Thursday, October 09, 2008

SEBELUM NIK AZIZ PERGI
‘perkahwinan dengan pakatan rakyat sangat baik untuk berkuasa dan memerintah negara tapi apakah jaminan Islam boleh tegakkan, lihat sekeliling Anwar. Siapakah mereka untuk menjamin Islam memerintah?’-mamat.com

Saya cuba tidak menulis pada bulan ramadhan. Tetapi apabila surat TGNA terpapar. Jiwa saya resah, tangan saya tergetar-getar dan minda saya nak memecah. Cuba melayaninya dengan menukil apa yang patutnya.

Saya antara orang kecewa dengan kenyataan TG NIK AZIZ terhadap Cikgu Pa. Bukan saya menyokong cikgu PA tetapi kenyataan sebegitu tidak wajar dikeluarkan oleh seorang tuan guru terhadap pimpinan tertinggi yang begitu berjasa melonjakkan kebangkitan puak ulama semasa era pertarungan dengan puak nasionalis pada tahun 1980an. Lainlah jika tulisan itu ditulis oleh si romantis Anbakri.

Aku bukan kecewa kerana TG Nik Aziz pro pakatan. Bagi aku, kedua-dua pihak betul cuma lain pendekatan. Aku boleh terima kedua-dua pendekatan. Aku percaya cikgu Pa tidak akan membawa partinya bergabung dengan UMNO atau keluar pakatan rakyat. Orang secerdik cikgu Pa tidak akan melakukan sedemikian. Aku kagum cikgu pa sanggup mengadai nyawa politiknya dengan mengeluarkan kenyataan seperti itu kerana bawaan idea mungkin daripada Presiden PAS. Jadi, kutukan TG NIK AZIZ juga terpalit pada TG Haji Hadi.

Sewajarnya, TG Nik Aziz memanggil Cikgu Pa dan menasihatinya bukannya kutukan secara umum yang boleh mengeruhkan keadaan. Langkah TG Nik Aziz semacam bukan langkah TG Nik Aziz. Aku kecewa cara kutukan TG Nik Aziz yang tidak sesuai. Sokongan Tg Nik Aziz terhadap tokoh liberal seperti Anwar turut juga mengecewa. Anwar itu umpama Gus Dur Malaysia yang akan memusnahkan gerakan Islam.

Kejahatan Umno Tg Nik Aziz ingat. Kejahatan Anwar sepanjang bersama UMNo jangan pula TG Nik Aziz lupa. Jangan masuk lubang sebanyak dua kali. UMNO dan PKR memang tidak suka Islam memerintah. Percayalah. Jika berkuasa, mereka akan tendang PAS.

Kita jangan lupa, tanpa Dewan Pemuda PAS pimpinan Cikgu PA, belum tentu Dewan Ulama PAS pimpinan Ustaz Nik Aziz (ketika itu) berjaya. Jika Cikgu Pa itu UMNO, ia boleh mengingkari perintah pimpinan Dato Asri untuk kekal dalam kabinet. Mungkin beliau sudah bergelar Tun sekarang. Nasib malang ini juga dipilih oleh Pak Subki Latif. Jika harta dan pangkat, mereka boleh memilih memihak kepada golongan sekular.

Saya menyayangi,mengkagumi dan menghormati TG NIK AZIZ tetapi ada satu kelainan sifat saya berbanding pengikut PAS, saya tidak fanatik kepada pimpinan termasuk TGNA DAN TGAH. Kita perlu fanatik pada Al Quran dan hadis sahaja. Dalam suasana demokrasi kita mengalukan perbedaan pendapat, tetapi dalam kes ini TGNA melebihkan orang lain berbanding pimpinan parti sendiri.

Saya jamin, kita semua sepakat akan mengatakan bengong atau bebal kepada PAS jika keluar daripada Pakatan Rakyat kecuali PR secara terangan menidakkan Islam. Begitu juga mana-mana pimpinan PAS yang ingin bergabung dengan UMNO. Saya yakin puak yang dikatakan ekstrem dulunya seperti TGAH dan Tuan Guru Haji Haron Taib tidak akan mengahwini UMNO. Mereka ini totok PAS dan paling radikal dalam dunia!.

Dalam PAS, ada puak pro Anwar yang menggunakan usia senja TGNA untuk merampas kuasa, gila kuasa politik-jawatan dan memuncakkan pengaruh Anwar. Melalui Saifuddin Nasution, mereka ini berkomunikasi. Saifuddin bekas pengerusi Tabung Tuk Kenali di bawa ke Kelantan oleh Husam Musa ekoran merajuk dengan pimpinan PKR. Ia dikatakan masuk PAS. Selepas Anwar bebas, Saifuddin dilantik sebagai Pengarah Strategik antara orang paling berpengaruh sampai menenggelami Naib Presiden PKR Mustapha Kamil Ayub.

Saya percaya rancangan mereka ingin menguasai pucuk pimpinan PAS sementara TGNA masih ada. Mereka akan memperalatkan tuan guru habis-habisan.

Kita harus mengenali Anwar Ibrahim dengan lebih lanjut. Siapa dikelilingi Anwar

Khalid Jaafar – pengarah IKD. Totok Liberal
Sivarasa – pejuang IFC
Irene – Tenaganita- memperjuangkan hak asasi versi Barat
Syed Husin – Sosialis, adik kepada komunis
Helmi Hanafi, Amirudin, Jonah- beragama aliran ‘hishamuddin rais’

Anwar cukup licik. Beliau boleh memainkan tujuh kad daun terup pada masa yang sama. Ceramah orang Melayu, Islam, NGO, Cina, India dan pelbagai kaum, beliau boleh menggula-gulakan sesuatu yang mengkhayalkan. itu Karismatiknya.

Saya juga pengkagum Anwar. Idealisme, aktivisme dan karekternya memang saya kagumi. Tetapi corak perjuangan beliau melunturkan sokongan politik saya kepadanya. Anwar sudah jauh daripada perjuangan asal yang Islami dulu. Anwar bagai dirasuk semangat liberal terlampau. Islam pun diliberal.

Jika puak pro anwar cuba merampas kuasa, mengingkari MSU dan memperlekehkan Presiden, pertarungan tidak dapat dielak lagi.Jika berlaku pertarungan dan MSU tidak dapat selesai masalah. Revolusi dalaman kedua dalam PAS akan berlaku. Sanggup puak yang kalah sama ada pro Anwar dan Puak Idealis Pas mengaku kalah. Atau tertubuh serpihan parti. Semua kerana seorang tokoh iaitu Anwar Ibrahim yang tersenyum riang.(Satu-satu tokoh yang menggugat sepanjang zaman hidupnya. 1970an demonstrasi mahasiswa, 1980an masuk UMNO-jatuhkan puak tengku razaleigh, 1980an-jatuh Tun Ghafar, menjatuh kerajaan PBS Sabah, Reformasi- 2000an, meresah kerajaan Pak lah dan memecah belah PAS). Taniah Dato Seri.

*Puak pro Anwar merupakan puak pemikir baru dalam PAS. Dulu pemikir lama PAS ialah Musthafa Ali, Wan Abdul Rahim, Abdul Halim, Daeng Sanusi, Hasan Shukri. Cubaan pemikir baru menggugat idealisme PAS dengan adanya ‘virus’ Anwar.
17/9/08

No comments:

Sebab-Akibat

Sebab-akibat antara elemen penting dalam ilmu sejarah. Pemikiran sebab-akibat ini penting bagi mengelakkan kita membuat ramalan dan andaian ...