Tuesday, October 07, 2008

Wa’la Kepimpinan Yang Tumpul

Zaman internet ini, manusia ada kehebatannya tersendiri dan beridea baru. Kepandaian ini akan membawa kepada satu sifat bahawa kita sahaja yang betul dan hebat. Macam Dr. Asri pula. Kepelbagaian maklumat dan ‘lagak’ pandai kita asas kehilangan wa’la. Ini bermulanya kehakisan wa’la terhadap kepimpinan.

Jemaah Islam seumpama PAS dan PMIUM bukanlah jemaah sufi seperti al Arqam. Wa’la dibina dalam jemaah politik islam seharusnya bersifat wa’la kolektif dimana wa’la kita bukan kepada keputusan peribadi Presiden atau Mursyidul Am tetapi kepada Majlis Syura Ulama. Jalur fanatik tokoh ini sangat berbahaya jika diberi peluang memegang tampuk organisasi.

Pengaruh terlampau Tuan Guru Nik Aziz telah menghancurkan struktur institusional parti PAS. Bicara manis TGNA lebih muktamad daripada keputusan MSU ekoran kefanatikan terlampau pengikut. Sepatutnya Keputusan ramai ulama lebih berkuasa daripada seorang ulama. Pelik.

Apabila Mursyidul Aam dilantik MB atau Pesuruhanjaya PAS Negeri, kuasa SUA serta merta akan tumpul. Sebenarnya, pesuruhanjaya negeri perlu akur kepada SUA. Nak akurkah TGNA kepada SUA PAS. Selain itu, Badan Perhubungan Negeri terlalu berkuasa, sepatutnya Bahagian perlu diperkasa daripada Badan Perhubungan. Jika struktur ini tidak diselesaikan, PAS akan merana ekoran kecelaruan aliran kuasa dan tugas.

Kehadiran golongan profesional yang pintar dalam PAS membawa gagasan dan idea baru. Mereka ini datang daripada pelbagai tarbiah seperti ABIM, JIM atau Suara Islam. Kita tidak meragui mereka, bahkan kehadiran mereka menjadikan nilai tambah bagi PAS. Masalahnya sekarang, ia membentuk puak baru dalam jemaah yang mempunyai wa’la atau nafas yang lain daripada nafas kepimpinan ulama.

Mereka mengejar tampuk kerajaan, sentiasa mahu berada dalam pihak yang menang dan kagum kepada peribadi Anwar. Ini kesilapan mereka. Mereka guna PAS dan tuan guru dalam PAS untuk menarik ahli PAS, kemudian mereka cuba mengherotkan pandangan umum terhadap PAS. Mereka mempunyai wa’la yang tumpul.

PAS, marilah kita menjadi pihak yang tewas, jika Islam masih tidak dilaksanakan. Kepada TGNA, memang beliau menggunakan kebijaksanaan berpolitik tetapi harus juga berhati-hati terhadap manusia bernama Anwar.

17/9/08

No comments:

Sebelum Loceng PRU 15 Melolong

 Sebelum Loceng PRU 15 Melolong a. Kerajaan 1. Kita perlu memahami bahawa kerajaan persekutuan pada hari ini berdiri atas sokongan para ahli...