Saturday, November 28, 2020

'Barua' dan 'Broker' Kembali

Dalam Muktamar PAS 2014, Abdul Hadi Awang berkata "Tidakkah wakil rakyat kita berbaiah sebelum pilihanraya untuk setia dengan parti? "Mana lebih besar bai'ah atau surat akujanji," Abdul Hadi mendakwa ada barua dan broker yang cuba 'membeli' ADUN PAS. Perkara ini berlaku ketika Langkah Kajang.


Melihat ADUN Meru yang melompat masuk ke PKR daripada Parti Amanah atas nasihat YB Saari Sungib. Kemudian, Saari bersedia menjadi calon PKR menentang Azmin di Gombak, kita terfikir apakah kerangka pemikiran Saari Sungib?


Saari Sungib bukanlah sebarang orang. Beliau antara pengasas IRC dan Presiden JIM. Mendapat tarbiah daripada para pemimpin gerakan Islam antarabangsa. Penulis Risalah Usrah, antara bahan usrah yang terkenal.


Pendekatan politik para pimpinan IRC-JIM-IKRAM agak songsang kerana pengamalan budaya 'parasit' politik iaitu jemaah dalam jemaah, memposisikan tokoh pada posisi tertentu dan sedia bekerjasama dengan puak anti Islam. Kita boleh lihat pendekatan politik ramai tokoh IRC seperti Saari Sungib, Dr Mazlee Malik dan Syed Ibrahim Syed Noh. 


Saari Sungib awalnya menyertai Parti Keadilan Nasional, kemudian masuk PAS. Selepas itu bersama-sama mengasaskan Parti Amanah Nasional. 


Budaya Parasit Politik perlu ditinggalkan oleh para pendokong gerakan Islam. Kita boleh mencontohi AKP yang jelas perjuangannya bukannya larut dalam pelbagai parti yang sukar membawa idealisme perjuangan jemaah.

No comments:

Sebelum Loceng PRU 15 Melolong

 Sebelum Loceng PRU 15 Melolong a. Kerajaan 1. Kita perlu memahami bahawa kerajaan persekutuan pada hari ini berdiri atas sokongan para ahli...