Wednesday, August 06, 2008

Isu Muzakarah PAS-UMNO: PKPIM VS SMM

Muzakarah: Senjata jahat Umno demi survival politik - SMM
Intan Abdullah Fri Jul 25, 08 11:32:45 am MYT

KUALA LUMPUR, 25 Julai (Hrkh) - Setelah banyak pihak mengemukakan pandangan berhubung isu muzakarah PAS dan Umno, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) pula berpendapat ia dilihat sebagai satu langkah ke belakang berbanding garis masa dan landskap politik Malaysia yang sedang ditongkah pada hari ini.

Pengerusinya, Sheikh Omar Ali berkata pihaknya melihat isu muzakarah versi kali ini adalah bersifat 'senjata jahat' yang digunakan oleh Umno dalam memastikan kekalutan survival politik yang sedang dihadapinya dapat terus dipertahankan.
"PAS dilihat seolah-olah sengaja menjerumuskan diri kepada perangkap merbahaya UMNO," ujarnya dalam satu kenyataan yang dihantar kepada Harakahdaily.

Jelasnya, Umno sebenarnya sengaja memainkan isu ini bukan kerana benar-benar mahu membincangkan permasalahan Islam dan Melayu, tetapi ia tidak lebih sebagai senjata jahat mereka untuk menjaga survival politik parti mereka yang bagai retak menunggu belah, dan memporak-perandakan pakatan dan kerjasama sedia ada di peringkat Pakatan Rakyat.
Pada masa sama, beliau turut mengusulkan agar perbincangan tersebut bukan sekadar melibatkan PAS dan Umno, bahkan juga parti-parti politik yang lain.

"Ayuh kita bermuzakarah tanpa mengetepikan mana-mana bangsa dan agama, dengan melibatkan semua parti politik dan pertubuhan yang berkaitan," katanya.
Sheikh Omar juga menggesa PAS yang memperjuangkan Islam sebagai dasar parti itu agar membawakan agenda dakwah mereka dengan lebih terbuka.

"Mungkin sudah masanya untuk mengemukakan dakwah secara terbuka, kemukakan hujah dan pasarkan tawaran-tawaran yang Islam mampu berikan kepada semua kaum, bangsa dan agama dengan penuh hikmah dan bijaksana," ujarnya lagi.
Kenyataan yang dikeluarkan SMM adalah merupakan maklum balas daripada pendirian Pertubuhan Kebajikan Pelajar Islam Semenanjung (PKPIM) yang menyatakan persetujuan terhadap muzakarah PAS-Umno

Pandangan pertubuhan itu dua hari lalu telah mengundang beberapa reaksi sama ada di peringkat PKPIM sendiri mahupun individu-individu tertentu yang dilihat berminat dan terus mengambil berat terhadap hal-ehwal gerakan aktivis dan aktivitisme mahasiswa. - mns_

sumberharakahdaily

No comments:

Sebab-Akibat

Sebab-akibat antara elemen penting dalam ilmu sejarah. Pemikiran sebab-akibat ini penting bagi mengelakkan kita membuat ramalan dan andaian ...