Friday, January 02, 2026

8863

 Sahaja membakar dengan lontaran idea yang kurang logik ini. Jangan marah dan layan sahaja.

Masalah besar guru ialah tugas mereka setara walaupun berlainan gred dan senior. Dulu ada GAB DG54 tetapi GB DG48. Tak setara dengan tugas dan gaji. Lucu.

1. Laluan Guru Akademik Biasa (GAB)

GAB tanpa jawatan akan kekal dengan Gred 9 sepanjang perkhidmatan kecuali menerima jawatan. Setelah menerima jawatan, barulah dinaikkan ke Gred 10.

Jadi kena maktubkan jawatan guru dengan gred dalam SP.


2. Laluan Pentadbiran

Jawatan bagi DG 10-DG44 (syarat 8 tahun berkhidmat berada di DG9) perlu diwujudkan secara rasmi sebagai guru berjawatan dan naik pangkat dari DG9 ke DG10:

a. Ketua Panitia

b.Setiausaha Asrama

c. GPM

d. Guru Data

e. Penyelaras Bestari

f. Ketua Warden

g. Ketua Guru Disiplin

f. Setiusaha Sukan


Jawatan bagi DG 12 (DG 48) dengan syarat habiskan tempoh 8 tahun ketika DG 10)

a. Setiausaha Kokurikulum, Setiausaha Pentadbiran (jawatan baru), Setiausaha  Kurikulim, Setiausaha HEM

b. Ketua Bidang

c. Penyelaras Bestari Kanan (jawatan baru)

d. GPM Kanan (jawatan baru)

e. Guru Data Kanan (jawatan baru)


Jawatan DG 13

a. GPK HEM, GPK Koko, GPK Pra Sekolah, GPK Tingkatan 6, GPK Kurikulum (jawatan baru). GPK Pentadbiran 

b. Pengetua yang baru dilantik


Jawatan DG 14

a. Pengetua Kanan (jawatan baru)

Yang pindah sekolah, mereka perlu dalam gred yang sama. Yang letak jawatan akan kembali ke gred 9 dengan gaji dalam tahun semasa


3. Laluan Guru Cemerlang

syarat GC ialah 6 tahun berkhidmat

DG 9-DG 10 : 6 tahun

DG 10-DG12: 6 tahun

DG 12-DG 13: 3 tahun

DG 13- DG 14: 3 tahun 

DG 14 sampai pencen.

Setiap kenaikan gred perlu mohon balik GC.


4. Laluan Guru Sambung Belajar

Setiap guru  DG9 yang ada MA secara automatik mendapat DG 10 setelah 8 tahun. Kemudian layak mendapat DG 12 jika ada PhD. Kemudiaan naik gred seperti biasa 8863.

Begitu lontarannya.. kiki HaHa

No comments: