Sunday, October 05, 2008

Siapakah MB Kelantan?

Calon paling popular untuk menjawat MB Kelantan adalah Dato Husam Musa. Husam memang berkebolehan, pemikir dan pekerja yang hebat yang boleh memajukan Kelantan dengan lebih baik. Walaupun tiada imej ulama, beliau adalah keturunan tuan guru abdullah tahir, guru segala tuan guru yang menjadi guru pondok bunut payong, kelantan. Lagipun Husam rapat dengan tuan guru Nik aziz dan popular melalui media dalam kalangan rakyat. Terkini, Husam sudah merapati raja bercakap dan mungkin mendapat restu untuk ditabalkan sebagai MB Kelantan pasca TG Nik aziz. Saat ini, penulis yakin Pak sayuti akan mengeluarkan buku khas tentang Husam. TMB seidealis mungkin Takiyuddin Hasan atau cuba menenangkan ancaman orang ‘tua’ dengan melantik Nik Amar sebagai MB.

Jika PAS masih bersama BN, mungkin Nik Abdullah Arshad menjadi MB Kelantan semasa hujung tahun 1980an. Tapi PAS menolak. Dikhabarkan antara jasa besar Nik Abdullah adalah membawa pulang TG Nik Aziz daripada Mesir dan menganti beliau sebagai wakil rakyat kawasannya(jika tidak silap). Ramai pimpinan senior dan puak ulama menyukai Nik Amar anak kepada Nik Abdullah sebagai MB Kelantan. Husam terlalu rakus umpama Anwar dalam mendaki puncak kuasa. Nik Amar amat sederhana profil dan tidak suka menonjol seumpama Husam yang menggunakan media (siasah semasa berkawan dengan MSO dan akhbar tabloid Kelantan) dan aktiviti kebajikan melalui Kijang Care. Nik Amar pula tidak mempromosi dirinya sebegitu rupa. TMB paling sesuai bagi gandingan Nik Amar ialah Ustaz Fadhil Hasan, Ustaz Mustafa Muhammad, Ustaz Baihaiki atau Husam sendiri.

Calon ketiga, Ahmad Yaakob. Ahli Majlis Syura Ulama ini layak menjadi MB kerana beliau adalah Timbalan MB. Jika perlantikkan beliau sebagai MB, keadaan mungkin akan lebih tenang disebabkan memang tugas asalnya sebagai TMB. Ahmad Yaakob jika diberi peluang boleh menjadi Tuan Guru bagi negeri Kelantan. Bagi mengelakkan perbalahan dalaman, tokoh ini mesti dilantik sebagai MB. Beliau boleh menenangkan suasana antara pilihan populis dengan pilihan puak ulama dan orang ‘tua’ PAS. Jika beliau ditabalkan sebagai MB, beliau boleh melantik Nik Amar sebagai TMB. Husam boleh dilantik TPM atau menteri dalam kerajaan Anwar.

Tuan Guru lain yang boleh menganti TG Nik Aziz ialah Ustaz Muhamad Daud Iraqi, Ustaz Yahya Othman(jika beliau tidak uzur) atau Ustaz Mustafa Muhammad. Jika TG terpilih, suasana kepimpinan ulama akan terus dikekalkan. Cadangan ini mungkin sukar sekali diterima. TMB boleh diletak ulama muda seperti Ustaz Fadhil Hasan, Uztaz Baihaiki Atiqullah atau Nik Amar.

Tokoh yang mungkin membuat kejutan ialah datuk takiyuddin Hasan yang begitu rapat dengan istana Kelantan. Jika kes pelantikan Ahmad Said, MB Terengganu dijadi contoh, mungkin Sultan boleh memilih beliau untuk menjadi MB.Ini tidak mustahil. Seingat penulis, Takiyuddin Hasan pernah melakukan perkara yang sama semasa pemilihan Presiden PMIUM pada tahun 1980an dahulu. Puak ABIM mencalon Takiyuddin sebagai Presiden PMIUM tetapi Takiyuddin berpakat dengan puak PAS melantik tokoh lain sebagai Presiden PMIUM. Sebagai habuan beliau dilantik sebagai Presiden PMUM. Akibatnya, tumbangnya pengaruh puak ABIM dalam PMIUM sehingga sekarang

Apapun media, raja bercakap dan orang ramai menyukai Husam sebagai MB. Tetapi secara peribadi saya memilih Nik Amar. Walau bagaimanapun saya lebih mematuhi dan menyokong calon Majlis Syura Ulama. Adakah orang berhajat redha jika beliau tidak terpilih oleh MSU? Atau Husam MB dan Nik Amar sebagai TMB. Kita tunggu dan lihat PAS Kelantan pasca Nik Aziz.

No comments:

Sebelum Loceng PRU 15 Melolong

 Sebelum Loceng PRU 15 Melolong a. Kerajaan 1. Kita perlu memahami bahawa kerajaan persekutuan pada hari ini berdiri atas sokongan para ahli...