Saturday, November 28, 2020

Perbodohan Oleh Anwar Ibrahim

Berulangkali Anwar Ibrahim memperbodohkan pengikut dan rakyat. Kali terakhir dalam isu pengundian berbelah bahagi dalam belanjawan. Dimana undi yang didakwa NOMBOR (jumlah) 128 anggota parlimen yang menyokong Anwar Ibrahim sebagai calon PM Malaysia. Wajarnya peluang dan ruang pengundian Belanjawan 2021 boleh dijadikan isyarat undi tidak percaya kepada PM. Anwar Ibrahim GAGAL.


Sebelum ini, sebelum PRN Sabah, Anwar Ibrahi membuat kenyataan akhbar bahawa kerajaan PN telah tumbang. Kemudian Anwar Ibrahim bertemu YDPA untuk mengemukakan anggota parlimen yang menyokong beliau. Malangnya, Anwar Ibrahim hanya mampu mengemukakan nombor bukannya NAMA anggota parlimen yang menyokong beliau.


Pemuda DAP mendesak hubungan DAP dengan PKR dan Anwar Ibrahim dikaji semula.


Jelas, Anwar Ibrahim tiada nombor. Anwar Ibrahim gagal memiliki jumlah anggota yang cukup untuk menumbangkan kerajaan. Pembangkang sama ada Pro Anwar atau Pro Tun M tidak memiliki NOMBOR tanpa lompatan anggota parlimen UMNO atau GPS. Inilah antara faktor yang menyebabkan DAP dan AMANAH tiada kepercayaan yang Anwar Ibrahim mampu mengubah keadaan. Inilah juga sebab DAP dan Amanah masih berpegang Anwar Ibrahim sebagai calon PM masa depan dan ketua PH disamping menjaga hubungan mesra dengan Tun M. Malang yang berlaku Anwar Ibrahim dan Tun M terus berkonflik sehingga merugikan pihak pembangkang.


Anwar Ibrahim perlu kembali kepada jawatan KETUM PKR. Beri ruang dan peluang kepada gabungan Rafizi-Nurul Izzah mengetuai PKR. Rafizi atau Nurul Izzah sebagai calon PM. Rakyat sudah bosan dengan politik sekitar Anwar Ibrahim dan Tun M. Puluhan tahun muka yang sama. Anwar Ibrahim CUKUPlah sekadar tukang penasihat.


Undur Anwar, undur Anwar, Anwar undur...Cukup-cukuplah memperbodohkan rakyat dan pengikut anda..

No comments:

Sebab-Akibat

Sebab-akibat antara elemen penting dalam ilmu sejarah. Pemikiran sebab-akibat ini penting bagi mengelakkan kita membuat ramalan dan andaian ...