Thursday, November 26, 2020

Menolak Belanjawan 2021

Seramai 13 ahli Parlimen bukan Kerajaan bangun untuk tolak belanjawan 2021, undi belah bahagi tidak dapat dilakukan kerana ia memerlukan 15 ahli.


Mereka ialah:

1. Khalid Abdul Samad (Amanah-Shah Alam)

2. Mahfuz Omar (Amanah-Pokok Sena)

3. Dr Hatta Ramli (Amanah-Lumut)

4. Hasanuddin Mohd Yunus (Amanah-Hulu Langat)

5. Dzulkefly Ahmad (Amanah-Kuala Selangor)

6. Hanipa Maidin (Amanah-Sepang)

7. Dr Mahathir Mohamad (Pejuang-Langkawi)

8. Mukhriz Mahathir (Pejuang-Jerlun)

9. Amiruddin Hamzah (Pejuang-Kubang Pasu)

10. Shahruddin Md salleh (Pejuang-Sri Gading)

11. Hassan Karim (PKR-Pasir Gudang)

12. Baru Bian (PSB-Selangau)

13. Mordi Bimol (DAP-Mas Gading)


Kata Anwar Ibrahim, :""Walaupun Lim dan Mohamad mempunyai pandangan yang kuat, saya merayu mereka, berikan tugas itu, buat masa ini kita harus biarkan (belanjawan) terus berjalan,"


Entah apa permainan Anwar Ibrahim. Melihat perbincangan, makian dan hentam para politikus pembangkang terhadap belanjawan 2021, dijangka mereka menunjukkan kuasa yang mereka ada yakni menolak belanjawan 2021. Menolak belanjawan 2021 ialah isyarat bahawa TSMY berundur daripada jawatan PM.


Pengajaran untuk kita sebagai rakyat, jangan terpengaruh dengan persepsi ciptaan badut politik.

No comments:

Sebelum Loceng PRU 15 Melolong

 Sebelum Loceng PRU 15 Melolong a. Kerajaan 1. Kita perlu memahami bahawa kerajaan persekutuan pada hari ini berdiri atas sokongan para ahli...