Umumnya penulis bersetuju dengan agenda reformasi pendidikan. Tanpa mahu memperendahkan usaha-tindakan pihak atasan, penulis menimbulkan persoalan apa yang hendak direformasikan sebenarnya?
Kita berterima kasih kepada pihak atasan kerana memansuhkan SSDM bahagian rekod amalan baik murid dan SPLKPM. Ya, ia dapat membantu meringankan beban guru mengisikannya. Sebenarnya, SSDM dan SPLKPM itu adalah baik tetapi cara membudayakannya kurang betul. Ia menyebabkan amalan persaingan yang sia-sia dan menambahkan kerja. Kemudian, jangan sampai SPLKPM atau SSDM bahagian amalan baik diganti dengan sistem baru yang lebih membebankan guru dan murid.
Satu lagi, adakah tidak mewajibkan pakai tali leher satu reformasi berimpak tinggi? Kita raikan amalan tidak mewajibkan amalan tali leher tetapi ia satu reformasi yang kurang impak tinggi. Sebaiknya silibus matematik dikaji semula. Berat bagi kanak-kanak dan ibubapa memahaminya. Baru nampak impaknya.
Kita mahu lebih daripada YBM....
No comments:
Post a Comment