Tuesday, August 05, 2008

IRC Dalam PAS: Virus atau Vaksin?

IRC Dalam PAS: Virus atau Vaksin?

Majlis Perwakilan Islam(IRC) adalah pertubuhan rahsia mahasiswa yang mengikut pendekatan Ikhwanul Muslimin yang mementingkan tarbiyah dalam unit-unit kecil. Strategi IRC ialah menembusi organisasi Islam yang sedia ada dan melakukan perubahan daripada dalamnya.

kini IRC telah diinstitusikan secara rasmi dengan nama Jemaah Islah Malaysia(JIM). Sebahagian ahli JIM telah dihantar ke dalam NGO dan parti politik. kepimpinan JIM mendokong penubuhan Parti Keadilan tetapi kemaraan mereka terhalang apabila golongan sosialis dan pro hak asasi dalam Parti Keadilan menang apabila Parti Keadilan bergabung dengan Partai Rakyat Malaysia. Dalam PAS, mereka membentuk skuad profesional Islam yang sedang mara menduduki hierarki tertinggi PAS. Jika lalai, mereka akan berkuasa dalam menentukan polisi PAS.

Satu perkara yang menarik, semasa Anwar Ibrahim berada dalam kerajaan, puak IRC ini bersifat lembut dengan kerajaan tetapi apabila berlaku pemecatan anwar, mereka bangkit menyokong Anwar. Gerakan Mansuh ISA merupakan inisiatif hebat JIM dalam hak asasi sejak kejatuhan Anwar.

Satu kebimbangan, ketaatan mantan ahli JIM dalam PAS kepada siapa sebenarnya?. Siapakah kepimpinan tertinggi syura IRC yang bertopeng JIM ini?. Syura IRC dalam JIM penuh rahsia dan misteri.

2 comments:

Unknown said...

agak kasihan jugak dengan entry ini kerana gagal mengetahui kisah sebenar yg berlaku.

Kadang2 manusia ni hanya menghukum apabila mendengar cerita sebelah pihak

moga penulis dapat mencari sejarah sebenar yg berlaku

wassalam

pro-Islam

Unknown said...

Tika membaca entry ini:

http://www.malaysiawaves.com/2008/09/kenyataan-tok-guru-nik-aziz-yang-di-gam.html

Terus teringat entry tentang IRC dalam PAS ini.

Ini kenyataan dari Tn Guru sendiri tentang ahli PAS sendiri yang kedudukannya tinggi juga dalam parti.

Belum pernah lagi tengok kenyataan Tn Guru yang menyentuh tentang bekas2 ahli IRC yang melanggar syura.

Mungkin boleh bagi artikelnya?

Sebelum Loceng PRU 15 Melolong

 Sebelum Loceng PRU 15 Melolong a. Kerajaan 1. Kita perlu memahami bahawa kerajaan persekutuan pada hari ini berdiri atas sokongan para ahli...