Politik adalah medan perebutan kuasa. “Tak nak rebut kuasa, baik masuk tabligh” kata individu kononnya moderat dah masuk PAN. Semua parti masuk pilihan raya sudah tentu nak menang dan berebut kuasa. Dalam perebutan kuasa, kita bukan sahaja mahu menang pilihan raya tetapi mahu keredhaan Allah SWT.
PAS tak sempurna. Pemimpin dan pengikut PAS juga tak sempurna. Tapi PAS cuba buat yang terbaik mengikut kemampuan ruang dan peluang yang ada untuk membawa agenda perjuangan Islam.
Sesiapa yang rakus nak kuasa dan mencari habuan duniawi serta tak nak ikut arahan kepimpinan, mereka akan terbuang dan terpinggir dengan sendirinya. Anda akan lagha dan kesunyian. Akhirnya, ratib PAS macam orang gila talak.
Lihat bekas Ketua Penerangan PAS yang beruban dan Setiausaha MSU, setiap hari mabuk nak sebut nama PAS bagaikan laskar siber murahan..
Mana-mana organisasi terdapat 3 kelompok:
1. Kelompok Perjuangan- Ikhlas dan istiqamah. Mereka patuh dan akur arahan jemaah
2. Kelompok opurtunis. Mereka suka ambil kesempatan ke atas perjuangan untuk agenda
3. Kelompok ekstrem, jumud, taksub dan fanatik. Mereka bersemangat menyala-nyala. Lazimnya anak muda dan orang baru nak dekat dengan agama.
No comments:
Post a Comment