Sunday, October 05, 2008

Rampasan Kuasa Dalam Kepimpinan PAS Pada Tahun 2009?

“ Presiden PAS pernah keluar PAS, Naib Presiden PAS pun pernah keluar, panglima jihad pun keluar PAS, Cuma Mursyidul Aam PAS belum pernah keluar PAS” – Aku dan Nik Aziz

Dikhabarkan pada tahun 2009, PAS bakal mengadakan pemilihan agungnya. Pemilihan agung ini sangat penting bagi PAS dalam menangani permasalahan politik negara. Bagi penulis, pemilihan ini sangat bergantung kepada kejayaan atau tidak Pakatan Rakyat membentuk kerajaan pusat pada 16 September 2008.

Jika berjaya membentuk kerajaan pusat, PAS dilihat akan mengalami beberapa dilema. Jika gagal menangani dilema tersebut, PAS bakal mengalami pengolakan dalaman yang mungkin mengulangi Peristiwa 1982, dimana Dewan Pemuda dan puak ulama bersatu menumbangkan Dato Asri yang bersifat nasionalis-islami. Dilema yang penulis maksudkan ialah sejauh manakah PAS ingin kekal bersama PR yang bergelumbang dengan ‘tahi’ puak Islam Liberal, pendokong hak asasi ala Barat, sosialis, pro ilhad dan sekularis tersebut.

Tumbangnya Dato Asri sangat mengejutkan. Dato Asri bukan calang-calang pemimpin. Beliau boleh dikatakan ‘Sukarno Kelantan’. Jatuhnya beliau diiringi perpecahan dalaman dan kekalahan PAS di Kelantan. Setelah tumbangnya pengaruh Dato Asri dalam PAS, puak pro ulama berjaya memperbaiki PAS dengan tarbiah ala Ikhwanul Muslimin. Generasi PAS 1980an menikmati tarbiah ini dengan lazatnya. Di bawah Orde Kepimpinan Ulama, PAS berjaya menawan Kelantan pada tahun 1990.

Hasil tarbiah kampus, tunas daie yang terdidik pada tahun 1980an mula membuah hasil. Mereka terdiri daripada ulama muda dan profesional. Antara puak tersohor ialah Kumpulan Universiti Malaya. KUM terdiri daripada dua teras iaitu golongan ustaz yang ditarbiah daripada PAS dan golongan profesional yang terpecah dua iaitu tarbiah PAS dan tarbiah transisi zaman ABIM kepada PAS dalam PMIUM. Puak KUM transisi ini masih teruja dengan Anwarisme. Sebenarnya, KUM ini hanyalah ‘muafakat’ longgar.

Antara mereka ialah Takiuyuddin Hasan, Husam Musa, Misbahul Munir, Syed Putra Ahmad(PAS Temerloh), Anual Bakri, Muhammad Husin(PAS Pasir Puteh), Fuad Zakarsyi(masuk UMNO), Ahmad Shabery Cheek(masuk UMNO/S46, antara pengasas PASTI Terengganu). Mereka dibantu oleh jemaah kampus lain terutamanya dari UKM seperti dr Loq Loq, Idris Ahmad, Abu Bakar Chik(PAS Terengganu) dan Dr Hatta.

Kumpulan ini cukup berjaya di Kelantan. Mereka berjaya berada di kelilingi TG Nik AZIZ dan mengawal penyaluran maklumat sekaligus sebagai ‘badan penasihat’ TG. Peringkat awal, Husam Musa menjadi Setiausaha Menteri Besar Kelantan, Takiuyuddin Hasan menjadi EXCO, Husam Musa menjadi EXCO kanan paling berpengaruh dan Anual Bakri menjadi Setiausaha MB. Kebolehan profesional KUM sangat hebat dan berjaya mengemilangkan negeri Kelantan berdasarkan kemampuannya.

Kita tidak risau kehadiran golongan profesional dalam PAS. Tetapi kita mesti berhati-hati dengan profesional bernafas selain daripada ‘nafas’ PAS. Nafas yang dimaksudkan ialah nafas anwarisme yang bersinergi itu. Nafas ini berwa’la pemimpin lain selain daripada pimpinan PAS. Baiah mereka terkulai dengan pesona kepentingan dan pangkat dunia serta ternoda dengan keterujaan terlampau kepada Anwar. Politik mereka bukan politik dakwah-tarbiah tetapi politik sekular-liberal.

Kini tumpuan kumpulan profesional ini bangkit merangkul jawatan dalam PAS Pusat. Jika dulu dato Asri dijatuh oleh puak pro ulama, kini puak profesional bernafas anwarisme ingin juga merampas kekuasaan daripada puak pro ulama. Mereka telah berjaya meletakkan Husam sebagai Naib Presiden. Mungkin golongan profesional bernafas anwarisme ini cuba menandingi jawatan Timbalan Presiden PAS yang dipegang oleh Ustaz Nasarudin Mat Isa yang berprestasi rendah itu. Jika berani, Presiden pun dilawan oleh mereka. Jika gagal, mereka akan kekal menyertai Kerajaan Pusat Raja Bercakap yang akan berjaya kononnya itu. Jika mereka berjaya, tamatlah era kepimpinan ulama.

Siapakah tokoh golongan profesional bernafas anwarisme yang bertanding jawatan Timbalan Presiden?. Adakah ramalan ini berlaku atau andaian kosong?. Saya mengharapkan ia adalah andaian kosong. Sama-sama kita tunggu.
13/8/08

No comments:

Sebelum Loceng PRU 15 Melolong

 Sebelum Loceng PRU 15 Melolong a. Kerajaan 1. Kita perlu memahami bahawa kerajaan persekutuan pada hari ini berdiri atas sokongan para ahli...