Friday, January 02, 2026

Tak Kena Tempat

 Kenyataan ini mungkin benar dan jujur tetapi ia tidak mendamaikan. Damai saat ini ialah DIAM. Keadaan tenang, baru dedah. Bahkan ada perkara tak perlu dedahkan.

Bukan kita nak tutup kelemahan, keaiban, lindung kemungkaran dan pertahan kesalahan tetapi strategi dan kaedah biar betul.
PAS ada Presiden, MSU, JK Pusat dan PJ Negeri. Biar mereka uruskan dan akur mereka. Awal-awal PJ Negeri buat kenyataan, ADUN tak nak ikut.
Kalau betul nak dedah, letak jawatan dan dedahkan. Kenapa begitu? Kerana anda nak lawan kepimpinan secara terbuka, guna media dan membuka pintu fitnah dan kemudaratan.
Mendedah perkara berlawanan dengan Ketua boleh menyebabkan huru hara dalaman dan bagaikan minta dipecat.
Lihat sejarah penubuhan PAN, beginilah suasana awal... Minoriti pemimpin yang konon banyak jasa, ilmu, terlampau genius, terlalu strategis, menang PR utama daripada redha Allah, langgar baiah, lawan Ketua, lagak hero, gopoh dan percaya kepada kekuatan luar parti bertindak keluar parti. Seorang lagi buat tindakan bagaikan mahu dipecat.
........
1) PAS belum mampu menang dengan kekuatan sendiri sepenuhnya. Tidak dinafikan PAS kuat dari sudut jentera dan akar umbi, namun masih ada beberapa kekuatan penting yang belum dimiliki sepenuhnya, antaranya keyakinan sebahagian rakyat dan faktor kemesraan politik. Justeru, kemenangan PAS selama ini banyak dibantu oleh faktor calon, kelemahan parti lawan serta polemik isu semasa. Atas sebab itu, PAS memerlukan gabungan bagi menampung kekurangan tersebut. Buat masa ini, gabungan paling ideal ialah bersama BERSATU. Perikatan Nasional (PN) wajar dikekalkan.
.
2) Saya kekal dengan pendirian bahawa tiada unsur pengkhianatan dalam polemik semasa yang melibatkan kepimpinan PAS Perlis, termasuk tiga orang YB yang dihentikan keahlian. Begitu juga BERSATU, yang pada hemat saya tidak terlibat langsung dalam kemelut ini.
.
3) Punca utama kemelut ini ialah kegagalan pihak yang sepatutnya berperanan untuk melaksanakan tanggungjawab dengan baik. Kegagalan berunding secara berkesan dengan pihak istana bagi pihak PAS, setelah Tuanku Raja memaklumkan hasrat untuk menukar Menteri Besar atas alasan salah laku MB lama terhadap Tuanku, akhirnya menyebabkan Tuanku Raja terpaksa bertindak menggunakan budi bicara baginda sepenuhnya.
.
4) Akuan Bersumpah (SD) yang ditandatangani itu bukan dibuat di luar dan kemudian dibawa menghadap Tuanku Raja, sebaliknya ditandatangani di hadapan Tuanku Raja sendiri atas permintaan baginda. Kejadian ini tidak akan berlaku sekiranya pihak yang diamanahkan memainkan peranan dengan sebaiknya sejak awal.
.
5) Saya juga dimaklumkan bahawa pada saat-saat terakhir sebelum pengisytiharan MB baharu daripada BERSATU, Tuanku Raja masih membuka peluang untuk MB tersebut datang daripada PAS. Namun, ADUN-ADUN PAS gagal memainkan peranan sewajarnya apabila diajukan pilihan oleh Tuanku Raja.
.
6) Saya turut difahamkan bahawa tiada sebarang bai‘ah ditandatangani oleh calon-calon PAS Perlis semasa PRU-15. Perkara ini wajar disiasat dan diperjelaskan secara telus.
.
7) Oleh itu, dalam kemelut ini, meletakkan keseluruhan kesalahan ke atas BERSATU adalah tidak adil. Risikonya ialah tercetus desakan-desakan yang tidak perlu, termasuk perletakan jawatan yang juga sebenarnya boleh dielakkan.
.
8.) Penulisan ini bukan lagi sekadar bertujuan mendamaikan, tetapi untuk membuka mata dan hati kita semua agar melihat perkara yang benar dengan lebih jujur dan adil.
.
9) Tiada sesiapa yang perlu meletakkan jawatan. Sebaliknya, ambillah kembali amanah yang ada, nilai semula kesilapan yang berlaku, dan lakukan pembetulan. Itulah jalan yang lebih matang dan bertanggungjawab.
.
10) Rentetan daripada itu, Kerajaan Perlis wajar terus ditadbir seperti sebelumnya, iaitu oleh Perikatan Nasional, dengan barisan EXCO daripada gabungan PAS dan BERSATU, dengan perubahan hanya melibatkan jawatan Menteri Besar sahaja.
.
11) PRK wajar dielakkan, kerana dalam keadaan kemelut yang sedang berlaku, PN berdepan kesukaran untuk meraih kemenangan buat masa ini.
.
12. Untuk kali ini, saya tidak menutup ruang komen. Silakan mengulas apa sahaja pandangan. Namun, biarlah ia disampaikan dengan senyuman, bahasa yang baik, serta semangat ukhuwwah dan kasih sayang sesama kita.
.
Ahmad Adnan Fadzil

No comments: