Thursday, October 09, 2008

ANTARA SAADET VS AKP: BERAKHIRNYA PAS ?

Buat kali kedua Anwar berjaya memecahkan gerakan Islam. Pertama, ABIM dan kedua PAS. Hebat sosok tubuh bernama Anwar Ibrahim. Seingat penulis, antara nama dicadangkan oleh Nakhaie Ahmad, Angkatan Dakwah Islamiyyah Malaysia(ADIM) tetapi kepimpinan PKPIM lebih memilih ABIM. Pada waktu itu ada di kalangan mereka awal PKPIM mahukan ABIM menjadi parti politik Islam yang berteras belia dan profesional Islam sebagai alternatif PAS yang berada dalam BN. Cadangan ini tidak berjaya.

Kepulangan Khalid Samad, pemimpin Suara Islam ingin menubuhkan Parti Negara Islam juga gagal manakala puak JIM pula mampu menongkah arus sosial walaupun selerak ahlinya berada dalam pelbagai parti politik. Terbaru Hizbut Tahrir cuba menapak dalam politik Islam di Malaysia.

Perpecahan dan perbedaan pendapat adalah suatu yang berbeda. Kita tidak takut akan perbedaan. Masalah jika perbedaan melibatkan ketidakfahaman ahli dan kecelaruan pemimpin tertinggi serta cubaan pemimpin tertinggi mengingkari arahan tertinggi parti boleh membawa perpecahan. Perkara ini pernah dilakukan oleh Dewan Pemuda PAS yang bersidang berasingan dengan Muktamar Agung PAS dalam usaha melawan kepimpinan perdana PAS. Akhirnya, Puak Presiden PAS tumbang. Sebab itu, TG Nik Aziz cuba berbangga dengan kata-kata Presiden PAS pernah keluar PAS, begitu juga panglima jihad. Cuma Muryidul Aam tidak pecah rekod lagi.

Walaupun pengaruh TG Nik Aziz mendasar dalam parti PAS. Pengaruh Presiden PAS juga jangan dipandang enteng. Dari Struktur hierarki Parti PAS, kebanyakan didominasi oleh orang Presiden. PAS Terengganu, Pulau Pinang, Johor, Kedah dilihat bersama Presiden. Begitu juga struktur Dewan Pemuda dan Dewan Ulama serta sebahagian ahli MSU bersama presiden. Puak pro pakatan yang kuat apabila usia TG Nik Aziz, bila pasca TG Nik Aziz mereka akan bersendirian bersama Anwar.

Apa yang ditakutkan mereka mengambil keputusan berani menubuh parti yang lebih segar. Ini yang berlaku kepada parti Refah di Turki dimana puak Pemuda menubuhkan AKP (Abdullah Gul dan erdogan) dan yang lain kekal bersama Saadet naungan Erbakan. Perpecahan ini membawa dua aliran pendekatan berbeda dalam mendaulatkan Islam. Sekali penulis tegaskan, kita bukan bimbang kepada ahli PAS golongan profesional tetapi nafas yang mempengaruhi mereka yang perlu kita cermati.

Akhir, saya harap pimpinan PAS lebih bijaksana dalam menangani masalah ini. Sebagai cadangan, jawatan dalam MSU dipertandingkan berdasar kuota Muktamar agung dan Dewan Ulama bukannya pelantikan. Kerana seorang yang di luar lingkaran PAS, PAS berpecahkah?. Tolol sangat pimpinan PAS?.
30/9/08

No comments:

Sebab-Akibat

Sebab-akibat antara elemen penting dalam ilmu sejarah. Pemikiran sebab-akibat ini penting bagi mengelakkan kita membuat ramalan dan andaian ...