai parti politik. Terbaru Hizbut Tahrir cuba menapak dalam politik Islam di Malaysia.

Perpecahan dan perbedaan pendapat adalah suatu yang berbeda. Kita tidak takut akan perbedaan. Masalah jika perbedaan melibatkan ketidakfahaman ahli dan kecelaruan pemimpin tertinggi serta cubaan pemimpin tertinggi mengingkari arahan tertinggi parti boleh membawa perpecahan. Perkara ini pernah dilakukan oleh Dewan Pemuda PAS yang bersidang berasingan dengan Muktamar Agung PAS dalam usaha melawan kepimpinan perdana PAS. Akhirnya, Puak Presiden PAS tumbang. Sebab itu, TG Nik Aziz cuba berbangga dengan kata-kata Presiden PAS pernah keluar PAS, begitu juga panglima jihad. Cuma Muryidul Aam tidak pecah rekod lagi.

Walaupun pengaruh TG Nik Aziz mendasar dalam parti PAS. Pengaruh Presiden PAS juga jangan dipandang enteng. Dari Struktur hierarki Parti PAS, kebanyakan didominasi oleh orang Presiden. PAS Terengganu, Pulau Pinang, Johor, Kedah dilihat bersama Presiden. Begitu juga struktur Dewan Pemuda dan Dewan Ulama serta sebahagian ahli MSU bersama presiden. Puak pro pakatan yang kuat apabila usia TG Nik Aziz, bila pasca TG Nik Aziz mereka akan bersendirian bersama Anwar.

Apa yang ditakutkan mereka mengambil keputusan berani menubuh parti yang lebih segar. Ini yang berlaku kepada parti Refah di Turki dimana puak Pemuda menubuhkan AKP (Abdullah Gul dan erdogan) dan yang lain kekal bersama Saadet naungan Erbakan. Perpecahan ini membawa dua aliran pendekatan berbeda dalam mendaulatkan Islam. Sekali penulis tegaskan, kita bukan bimbang kepada ahli PAS golongan profesional tetapi nafas yang mempengaruhi mereka yang perlu kita cermati.

Akhir, saya harap pimpinan PAS lebih bijaksana dalam menangani masalah ini. Sebagai cadangan, jawatan dalam MSU dipertandingkan berdasar kuota Muktamar agung dan Dewan Ulama bukannya pelantikan. Kerana seorang yang di luar lingkaran PAS, PAS berpecahkah?. Tolol sangat pimpinan PAS?.
30/9/08
SEBELUM NIK AZIZ PERGI
‘perkahwinan dengan pakatan rakyat sangat baik untuk berkuasa dan memerintah negara tapi apakah jaminan Islam boleh tegakkan, lihat sekeliling Anwar. Siapakah mereka untuk menjamin Islam memerintah?’-mamat.com

Saya cuba tidak menulis pada bulan ramadhan. Tetapi apabila surat TGNA terpapar. Jiwa saya resah, tangan saya tergetar-getar dan minda saya nak memecah. Cuba melayaninya dengan menukil apa yang patutnya.

Saya antara orang kecewa dengan kenyataan TG NIK AZIZ terhadap Cikgu Pa. Bukan saya menyokong cikgu PA tetapi kenyataan sebegitu tidak wajar dikeluarkan oleh seorang tuan guru terhadap pimpinan tertinggi yang begitu berjasa melonjakkan kebangkitan puak ulama semasa era pertarungan dengan puak nasionalis pada tahun 1980an. Lainlah jika tulisan itu ditulis oleh si romantis Anbakri.

Aku bukan kecewa kerana TG Nik Aziz pro pakatan. Bagi aku, kedua-dua pihak betul cuma lain pendekatan. Aku boleh terima kedua-dua pendekatan. Aku percaya cikgu Pa tidak akan membawa partinya bergabung dengan UMNO atau keluar pakatan rakyat. Orang secerdik cikgu Pa tidak akan melakukan sedemikian. Aku kagum cikgu pa sanggup mengadai nyawa politiknya dengan mengeluarkan kenyataan seperti itu kerana bawaan idea mungkin daripada Presiden PAS. Jadi, kutukan TG NIK AZIZ juga terpalit pada TG Haji Hadi.

Sewajarnya, TG Nik Aziz memanggil Cikgu Pa dan menasihatinya bukannya kutukan secara umum yang boleh mengeruhkan keadaan. Langkah TG Nik Aziz semacam bukan langkah TG Nik Aziz. Aku kecewa cara kutukan TG Nik Aziz yang tidak sesuai. Sokongan Tg Nik Aziz terhadap tokoh liberal seperti Anwar turut juga mengecewa. Anwar itu umpama Gus Dur Malaysia yang akan memusnahkan gerakan Islam.

Kejahatan Umno Tg Nik Aziz ingat. Kejahatan Anwar sepanjang bersama UMNo jangan pula TG Nik Aziz lupa. Jangan masuk lubang sebanyak dua kali. UMNO dan PKR memang tidak suka Islam memerintah. Percayalah. Jika berkuasa, mereka akan tendang PAS.

Kita jangan lupa, tanpa Dewan Pemuda PAS pimpinan Cikgu PA, belum tentu Dewan Ulama PAS pimpinan Ustaz Nik Aziz (ketika itu) berjaya. Jika Cikgu Pa itu UMNO, ia boleh mengingkari perintah pimpinan Dato Asri untuk kekal dalam kabinet. Mungkin beliau sudah bergelar Tun sekarang. Nasib malang ini juga dipilih oleh Pak Subki Latif. Jika harta dan pangkat, mereka boleh memilih memihak kepada golongan sekular.

Saya menyayangi,mengkagumi dan menghormati TG NIK AZIZ tetapi ada satu kelainan sifat saya berbanding pengikut PAS, saya tidak fanatik kepada pimpinan termasuk TGNA DAN TGAH. Kita perlu fanatik pada Al Quran dan hadis sahaja. Dalam suasana demokrasi kita mengalukan perbedaan pendapat, tetapi dalam kes ini TGNA melebihkan orang lain berbanding pimpinan parti sendiri.

Saya jamin, kita semua sepakat akan mengatakan bengong atau bebal kepada PAS jika keluar daripada Pakatan Rakyat kecuali PR secara terangan menidakkan Islam. Begitu juga mana-mana pimpinan PAS yang ingin bergabung dengan UMNO. Saya yakin puak yang dikatakan ekstrem dulunya seperti TGAH dan Tuan Guru Haji Haron Taib tidak akan mengahwini UMNO. Mereka ini totok PAS dan paling radikal dalam dunia!.

Dalam PAS, ada puak pro Anwar yang menggunakan usia senja TGNA untuk merampas kuasa, gila kuasa politik-jawatan dan memuncakkan pengaruh Anwar. Melalui Saifuddin Nasution, mereka ini berkomunikasi. Saifuddin bekas pengerusi Tabung Tuk Kenali di bawa ke Kelantan oleh Husam Musa ekoran merajuk dengan pimpinan PKR. Ia dikatakan masuk PAS. Selepas Anwar bebas, Saifuddin dilantik sebagai Pengarah Strategik antara orang paling berpengaruh sampai menenggelami Naib Presiden PKR Mustapha Kamil Ayub.

Saya percaya rancangan mereka ingin menguasai pucuk pimpinan PAS sementara TGNA masih ada. Mereka akan memperalatkan tuan guru habis-habisan.

Kita harus mengenali Anwar Ibrahim dengan lebih lanjut. Siapa dikelilingi Anwar

Khalid Jaafar – pengarah IKD. Totok Liberal
Sivarasa – pejuang IFC
Irene – Tenaganita- memperjuangkan hak asasi versi Barat
Syed Husin – Sosialis, adik kepada komunis
Helmi Hanafi, Amirudin, Jonah- beragama aliran ‘hishamuddin rais’

Anwar cukup licik. Beliau boleh memainkan tujuh kad daun terup pada masa yang sama. Ceramah orang Melayu, Islam, NGO, Cina, India dan pelbagai kaum, beliau boleh menggula-gulakan sesuatu yang mengkhayalkan. itu Karismatiknya.

Saya juga pengkagum Anwar. Idealisme, aktivisme dan karekternya memang saya kagumi. Tetapi corak perjuangan beliau melunturkan sokongan politik saya kepadanya. Anwar sudah jauh daripada perjuangan asal yang Islami dulu. Anwar bagai dirasuk semangat liberal terlampau. Islam pun diliberal.

Jika puak pro anwar cuba merampas kuasa, mengingkari MSU dan memperlekehkan Presiden, pertarungan tidak dapat dielak lagi.Jika berlaku pertarungan dan MSU tidak dapat selesai masalah. Revolusi dalaman kedua dalam PAS akan berlaku. Sanggup puak yang kalah sama ada pro Anwar dan Puak Idealis Pas mengaku kalah. Atau tertubuh serpihan parti. Semua kerana seorang tokoh iaitu Anwar Ibrahim yang tersenyum riang.(Satu-satu tokoh yang menggugat sepanjang zaman hidupnya. 1970an demonstrasi mahasiswa, 1980an masuk UMNO-jatuhkan puak tengku razaleigh, 1980an-jatuh Tun Ghafar, menjatuh kerajaan PBS Sabah, Reformasi- 2000an, meresah kerajaan Pak lah dan memecah belah PAS). Taniah Dato Seri.

*Puak pro Anwar merupakan puak pemikir baru dalam PAS. Dulu pemikir lama PAS ialah Musthafa Ali, Wan Abdul Rahim, Abdul Halim, Daeng Sanusi, Hasan Shukri. Cubaan pemikir baru menggugat idealisme PAS dengan adanya ‘virus’ Anwar.
17/9/08
HIERARKI PAS 2009: Barisan Pimpinan Pasca Nik Aziz

Mursyidul Am: Tuan Guru Dr. Haron Din atau TG Haji Hadi
Timbalan Mursyidul: TG Haron Taib(jika TG Haron Din jadi Mursyidul Am) atau kekal TG Haron Din.


Presiden : TG Haji Hadi atau Ustaz Nasharuddin(jika TG Hadi menjadi MursyidulAm) atau HUSAM MUSA

Timbalan Presiden: Ustaz Nasharuddin atau Ustaz Ahmad Awang(jika ustaz nasha presiden) atau HUSAM MUSA

Naib Presiden: Husam, Tuan Ibrahim Tuan Man, Abdul Ghani Shamsudin

Pasukan profesional yang dinaikkan Naib Presiden(paling kurang AJK Pusat): Syed Azman, Ir mohd Nizar Jamaluddin, dr hatta dan Dr Mariah

Pasukan ulama: Abdul Ghani shamsudin, Idris ahmad

Setiausaha Agung: Idris Ahmad
Timbalan SUA: Salahuddin Ayub

Ketua Pemuda: Nasharudin Tantawi
Timb ketua: Azman Sapawi
Naib: Nik Abduh
GAMIS Bersediakan Dengan Pindaan AUKU?

Saya difahamkan kerajaan akan membenarkan kehadiran organisasi luar dalam kampus setelah pindaan AUKU. Gerakan mahasiswa terutamanya GAMIS harus bersedia dengan pindaan AUKU ini. Jika ABIM bersedia dengan Sayap PKPIM dan JIM dengan KARISMA, UMNO dengan GPMS. GAMIS pula bersedia dengan apa?. Kita tahu KARISMA, GPMS dan PKPIM adalah badan NGO yang sah manakala GAMIS masih berstatus ‘bawah tanah’. Bagaimanakah nasib cawangan GAMIS?.

Kepimpinan semasa GAMIS harus berbincang dengan bakal pimpinan, bagaimana persediaan GAMIS menghadapi situasi ini.

- tambahan (Diedit pada 17/9/08-) kehadiran GPMS akan menggugat GAMIS.GPMS mempunyai dana yang banyak kerana mereka anggota Majlis Belia Malaysia.Saya cadangkan agar GAMIS menubuhkan pusat aktiviti di Taman Malewar bagi mengkoodinasikan aktiviti.
Tentang Al-Attas

Entri kali ini saya tulis untuk jawab persoalan-persoalan yang ditimbulkan oleh mamat.com

Saya akan bicara perihal Prof. al-Attas atas tiket pandangan peribadi.

Pertama kali saya dengar nama Prof.Syed Muhammad Naquib al-Attas sewaktu belajar mata pelajaran Sejarah KBSM Tingkatan 4. Saya tidak boleh lupa berkenaan teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara yang dimuatkan ke dalam buku teks sejarah tersebut. Sudah tentu pada waktu itu, saya bukan begini. Hanya seoarang pelajar sekolah biasa. Maka tiada kesan yang abnormal berlaku ke atas diri ini apabila membaca buku teks tersebut.

Karya pertama al-Attas yang saya miliki adalah “Islam and Secularism”. Saya membelinya pada Disember 2007 dari kedai buku Kinokuniya KLCC.

Pertama kali berkunjung ke bangunan ISTAC lama pada awal Januari untuk menghadiri persidangan berkenaan Sains Islam. Bacaan lanjut boleh rujuk catatan saya disini.

Sepanjang persidangan tersebut saya masih tidak tahu yang al-Attas sudah ditendang keluar dari ISTAC. Malah saya tak faham apa-apa yang diperkatakan oleh para penceramah persidangan tersebut. Yang saya tahu, saya kagum dengan seni reka bangunan ISTAC. Itu sahaja.

Saya tidak pernah berjumpa dengan Prof. al-Attas mahupun berkomunikasi dengan beliau melalui sebarang medium perhubungan. Saya hanya banyak berjumpa dengan anak murid ulung beliau iaitu Prof. Wan Mohd Nor Wan Daud.

Setakat ini saya sudah miliki beberapa buah karya al-Attas. Antaranya:

1) Islam and Secularism
2) Prolegomena to the Metaphysics of Islam
3) Risalah untuk Kaum Muslimin
4) The Correct date of the Terengganu Inscription
5) Comments on the Re-examination of Al-Raniri’s Hujjatul-Siddiq: A Refutation
6) Some aspects of Sufism as understood and pracised among the Malays
7) The Concept of Education in Islam.
8) The ICLIF Leadership Competency Model: An Islamic Alternative
9) The Origin of the Malay Shair
10) Concluding postscript to the origin of the Malay Shair
11) Ma’na Kebahagiaan dan Pengalamannya dalam Islam
12) Proceeding of the Inaugural symposium on Islam and the Challenge of Modernity.


Saya juga memiliki beberapa buah jurnal ISTAC sewaktu dibawah kelolaan Prof. al-Attas (selepas ini akan dirujuk sebagai ISTAC lama) :

1) 6 edisi jurnal Al-Shajarah (Inggeris)
2) 8 edisi jurnal Al-Hikmah (Bahasa Melayu)

Saya turut sama memiliki beberapa buah karya terbitan ISTAC lama yang ditulis oleh Prof. Wan Mohd Nor Wan Daud, Prof. Alparslan Acikgenc, Yasin Ceylan etc.

Setakat ini saya dah pernah jumpa atau membaca atau mendengar bicara ilmu daripada beberapa orang anak murid beliau. Antaranya adalah:

1) Prof. Wan Mohd Nor Wan Daud (rujukan utama saya)
2) Prof. Alparslan Acikgenc
3) Prof. Cemil Akdogan
4) Dr. Zainiy Uthman
5) Dr. Zaidi Ismail
6) Dr. Sani Badron
7) Dr. Adi Setia
8) Dr. Syamsuddin Ariff
9) Dr. Farid Shahran
10) Dr. Hamid Fahmy Zarkasyi
11) Dr. Ugi Suharto
12) Dr. Khalif Muammar
13) Dato’ Dr. Syed Tawfiq Ali al-Attas.
14) Ustaz Asham
15) Ustaz Adian Husaini


Sebelum itu mari kita renungi kata-kata hikmah daripada Saidina Ali r.a:

“Janganlah engkau menilai kebenaran itu dari orangnya,tetapi kenalilah kebenaran itu, maka engkau akan mengenal orang yang menyampaikannnya.”


Cerita bagaimana saya boleh ‘tersangkut’ dengan idea-idea Prof. al-Attas ini sangat panjang dan kompleks.

Saya mengkaji Prof. al-Attas melalui senarai buku-buku, jurnal, kertas kerja yang saya miliki.

Saya juga mengkaji Prof. al-Attas melalui ceramah-ceramah, buku dan penulisan yang disampaikan, ditulis oleh anak-anak muridnya terutamanya daripada Prof. Wan Mohd Nor Wan Daud (saya miliki hampir kesemua karya mainstream beliau).

Pendek kata basis penilaian saya terhadap Prof. al-Attas adalah berteraskan isi (substances) dan produk akhir yang dihasilkan oleh Prof. al-Attas yakni anak-anak muridnya sendiri.

Saya juga melakukan timbang tara (compare and contrast) idea-idea al-Attas dengan ilmuan Islam yang lain seperti S. H Nasr, al-Faruqi, Al-Qaradawi etc. terutamanya berkenaan projek Islamisasi ilmu kontemporari ( Islamization of contemporary knowledge).


Sebelum itu harus diingat bahawa saya merupakan seorang aktivis. Bukan seorang pemikir apatah lagi seorang pelajar jurusan agama.

Seperti yang tertera pada blog lama saya Jiwa Muda:

“Seorang aktivis muda yang memperjuangkan keadilan sosial.Menyokong gerakan pemulihan sosial dan percaya kepada rakyat sebagai pemangkin tamadun. Sedang mengkaji titik persamaan Marxisme dan Islam sebagai alat kebangkitan umat berlandaskan pemikiran Dr. Ali Syariati. Gemar mengkaji permasalahan globalisasi ekonomi, budaya dan ketidak adilan sistem di dunia. Bidang khas aktivisme bersangkut paut dengan konsumeris me dan perdagangan.”

Itu diri saya sekitar tahun 2007.

Berdasarkan profil yang tertera pada laman Jiwa Muda tersebut jelas sekali saya tiada sedikit pun pengaruh berkenaan al-Attas pada waktu itu. Boleh dikatakan saya baru sahaja mengenali beliau circa awal 2008. Tak samapi setahun pun lagi.

Ini penting kerana saya ingin menggambarkan perjalanan dan pengalaman saya dalam memahami idea al-Attas.

Circa 2007, disamping tarbiyah harakah Islamiyah daripada Gamis, saya sangat dipengaruhi oleh idea-idea intelektual Dunia Ketiga dan Eropah terutamanya dari kumpulan World Social Forum.

Saya sangat aktif dalam kegiatan anti-kapitalisme terutamanya yang melibatkan isu-isu globalisasi dan perdangangan antarabangsa. Secara khususnya isu Free Trade Agreement.


Ali Shariati merupakan ideolgoue saya yang utama dalam membina idealisme perjuangan mahasiswa. Itu pasti.

Sepanjang saya bergelumang dengan idea para pemikir Dunia Ketiga dan Eropah yang radikal ini, saya sangat tidak nampak satu penyelesaiaan yang betul-betul solid terutamanya dalam menjelaskan dan menyelesaikan masalah akar manusia moden pada hari ini.


Para pemikir Dunia Ketiga, dan Eropah ini sangat hebat dalam melakukan analisis sosial. Pelbagai teori dan framework yang diperkenalkan tetapi penyelesaiaan kurang memuaskan.

Pada masa yang sama saya berasa was-was untuk menerima idea dan pemikiran mereka bulat-bulat sebabnya kadang kala idea para pemikir Dunia Ketiga dan Eropah ini tidak selari dengan prinsip Islam terutamanya apabila dilihat dari sudut falsafah idea mereka.


Wacana masalah moden tersangatlah kurang dalam lingkungan ulama’ Islam. Saya sangat susah hendak menemui penjelasan yang baik lagi komprehensif dari ulama’ Islam yang ada pada hari ini berkenaan isu-isu yang berat. Kecuali seorang dua seperti Muhammad Assad. Rata-rata ulama’ di Malaysia kini lebih suka memilih menyelesaikan masalah ummah melalui jalur siasah.

Isu alam sekitar, konsumerisme, sains moden, globalisasi. Semua tema tersebut boleh dikatakan hampir tidak wujud dalam tradisi keilmuan Islam kontemporari.

Maka saya harus bergantung kepada idea dan pemikiran para intelektual Dunia Ketiga dan Eropah yang kita sendiri tahu banyak dipengaruhi oleh idea Zaman Pencerahan Renaissance.

Kenapa saya menggelabah sebegini?

Saya lihat pejuang Islam masa kini, secara tepatnya para reformis yang banyak dipengaruhi Imam Hassan Al-Banna, Syed Qutb ini lebih banyak berslogan daripada menjustifikasikan selengkap-lengkapnya butiran penyelesaiaan yang dicanang hebat melalaui tema seperti “Islam as the solution”


Itu semua berubah setelah saya mengenali idea-idea al-Attas.


Saya menjadi bertambah yakin dengan Islam malah saya jatuh cinta dengan tradisi keilmuan islam tradisional.

Idea-idea prof. al-Attas menjawab banyak persoalan-persoalan penting yang dialami oleh umat manusia pada abad ini. Saya menemui banyak jawapan dan penyelesaiaan berkenaan masalah-masalah tersebut dengan menelaah karya-karya Prof. al-Attas serta karya-karya anak muridnya.

Kenapa boleh jadi begitu sekali?

Ini kerana Prof. al-Attas menjawab persoalan dan masalah kita dari konteks akar permasalahannya. Bila mana kita boleh nampak, dan faham masalah yang ada pada sudut akarnya kita boleh cantas hampir ke semua masalah yang berlegar-legar ini dengan mudah kerana akarnya sudah dicantas.

Disinilah kekuatan Prof. al-Attas. Membuat analisa, renungan yang tajam, mengikat idea-idea penting serta merumuskan penyelesaiaan kepada hampir semua permasalahan tersebut. Dan ini banyak diterjemahkan dalam projek penting beliau iaitu Islamisasi ilmu kontemporari.

Pertama kali saya baca buku Islam and Secularism, saya terus jadi menyampah setelah membaca beberapa helai muka surat buku tersebut. Kenapa jadi begitu? Sebab saya tak faham langsung apa yang ditulis oleh beliau.

Setelah saya berjumpa dengan Prof. Wan Mohd Nor Wan Daud, berbincang dengan beliau berkali-kali barulah saya dapat menjiwai idea-idea Prof. al-Attas. Baru saya nampak dimana sebenarnya kehebatan Prof. al-Attas.

Beliau merupakan seorang ilmuan Islam yang cukup mendalam lagi kritikal.

Saya melihat sumbangan Prof. al-Attas sebagai cerminan kepada sumbangan Hujjatul Islam Imam al-Ghazali pada zamannya.

Masalah yang berbeza tetapi penyelesaiaannya dari sudut yang sama iaitu Ilmu.

Harus diingat bahawa kelemahan dan kemunduran umat Islam ini tidak bertitik tolak daripada kejatuhan Khilafah Turki Uthmaniyah semata-mata.

Setiap tamadun akan melalui zaman kemundurannya kemudian sama ada hancur ( tamadun Yunani, Romawi) atau berkubur sementara waktu (tamadun Islam).

Maka disini untuk semata-mata fokus kepada masalah politik umat Islam TANPA memahami dengan lebih mendalam realiti dan kebenaran yang wujud selepas umat Islam melalui zaman penjajahan dan kebangkitan Barat ( Renaissance, Revolusi Industri) hanya akan menjadikan kita lebih keliru.


Ini yang sedang berlaku ke atas umat Islam pada hari ini.

Kehilangan adab-->Berlakunya kekeliruan ilmu-->Lahirnya pemimpin yang salah

Maka berlakulah satu pusaran ganas (vicious cycle) antara ketiga-tiga juzuk masalah tersebut.

Adab yang dimaksudkan Prof. al-Attas bukanlah sesimplistik apa yang kita fahami pada hari ini tetapi seperti mana yang difahami pada zaman awal Islam

Ini memerlukan perbincangan semantik, metagrammatical dan metafizik Islam yang sudah tentu sangat sukar saya kupas disini kerana saya sendiri masih menelaah idea-idea tersebut.


Geniusnya Prof. Al-Attas ini bukanlah dengan idea yang entah dari mana datang tetapi merupakan satu rumusan, ikatan idea-idea yang wujud dalam tradisi keilmuan Islam yang disesuaikan dengan konteks dan permasalahan semasa.

Jikalau zaman al-Ghazali ada cabaran falsafah pada zaman ini sekularisme merupakan akar masalah seperti yang digariskan oleh Prof. al-Attas.

Menjawab beberapa kesamaran kefahaman berkenaan Prof. al-Attas

1) Ketidak’praktikal’an idea Prof. al-Attas

Ini merupakan antara kekeliruan pertama saya hadapi ketika berinteraksi dengan idea al-Attas. Sebenarnya sedar ataupun tidak hampir semua daripada kita umat Islam terkena wabak dualisme pemikiran. Yang paling ketara adalah berkenaan pemisahan antara teori dan praktikal. Rata-rata pejuang Islam mutakhir ini memandang enteng kepada disiplin ilmu pemikiran Islam kerana kekeliruan ini.

Dualisme yang paling-paling ketara adalah pemisahan antara fardhu ain dan fardhu kifayah.

Kita iktiraf kedua-duanya. Kita hantar anak-anak kecil ke sekolah agama rakyat untuk melengkapi ilmu fardhu ain tetapi hanya setakat itu. Setelah masuk ke sekolah menengah dan universiti, kita melupakan terus peranan ilmu fardhu ain dalam pembelajaran kita.

Lupa disini bukan bermaksud tak solat, tak baca Quran tapi ketidak mampuan melakukan integrasi dan kesepaduan antara ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah.

Hakikat yang sebenar adalah TIADA pemisahan antara aspek teori dan praktikal. Kedua-duanya perlu berjalan seiring.

TIADA pemisahan antara ilmu dan amal.

Selalu Prof. al-Attas dan anak muridnya dipandang remeh oleh ahli gerakan Islam (baik dalam PAS, ABIM, GAMIS, PKPIM) kerana selalu dicemuh sebagai sekadar berteori.

Itu sangatlah salah. Saya juga tidak beranggapan begitu.

Apa yang mereka buat adalah kerja praktikal juga. Adakah mengubah minda, pemikiran dan kefahaman manusia satu kerja tidak praktikal?

Terdapat satu kata kerja yang melambangkan ke’praktikal’an disitu iaitu mengubah.

Buku-buku yang dikarang mereka bukan sekadar teori tetapi sebagai satu AGEN PERUBAHAN.

Mengubah minda dan pandangan alam manusia bukan boleh saji dengan ceramah politik semata-mata.

Perlu ILMU yang membawa kepada AL-HAQQ (truth and reality).


2) Idea Prof. al-attas tidak mendapat tempat dalam masyarakat.

Terpulang bagaimana anda menilai perjuangan Islam itu. Bagi Prof. al-Attas, apa yang hendak dibangunkan bukan sekadar sebuah Negara Islam, Khilafah Islam tetapi sebuah Tamadun Islam!

Boleh rujuk dalam Islam and Secularism bagiamana beliau mengupas perkataan din dalam hubung kaitnya dengan ketamadunan.


Usaha untuk membina tamadun ini bukan seperti bina rumah. Tamadun seharusnya menggambarkan satu bangunan yang cukup besar, gagah dan tinggi.

Untuk itu, kita perlukan satu foundation yang cukup kuat dan dalam. Foundation inilah yang dipanggil Ilmu. Dengan ilmu baru dapat beramal. Dan ia akan senantiasa berjalan seiring selagi mana sesebuah tamadun itu bernyawa.

Ini yang berlaku dalam Tamadun Islam dari zaman Nabi Muhammad S.A.W dengan sirah Baginda di Madinah hinggalah wujudnya kerajaan Islam Turki Uthmaniyah yang berumur ratusan tahun.

Tidak menjadi masalah untuk idea Prof. al-Attas tidak mendapat tempat dalam masyarakat kita pada waktu ini.

Perkara ini berlaku pada zaman Imam al-Ghazali juga.

Baghdad lumat dicincang Mongol.

Palestin bermandi darah pancungan tentera Salib.

Apa yang Imam al-Ghazali buat?

Tulis Ihya Ulumuddin ( The Revival of Religious Science).

Tak ada sedikit pun perkara dalam Ihya yang membincangkan masalah serangan Mongol serta tentera Salib.

Ihya sarat dengan persoalan mendasar dan asasi yang sangat signifikan.


Idea Imam al-Ghazali terbang keawang-awangan selama berpuluh-puluh tahun.

Selepas itu baru lahir Salahuddin Ayubi.

Bilamana Salahuddin Ayubi memanggil untuk berjihad, umat Islam di ceruk mana pada waktu itu akan bersatu dengan mudah sekali.

Inilah hasil sumbangan Imam al-Ghazali. Mencabut akar permasalah dan melahirkan pandangan alam Islam kembali.

Boleh rujuk buku Dr. Majid Irsan Kilani kalau hendak tahu sejarah kebangkitan umat Islam pada waktu Salahuddin dan perkaitannya dengan Imam al-Ghazali.

Mungkin nampak abstrak dan tidak ‘praktikal’ tetapi itulah hakikatnya.

Imam al-Ghazali pun dikecam dengan hebat oleh pelbagai ulama’.


What next for Prof. al-Attas?

Saya rasa persoalan ini harus ditujukan kepada kita.

Diri saya ini sangat terkesan dengan idea Rausyanfikir yang ditonjolkan oleh Ali Shariati. Maka saya nekad untuk berada dalam jalan ini kelak selepas melangkah keluar dari menara gading.

Prof. al-Attas sudah lakukan kerja-kerjanya. Orientalis, liberalis, plagariat, modenis, reformis Muslim semuanya telah diberi garis panduan untuk mencari dan memperbaiki kesalahan berfikir.

Karya-karyanya sudah menjadi basis untuk kita pelajari dan fahami agar dapat zahirkan menjadi penyelesaiaan konkrit.

Bukan mudah untuk analisa masalah dan rumuskan penyelesaiaan.

Kefahaman idea Prof. al-Attas ini akan bertambah kemas jikalau kita kenal siapa seteru sebenar kita yakni Tamadun Barat.

Kalau kita tidak biasa agak kekok sebab tak nampak kerelevenannya.

Ini kerana ancaman Tamadun Barat datang sebagai satu program falsafah yang menyelinap masuk dalam medium keilmuan.

Saya akui terdapat kelemahan dan kekurangan yang wujud dalam lingkungan manusia yang membawa pemikiran al-Attas.

Saya harap anak-anak murid Prof. al-Attas menjadi lebih aktif dalam membantu menyelesaikan masalah umat. INSIST sudah menampakkan hasilnya.

Kita berharap anak-anak muridnya di Malaysia ini menurut jejak langkah yang sama dengan INSIST.


Wallahualam.

sumber. sosialis kanan

Tuesday, October 07, 2008

Wa’la Kepimpinan Yang Tumpul

Zaman internet ini, manusia ada kehebatannya tersendiri dan beridea baru. Kepandaian ini akan membawa kepada satu sifat bahawa kita sahaja yang betul dan hebat. Macam Dr. Asri pula. Kepelbagaian maklumat dan ‘lagak’ pandai kita asas kehilangan wa’la. Ini bermulanya kehakisan wa’la terhadap kepimpinan.

Jemaah Islam seumpama PAS dan PMIUM bukanlah jemaah sufi seperti al Arqam. Wa’la dibina dalam jemaah politik islam seharusnya bersifat wa’la kolektif dimana wa’la kita bukan kepada keputusan peribadi Presiden atau Mursyidul Am tetapi kepada Majlis Syura Ulama. Jalur fanatik tokoh ini sangat berbahaya jika diberi peluang memegang tampuk organisasi.

Pengaruh terlampau Tuan Guru Nik Aziz telah menghancurkan struktur institusional parti PAS. Bicara manis TGNA lebih muktamad daripada keputusan MSU ekoran kefanatikan terlampau pengikut. Sepatutnya Keputusan ramai ulama lebih berkuasa daripada seorang ulama. Pelik.

Apabila Mursyidul Aam dilantik MB atau Pesuruhanjaya PAS Negeri, kuasa SUA serta merta akan tumpul. Sebenarnya, pesuruhanjaya negeri perlu akur kepada SUA. Nak akurkah TGNA kepada SUA PAS. Selain itu, Badan Perhubungan Negeri terlalu berkuasa, sepatutnya Bahagian perlu diperkasa daripada Badan Perhubungan. Jika struktur ini tidak diselesaikan, PAS akan merana ekoran kecelaruan aliran kuasa dan tugas.

Kehadiran golongan profesional yang pintar dalam PAS membawa gagasan dan idea baru. Mereka ini datang daripada pelbagai tarbiah seperti ABIM, JIM atau Suara Islam. Kita tidak meragui mereka, bahkan kehadiran mereka menjadikan nilai tambah bagi PAS. Masalahnya sekarang, ia membentuk puak baru dalam jemaah yang mempunyai wa’la atau nafas yang lain daripada nafas kepimpinan ulama.

Mereka mengejar tampuk kerajaan, sentiasa mahu berada dalam pihak yang menang dan kagum kepada peribadi Anwar. Ini kesilapan mereka. Mereka guna PAS dan tuan guru dalam PAS untuk menarik ahli PAS, kemudian mereka cuba mengherotkan pandangan umum terhadap PAS. Mereka mempunyai wa’la yang tumpul.

PAS, marilah kita menjadi pihak yang tewas, jika Islam masih tidak dilaksanakan. Kepada TGNA, memang beliau menggunakan kebijaksanaan berpolitik tetapi harus juga berhati-hati terhadap manusia bernama Anwar.

17/9/08
Jiwa Resah Mat Sabu

Apabila membaca tulisan abang mat atau wawancara bersama beliau, kelihatan keresahan jiwa beliau. Abang Mat kelihatan resah apabila memikirkan Kelantan pasca TG Nik Aziz. Abang mat juga selalu resah akan kelembikkan puak ulama PAS. Abang Mat juga seakan-akan resah kehilangan sifat hormat sesetengah ahli terhadap Presiden. Bahkan abang mat pernah menyatakan kesanggupan kehilangan jawatan Naib Presiden jika ada puak nak reformasi PAS ala tahun 1980an dulu.

Kelantan pasca TG NIK AZIZ cukup mengerikan kerana tiada petunjuk yang jelas siapakah pengganti TG. Tokoh populis ialah HUSAM MUSA yang mendapat liputan media dan disokong rakyat terbanyak. Tetapi bagi pemimpin ‘klasik’ PAS, pendekatan Husam Musa tidak secocok dengan mereka.

Kelantan merupakan tempat PAS paling berkuasa. Lamanya berkuasa menyebabkan ada pimpinan lupa diri dan mengejar kepentingan tertentu. Akibatnya, penyakit korup, nepotisme dan kroni mula membiak. Saya mencadangkan jawatan MB dihadkan kepada 2 PENGGAL sahaja. Sebagai manusia yang lemah, sifat nak untung diri dan kroni akan membiak.

PAS Kelantan kelihatan lebih berkuasa darpada PAS Pusat. Keputusan Dewan Ulama dan Dr. Haron Din menghalang konsert Mawi tidak dihirau oleh PAS Kelantan. PAS Kelantan berpengaruh dan boleh melawan PAS Pusat kerana adanya tokoh paling ‘maksum’ dalam PAS, TG NIK AZIZ. Jika HUSAM MUSA berkuasa nanti, beranikah beliau melawan PAS Pusat.

Abang Mat juga perasan akan perubahan sikap generasi tarbiah 1990an dan golongan profesional dalam PAS. Sebab itu abang mat sanggup bersedia dijatuhkan seperti puak Dato Asri jika ada puak yang ingin menumbangkan puak ulama. Adakah saat itu akan datang?. Kita tunggu dan lihat.

Tahun 2009, nasib abang masih di awangan. Jawatan Naib Presiden semakin panas. Semoga berjaya abang mat.
CERPEN MARYAMNOUR

Sekali lagi penulis tertarik ilustrasi Paley dalam ruangan cerpen akhbar Wasilah. Nurul Izzah. Kebetulan hati tertarik nak beli akhbar politik yang menjemukan. Saya merindui tulisan manusia yang hebat dalam akhbar seperti Dr Siddiq Fadil, Khoo Kay Kim, Subky Latif atau allahyarham Rustam Sani. Apapun tulisan saudara Ramli Abdul Halim dan SM Zakir menjadi pengubat rindu.

Cerpen ditulis oleh saudari maryamnor atau Siti Mariam Hasni. Cerpen yang menarik.

Apabila direnung dan dihadami secara ringkas, cerpen ini mengisahkan manusia dalam hidup berpersatuan. Memang benar apa yang tersurat seperti yang dinyatakan oleh saudari penulis. Tetapi perjuangan selepas kampus cukup berlainan. Tanggungjawab seorang ibu dan isteri lebih utama bagi pimpinan wanita sewaktu di kampus dahulu. Ketaatan kepada suami penting dalam meniti perjuangan. Jika tanpa keredhaan suami dan rumahtangga kucar-kacir, tiada guna berjuang wahai pimpinan wanita!.

Bagi wanita yang menyambung pelajaran master dan belum berkerja serta belum bersuami, Kita boleh gah dengan pena atau bicara. Apabila terkena pada diri sendiri, kita pun tersenyum dan terkebil sama.

Apapun saya berikan cerpen ini gred B+. Terus berkarya saudari.
20.8.08
Selepas tonton Debat Sukon vs Guan Eng
Siapakah Timbalan Perdana Menteri Kerajaan Baru?

Jika 16 September 2008 kerajaan baru dinobatkan. Anwar Ibrahim menjadi PM baru Malaysia. Persoalan yang timbul, siapakah TPM?. Kemungkinan besar ada 3 TPM. Pertama, daripada sabah, kedua, DAP; ketiga daripada PAS. Dari sabah, mungkin Jefrey Katingan dan DAP; Lim Kit siang atau anaknya. Siapakah calon PAS?

Calon pertama PAS mestilah Presidennya. Tetapi jika Husam Musa tidak menjadi MB Kelantan, Anwar mungkin akan menariknya sebagai TPM. Husam semakin merapati Anwar dengan manja. Disitu ada Anwar, ada Husam mengekorinya.

Orang mengatakan Haji Hadi tiada bakat dalam pimpinan. Tiada gagasan dan idea yang baru.tidak semestinya, cuba dahulu baru menilai. Sistem Islam pada zaman moden dikatakan tidak sesuai. Cuba tegakkannya dahulu, baru kita bercoloteh. Anwar dulu apa kurangnya, budak sastera-pengajian Melayu.itupun dapat atau tak dapat sijil ijazah.(nilai pada prestasi bukannya pada sijilnya).

Jika Anwar menyisih TG Haji Hadi, pertarungan PAS dengan pro Anwar mungkin berlaku. PAS bakal membersihkan dirinya daripada daki-daki PAS Klon pro anwar dalam pertarungan dalamannya.Jika tidak, PAS akan berpecah dua puak. Puak pro Anwar dan puak pro kepimpinan ulama.

PAS kembali kemandiriannya, dan bakal menjadi Hizbullah Malaysia dengan baik. PAS wajar menjadi puak pengimbang kuasa seperti Hizbullah. Menyokong PR atau BN atas keperluan agama dan negara sahaja. Jika puak Liberal-ilhad-sekular dalam PR membuat dasar yang menyalahi agama, PAS perlu menolaknya. Tiada guna berada dalam kerajaan BN atau PR yang jelek. BN jelek dengan penyalahgunaan kuasa dan politik perkauman terlampau. PR pula jelek dengan penentangan terhadap dasar Islam dan bertuankan tokoh berIslam ala ‘Gus Dur’itu. Jadi, PAS wajar di luar kerajaan tersebut. Jika PAS tergila-gila ingin berkuasa bersama PR atau BN sampai ‘dasar Islam’ tergadai, kita akan lihat kehancuran jemaah PAS seperti UMNO. PAS dan UMNO menjadi sama.

Apapun PAS mesti berhati-hati dengan musuh dalaman bertopeng PAS. Husam memang hebat jika berpasangan Anwar sebagai PM-TPM. Licik, rakus kuasa dan bijak.
13/8/08
Selamat Datang Pro M.

Penubuhan front Pro Mahasiswa Nasional sangat dialu-alukan. Ia datang selepas kemalapan BBMN. Setakat diketahui hanya GAMIS masih kekal menjadi front mahasiswa nasional ‘bawah tanah’ yang aktif. Sebelum SPPUM malap, SMM masih bernyawa. Front mahasiswa ‘anak ayam’ seperti GMLN, Pemuda Negara, mahasiswa kerinchi tak usah kiralah.

Peringkat kampus UM, Pro M adalah wajah baru penganti GAGASAN. Jika pada awal 1990an, kita ada NADI UM yang mempunyai kelab penyokong NADI(PENA) melawan BMB. Akhir 1990an NADI terlebur dalam GAGASAN, kini muncul Pro M. Bicara anak muda, Pro M lebih milenium. Tujuannya sama.

Apapun selamat datang Pro M. Barisan pejuang GM pra AUKU Baru.

*Semoga berjaya Dasuki di APM. Ambil sarjana demo. Walaupun Leiden yang terkenal dengan bahan nadir pusaka tamadun Melayu-nusantara, demo tak jejaki. Di UM, cari pengalaman dan moga demo jadi pensyarah terhandal. Demo memang berbakat.

*Fakrulrazi PMK atau Mat Luq. Budak silat gayung.Selamat berumahtangga dengan gadis sarawak. Selamat berdakwah di sana.hidupkan Islam di bumi Kenyalang. Demo hubungi Ustaz Izwan Yusof di JAKIM, mantan Presiden PMIUM.
PM Malaysia: Anwar atau haji Hadi?

Semasa penulis artikel Siapa MB Kelantan?. Nik Amar secara peribadi memberi kredit kepada TG Haji Hadi sebagai calon PM. Sememang bagi jemaah PAS mesti kita hendak Tuan Guru Haji Hadi sebagai PM. Jika kita memilih Anwar, dimana wa’la dan baiah yang kita junjung selama ini. Bagi PAS klon, mereka akan menyukai Anwar sebagai PM. Anwar ini memang hebat, boleh memecah belah PAS.

Jika TG Nik Aziz menyatakan muzakarah dengan PAS umpama dipatuk ular untuk kedua kalinya. Kes ini sama juga dengan kes Anwar. Semasa kita harapkan Anwar menyertai PAS, beliau menyertai UMNO. Lihat satu masa nanti, mereka bergabung dengan UMNO atau puak kafir dan liberal menerajang PAS keluar daripada kerajaan.

Kita telah melihat sejarah Anwar. Meletak jaringan merata pusat kekuasaan termasuk dalam syarikat media, PAS, ABIM, JIM, Pemuda (Zahid hamidi), Wanita UMNO(Zaharah). Beliau begitu licik menumbangkan Kerajaan PBS Sabah dan Tun Ghafar melalui team wawasannya. Peringkat antarabangsa, tokoh ini ada jaringannya. ITTT di USA, yayasan-yayasan tertentu dan tokoh tertentu termasuk ulama dipengaruhinya.

Bagi jemaah tiada sebab kita nak memilih Anwar sebagai PM. Siapa yang tidak tahu betapa ‘tragis’ bagi PAS semasa Anwar memegang kuasa. Anwar dan kuasa adalah gabungan yang berbisa dan ‘kejam’. Tokoh PAS tidak harus terpesona dengan mulut manis anwar.

Haji Hadi daripada mudanya berjuang dan istiqamah dengan PAS. Jawatan kerajaan ditolak demi jemaah. Walaupun jaringan nasional tidak berpengaruh berbanding Anwar kerana berpendidikan luar negara tetapi beliau mempunyai hubungan baik dengan gerakan islam antarabngsa dan pernah ditarbiah oleh Said Hawwa. Walaupun pengalaman pentadbiran kurang, TG haji Hadi boleh monitor pentadbiran dengan baik jika politik-pentadbiran berasaskan moral dipraktikkan. Pentadbiran kolektif berasas moral al quran dan hadis bakal memperkasakan pembangunan negara.

Jika Majlis Syura Ulama menetapkan kita mesti memilih anwar sebagai PM, saya menerimanya dengan redha. Secara peribadi, saya memilih TG Hadi atas kapisiti beliau sebagai Presiden PAS menjadi PM Malaysia.

13/8/08

Sunday, October 05, 2008

SUNTIKAN ABIM DALAM PAS

Hijrah beramai ahli ABIM ke dalam PAS bagi mereformasikan PAS selari dengan surat Pak Natsir. Hijrah ini diketuai oleh Timbalan Presiden ABIM, TG Fadzil Nor, Ketua ABIM Terengganu, TG Hj Hadi, Syed Ibrahim, Ustaz Nakhaie. Ini antara generasi awal ahli ABIM dalam PAS.

Setelah kekecohan yang dicetuskan oleh Anwar yang berhijrah ke dalam UMNO. Kem ABIM berpecah dua. Pro PAS, neutral dan Pro Anwar.

Golongan ABIM dalam PAS mula mengorak langkah dengan membina sistem pendidikan PAS yang dinamakan TASKI. Pengalaman ABIM dalam pendidikan seperti Yayasan akademik Anda dan Institut SOFAR digunakan sehingga munculnya Institut Berakan di Terengganu. Antara tokoh yang banyak berjasa ialah Abu Bakar Chik.

Pemimpin ABIM juga mengorak langkah mengubah dasar politik PAS agar lebih Islamis sehingga berlakunya rampasan kuasa. Pada waktu yang sama, ABIM pro Anwar menjadi rakan dalam pembangunan kerajaan BN. Setengah pimpinan ABIM yang lain aktif dalam NGO seperti PUM dan Persatuan Ulama Kedah.
30/9/08
Siapakah MB Kelantan?

Calon paling popular untuk menjawat MB Kelantan adalah Dato Husam Musa. Husam memang berkebolehan, pemikir dan pekerja yang hebat yang boleh memajukan Kelantan dengan lebih baik. Walaupun tiada imej ulama, beliau adalah keturunan tuan guru abdullah tahir, guru segala tuan guru yang menjadi guru pondok bunut payong, kelantan. Lagipun Husam rapat dengan tuan guru Nik aziz dan popular melalui media dalam kalangan rakyat. Terkini, Husam sudah merapati raja bercakap dan mungkin mendapat restu untuk ditabalkan sebagai MB Kelantan pasca TG Nik aziz. Saat ini, penulis yakin Pak sayuti akan mengeluarkan buku khas tentang Husam. TMB seidealis mungkin Takiyuddin Hasan atau cuba menenangkan ancaman orang ‘tua’ dengan melantik Nik Amar sebagai MB.

Jika PAS masih bersama BN, mungkin Nik Abdullah Arshad menjadi MB Kelantan semasa hujung tahun 1980an. Tapi PAS menolak. Dikhabarkan antara jasa besar Nik Abdullah adalah membawa pulang TG Nik Aziz daripada Mesir dan menganti beliau sebagai wakil rakyat kawasannya(jika tidak silap). Ramai pimpinan senior dan puak ulama menyukai Nik Amar anak kepada Nik Abdullah sebagai MB Kelantan. Husam terlalu rakus umpama Anwar dalam mendaki puncak kuasa. Nik Amar amat sederhana profil dan tidak suka menonjol seumpama Husam yang menggunakan media (siasah semasa berkawan dengan MSO dan akhbar tabloid Kelantan) dan aktiviti kebajikan melalui Kijang Care. Nik Amar pula tidak mempromosi dirinya sebegitu rupa. TMB paling sesuai bagi gandingan Nik Amar ialah Ustaz Fadhil Hasan, Ustaz Mustafa Muhammad, Ustaz Baihaiki atau Husam sendiri.

Calon ketiga, Ahmad Yaakob. Ahli Majlis Syura Ulama ini layak menjadi MB kerana beliau adalah Timbalan MB. Jika perlantikkan beliau sebagai MB, keadaan mungkin akan lebih tenang disebabkan memang tugas asalnya sebagai TMB. Ahmad Yaakob jika diberi peluang boleh menjadi Tuan Guru bagi negeri Kelantan. Bagi mengelakkan perbalahan dalaman, tokoh ini mesti dilantik sebagai MB. Beliau boleh menenangkan suasana antara pilihan populis dengan pilihan puak ulama dan orang ‘tua’ PAS. Jika beliau ditabalkan sebagai MB, beliau boleh melantik Nik Amar sebagai TMB. Husam boleh dilantik TPM atau menteri dalam kerajaan Anwar.

Tuan Guru lain yang boleh menganti TG Nik Aziz ialah Ustaz Muhamad Daud Iraqi, Ustaz Yahya Othman(jika beliau tidak uzur) atau Ustaz Mustafa Muhammad. Jika TG terpilih, suasana kepimpinan ulama akan terus dikekalkan. Cadangan ini mungkin sukar sekali diterima. TMB boleh diletak ulama muda seperti Ustaz Fadhil Hasan, Uztaz Baihaiki Atiqullah atau Nik Amar.

Tokoh yang mungkin membuat kejutan ialah datuk takiyuddin Hasan yang begitu rapat dengan istana Kelantan. Jika kes pelantikan Ahmad Said, MB Terengganu dijadi contoh, mungkin Sultan boleh memilih beliau untuk menjadi MB.Ini tidak mustahil. Seingat penulis, Takiyuddin Hasan pernah melakukan perkara yang sama semasa pemilihan Presiden PMIUM pada tahun 1980an dahulu. Puak ABIM mencalon Takiyuddin sebagai Presiden PMIUM tetapi Takiyuddin berpakat dengan puak PAS melantik tokoh lain sebagai Presiden PMIUM. Sebagai habuan beliau dilantik sebagai Presiden PMUM. Akibatnya, tumbangnya pengaruh puak ABIM dalam PMIUM sehingga sekarang

Apapun media, raja bercakap dan orang ramai menyukai Husam sebagai MB. Tetapi secara peribadi saya memilih Nik Amar. Walau bagaimanapun saya lebih mematuhi dan menyokong calon Majlis Syura Ulama. Adakah orang berhajat redha jika beliau tidak terpilih oleh MSU? Atau Husam MB dan Nik Amar sebagai TMB. Kita tunggu dan lihat PAS Kelantan pasca Nik Aziz.
Ustaz Nasarudin Mat Isa Berprestasi Rendah?

Jika kita membaca blog penarik beca. Begitulah nadanya. Prestasi Ustaz Nasa belum terbukti kerana adanya Presiden. Sifat merendah diri dan tidak mendahului Presiden sangat perlu semasa menjadi Timbalan Presiden.

Ustaz Nasa dibawa oleh TG Fadzil Nor ke dalam PAS. TG Fadzil seorang berpandangan jauh mesti mengetahui kelebihan ustaz nasa. Atau TG Fadzil mendapat nasihat orang tertentu untuk membawa masuk ustaz nasa dalam PAS. Saya lebih bersangka baik dengan TG Fadzil Nor mempunyai perancangan tertentu dan tahu kebolehan ustaz Nasa.

Jawatan Setiausaha Agung yang dipegang tidak menonjol kecemerlangannya. Sebenarnya, jawatan Timbalan Presiden yang dipegangnya bukanlah dalam kedudukan yang kukuh.Ustaz Nasa kekurangan pengaruh. Beliau bukan mendaki tampuk kekuasaan melalui Dewan Pemuda. Jadi pengaruh beliau dalam dewan pemuda dan kepimpinan muda PAS sangat menipis.

Di Kedah, pengaruh beliau juga tidak meluas manakala dalam dewan ulama, beliau bukanlah tokoh yang berpengaruh. Jadi asas politiknya dalam PAS sangat lemah. Ustaz Nasa memerlukan tongkat untuk mengekalkan jawatannya. Tongkat yang boleh membantu beliau ialah Presiden, Majlis Syura Ulama dan tokoh ‘luar PAS’ yang mengkulikan profesional PAS. Ini antara alternatif yang ustaz nasa ada.

Apapun pilihan ustaz nasa, jangan sesekali mengubah wa’la dan mengingkari Majlis Syura Ulama. Prestasi boleh meningkat jika kita berusaha, bekerja dan berfikir seperti Husam Musa dan Anwar Ibrahim.

13/8/08
Mengintektualkan Gerakan Mahasiswa

Tajuk di atas bukan bertujuan mengambarkan GM kurang intelektualnya tetapi ingin meningkatkan keberkesanan GM sebagai gerakan intelektual. Sebagai gerakan yang berada dalam suasana ilmiah, kita berharapkan GM memberi tumpuan kepada usaha penyelidikan melalui kajian perpustakaan dan diskusi bersama cerdik-pandai di kampus.

Cuba kita perhatikan Persatuan Pengguna Pulau Penang(CAP) cukup berautoriti dalam isu kepenggunaan hasil daripada penyelidikan mereka. Penulis cukup kagum dengan hasil penulisan-kajian saudara Hilmi Ramli(PKPIM) dan Khairul Anuar Al Manshor dan terkini Wan Ahmad Fayhsal(Rausyanfikir) dan Zulzaidi Mahmood(dikhabar TERAS UM) yang cuba berbincang dan menulis dalam konteks intelektual.

Sumber atau bahan yang berlambak di kampus jangan dipersiakan. Jika kita teliti, ramai mahasiswa(konteks UM) bahkan mereka tidak tahu pun tentang jurnal-jurnal online antarabangsa yang dilanggani(beratus ribu duit hangus tanpa cakna) oleh pihak perpustakaan. Ini kedangkalan mahasiswa kita yang tiada budaya penyelidikan dan berfikir.

Isu kepenggunaan, sistem atau polisi alternatif kepada sistem sosial dan ekonomi moden, alam sekitar boleh dijadikan modal untuk GM dalam usaha menyelidik. Pimpinan GM mesti melantik satu badan pemikir untuk melakukan dalam sesuatu isu. Kita harus gunakan ahli GM yang ‘membiak’ itu menyertai badan pemikir. Jangan kita harapkan orang yang sama(yang bergelar AU) membuat kerja yang berlainan.

Siri diskusi atau syarahan intelektual perlu dirancakkan. Panggil pensyarah universiti untuk berhujah dalam sesuatu isu. Selain itu, siri syarahan boleh disyarahkan oleh tokoh seperti Dr Siddiq Fadzil, Dr. Osman Bakar dan Dr. Muhammad Abu Bakar untuk bersyarah tentang tema intelektual yang ditentukan..

GAMIS, SMM, PKPIM, BBMN dan PMN diharapkan memainkan peranan agar GM menjadi pertubuhan berasaskan intelektual.

5.8.08
PAS TERENGGANU: Jasanya dilupakan.

Orang selalu membicarakan PAS Terengganu bersifat keras dan radikal. Penulis menulis bukan kerana penulis orang Terengganu tetapi berdasarkan sejarah dan ilmu antropologi penduduk Terengganu.

Saya cukup memahami tradisi lelaki Terengganu. Sukar untuk mesra tetapi mudah tersenyum dan kelakar jika sudah mesra, pemanas, ucapan kasar, pendiam, pemalu, segan tonjol diri dan sedikit kekampungan. Secara tak langsung sifat ini juga mempengaruhi pimpinan PAS Terengganu. Lihat kehidupan TG Harun taib dan TG Haji Hadi.

Walaupun orang kerap mengutuk PAS Terengganu ekoran tumbangnya Kerajaan PAS Terengganu. Penulis mengakui banyak kelemahan PAS Terengganu ketika itu. Sebenarnya PAS Terengganu banyak membantu kebangkitan orde kepimpinan ulama dalam PAS yang menumbangkan Dato Asri.

Pimpinan Dewan Pemuda di bawah pimpinan Mustafa Ali dan pemuda PAS Terengganu seperti Abu Bakar Chik, Husin Ismail(pengerusi Yayasan Amal,) dan pemidato muda berpengaruh TG Haji Hadi menjadi teras utama menumbangkan Dato Asri. Mustafa Ali sanggup mengorbankan jawatan Setiusaha Parlimen Kementerian Perusahaan(kalau tak salah) demi PAS. Kalau profesional PAS Klon dalam Kerajaan Pusat Raja Bercakap, sanggupkah mereka melepaskan jawatan mereka demi wa’la dan baiah pimpinan PAS?. Belum pasti lagi. Mungkin mereka lebih setia kepada raja bercakap daripada TG mereka.

Wan Mutalib pula antara profesional awal yang terlibat dalam PAS manakala TG Harun Taib sanggup pulang sewaktu proses menyiapkan Phd demi jemaah PAS. Jika mereka tidak terlibat dengan PAS, mungkin wan Mutalib mempunyai syarikat guaman sehebat Zaid Ibrahim and Co. Manakala TG Harun Taib menjadi pensyarah kanan universiti.

Saya melihat PAS Terengganu dalam proses transisi. Orang kuat PAS Terengganu dijangka mengundur diri ialah abu bakar chik, wan mutalib dan akhirnya Cikgu Pa sendiri. Tokoh bakal dijadikan pimpinan baru ialah Syed Azman, Muyidin dan yahya ali bakal membantu TG Haron Taib.

Jika pimpinan PAS Terengganu ingin mendominasi secara total dalam PAS ketika itu, mereka boleh lakukan. Mereka mempunyai tokoh populis yang boleh dinobatkan ialah TG Haji hadi. Pengaruh Musthafa Ali dan Abu Bakar Chik cukup kuat dalam dewan pemuda. Dalam Dewan Ulama, kehadiran TG Haron Taib mula berpengaruh. Ketua Dewan Ulama, TG Nik Aziz tidak popular dan ‘semaksum’ sekarang. Teras ulama dan pemuda memang pro TG Haji Hadi. Tetapi TG Haji Hadi tidak mengidamkan kuasa kerana menghormati orang senior seperti TG Nik Aziz, Tg Fadzil Nor, TG Yahya Othman, TG Yusof Rawa dan lain-lain pimpinan ‘tua’.

TG Haji Hadi ketika itu lebih popular daripada TG Yusof Rawa, TG Fadzil Nor dan TG Nik Aziz sendiri. Tahun 1980an dikenali zaman kaset yang popular dengan fenomena haji hadi yang bergegar pidato agamanya. Bekas pelajar agama pintar ini tidak mengejar kuasa, hanya menjadi exco dewan pemuda sebelum dilantik Naib Presiden PAS. Jika Ustaz Nakhaie tidak berundur daripada PAS, mungkin TG Haji Hadi masih sebagai Timbalan Presiden(TG Fadzil mengharapkan ustaz nakhaie mengantikan beliau).

Jangan kita merendahkan PAS Terengganu, jasanya dalam PAS Pusat terutamanya dalam proses kebangkitan orde kepimpinan ulama sangat banyak. PAS TERENGGANU, KELANTAN dan KEDAH adalah teras PAS Malaysia. Sendiri mesti ingat.

13/8/08
Rampasan Kuasa Dalam Kepimpinan PAS Pada Tahun 2009?

“ Presiden PAS pernah keluar PAS, Naib Presiden PAS pun pernah keluar, panglima jihad pun keluar PAS, Cuma Mursyidul Aam PAS belum pernah keluar PAS” – Aku dan Nik Aziz

Dikhabarkan pada tahun 2009, PAS bakal mengadakan pemilihan agungnya. Pemilihan agung ini sangat penting bagi PAS dalam menangani permasalahan politik negara. Bagi penulis, pemilihan ini sangat bergantung kepada kejayaan atau tidak Pakatan Rakyat membentuk kerajaan pusat pada 16 September 2008.

Jika berjaya membentuk kerajaan pusat, PAS dilihat akan mengalami beberapa dilema. Jika gagal menangani dilema tersebut, PAS bakal mengalami pengolakan dalaman yang mungkin mengulangi Peristiwa 1982, dimana Dewan Pemuda dan puak ulama bersatu menumbangkan Dato Asri yang bersifat nasionalis-islami. Dilema yang penulis maksudkan ialah sejauh manakah PAS ingin kekal bersama PR yang bergelumbang dengan ‘tahi’ puak Islam Liberal, pendokong hak asasi ala Barat, sosialis, pro ilhad dan sekularis tersebut.

Tumbangnya Dato Asri sangat mengejutkan. Dato Asri bukan calang-calang pemimpin. Beliau boleh dikatakan ‘Sukarno Kelantan’. Jatuhnya beliau diiringi perpecahan dalaman dan kekalahan PAS di Kelantan. Setelah tumbangnya pengaruh Dato Asri dalam PAS, puak pro ulama berjaya memperbaiki PAS dengan tarbiah ala Ikhwanul Muslimin. Generasi PAS 1980an menikmati tarbiah ini dengan lazatnya. Di bawah Orde Kepimpinan Ulama, PAS berjaya menawan Kelantan pada tahun 1990.

Hasil tarbiah kampus, tunas daie yang terdidik pada tahun 1980an mula membuah hasil. Mereka terdiri daripada ulama muda dan profesional. Antara puak tersohor ialah Kumpulan Universiti Malaya. KUM terdiri daripada dua teras iaitu golongan ustaz yang ditarbiah daripada PAS dan golongan profesional yang terpecah dua iaitu tarbiah PAS dan tarbiah transisi zaman ABIM kepada PAS dalam PMIUM. Puak KUM transisi ini masih teruja dengan Anwarisme. Sebenarnya, KUM ini hanyalah ‘muafakat’ longgar.

Antara mereka ialah Takiuyuddin Hasan, Husam Musa, Misbahul Munir, Syed Putra Ahmad(PAS Temerloh), Anual Bakri, Muhammad Husin(PAS Pasir Puteh), Fuad Zakarsyi(masuk UMNO), Ahmad Shabery Cheek(masuk UMNO/S46, antara pengasas PASTI Terengganu). Mereka dibantu oleh jemaah kampus lain terutamanya dari UKM seperti dr Loq Loq, Idris Ahmad, Abu Bakar Chik(PAS Terengganu) dan Dr Hatta.

Kumpulan ini cukup berjaya di Kelantan. Mereka berjaya berada di kelilingi TG Nik AZIZ dan mengawal penyaluran maklumat sekaligus sebagai ‘badan penasihat’ TG. Peringkat awal, Husam Musa menjadi Setiausaha Menteri Besar Kelantan, Takiuyuddin Hasan menjadi EXCO, Husam Musa menjadi EXCO kanan paling berpengaruh dan Anual Bakri menjadi Setiausaha MB. Kebolehan profesional KUM sangat hebat dan berjaya mengemilangkan negeri Kelantan berdasarkan kemampuannya.

Kita tidak risau kehadiran golongan profesional dalam PAS. Tetapi kita mesti berhati-hati dengan profesional bernafas selain daripada ‘nafas’ PAS. Nafas yang dimaksudkan ialah nafas anwarisme yang bersinergi itu. Nafas ini berwa’la pemimpin lain selain daripada pimpinan PAS. Baiah mereka terkulai dengan pesona kepentingan dan pangkat dunia serta ternoda dengan keterujaan terlampau kepada Anwar. Politik mereka bukan politik dakwah-tarbiah tetapi politik sekular-liberal.

Kini tumpuan kumpulan profesional ini bangkit merangkul jawatan dalam PAS Pusat. Jika dulu dato Asri dijatuh oleh puak pro ulama, kini puak profesional bernafas anwarisme ingin juga merampas kekuasaan daripada puak pro ulama. Mereka telah berjaya meletakkan Husam sebagai Naib Presiden. Mungkin golongan profesional bernafas anwarisme ini cuba menandingi jawatan Timbalan Presiden PAS yang dipegang oleh Ustaz Nasarudin Mat Isa yang berprestasi rendah itu. Jika berani, Presiden pun dilawan oleh mereka. Jika gagal, mereka akan kekal menyertai Kerajaan Pusat Raja Bercakap yang akan berjaya kononnya itu. Jika mereka berjaya, tamatlah era kepimpinan ulama.

Siapakah tokoh golongan profesional bernafas anwarisme yang bertanding jawatan Timbalan Presiden?. Adakah ramalan ini berlaku atau andaian kosong?. Saya mengharapkan ia adalah andaian kosong. Sama-sama kita tunggu.
13/8/08

Thursday, September 25, 2008

MAZHAB ISTAC: GELAP DALAM CERAH?

Oleh mamat.com
mahasiswamenggugat.blogspot

‘mereka harus menghapuskan jurang antara teori dan praktik dan menghubungkan kembali golongan intelektual dan massa’
Ali Shariati

Syukur kepada Allah SWT memberi ruang kepada penulis ke blog Tuan Aqil fitri, pengendali ummahonline, antara blog yang sarat dengan rencam ilmu berkualiti. Ulasan tentang Prof Naquib al Attas sangat saya sokong.

Prof Naquib merupakan tokoh yang penulis kagumi. Sebagaimana Tuan Guru Haji Hadi, Tuan Guru Nik Aziz, DS Anwar Ibrahim atau Dr. Siddiq Fadzil yang penulis kagumi juga tetapi tidak sampai penulis membuta-tuli fanatic kepada mereka.

Mungkin penulis hanya berkenalan prof Naquib melalui karyanya.

Pada zaman mahasiswa yang begitu ideal, penulis turut terpengaruh dengan tulisannya. Sebagai ‘ulat ilmu’ dan ‘kaki seminar’, penulis pernah merasai kelazatan ilmu tetapi apabila terjerumus ke alam masyarakat dan reality, praktikal ilmu yang diseminar hanya manisan kata-kata. Kita boleh tambah ilmu tetapi tidak boleh praktik ilmu kecuali yang terpilih. Inilah yang penulis risaukan dengan idea yang sukar dihidup-nyatakan.

Ilmu prof naquib yang penulis kira sebagai mazhab ISTAC adalah khazanah pemikiran yang cukup berharga hanya mampu dijana di ruang kampus-elit sahaja. Mampu mencerah minda dan menyedap halwa telinga tetapi kaku menggerakkannya. Masyarakat marhaen dan professional Malaysia malas membaca bahan ilmiah, mereka tak hirau dan tidak kenal pun prof Naquib apatah lagi bawaan ilmunya atau ilmu yang dicanangkannya.

Pengikut tegar prof naquib sendiri tidak bersinergi. Lihatlah kebanyakan anak murid prof naquib yang kaku di universiti. Keluarlah merakyat ilmu anda yang bergeliga itu. Idea jangan beku tertulis dalam tesis sahaja tetapi biar menggugat dalam reality. Mungkin orang akan bicara bahawa Anwar Ibrahim merupakan anak murid prof yang terkemuka dan praktikal. Persoalannya, adakah Anwar Ibrahim pengikut prof Naquib yang sejati?

Saya nak juga bertanya kepada Anwar Ibrahim, kenapa beliau memilih pendekatan Prof Ismail al Faruqi daripada prof Naquib pada 1980an dahulu? Mitos yang popular ketika itu, surat prof ismail faruqi antara sebab Anwar masuk dalam UMNO padahal surat Pak Natsir, tokoh Islam Indonesia supaya memajukan PAS diketepikan. Akibatnya tokoh-tokoh ABIM yang tertunggu-tunggu beliau seperti Tuan Guru Haji Hadi, Tuan Guru Fadzil Nor dan Ustaz Nakhaie dalam PAS.

Secara realitinya, mazhab ISTAC bergurukan prof Naquib ini bersifat elitis dan sukar direaliti di ‘bumi’ yang dipijak. Ilmunya dihadami oleh orang berlagak bijak-pandai di institusi pengajian tinggi yang malas aktif di medan reality baik dalam politik dan ekonomi. Dalam bidang social ada puak ABIM-PKPIM cuba mengekori ilmu-ilmu yang dihidang oleh Prof Naquib. Persoalannya berapa kerat?

Dalam blog sosialis kanan, saudara Wan Faysal yang penulis selalu berimiginasi bakal Presiden PKPIM(sebagaimana penulis membaca tulisan ilmiah saudara Hilmi Ramli dan Kharul Anuar al Mashor dalam majalah MINDA) cuba meneruskan hidup mazhab ISTAC dalam kalangan anak muda. Penulis cukup menyokong akan usaha saudara wan faysal. Semoga berjaya.

Sebagai orang muda ‘pemabuk’ mazhab istac, penulis mengharapkan saudara wan faisyal mengorak langkah bersama cendikiawan proksi ISTAC mengeluarkan modul-struktur bernegara yang merangkumi aspek hubungan antarabangsa, ekonomi, pendidikan dan sebagainya. Serah modul ini kepada PAS untuk dijadikan ‘AEB’ PAS dan dilaksanakan.

Suka atau tidak, PAS adalah wadah paling berpengaruh dalam masyarakat Melayu-Islam kini berbanding gerakan Islam yang lain termasuk ABIM-PKPIM dan JIM. Dekati mereka dengan semangat membina bukannya meruntuhkan seperti cerita lama ABIM yang suka memperlekehkan kepimpinan ulama PAS yang jumud dan politik kepartian sempit. Dalam masa yang sama, tokoh ABIM-PKPIM lebih ramai suka dan ketagih bersama UMNO berbanding PAS.

Penulis antara manusia yang kecewa apabila UIA ‘membuang’ prof Naquib daripada ISTAC. Satu perbuatan mencemar martabat keilmuan. Penulis mencadangkan agar Prof Naquib(jika beliau masih sihat dan bertenaga, dengar cerita pakai alat pendengaran) dan legasinya membina ‘ISTAC Baru’.

Negara pertama yang boleh diwujudkan ISTAC baru ialah Bosnia. Negara ini merupakan antara negara umat Islam di Eropah. Budaya Mazhab ISTAC amat sesuai untuk pertempuran ilmiah dan pemikiran di Eropah. Sebab itu orang seperti Dr. Tariq Ramadhan, cucu Imam Hasan al Banna berjuang di Eropah yang subur kecerahan fahaman ilmu dan sikap keterbukaan berbanding negara Timur seperti Mesir atau Syria. Negara yang kedua ialah Qatar. Sebuah negara yang semakin terbuka dan suka mengambil tokoh ilmuan yang ‘terbuang’ seperti Yusof Qaradhawi. Pak Sheikh Arab mudah beri sumbangan dana. Negara ketiga ialah Indonesia dimana ramainya anak murid prof Naquib. INSIST boleh diperkasa dengan kehadiran prof naquib. Di Indonesia, mazhab ISTAC sangat sesuai jika bertarung dengan gerakan Islam Liberal di sana.

Saya juga mengharapkan legasi mazhab ISTAC ini menubuhkan badan pemikir. Nasihati pertubuhan dan pemimpin Islam seperti Anwar Ibrahim. Saya nak lihat Anwar pilih IKD yang liberal atau mazhab ISTAC. Adakah peristiwa penolakan idealisme prof Naquib berlaku kembali?. Kalau Anwar lebih seronok dengan agenda peribadinya, serah harapan proksi Istac kepada PAS.

Media massa juga harus digerakkan agar idea prof naquib tersebar luas. Ajaklah Prof Naquib memberi takzirah mingguan umpama beliau lakukan semasa di ISTAC dahulu. Kebetulan anaknya orang kuat IKIM, panggillah bapak tuan bertakzirah, tuan tawfik.

Saya mengakui mazhab ISTAC antara mata rantai Islam yang saling lengkap-melengkapi bagi mentamadunkan umat Islam kembali. Apapun bagi umat terkini, kita lebih utama mencuci akidah umat terlebih dahulu berbanding menyirup mazhab ISTAC yang kelat dan terbelit akal itu.

Akhir kalam, saya mengharapkan mazhab istac ini membumi bukannya menuntun bidadari dalam khayalan. Semoga Prof Naquib sentiasa sihat dan boleh berkhidmat untuk umat sambil menghirup kopi, mengaji al quran dan berfikir dengan hati yang senang.

13/9/08

Tuesday, September 23, 2008

BADAN SAJA PAS - BAJU KEADILAN
-Azizi Hj Abdullah.

Memang muakpun melihat ramai ahli-ahli Pas, terutama kalangan anak-anak muda, apabila berbadan Pas tetapi berbaju Keadilan. Sesekali semacam hendak menyindir betapa aqidah kepartian mereka sangat senang digoncang hinggut oleh pengaruh apa yang dianggap ‘reformasi’. Bagaimanapun maksud sedemikian tidak jadi apabila berpegang kepada seruan pemimpin tentang perlunya menafikan 2/3 BN. Pembangkang perlu disokong.Termasuklah saya pun, selalu tergila-gila menyertai ceramah KeAdilan, menyumbang sesuatu tetapi kerana badan sudah tua, kerja seperti Unit Amal saya tidak lakukan.

Jika mahu mengimbau kembali Pilihanraya Permatang Pauh 26hb Ogos 2008, sebenarnya telah kelihatan ramai ahli-ahli Pas semacam sudah menjadi ahli Keadilan, malah mereka lebih Keadilan dari Pas, mabuk rasa mabuk nama. Mereka seperti Mat Rempit menaiki motosikal dengan baju KeAdilan, lambang dan bendera KeAdilan lalu singgah di markas-markas KeAdilan dan Pas. Lagak mereka, mereka telah merengkuh habis berbakti kepada KeAdilan.Ketika berselisih dengan rakan-rakan (ketika ini sudah tidak ketahuan lagi yang mana Pas yang mana KeAdilan) sangat payah hendak membeza yang mana orang KeAdilan dan yang mana orang Pas. Mereka akan melaung dan menjerit ‘Reformasi’ dan bukan lagi ‘Allahu Akbar.’

Yang lebih mendukacitakan, ketika Pilihanraya ke 12 pada 8 Mac yang lalu, ada ahli-ahli Pas lebih menumpukan kerja buat, gerak amal, mencula undi dan tercongok di Pondok Panas KeAdilan lebih dari Pas, jika kawasannya calon Pas tetapi kawasan sempadannya calon KeAdilan.Yang lebih malang pula apabila seorang YB KeAdilan yang cuba memperjuangkan maruah Islam atas nama sebagai individu Islam, membantah kepada kumpulan yang hendak merosakkan perjalanan undang-undang Islam, lalu Parti KeAdilannya hendak mengambil tindakan, orang-orang Pas ini juga marah-marahkan kepada calon tersebut.

Terakhir, dari mulut ke mulut mereka impikan peralihan kuasa melalui KeAdilan (PKR) dan apabila ada pemimpin Pas berceramah, mereka akan merungut dan membeber mulut jika pemimpin Pas mengupas soal Peperangan Kubra atau Nuzul Qur`an dalam kontek politik kini, kerana pemimpin Pas itu tidak mengulas dengan penuh semangat bagaimana peralihan kuasa dan kewibawaan Dato’ Seri Anwar menjadi pemimpin.Contoh yang digambarkan di atas bukan atas niat cemburu atau sakit hati atau menidak pentingnya kejayaan PKR.

Sebaliknya kerana hendak menyambung apa yang diucapkan oleh Presiden Pas, Tuan Guru Hj Hadi Awang ketika berucap di perhimpunan Nuzul Qur`an di Kompleks Pas Kota Sarang Semut pada malam 17 Ramadan yang lalu.Memanglah Presiden Pas itu tidak membuat gambaran seperti senario di atas. Bagaimanapun kerana sikap dan gaya begitu, budaya baru ahli-ahli Pas, maka Presiden mengingatkan begitu.Sangat penting apabila Presiden Pas mengingatkan semua ahli-ahli Pas agar tidak terlalu terbawa-bawa dengan usaha membentuk kerajaan baru hingga sanggup mengenepikan ideologi parti itu untuk menubuhkan sebuah negara Islam.

Yang lebih penting dan perlu diingat ialah bagaimana perlunya konsisten dengan dasar perjuangan, jangan lari dari jemaah.Kemungkinan jauh di sudut hati Presiden, kebimbangannya ialah tidak mahu berlaku kepada ahli-ahlinya yang kononnya sudah mantap dengan aqidah perjuangan, jadi seperti peperangan Uhud; kerana sesuatu, meninggalkan medan perang sehingga lupa kepada pesan pemimpin.

Memang apa yang digambarkan di atas berlaku bukan saja ketika Pilihanraya Kecil Permatang Pauh pada 26 ogos yang lalu, sebaliknya berlaku di mana-mana ketika pilihanraya ke 12 yang lalu.Begitulah seperti kata pepatah; lebih sudu dari bubur, berat rantai dari beruk yang ditunjukkan oleh sesetengah ahli Pas apabila berhadapan dengan parti PKR malah PKR sendiri selalu mendabik-dabik dada pula terhadap Pas apabila dilihat pengaruh mereka lebih kuat dari Pas, sedangkan tenaga kerja, sehinggalah menampal postar tetap bergantung kepada Pas.

Saya berpengalaman dalam soal ini ketika Pilihanraya ke 11 yang lalu, apabila menjadi Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) dalam menghadapi pilihanraya dan ini berulang dalam pilihanraya ke 12 dalam kawasan di mana calon PKR bertanding.Kita dapati semangat dan roh, dasar malah prinsip Pas benar-benar susut. Ahli-ahli Pas seperti menjadi ahli baru KeAdilan. Mereka berbangga.Kita menyebut ini bukan bermaksud menghulur pisau untuk mencantas tali hubungan dan meretak Pakatan Rakyat.

Tetapi kita mesti ingat, bagi mereka yang beragama Islam, yang belajar sedikit sebanyak asas agama, apabila memasuki parti, mereka pasti memahami dasar perjuangan, dasar partinya dan itulah pasak pegangan politiknya.Manakala soal menyokong pakatan untuk menafikan 2/3 majoriti BN soal lain, tetapi bukan menggadaikan dasar dan aqidah politik dari sudut agama yang dipegangnya. Ini soal “ Roditu Islama Dinna!” atau "Kami redo Islam itu agama kami!” Ini bererti jika dalam soal lain, kita sokong menumbangkan BN tetapi dalam masa yang sama kita tidak rela gadaikan Islam.

Inilah soalnya dan inilah yang diperingat oleh Presiden Pas.Tetapi malang, sebahagian besar pengikut Pas, malah sesetengah dari kalangan pemimpin Pas sendiri sudah terikut-ikut, terbawa-bawa malah sampai menjadikan Penasihat Parti Keadilan sebagai ‘anak angkat’ dan bukan mustahil sebagai ‘anak emas’ pula.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz, selaku Mursyid Am kelihatan lebih berat condongnya, lebih tebal fanatiknya terhadap Presiden Parti Keadilan walaupun tidak merestui 100% dasar perjuangan Parti PKR.Tetapi Tuan Guru lupa, menyokong berlebihan, mengeluar kenyataan yang hebat-hebat sama dengan menyokong dasar perjuangan Anwar Ibrahim. Ini bukan soal kebenaran Dato' Seri Anwar dalam menghadapi fitnah, tetapi ini soal kebenaran dasar parti.

Kenapa membolehkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz menegur Mustafa Ali dan menegaskan Mustafa, sama ada sebagai penganalisis politik atau Pengarah Strategi Pilihanraya adalah sama. Jika teguran ini benar, benarlah juga apabila kita memberi sokongan berlebihan kepada Anwar, bererti juga kita membenar dasar PKR.Ini kesilapan kita. Ini tarbiah yang tidak disedari oleh Syura Pas ketika berhadapan dengan kebangkitan pengaruh Anwar, sehingga ahli-ahli Pas sudah jadi anak ayam lupa kepada ibunya lalu suka sangat kepada bapa itik.

Maka kerana itu, kita berpendapat teguran dan peringatan Presiden Pas di Kompleks Pas Kedah pada 17 Ramadan bukan saja sesuai tetapi sangat perlu dilihat oleh semua peringkat. Kita percaya Presiden sangat kuat mempercayai dan menyintai dasar Pas dan bimbang ahli-ahli Pas lupa tentang dasar sendiri.Jika trend dan kecenderungan ini berlarutan, ditakdirkan pula PKR menerajui pemerintahan negara, saya sangat kuatir anak-anak muda malah ahli-ahli Pas sendiri yang kini sudah mulai menggilai Dato' Seri Anwar Ibrahim akan berbondong-bongdong mengangkat bungkus minta dibenarkan mengemis di serambi rumah KeAdilan.

Apakah demi kerana kita mahu menafikan majoriti 2/3 BN atau terus menumbangkan BN maka Pas sanggup menggadaikan prinsip, dasarnya? Jika jawapannya tidak, maka Pas mulai sekarang, melalui pakar strategiknya, melalui penganalisa politiknya mestilah cepat membendung pengaruh ini, terutama di kalangan anak muda. Selain dari dasar dan prinsip agama, soal unsur sekular juga mestilah diambil kira. Contoh yang paling mudah:Bagaiamana mahu menarik anak muda supaya cenderung kepada pakaian jubah dari memakai kot? Kacaknya Anwar Ibrahim kerana tidak memakai jubah dan selekehnya bukan Anwar kerana serban dan jubah.

Kecenderungan kepada Anwar bukan kerana dasar partinya 100% tetapi kerana beberapa sebab. Di antaranya kerana simpati, ketokohan, berpidato yang tidak menjemukan. Apakah kerana pengaruh ini Pas tidak dapat mengawasi ahli-ahlinya dan jika mengawasi, dengan cara yang bagaimana?

Tuesday, August 12, 2008

Demo lagi?

1. satu lagi demo yang dibangga oleh mahasiswa masterskill.

2. taniah berani mempertahankan hak anda.

3. mahasiswa perlu belajar dan mencabar

Apabila Mahasiswa Uitm berdemo

1. Rasa bangga dan seronok melihat mahasiswa UiTM bangkit mempertahankan hak ketuanan Melayu. Berani betul mahasiswa ini. Taniah. Ini baru betul suara mahasiwa menggugat.

2. bagus betul pihak HEP Uitm yang mesra mahasiswa membenarkan mahasiswa berdemo. Terima kasih HEP. Tak menyalahi AUKU ke?. Saya harap tidak.

3. Seingat saya, tokoh utama ITM yang mengerakkan GM ialah Ibrahim Ali(1970an) dan Khalid Jaafar(awal 1980an). Lawan Ibrahim Ali ialah Tun Mahathir yang pernah diboo oleh mahasiswa Uitm.

4. kini mahasiswa uitm bangkit kembali. Menentang kenyataan Tan Sri Khalid Ibrahim. Andaian buruk satu saja, jika demo itu disuruh oleh HEP mereka. Harap tidak la. Kesatria uitm tak terlibat ke dalam demo yang dibenarkan itu?.

5. taniah kerana berani berdemo. Jangan lupa belajar yeah. Berdemo biar berkesedaran untuk bangsa, agama dan negara. Bukan setakat seronok-seronok saja.

Monday, August 11, 2008

CERITA MITOS: BAKAL TPM KITA(2)

1. Pada 16 September 2008, kerajaan bertukar tangan. betul ke?. Pasti ramai yang seronok terutama pimpinan partai PR.

2. dalam parti hijau, ada tokoh paling cerdik cuba menonjol diri daripada Presidennya. Orang paling cerdik itu diura-ura menjadi bakal MB sebuah negeri pandai menggunakan media dan membina jaringan pimpinannya.

3. Sekarang, orang paling cerdik parti hijau ini mula merapati Raja Bercakap dan berjaya mempengaruhi orang paling alim dalam parti hijau. Oleh kerana bijak dan hensem, mungkin raja bercakap akan pilih beliau daripada Presidennya untuk jawatan TPM.

4. antara TPM dan MB. mana pilihanmu?

CERITA MITOS: BAKAL TPM KITA(1)

1. Dato Hishamuddin dijangka menang Naib Presiden UMNO, apa nasib tan sri Muhyiddin yasin
selepas ini.

2. pada tahun 2010, Dato Seri Najib jadi PM, siapa gerangan Dato Seri Najib nak pilih sebagai TPM. Mesti seketurunan Noahnya dipilih. Jadi kempunanlah Tan Sri Muhyiddin Yasin.

3. jadi, Tan Sri Muhyidin kena lawan juga. tiada pilihan.

Friday, August 08, 2008

Realiti Orang Berjemaah

Terharu dengan 'petugas' ber'tshirt' pagoda yang kini seorang MB
Tarmizi Mohd Jam Sat Aug 02, 08 12:35:25 pm MYT

Walaupun cerita lama, terungkap di dalamnya kesedaran dan ukhwah sesama manusia. Bahkah lebih dari itu, terasa kemesraan dan tingginya nilai pertolongan sewaktu terdesak. Semuanya ini terjadi, ketika negara terkejut dengan isu "Deepa raya".
I
Rakan saya, yang kini Timbalan Pesurujaya PAS Wilayah Persekutuan, Ustaz Nazir Zakaria menceritakan pengalamannya itu. Suatu ketika keretanya pernah mengalami kerosakan gearbox di Lebuh Raya Utara Selatan, dekat susur keluar Tapah.
Ustaz Nazir berasal dari Kuala Kedah tetapi sudah lama menetap di Putrajaya. Kerosakan kereta itu terjadi sewaktu beliau hendak ke Kuala Lumpur.

Setelah tercari-cari siapakah yang boleh membantu, beliau menghubungi Setiausaha PAS Putrajaya, Wan Hasrul Affendi. Kebetulan kereta Proton itu dipinjam darinya dan Ustaz Nazir adalah Yang Dipertua PAS Putrajaya. Wan memberikan nombor telefon yang boleh dihubungi di kalangan aktivis PAS Perak.

Ustaz Nazir menghubungi nombor tersebut. Amran Harun, pemilik nombor telefon itu memberi jaminan akan menghantar seseorang ke sana. Ketika itu, Amran adalah Setiausaha Jabatan Pilihan Raya PAS (JPN) negeri berpangkalan di Ipoh. Tidak lama kemudian, seorang petugas PAS sampai dan membawa Ustaz Nazir serta kereta tersebut ke sebuah bengkel.
Sikap bertanggungjawab Amran cukup terpuji. Setelah seminggu berlalu, Amran sendiri menghantar kereta yang sudah siap dibaiki ke rumah Ustaz Nazir di Putrajaya, dari Kampar. Amran juga adalah Setiausaha PAS Kawasan Kampar, waktu itu.

Ketika ummat Islam mahu menyambut hari raya Aidulfitri, yang dikongsikan oleh kerajaan Barisan Nasional dengan hari raya Depavali dan disebut "Depa Raya", sekali lagi Ustaz Nazir ditimpa kecelakaan. Tayar kereta Citra miliknya terbelah akibat terlanggar gigi jalan yang agak tajam di stesyen Petronas Hentian Rehat Tapah.

Ustaz Nasir bersama isteri dan anak-anak dalam perjalanan ke Kuala Kedah. Untuk berhari raya di kampong.

Waktu itu, tiada satupun kedai beroperasi kerana esoknya umat Islam akan menyambut hari raya Aidulfitri. Dan hari tersebut pula, orang sibuk menyambut hari raya Depavali. Ustaz Nazir bertambah panik, tiada tayar simpanan dalam kereta.

Tiba-tiba, beliau teringat Amran Harun yang pernah menolongnya kira-kira setahun sebelum itu. Beliau terus menghubungi Amran. Nampaknya, Amran masih mengenal Ustaz Nazir dan berjanji akan menghantar "petugas" ke Hentian Rehat Tapah itu dalam masa 30 minit.
Ketika itu, umat Islam masih berpuasa dan esok akan menyambut hari raya. Bayangkanlah, terbelahnya tayar kereta itu dalam suasana terik matahari. Tayar simpanan tiada. Selang beberapa minit, telefon berbunyi. Seorang "petugas" terus bertanya Ustaz Nazir, saiz tayar dan jenis tayar bagi memudahnya mendapatkan tayar berkenaan.

Kira-kira 30 minit kemudian, "petugas" berkenaan sampai dan membawa tayar terpakai. Seorang yang sederhana kurus, bercermin mata dan kelihatan peramah. Barangkali "petugas" itu tinggal tidak jauh dari Tapah.

Malangnya, tayar yang dibawa (terlekat bersama rim) tidak sesuai dengan kedudukan skru pengikat rim. Akhirnya, "petugas" itu mengajak Ustaz Nazir mencari kalau-kalau ada kedai atau bengkel yang beroperasi hari itu sekitar pekan Tapah.

Dengan menaiki kereta "petugas" itu, mereka menuju Pekan Tapah. Semua kedai kelihatan tertutup kaku. Tiada satupun bengkel yang membuka pintunya. Tiada juga kedai tayar yang menggamit pelanggan hari itu. Semua bercuti, sebab hari itu hari raya Depavali dan esok hari raya Aidulfitri.

"Petugas" itu melurukan keretanya ke arah Pekan Bidor. Jauh juga perjalanan dari Tapak ke sana. Patah semula ke arah Kuala Lumpur mengikut jalan lama. Mereka bernasib baik, terdapat satu bengkel yang masih beroperasi. Dan ada pula, tayar yang dicari-cari.
Dari jalan lama itu, mereka keluar ke susur Bidor dan masuk semula ke Lebuh Raya Utara Selatan menuju Hentian Rehat Tapah, tempat kereta Ustaz Nazir ditinggalkan bersama anak dan isterinya. Sebaik tiba, "petugas" itu terus membuka baju kemejanya. Yang tinggal hanya tshirt pagoda nipis berwarna putih.

Ustaz Nazir cuba untuk membantu tetapi ditegah oleh "petugas" itu. Kerana katanya, ini sudah jadi tanggungjawab beliau untuk menolong sesiapa sahaja khususnya ahli-ahli PAS sepanjang lebuh raya mahupun jalan lama yang merentasi negeri Perak.

Amranpun pernah memberitahu perkara itu. "Petugas" itu juga mengesahkan bahawa mereka ada team yang boleh dipanggil, jika berlaku musibah menimpa ahli-ahli PAS sepanjang perjalanan. Baik membabitkan kereta, motosikal mahupun kenderaan lain.

Peluh jantan mencurah-curah keluar. "Petugas" itu terus gigih memasang semula rim kereta. 'Tshirt' pagodanya sudah lenjun basah. Terik mahatari bukan kepalang. Hari itu, umat Islam berpuasa. Tentu sekali letih, dahaga dan tidak bermaya. Namun, "petugas" itu tekun menjalankan amanah parti, menolong sesama manusia.

Setelah selesai, dan "petugas" itu mengesat peluhnya, dia mengenakan semula baju kemejanya. Ustaz Nazir menghulurkan sedikit wang sebagai sagu hati. "Petugas" itu menolak, kerana katanya dia menolong dengan ikhlas. Bukan untuk mendapatkan wang.

Sebagai tanda ukhwah, rasa tanggungjawab dan tidak sampai hati, Ustaz Nazir menjadi serba-salah dengan penolakan "petugas" itu. Ustaz Nazir terus menghulurkan duit saguhati itu, kalau "petugas" itu tidak mahu menerimanya, beliau minta dimasukkan ke dalam tabung jamaah (PAS).

Sambil berpeluk-pelukan, Ustaz Nazir mengucapkan berbanyak terima kasih kepada "petugas" yang cukup baik hati itu. Beliau menghulurkan kad nama kepada "petugas" itu, kalau-kalau selepas ini boleh berjumpa di mana-mana, makan-makan sebagai tanda ukhwah.

"Ustaz Nazir Zakaria. Oh... Ustaz, Bendahari PAS Wilayah. Jadi Yang Dipertua Kawasan Putrajaya juga," kata "petugas" itu sambil membaca bait-bait yang ditulis pada kad nama Ustaz Nazir. "Petugas" itu juga turut mengeluarkan kad namanya dan menghulurkan kepada Ustaz Nazir.

"Ini kad ana. Manalah tau, kalau-kalau berlaku apa-apa, hubungi terus ana," ujar "petugas" itu sambil menghulurkan sekeping kad nama kepada Ustaz Nazir.

Tertera pada kad itu, nama Ir Mohamad Nizar Jamaluddin; Bendahari Badan Perhubungan PAS Perak dan (Yang Dipertua PAS Kawasan Kampar, Perak). Rupa-rupanya, "petugas" itu adalah kini, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan dan Amran Harun pula menjadi Pegawai Khas beliau. - tmj/mks._

Komentar
Wahai pimpinan mahasiswa, jawatan tertinggi dalam jemaah sikit sahaja, jadi ketua cawangan pun nasib baik. berbaktilah jemaah, hatta sebagai penampal poster. jangan mudah merajuk beb!!

Mahasiswa Muak Pada Pak Lah

Mahasiswa sudah muak dengan kepimpinan Abdullah Badawi
Intan Abdullah Fri Aug 08, 08 5:22:58 pm MYT
Sumber harakahdaily

KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Hrkh) - Sekumpulan mahasiswa melalui satu memorandum mengutuk kepimpinan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang didakwa gagal mentadbir negara sehingga mengakibatkan senario politik Malaysia hari ini adalah dalam keadaan gawat dan bankrap.


Menurut jurucakapnya, Sheikh Omar Ali, hal tersebut telah menyebabkan rakyat hilang kepercayaan kepada kepimpinan negara yang diterajui Perdana Menteri.
"Tinjauan terkini Merdeka Centre jelas menunjukkan hanya 42 peratus sahaja daripada lebih 2,000,000 rakyat Malaysia memberi sokongan kepada pentadbiran Paklah Ahmad Badawi," ujarnya dalam satu kenyataan media yang dihantar kepada Harakahdaily oleh sekumpulan pemimpin mahasiswa Universiti Malaya sempena Majlis Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya berhubung pelbagai isu-isu semasa dalam negara.

Tambahnya, kenaikan harga minyak dunia yang dipropagandakan Abdullah, putar belit berkaitan subsidi, janji manis peningkatan taraf hidup rakyat melalui pembiayaan projek-projek, semua ini merupakan tipu-helah rutin Abdullah serta kabinetnya kepada rakyat.
"Oleh itu, kami mendesak agar Abdullah bertanggungjawab penuh terhadap keseluruhan permasalahan yang berlaku ini.
"Kami aktivis mahasiswa sudah muak dan tidak sanggup dipimpin oleh Abdullah walaupun untuk 24 jam lagi sekalipun dan beliau mesti berundur serta meletakkan jawatan dengan segera," tegasnya.

Dalam pada itu, kumpulan mahasiswa yang menggelarkan diri mereka aktivis UM ini turut melihat suasana politik Malaysia yang huru-hara, kepimpinan yang lemah, keadaan ekonomi yang tidak menentu dan isu sosial yang membarah, mendorong mereka menguatkan tekad menggerakkan mahasiswa dari seluruh negara ke Permatang Pauh sebagai tanda penglibatan mahasiswa dalam agenda penentuan untung nasib masa depan negara.
Dengan ini mereka mengisytiharkan pendiriran tegas dan deklarasi tergempar mahasiswa pada hari ini bahawa mereka tidak akan berganjak malah akan memanfaatkan pilihan raya kecil Permatang Pauh.

"Ia turut berperanan sebagai medan kepada pentas mahasiswa bagi menyatakan kebenaran dan membongkar segala kegawatan yang berlaku dalam negara hari ini kepada rakyat Malaysia.
"Kami nyatakan disini, mahasiswa adalah agen perubahan, mewakili jiwa dan raga seluruh rakyat Malaysia," katanya.
Sementara itu, dalam membicarakan isu politik kebangsaan pihak Aktivis Mahasiswa UM juga melihat dasar ultra-perkauman yang dijulang oleh Umno sebenarnya memberikan kesan negatif kepada bangsa Melayu sendiri.
Keadaan ini bertambah jelas apabila Umno yang berselindung disebalik Barisan Nasional yang kononnya mampu berpadu bersama kaum India dari MIC dan Cina dari MCA akhirnya mendedahkan identiti sebenar Umno sebagai parti ultra-perkauman apabila melihat ketidak stabilan sokongan India dan Cina itu sendiri sejurus selepas kekalahan besar parti komponennya itu pada Piliharaya umum ke-12.

"Tanpa disedari, Umno terus membangkitkan isu-isu kaum Melayu semata-mata tanpa mengambil kira perasaan kaum India dan Cina lagi.
"Mereka juga mengheret sama politik perkauman ini ke dalam kampus dengan membenarkan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) mengukuhkan kedudukan dengan mebawa misi dan modus operandi perkauman yang sama di dalam kampus sepertimana Umno di luar sana.

"Politik perkauman ini hanyalah merupakan satu langkah kebelakang daripada arus politik tanah air hari ini," ujarnya lagi.
Justeru tegasnya, hanya mahasiswa yang bebal sahaja yang akan terus bersama-sama Umno dan GPMS di dalam kampus!
Selain itu, Aktivis mahasiswa melahirkan kekesalan berhubung keterlibatan Saiful Bukhari berhubung isu liwat dalam konpirasi menjatuhkan Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang sekaligus mencalar serta mencemarkan imej mahasiswa.

"Dengan keputusan akademik beliau yang sangat memalukan (under view) dalam akademik Saiful yang merupakan mantan Timbalan Yang Di-Pertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) tajaan Aspirasi di Universiti Tenaga Nasional ternyata menjadi dalil kukuh bahawa Aspirasi hanyalah akan merosakkan masa depan mahasiswa dan juga menjadi sampah kepada negara semata-mata," katanya lagi.

Tegas kenyataan tersebut, Saiful Bukhari tidak layak sama sekali digelar mahasiswa yang berpelajaran.
"Kami menyeru seluruh mahasiswa nasional menolak kumpulan mahasiswa pro Aspirasi secara total pada Pilihan raya Kampus (PRK) yang akan datang," ujarnya lagi.

Memorandum tersebut ditandatangani oleh Pengerusi penaja Parti Mahasiswa Negara, Mohd Azlan Zainal, mantan Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia, Sheikh Omar Ali, Mantan Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa (Pro Mahasiswa) Universiti Malaya, Ahmad Shahir Mohd Shah, Presiden Gamis, Mohd Dzulkhairi Mohd Noor, Setiausaha Agung Komuniti Mahasiswa Kerinchi (KMK), Husaini Roslin, Pengerusi Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI) Universiti Malaya, Norsyuhada Mustafa, Mantan Setiausaha Agung Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), Mohd Khairul Naim Che Nordin dan Pengerusi University Malaya of New Youth - UMANY, Hong Keat. - mr/mks. _

Thursday, August 07, 2008

AKIM: 'Nenek tua' di Permatang Pauh?

1. Parti AKIM nak bertanding di Permatang Pauh. AKIM parti serpihan PAS.

2. Peranan AKIM adalah memecah undi seperti peristiwa nenek tua di Parlimen Kuala Terengganu dimana Mat Sabu kalah tipis.

3. adakah AKIM berjaya mengulangi rekod nenek tua di kawasan 'Raja Bercakap' kita? kita tunggu dan lihat.

Wednesday, August 06, 2008

Isu Muzakarah PAS-UMNO: PKPIM VS SMM

Muzakarah: Senjata jahat Umno demi survival politik - SMM
Intan Abdullah Fri Jul 25, 08 11:32:45 am MYT

KUALA LUMPUR, 25 Julai (Hrkh) - Setelah banyak pihak mengemukakan pandangan berhubung isu muzakarah PAS dan Umno, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) pula berpendapat ia dilihat sebagai satu langkah ke belakang berbanding garis masa dan landskap politik Malaysia yang sedang ditongkah pada hari ini.

Pengerusinya, Sheikh Omar Ali berkata pihaknya melihat isu muzakarah versi kali ini adalah bersifat 'senjata jahat' yang digunakan oleh Umno dalam memastikan kekalutan survival politik yang sedang dihadapinya dapat terus dipertahankan.
"PAS dilihat seolah-olah sengaja menjerumuskan diri kepada perangkap merbahaya UMNO," ujarnya dalam satu kenyataan yang dihantar kepada Harakahdaily.

Jelasnya, Umno sebenarnya sengaja memainkan isu ini bukan kerana benar-benar mahu membincangkan permasalahan Islam dan Melayu, tetapi ia tidak lebih sebagai senjata jahat mereka untuk menjaga survival politik parti mereka yang bagai retak menunggu belah, dan memporak-perandakan pakatan dan kerjasama sedia ada di peringkat Pakatan Rakyat.
Pada masa sama, beliau turut mengusulkan agar perbincangan tersebut bukan sekadar melibatkan PAS dan Umno, bahkan juga parti-parti politik yang lain.

"Ayuh kita bermuzakarah tanpa mengetepikan mana-mana bangsa dan agama, dengan melibatkan semua parti politik dan pertubuhan yang berkaitan," katanya.
Sheikh Omar juga menggesa PAS yang memperjuangkan Islam sebagai dasar parti itu agar membawakan agenda dakwah mereka dengan lebih terbuka.

"Mungkin sudah masanya untuk mengemukakan dakwah secara terbuka, kemukakan hujah dan pasarkan tawaran-tawaran yang Islam mampu berikan kepada semua kaum, bangsa dan agama dengan penuh hikmah dan bijaksana," ujarnya lagi.
Kenyataan yang dikeluarkan SMM adalah merupakan maklum balas daripada pendirian Pertubuhan Kebajikan Pelajar Islam Semenanjung (PKPIM) yang menyatakan persetujuan terhadap muzakarah PAS-Umno

Pandangan pertubuhan itu dua hari lalu telah mengundang beberapa reaksi sama ada di peringkat PKPIM sendiri mahupun individu-individu tertentu yang dilihat berminat dan terus mengambil berat terhadap hal-ehwal gerakan aktivis dan aktivitisme mahasiswa. - mns_

sumberharakahdaily

Antara Intelektual Mahasiswa dan AUKU

Antara intelektual mahasiswa dan keikhlasan Umno meminda Auku
H Fansuri Tue Aug 05, 08 11:00:55 am MYT

Pada 30 Julai lalu, suatu temubual diadakan bersama dua siswa. Seorang daripadanya mewakili Persatuan Sains Politik, UIA Saifullah dan seorang lagi adalah Faizal mewakili PKPIM yang membincangkan tajuk pindaan Auku menerusi Radio 24, Bernama.


Tanpa merakamkan semua isi perbualan itu saya cuma ingin menyentuh beberapa perkara yang mungkin dianggap menarik oleh sesetengah pihak. Antaranya, hujah Faizal.
Menurut beliau, Auku sebenarnya memerangkap Umno sendiri sebagai parti pemerintah. Memang ada ketua bahagian, ketua cawangan dan calon-calon pilihan raya yang sedang membuat tesis Phd dan master dalam keadaan mereka adalah calon Umno.
Tidakkah hal ini melanggar Auku? Cuma, dalam kes Umno, SPR lazimnya akan menutup mata, bersikap berat sebelah dan akhirnya calon-calon itu diteruskan juga bertanding. Itu perkara biasa. Cuba lah hal itu berlaku ke atas calon pembangkang. Ada k ah SPR berdiam diri? Sudah tentu tidak. Hal kebiadapan dan berat sebelah SPR janganlah diragui.

DJ penyampai radio mula termakan dan menyetujui pandangan tersebut. Sebagai wanita, mungkin beliau tak pernah terlintas dalam fikirannya akan hal seumpama itu. Tapi, beliau tetap mengulang hal yang sama kepada panelis termasuk panelis dari luar.
Ganggu pelajaranHal itu ialah, tidakkah penglibatan pelajar dalam politik itu mengganggu pelajaran?

Sebenarnya, banyak hal lagi yang mengganggu pelajaran mahasiswa seperti dadah syabu, gejala negatif seperti menonton video lucah, lumba haram, rempit dan sebagainya. Tetapi hal seperti itu tidaklah diambil peduli sangat. Lazimnya, kesedaran berpolitik dan berparti jugalah yang dilihat oran g sebagai hal yang mengganggu pelajaran.

Lalu hal itu ditanya sekali lagi kepada Irmohizam, seorang pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Phd. Tesis beliau berkaitan Auku. Beliau adalah exco Majlis Belia Malaysia (MBM). Jawapan beliau mudah; kecenderungan politik bukan sebab pelajar itu gagal dalam pelajaran. Jawapan ini mudah kerana beliau juga cenderung berpolitik.

"Kita lihat ramai pemimpin kita dahulu pun bergiat cergas dalam politik ketika masih lagi belajar," kata beliau. Sekali lagi jawapan ini merujuk pimpinan Umno lalu. Tokoh seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan lain-lainnya adalah contoh di mana pelajar itu mula berpolitik sedangkan mereka masih lagi berada di bangku kuliah.

Bagaimanapun hujah-hujah ini cuma sekadar ingin mengesahkan kehadiran Kelab Umno di luar negara. Cuba lah kalau mahu diwujudkan Kelab Pa s atau apa saja pertubuhan yang bersifat anti-Umno. Baru kita akan dengar syor agar belajar dulu, politik kemudian.

Jawapan yang sepatutnya dikemukakan oleh Irmohizam sepatutnya jujur. Sepatutnya kita kena berkata, memang ada keadaan di mana pelajar terlalu menumpu kepada politik, lalu akhirnya gagal seperti Tun Dr Mahathir. Tapi, akhirnya beliau berjaya dalam Umno.

Tetapi, ada juga yang mahir menyeimbangkan pelajarannya dan akhirnya mereka berjaya dalam akademik seperti Dr Asyraf Wajdi. Tapi beliau kalah dalam pilihan raya di Tumpat Kelantan sebagai calon Umno. Tak apa. Bak kata Fansuri, tuah ayam nampak di kaki dan taji. Tuah calon Umno nampak pada sikap berat sebelah SPR dan hantu mengundi.

Jadi politik tak bersalah dan tak boleh sesekali dipersalahkan. Pilihan raya tidak bersalah, kerana yang bersalah tetaplah Suruhanjaya Pilihanraya (SPR). Allah Maha Suci dan tidak bersalah. Yang bersalah adalah hamba Allah yang bernama Abdullah.

Kita mestilah jujur dengan diri sendiri. Semua bergantung kepada kebijaksanaan di dalam menyeimbangkan antara politik, pelajaran. Ada yang gagal pelajaran, tapi cemerlang pula dalam politik dan begitulah sebaliknya.

Memeranjatkan!Tetapi hal yang paling memeranjatkan saya ialah ketika Irmohizam menyatakan Auku itu membantu dalam mengawal keselamatan dalam negeri dan lain-lain. Mujur juga si Faizal telah menolak pandangan tersebut dengan menyatakan bahawa ada banyak akta lain yang boleh digunakan untuk mengawal keselamatan negara seperti Akta Polis.
Bayangkan bagaimana seorang pelajar yang sedang membuat kajian di peringkat PhD itu boleh berkata seperti itu. Saya memang merakam perbualan temubual itu. Tetapi jika kita mahu kenya taan lengkap, sila hubungi
'

Bagaimanapun, saya tidak berminat memanjangkan isi perbualan temubual itu. Apa yang mustahak ialah kenapakah dengan tiba-tiba Menteri Pengajian Tinggi berminat meminda Auku? Saya tidak fikir Umno ikhlas kepada warga kampus, pelajar dan pensyarah.
Pada akhir April lalu ketika saya selesai kerja di PWTC dalam Pest a Buku, seorang wakil PKPIM telah meminta saya bersama mereka menemui Dato' Idris Haron sebagai 'bupala' tertinggi dalam kementerian. Saat itu, syor mengenai pindaan Auku sedang bermula.

Antara alasan kenapa saya dibawa bersama untuk membahaskan pindaan itu ialah kerana saya antara bekas mahasiswa yang hampir-hampir terkena hukuman Auku. Demikianlah menurut kata seorang exco PKPIM. Semua itu berjalan dengan penuh rahsia.

Tatkala rombongan sebiji kereta itu baru bermula keesokannya, maka tiba-tiba saya dapat kiriman sms dari exco PKPIM yang menyatakan bahawa Idris Haron tak dapat menerima kehadiran kami bagi membincangkan hal pindaan tersebut.

Saya tak terperanjat kerana sejak awal lagi saya sudah meragui keikhlasan Umno dengan warga kampus dalam kalangan pelajar dan pensyarah. Tak salah saya, tarikhnya mungkin 28 April lalu. Tidak lama selepas itu, saya terdengar laporan Idris Haron sudah membuat kenya taan mengenai pindaan Auku.
Suara hati berbisik, sejak bila pula Idris Haron berbincang dengan badan pelajar itu? Atau mungkin mereka berbincang tanpa kehadiran saya? Wallahu 'alam. Apa pun, semua kisah ini menjadi suatu ukuran dan sandaran bukti bahawa Umno tidak pernah ikhlas.
Saya meragui keikhlasan pimpinan Umno termasuk menteri-menterinya sejak dulu, kini, dan buat selama-lamanya (kot). (Nak cakap serba tidak kena, mungkin Umno akan insof, siapalah yang tahu? Saya pun bukannya Tuhan.)

Antara bukti mudah ialah, dalam keadaan Umno ingin bermuzakarah dan bermuqabalah, mereka masih lagi setia mahu mengenakan Anwar Ibrahim atas isu l.w.t dengan si Saiful _____ Azlan. Kalau Umno dan Abdullah ikhlas, nescaya dia akan menyegerakan ur usan ini dengan bersumpah dan tutup kes di dunia ini, nanti sambung pula di akhirat.

Tetapi, Abdullah tiada niat untuk menghentikan laporan kutukan ke atas isu ini di akhbar. Dalam masa yang sama, Abdullah mungkin menggunakan isu muqabalah bersama musuh tradisinya guna meraih sokongan. Dan parti berkebajikan ini dijadikan sebagai perisainya dan kubu kuat Umno untuk menahan serangan rakyat ketika isu l.w.t sedang heboh.
Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi? Tradisi tipudaya serta tipuhelah Umno dan Abdullah ini mengalir dalam setiap cabangan dan cawangan kementeriannya termasuklah dalam pindaan Auku oleh Menteri Pengajian Tinggi. Khaled Nordin oran g Pak Lah.

Saya memang dengan jelas menanam benih-benih keraguan dan akan bercambah sebagai tunas dan pokok yang rendang, memayungi warga universiti daripada bahang panas terik penjajahan Umno melalui pujuk rayu mereka ini.
Kalau Umno ikhlas, mereka akan terus membuang Auku yang dilihat sebagai penyakit di dalam jiwa intelektual warga kampus. Mereka ada kemampuan. Tetapi, bagaikan bomoh, dukun yang bela pelesit dan hantu raya, mereka tak membuang semua saka warisan.

Selagi penyakit masih wujud selagi itulah wang pesakit sentiasa mengalir masuk di dalam kan tung mereka. Jika KPT (baca:Umno) pernah meminda untuk melonggarkan ikatan tali Auku, apakah mustahil suatu masa nanti mereka akan meminda untuk mengetatkan?
Manusia yang biasa 'membeli' jawatan, tidak mustahil akan 'menjual' jawatan. Inilah yang terjadi dalam Perhimpunan Agung Umno Disember nanti, iaitu jual beli undi. Oran g yang semacam ini akan meneruskan tradisi jual beli undi dalam pilihan raya umum.

Syahadan oran g yang meminda Auku untuk melonggarkan, tidak mustahil akan meminda lagi untuk mengetatkan. Hanya kejujuran terpamer pada mereka yang benar-benar ikhlas membatalkan Auku dalam Parlimen. Jikalau tiada lagi Auku, maka tiada ruang lagi untuk mereka melakukan pindaan. Hal inilah yang Umno tidak mahu.

7:48 p.m, 4 Ogos 2008 Sekolah Pemikiran Kg Baru _
sumber harakahdaily

Tuesday, August 05, 2008

IRC Dalam PAS: Virus atau Vaksin?

IRC Dalam PAS: Virus atau Vaksin?

Majlis Perwakilan Islam(IRC) adalah pertubuhan rahsia mahasiswa yang mengikut pendekatan Ikhwanul Muslimin yang mementingkan tarbiyah dalam unit-unit kecil. Strategi IRC ialah menembusi organisasi Islam yang sedia ada dan melakukan perubahan daripada dalamnya.

kini IRC telah diinstitusikan secara rasmi dengan nama Jemaah Islah Malaysia(JIM). Sebahagian ahli JIM telah dihantar ke dalam NGO dan parti politik. kepimpinan JIM mendokong penubuhan Parti Keadilan tetapi kemaraan mereka terhalang apabila golongan sosialis dan pro hak asasi dalam Parti Keadilan menang apabila Parti Keadilan bergabung dengan Partai Rakyat Malaysia. Dalam PAS, mereka membentuk skuad profesional Islam yang sedang mara menduduki hierarki tertinggi PAS. Jika lalai, mereka akan berkuasa dalam menentukan polisi PAS.

Satu perkara yang menarik, semasa Anwar Ibrahim berada dalam kerajaan, puak IRC ini bersifat lembut dengan kerajaan tetapi apabila berlaku pemecatan anwar, mereka bangkit menyokong Anwar. Gerakan Mansuh ISA merupakan inisiatif hebat JIM dalam hak asasi sejak kejatuhan Anwar.

Satu kebimbangan, ketaatan mantan ahli JIM dalam PAS kepada siapa sebenarnya?. Siapakah kepimpinan tertinggi syura IRC yang bertopeng JIM ini?. Syura IRC dalam JIM penuh rahsia dan misteri.

Khalid Samad

Khalid Samad: Pemimpin Mahasiswa Radikal

Ir Khalid Samad merupakan seorang pimpinan Suara Islam yang radikal mendapat tarbiyah Jamaati Islami di bawah pimpinan Javed Ansari. Suara Islam menggunakan pendekatan revolusi Islam yang mahu perubahan secara menyeluruh. Perjuangan SI secara terbuka dan berkonflik melalui politik kepartian.

Apabila pulang ke Malaysia, pimpinan Suara Islam cuba membentuk Parti Revolusi Islam tetapi tidak dilulus oleh Pejabat Pendaftaran Pertubuhan. Perubahan dalam PAS yang meruntuhkan penguasaan puak nasionalis-Islamis menyebabkan pimpinan bergabung diri dengan PAS.

Dalam PAS, Suara Islam cuba menguasai Dewan Pemuda PAS tetapi digagalkan oleh golongan pro ulama. Kini, Khalid Samad telah menjadi ahli Parlimen Shah Alam. Menariknya tentang Khalid Samad ialah abangnya UMNO, kakaknya PRM dan dia sendiri adalah PAS.

Taniah Budak Alim

Taniah kepada Presiden GAMIS, saudara Dzulkhairi kerana dianugerahkan Anugerah Graduan Kepimpinan Negeri Kelantan. sekalung Taniah.

Teringat kepada Saudara Ramadhan Fitri. Semoga bahagia hendakNya.

Monday, August 04, 2008

Razali Agus: Jatuhnya orang berbakat

1. Dato Razali Agus adalah guru penulis yang penulis hormati. Guru sosiologi bandar. Kebetulan menjadi penguasa KK10 UM tempat penulis berkampung semasa di UM. Beliau antara pensyarah muda yang berbakat dan boleh pergi jauh.

2. Kesilapan Dato Razali ialah terlalu kuat melayani 'semangat kebudakkan' mahasiswa dan rancak terlibat dalam politik organisasi pro politik kepartaian.

3. Memang tugas TNC menganasi mahasiswa tetapi biar tindakan itu bijaksana dan logikal. dato Firdaus juga menganasi Mahasiswa tetapi dalam keras ada lembutnya.

4. Kini yang dikejar tidak dapat, yang ada ditinggalkan. Ramai pimpinan mahasiswa tidak suka pada dato. tapi saya suka pada dato walaupun ada juga perasaan marah dan tidak setuju dengan dato. kertas dato mudah dapat A.

5. Terima kasih ajar saya dan saya harap dato mulakan hidup baru dengan lebih berhidayah. pangkat dan harta boleh pergi dato. Kubur kata mari..

En Wira dan Fitnah Mahasiswa

1. baru-baru ini En wira UM telah menulis tentang fitnah dalam akhbar BH. Fitnah yang dilakukan oleh mahasiswa.Ya, zaman ini zaman fitnah. Semua orang berada dalam zaman yang mencabar dan menakutkan ini. cukup menakutkan. Saya setuju bahaya fitnah yang diutarakan oleh En Wira.

2. Bukan mahasiswa sahaja jadi penfitnah: pemimpin kampus dan negara, guru, pensyarah, pegawai universiti pun seronok menjadi penfitnah.

3. fitnah yang paling ditakuti ialah fitnah yang dilakukan melalui saluran yang sah atau disahkan atau dihalalkan. jadi nampak fitnah itu menjadi benar.

4. jadi en Wira hapuskan fitnah di kampus. Op, jangan lupa rasuah dan budaya pengampu sekali

Friday, July 25, 2008

Anbakri dan Aku: Aku Lebih Kacak

1.aku kaget dengan beberapa pandangan bahawa aku macam anbakri. Tidak sama. Anbakri adalah mantan pimpinan kampus, aku hanya pemerhati GM dan pencandu seminar sahaja. Lagi pun aku lebih 'hemsem' daripada anbakri.

2.mungkin minat kami sama: Puisi

3.Anbakri adalah pimpinan PMUM semasa kegemilangan ABIM. Pimpinan lain adalah Yazid Othman yang diura ura sebagai calon UMNO kerusi Pasir Puteh. tapi tak menjadi.

4. Kita kena ingat anbakri hanya Presiden. Pengaruh sebenar dalam PMUM ketika itu di bawah mahaguru saya yang saya hormati dan kasihi, Prof Dr Mohd Redzuan Othman merangkap SUA PMUM dan pimpinan tertinggi PMIUM.

5. Kini Anbakri bersama PAS mengekori TG NIK AZIZ dan penulis ucapan-penyalur idea-pembekal maklumat TG. seorang yang boleh mempengaruhi keputusan tok guru.

6. Dan aku hanya penulis kerdil di Malaysia Timur. penting aku lebih kacak daripada Anbakri. hehe(bergurau saja). Allah jauhi aku daripada sifat riak.

salam kemaafan.

Dzulkhairi dan Isyraq

1. paling aku terkesan dengan tulisan budak ini ialah tentang solat Isyraq.

2. tulisannya itu membuat aku jatuh cinta pada isyraq. doanya tergugat di jiwa. aman rasa diri.

3. terima kasih kepada budak alim itu. Moga dimurah rezeki dan bahagia sokmo

Thursday, July 24, 2008

Setiausaha Agung PAS

Sekadar respon tulisan Pak Subky Latif dalam Siasah tentang kesibukkan SUA PAS. Cadangan saya, lantik saja Utsaz Idris Ahmad. beliau kuat ditarbiyyah dan tidak memegang jawatan penting ketika ini.

ke ada pihak yang gentar dengan ketiadaan SUA PAS sekarang?

Wednesday, July 23, 2008

Kerajaan Berkebajikan

Hak rakyat yang perlu dipelihara dan dijaga oleh kerajaan berkebajikan;

1. Pendidikan Percuma sehingga Ijazah Pertama. Paling kurang PTPTN menjadi ala JPA dimana pelajar cemerlang dikurangkan peratus pembayarannya.

2. Rumah mampu milik.

3.peluang pekerjaan. Wujudkan perjawatan rendah yang dihapuskan ekoran perswastaan yang mementingkan kroni. Contoh, jawatan tukang kebun sekolah. Dengan ada jawatan dalam kerajaan, pekerja memperolehi pencen agar tidak miskin pada hari tua

4. Kesihatan percuma termasuk untuk pesakit kronik seperti pembedahan


ini antara perkara yang perlu dijaga oleh kerajaan berkebajikan pro rakyat

Kekuatan Pak Lah

1.Ramai orang anggap Pak Lah lemah. Memang lemah dari segi idea dan kepimpinan. Dalam lemah Pak Lah ada juga kekuatan.

2.Cuba kita cari kekuatan Pak Lah?

3.Kekuatan yang tidak beri peluang kepada pencabarnya.

4.kalau pencabarnya KU LI, zaman kekuatan KU LI sudah berakhir.

5. Najib dan Muhiyidin tak berani cabar Pak Lah(setakat ini).

6. jadi Pak Lah masih kuat sebenarnya. Jangan pandang sebelah mata.

GAMIS JADI NGO? Bab3

1. saya sangat bersetuju cadangan saudara ali bukhari

2. Masalah keahlian perlu diambil kira. terhad kepada mahasiswa yang bertempoh gelarnya 3 hingga 4 tahun sahaja(kecuali mahasiswa perubatan) atau bagaimana?

3. ke mana selepas GAMIS?. adakah berstruktural usia seperti PKPIM ikuti ABIM dan selepas itu berangkai cabang seperti FGN, GPN, MUAFAKAT atau WADAH.

4. saudara Dzulkhairi, reaksi dan usaha saudara

moga berjaya