Ramai kalangan kita mempelajari Islam melalui kaedah yang tidak betul manakala sesetengah ulamak menyalahgunakan ilmu mereka untuk tujuan tertentu. Akibatnya, kehilangan adab dan barakah serta menambah kekeliruan dan muncul permusuhan ekoran perbezaan pandangan.
Pengajian Islam mengutamakan kaedah talaqi dan bersanad. Justeru, peranan guru sangat penting. Ia bukan sekadar BACA buku kerana pembacaan buku tanpa guru menghasilkan kefahaman dan pentafsiran yang berbeza dengan sumber ilmu yang asali. Antara usaha yang perlu dilakukan ialah mengenali para imam melalui murid-murid yang berguru dengan mereka.
Dr Hapiz Mahayuddin menyatakan pandangan di bawah;
Pemikiran dan pengajaran para imam besar seperti imam Abul Hasan al-Asy'ari, Abu Hanifah, Malik bin Anas, Syafie, al-Ghazzali hanya boleh diketahui (bagi para pengkaji) melalui susur alur berikut :
1. Karya-karya mereka yang autentik (tidak termasuk yg telah dimansuh/dirujuk). Karya-karya Abul Hasan al-Asy'ari misalnya adalah saling melengkapi dan tidak boleh dilihat terpisah antara satu sama lain.
2. Nukilan murid-murid mereka yang bertalaqqi, mengadap, mencatat, mendengar syarahan pengajaran, memahami lafaz karya-karya imam dalam konteks sebenar, seterusnya menaqalkan rumusan pengajaran imam kepada generasi ulama seterusnya. Apa yang dinaqal bukan sekadar kitab atau teks kaku, tetapi syarahan dan kefahaman sebenar karya para imam.
3. Naqalan murid para imam yang membawa dua warisan penting iaitu kitab dan kefahaman sebenar kitab dikembangkan oleh para ulama generasi terkemudian dalam karya-karya lanjutan untuk mengembang dan memantapkan madrasah atau aliran pengajian (pada waktu penginstitusian ilmu). Sekali lagi kitab dan 'kefahaman sebenar' para imam dipelihara dan dipulihara oleh ulama generasi terkemudian daripada diseleweng atau cuba diberikan 'makna baru' oleh ulama aliran lain ataupun golongan tidak diketahui status yng cuba mengeksploitasikan pemikiran imam-imam tersebut untuk tujuan yang salah.
4. Tradisi inilah yang diwarisi dalam institusi pengajian ulung seperti al-Azhar, Zaytunah dan Qarawien, serta yang mengikuti gaya pengajian yang serupa (umpamanya pondok). Sebahagian besarnya telah berkembang di Nusantara termasuk Malaysia. Hasil tradisi ilmu ini telah menjadi silibus pendidikan, asas undang-undang pentadbiran Islam, mahkamah syariah, kurikulum IPTA/IPTS dan cara hidup beragama di 13 buah negeri kecuali Perlis.
Ini antara asas penting untuk mengkaji pemikiran seseorang imam besar. Tidak hanya melihat pada karya-karya besar seperti al-Ibanah (Imam al-Asy'ari), al-Umm & al-Risalah (Imam al-Syafie) dan al-Muwattak (Imam Malik), lalu mengisbatkan imam-imam tersebut (dalam posisi ilmu masing-masing) berbeza pandangan dengan murid-muridnya atau murid-muridnya silap faham terhadap ajaran imam-imam mereka.
Kesan tidak melalui susur galur inilah yang menyebabka ada pihak mendakwa Imam Abu al-Hasan al-Asy'ari menyalahi pegangan Ash'ariyyah, mendakwa Imam Syafie melarang keras org awam bertaqlid kepadanya. Logikkah beratus ulama aqidah yang mendampingi Al-Asy'ariy tidak menyedari ada beberapa ajaran penting beliau telah diubah, dirujuk atau diserapi pemalsuan yang hanya disedari oleh pengkaji abad 20?. Begitu juga, jika benar larangan bertaklid itu suatu yang serius untuk ulama dan orang awam, masa-kan Imam al-Syafie bertegas tentang bakal pengganti halaqah ilmunya :
ليس أحد أحق بمجلسي من يوسف بن يحيى، وليس أحد من أصحابي أعلم منه".
Jikalau al-Buwayti faham macam orang sekarang faham maksud larangan taqlid, pasti beliau akan bawa metode baharu yang lebih 'menepati salafussoleh'...
Apa yang dikatakan bahawa istilah Ahlussunah wal Jamaah, sunnah, salafussoleh, imam al-Asy'ari dan imam al-Syafie telah dihijacked oleh kelompok tidak bertanggungjawab memang ada BENARNYA!. Ia perlu dinaturalisedkan!
No comments:
Post a Comment