Menunggu keluar lawak masuk tandas tahun ini keluar tahun depan.
Dunia ini bukan untuk orang BAIK tetapi orang PATUH dan TUNDUK kepada ALLAH dan RASULULLAH SAW.
Nak kira orang baik, ada orang bukan Islam lebih baik daripada orang Islam -- dermawan, berjuang tentang kemanusiaan dan cinta alam sekitar.
II
Dalam sesebuah organisasi mahupun pelbagai Jemaah Islam, orang baik-saleh, berjasa, tinggi taqwa dan tinggi akhlak sangat ramai.
Bezanya adalah DISIPLIN. Tanpa DISPLIN, ramai terperangkap dengan kebaikan dibuat, kedudukan tinggi, ilmu tinggi, banyak berjasa dll. Mereka rasa diri mereka wira paling berilmu, paling berjasa, paling bertaqwa, paling betul, paling sayang jemaah dan paling genius berbanding Ketua.
III
Orang berorganisasi atau berjemaah lazimnya terikat dengan kem atau klik berasaskan pengaulan sealiran.
Ada ikut
1. Jemaah Lama
2. Alumni tempat belajar
3. Usrah tertentu
4. Tempat berkhidmat
5. Tokoh disegani dan disenangi --idola
No comments:
Post a Comment