Sunday, October 05, 2008

Mengintektualkan Gerakan Mahasiswa

Tajuk di atas bukan bertujuan mengambarkan GM kurang intelektualnya tetapi ingin meningkatkan keberkesanan GM sebagai gerakan intelektual. Sebagai gerakan yang berada dalam suasana ilmiah, kita berharapkan GM memberi tumpuan kepada usaha penyelidikan melalui kajian perpustakaan dan diskusi bersama cerdik-pandai di kampus.

Cuba kita perhatikan Persatuan Pengguna Pulau Penang(CAP) cukup berautoriti dalam isu kepenggunaan hasil daripada penyelidikan mereka. Penulis cukup kagum dengan hasil penulisan-kajian saudara Hilmi Ramli(PKPIM) dan Khairul Anuar Al Manshor dan terkini Wan Ahmad Fayhsal(Rausyanfikir) dan Zulzaidi Mahmood(dikhabar TERAS UM) yang cuba berbincang dan menulis dalam konteks intelektual.

Sumber atau bahan yang berlambak di kampus jangan dipersiakan. Jika kita teliti, ramai mahasiswa(konteks UM) bahkan mereka tidak tahu pun tentang jurnal-jurnal online antarabangsa yang dilanggani(beratus ribu duit hangus tanpa cakna) oleh pihak perpustakaan. Ini kedangkalan mahasiswa kita yang tiada budaya penyelidikan dan berfikir.

Isu kepenggunaan, sistem atau polisi alternatif kepada sistem sosial dan ekonomi moden, alam sekitar boleh dijadikan modal untuk GM dalam usaha menyelidik. Pimpinan GM mesti melantik satu badan pemikir untuk melakukan dalam sesuatu isu. Kita harus gunakan ahli GM yang ‘membiak’ itu menyertai badan pemikir. Jangan kita harapkan orang yang sama(yang bergelar AU) membuat kerja yang berlainan.

Siri diskusi atau syarahan intelektual perlu dirancakkan. Panggil pensyarah universiti untuk berhujah dalam sesuatu isu. Selain itu, siri syarahan boleh disyarahkan oleh tokoh seperti Dr Siddiq Fadzil, Dr. Osman Bakar dan Dr. Muhammad Abu Bakar untuk bersyarah tentang tema intelektual yang ditentukan..

GAMIS, SMM, PKPIM, BBMN dan PMN diharapkan memainkan peranan agar GM menjadi pertubuhan berasaskan intelektual.

5.8.08

No comments:

Sebab-Akibat

Sebab-akibat antara elemen penting dalam ilmu sejarah. Pemikiran sebab-akibat ini penting bagi mengelakkan kita membuat ramalan dan andaian ...