Sunday, November 29, 2020

IKRAM dan PRU 14

 

IKRAM dan Pilihan Raya ke 14

 

Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang Muhammad menegaskan Parti Islam SeMalaysia(PAS) sebagai tanzim siyasi, dakwah dan tarbiah. PAS mengadakan hubungan dengan semua pihak terutamanya kumpulan-kumpulan Islam. PAS berjaya mewujudkan satu parti Islam sahaja walaupun terdapat banyak NGO di Malaysia. Justeru, kita melihat tokoh-tokoh Pertubuhan IKRAM Malaysia(IKRAM) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) bertanding atas tiket PAS.

Hubungan IKRAM dengan PAS adalah hubungan ‘anak-beranak’. Tokoh-tokoh pengasas IKRAM dan generasi awal IKRAM sangat mengenali pemimpin PAS terutamanya Abdul Hadi Awang. Mereka bukan orang lain bahkan mereka dikatakan seusrah. Ikatan PAS-IKRAM bermula apabila tokoh pengasas IKRAM yang pulang dari Mesir cuba menguasai ABIM tetapi kurang berjaya. Mereka cuba menguasai PAS. Pada peringkat awal dalam PAS, generasi awal IKRAM (lebih tepat: IRC) dipayung oleh Abdul Hadi Awang sendiri. Pada hujung 1980an, muncul fenomena jemaah dalam jemaah dimana terdapat cubaan pihak IRC menguasai PAS. Kebanyakan pemimpin IRC telah merajuk daripada PAS sama ada keluar atau meminggir diri (tidak aktif). Pasca tahun 1998, sekali lagi pemimpin utama PAS dan Abdul Hadi Awang berlapang dada menerima generasi pengasas IKRAM dan IRC-JIM diterima untuk aktif dalam kepimpinan PAS. Tidak hairan ada yang menyatakan ‘mentor’ al-jamaah-IRC adalah Abdul Hadi Awang sendiri!!.

Bermula awal tahun 2000an, muncul pemimpin gerakan Islam yang mahu mewujudkan pemisahan antara jemaah dan wasilah politik bahkan terkini (2017) wasilah politik bebas daripada ikatan jemaah induk. Mereka mahu mengikut model Parti an-Nahdah Tunisia dan AKP Turki. Eksperimen ini turut dilakukan oleh Ikhwanul Muslimin Mesir selepas Revolusi Mesir dengan kewujudan FJP.

Ikhwanul Muslimin Melayu (al-Jamaah-Harakah Islamiyah Syumuliah atau HIS) melalui leluhurnya IKRAM Malaysia dan para pemimpin berlatarkan Jemaah Islah Malaysia(JIM) menyokong pemisahan ini. Dilaporkan pemimpin seperti Ir Saari Sungip dan Dr Dzulkefly Ahmad menyokong pemisahan ini. Tokoh lama IRC-Alami, Ustaz Dr. Zawawi Ali dikhabarkan tidak bersetuju. Dr Zawawi mahu IKRAM kekal dalam soal membina individu dan masyarakat manakala persoalan politik diserahkan kepada PAS kerana PAS mempunyai jentera, kekuatan massa dan terbukti mampu mempertahankan politik ummah. Namun, Abu Urwah  lebih berpengaruh sukar dipadamkan dalam Ikhwan Melayu.

Begitu juga semasa penubuhan GHB dan parti Islam baru, dilaporkan Dr Zawawi sekali lagi tidak bersetuju tetapi turut digagalkan oleh Syura IKRAM. Tokoh utama pengasas Ikhwan Melayu ini seakan-akan semakin hilang pengaruh dan terasing dalam Ikhwan Melayu.

Di Malaysia, IKRAM mengeksport para pemimpin dan kader mereka ke dalam Parti Keadilan Rakyat dan Parti Amanah Negara (PAN). Mereka mendominasi kepimpinan PAN. Adakah dominasi ini diakhiri dengan penguasaan sepenuhnya IKRAM dalam kepimpinan PAN?. Sejarah akan menjawabnya.

 

Ikhwanul Muslimin Melayu

IKRAM adalah leluhur al-jamaah-IRC-JIM (Harakah Islamiyah Syumuliah -HIS-). Hakikatnya yang asal adalah mereka berfikrah Ikhwanul Muslimin. Pada awalnya kehadiran mereka di Malaysia, mereka bergerak disebalik tabir dengan menumpang organisasi-organisasi terutamanya organisasi Islam yang sedia ada termasuk ABIM dan PAS.

Ikhwanul Muslimin Melayu ini mempunyai masalah apabila mereka ditarbiyyah oleh tokoh yang berlatarbelakang tempat yang berbeza. Justeru, gaya pemikiran dan pendekatan mereka berbeza antara satu sama lain. Dari segi tokoh, mereka mendapat tarbiyyah daripada tokoh Ikhwan Iraq, tokoh Ikhwan Mesir, Ikhwan Tunisia dan tokoh Ikhwan Syria. Dari segi tempat, Ikhwan Melayu mendapat pendidikan di Barat (UK-USA), Mesir dan Arab Saudi. Gaya pemikiran dan pendekatan ini cuba disatukan oleh tokoh yang dihantar oleh Ikhwanul Muslimin Antarabangsa di Asia Tenggara.

Kegagalan mereka menguasai ABIM dan PAS menyebabkan Ikhwan Melayu menzahirkan diri mereka pada akhir tahun 1980an dengan nama JIM (didominasi oleh lepasan dari Barat- Tanzim Abu Urwah) pada 27 Julai 1990 dan HALUAN (didominasi lepas Timur Tengah-Tanzim Ustaz Dahlan) pada tahun 1988. Kemunculan ini menjadi penanda aras bahawa perjuangan mereka disebalik tabir dan menumpang organisasi lain adalah GAGAL. Seorang pemimpin PAS yang mendapat tarbiyyah dari Ikhwan Iraq menasihat rakannya (yang mendapat tarbiyyah daripada Ikhwan Iraq juga), perjuangan disebalik tabir tidak sesuai di Malaysia.

Usaha penyatuan tanzim-tanzim Ikhwan Malaysia pernah diusahakan pada tahun 1995 di Kelana Jaya. Ia dikenali sebagai  peristiwa “indimaj” antara tanzim Abu Urwah dan tanzim Ustaz Dahlan tetapi gagal. Kemudian, muncul Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) pula ditubuhkan pada 7 Julai 1997 yang dipimpin oleh Ustaz Abdullah Zaik (Neo Alami Mesir).

IKRAM

Usaha penyatuan tanzim-tanzim Ikhwanul Muslimin Malaysia sekali lagi dibuat dengan menwujudkan IKRAM sebagai payung tanzim-tanzim Ikhwanul Muslimin Malaysia. Pada 22 Oktober 2009, IKRAM Malaysia diluluskan pendaftarannya. Ada sesetengah anggota IKRAM mengatakan bahawa mereka bukan anggota IRC atau JIM. Jawapan mereka dari segi peraturannya adalah betul. Dari segi hakikat, anggota IKRAM adalah sama dengan IRC-JIM, HALUAN dan ISMA kerana fikrahdan pentarbiahan mereka mengikut Ikhwanul Muslimin. Mereka Ikhwanul Mislimin Melayu.

IKRAM adalah sebuah NGO dakwah, tarbiyyah dan kebajikan. IKRAM adalah pertubuhan yang prihatin dengan kehidupan bermasyarakat, sejajar dengan cara hidup Islam, berlandaskan kepada Al-Quran, as-Sunnah, Ijmak dan Qias. IKRAM terdiri daripada pelbagai pertubuhan, antaranya, Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), Musleh, Aqsa Syarif, Medical Interest Group (MIG), Majlis Syura Muslimun (MSM) UK dan Ireland (kini dikenali IKRAM UKE) dan Persatuan Islam Lepasan Institusi Pengajian Tinggi Australia (AUSIS).

Kewujudan IKRAM tanpa penyertaan HALUAN Malaysia dan ISMA disifat satu kegagalan. Antara punca kegagalan ialah [1] permusuhan lama antara pemimpin tanzim, [2] aset, [3] kefahaman dan pendekatan berbeza dalam menangani isu, [4] IRC-Alami bersifat menguasai tanzim yang lain.

 

IKRAM Bukan IRC-JIM

Ramai anak-anak muda IKRAM melenting jika kita mengaitkan mereka dengan IRC-IKRAM. Kita akan dituduh sebagai menyesatkan mereka. Memang benar dari segi keahlian dan peraturan, mereka bukanlah IRC-JIM tetapi dari segi aspirasi dan leluhur, mereka adalah  kesinambungan IRC-JIM. Sebagaimana al-Arqam yang bertukar wajah dan nama sebagai Rufaqa dan terkini sebagai Global Ikhwan. Pemimpin yang sama membawa aspirasi dan fikrah IRC-JIM. Maka, anak-anak muda IKRAM mesti menerima hakikat ini.

Ada juga mantan kader dan pemimpin IRC-JIM  mengatakan mereka bukan anggota IKRAM. Fikrah, aspirasi dan wala’ dibina melalui proses pengkaderan dan pentarbiahan sesebuah organisasi atau tanzim. Walaupun mereka tidak menyertai IKRAM, proses pengkaderan membekas dalam fikrah dan jiwa mereka sebagai IRC-JIM-IKRAM (atau Ikhwan Melayu).

Agak sukar membuang ikatan fikrah, aspirasi dan wala’ daripada imej seseorang pemimpin atau kader IRC-JIM-IKRAM kerana ia hasil pentarbiahan. Rekod ‘buruk’ IRC-JIM-IKRAM dalam penglibatan mereka dalam sesebuah organisasi Islam menyebabkan semua gerakan Islam berwaspada dengan kehadiran mereka. Mereka mesti membuang wala’ mereka kepada pemimpin dan syura IRC-JIM-IKRAM. Mereka juga perlu berprinsip bahawa pengaulan dan persahabatan dengan sahabat IRC-JIM-IKRAM tidak mempengaruhi perjuangan mereka dalam organisasi Islam yang mereka sertai.

Pasca Peristiwa 1998

Pada pasca tahun 1998 dilihat sebagai penyatuan gerakan Islam jalur Ikhwanul Muslimin Malaysia ke dalam Barisan Alternatif sama ada PAS atau Parti Keadilan Nasional (KeADILan atau PKN).

Pada tahun 1999, ramai pimpinan JIM menganggotai PKN, diantaranya ialah Sahri Bahri (bekas Naib Presiden JIM dan bekas pensyarah kejuruteraan di ITM tahun 80-an) yang menjadi EXCO Pemuda PKN dan pernah memegang jawatan Setiausaha Agung. Saari Sungip (Abu Urwah), Presiden JIM menjadi calon PKN dalam Pilihan Raya 29 November 1999 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dan di parlimen Paya Besar pada tahun 2004 tetapi tewas, kini menjadi ADUN PAS Hulu Kelang setelah menang dalam PRU12 pada tahun 2008.

Sebahagian pemimpin JIM yang lain masuk PAS. Antaranya Amirudin Hamzah yang menyertai PAS pada tahun 1999 dan dicalonkan dalam PRK Anak Bukit pada tahun 2002.

Dalam PKR[1], Syed Ibrahim Syed Noh (Naib Presiden IKRAM) di Selangor, iaitu bekas Badan Bebas Pemantau Pilihan Raya Malaysia (MAFREL).

Kelunakkan PAS dan sifat berbaik sangka PAS terhadap pemimpin Ikhwan Melayu yang profesional ini membolehkan pemimpin JIM-IRC memposisikan mereka pada kedudukan jawatan dalam PAS.

Di Pulau Pinang, terdapat pemimpin IKRAM dalam pentadbiran negeri. Antaranya, Dato’ Mohd. Rashid Hasnon (Timbalan Ketua Menteri I), Mohd. Tuah Ismail (Pegawai Penyelaras Kawasan Dewan Undangan Negeri Pulau Betong), Mohd Bakhtiar Wan Chik (Ahli Majlis bagi Majlis Perbandaran Pulau Pinang, MPPP).

 

Matlamat Penglibatan IKRAM dalam Pilihan Raya

Matlamat utama penglibatan PRU13 ialah untuk memastikan:

1.      Parti terbaik menguasai majoriti kerusi parlimen serta menubuhkan kerajaan baru yang bertanggungjawab dan berwibawa. Pemegang tampuk pemerintahan adalah satu kedudukan yang paling tinggi dalam Islam, ويةعامة (wilayah ammah). Lantaran itu, ia sepatutnya diserahkan kepada peribadi-peribadi yang layak dan mempunyai القوىامين (kebolehan dan integriti).

2.      Penegakan sistem dua (2) parti yang kuat, sistem ‘check dan balance’ yang berkesan.

Sekretariat Ulama Ikram, di dalam satu Edaran Dalaman (Versi Untuk Ahli IKRAM Sahaja) bertarikh 19 April 2013 juga telah memberikan beberapa garispanduan mengenai beberapa isu dalam PRU13. Antaranya ialah:-

Adalah sangat perlu untuk kita membezakan antara syakhsiyah tab’iyah (personal entity / ) الشخصيةاعتبارية / dengan syakhsiyah I’tibariyyah (legal entity )الشخصيةالطبيعية parti yang didokong oleh calon tersebut.

Dalam memberi pengundian kepada parti, maka hukum asalnya perlu dilihat kepada status parti itu sendiri seperti UMNO/BN parti apa? Begitu juga PKR, PAS, DAP / PR. Maka, hukum mengundi calon Muslim yang baik juga bergantung kepada parti itu sendiri (ideologinya). Begitu juga isu calon Muslim yang menyertai parti yang terang-terang sekular/kafir seperti DAP maka hukum penyertaannya bergantung kepada iktikad (niat dan pegangan) calon tersebut.

Bagaimana pun dalam kes sekarang, DAP bersama dengan PAS dalam konteks Tahaluf al- Siyasi dengan niat dan tujuan yang jelas ke arah maslahah yang lebih besar (dan tidak merugikan Islam).

Maka realiti (waq’i) kita dalam persoalan politik ini ialah adanya dua aliran, dua (2) pakatan parti- parti politik iaitu BN dan PR. Amat menarik dalam PRU ke-13 ini kerana kita dapat menyaksikan yang kita memang berada di antara dua mafsadah (undi BN pun ada mafsadah, undi PR pun ada mafsadahnya) dan dua maslahah (undi BN ada maslahah, undi PR juga ada maslahah).

Dalam mencari jalan penyelesaiannya, kita perlu mengaplikasikan“fiqh muwazanah”(kaedah: mana yang lebih ringan dhararnya dan mana yang lebih berat maslahahnya).

Sekiranya BN dimenangkan, maka kebatilan dan kezalimannya (yang telah terbukti) akan berterusan. Adapun dari segi maslahah, ianya belum pasti.

SekiranyaPRdimenangkan, maka kebaikan dan keadilan yang diperjuangkan (terbukti dengan melihat Negeri di bawah PR sekarang seperti Kelantan, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor) akan terus diperkasakan. Adapun dari segi mafsadahnya, ianya masih belum pasti.

Kalau realiti yang ada sudah sedemikian. Kita kenalah menjatuhkan pemerintah BN yang kebatilan dan kezalimannya telah terbukti supaya ia tidak berterusan, serta menaikkan kerajaan baru PR yang kebaikan dan keadilannya telah terbukti di semua negeri-negeri yang berada di bawah pemerintahan- “ الضرريزال :mereka supaya ia diperluaskan keseluruh Negara. Ia berasaskan kaedah fiqh kemudaratan .itu hendaklah diangkat/dihapuskan”

Setelah PAS berpecah pada tahun 2015, Presiden IKRAM dalam Ucapan Dasar Perhimpunan Ahli Teras 2016 (PAT 2016) IKRAM antara lain menyebut:

(a) Menutup jurang hasil perpindahan ahli ke AMANAH:

(i)                  Penyediaan pimpinan pelapis

(ii)                IKRAM terus kuat sebagai “vehicle perjuangan” (enjin perjuangan)

(b) Menggerakkan penglibatan politik berkesan - 20% ahli

(c) Meningkatkan penglibatan masyarakat madani (luaran) - 60% ahli

 

Pasca Muktamar Tahunan PAS 2015 dan Hubungan IKRAM dengan PAN

Apa yang menarik setelah Muktamar Tahunan PAS pada tahun 2015 ialah keluar secara berjemaah kelompok al-jamaah-IRC-JIM daripada PAS. Sebahagian kecil masih ada boleh dibahagikan sebagai kelompok istiqamah dan kelompok harumanis. Kebanyakan pemimpin yang istiqamah biasanya ditarbiyyah melalui sistem pentarbiahan PAS, setia menghadiri kuliah para ulamak PAS dan pemimpin yang aktif dalam Yayasan Amal Malaysia atau Darus Syifa (Murabbinya Tuan Guru Dato Dr Harun Din).

Antara tokoh besar PAS yang berlatar belakang Ikhwan Melayu ialah Dr Dzulkefly Ahmad (Abu Iman) dan Ir Saari Sungip (Abu Urwah) menyertai PAN.

IKRAM Malaysia juga mengeksport pemimpin mereka ke dalam PAN. Antaranya Prof Dr Ahmad Termizi Ramli (AJK-setiausaha Biro Politik IKRAM) dan Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus, mantan Timbalan Presiden IKRAM telah dilantik sebagai Naib Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH). Hasanuddin Mohd Yunus pernah menjadi calon PAS di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rengit, Johor sebanyak tiga kali, iaitu Pilihan Raya Umum (PRU) 1999, 2004 dan 2008. Beliau sebagai Timbalan Presiden IKRAM sesi2014-2018mengatakan IKRAM mengalu-alukan kemunculan sebuah parti baru yang ingin memainkan peranannya yang tersendiri; demi memastikan sistem dwi-parti  dapat terus diperkukuhkan.

Jawatankuasa PAN (2016-2019)

1.      YB Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa (Alami-IRC)

2.      Hasanuddin Mohd Yunus (IRC-IKRAM)

3.      Ketua Wanita : YB Dr Mariah Mahmud (IRC)

4.      YB Khalid Abd Samad (Suara Islam)

5.      YB Izham Hashim (Suara Islam)

6.      YB Mohd Nizar Jamaludin (Suara Islam)

7.      YBDzulkefly Ahmad (IRC)

8.       YB Phahrolrazi Mohd Zawawi

9.      YB Saari Sungib (IRC)

10.  YB Hasnul Baharudin (IRC)

IKRAM dan Proksi Politik

Pemimpin IKRAM membanjiri kepimpinan PKR dan PAN serta sedikit ke BERSATU. Dalam PKR, Syed Ibrahim Syed Noh dilantik sebagai Ketua Penerangan PKR. Dalam kepimpinan Wanita PKR, ramai pemimpin IKRAM menjawat kepimpinan tertinggi. Dalam pertembungan politik dalaman PKR, anggota IKRAM berada dalam kem Azmin dan kem Rafizi.

Pendekatan politik pemimpin IKRAM ini menjurus kepada pendekatan pragmatis. Ini terbukti menyokong pihak bertentangan pada masa yang sama. Ini yang berlaku dalam kes Azmin VS Rafizi.

PAN kelihatan dibanjiri oleh pemimpin IKRAM. PAN menjadi medan paling cerah bagi IKRAM mendominasi dan menguasai bahkan menjadikan PAN sebagai sayap politik IKRAM. Ini merealisasikan strategi dua lapis yang dipopularkan oleh Dr Dzulkefly Ahmad.

            Persoalan yang timbul, bagaimana nasib kelompok aktivis PAS dan jalur Husam Musa-TGYO-Alumni UM didalam PAN? Adakah berlaku pertembungan sengit antara kedua-dua kelompok ini menentang IKRAM dalam pemilihan PAN?. Adakah PAN akan berpecah?

            Jika dilihat usaha memposisikan anggota IKRAM ke dalam kerajaan dan parti politik— BERSATU-PAN-IKRAM, IKRAM berada pada posisi terbaik untuk merampas dan mendominasi PAN. Penguasaan IKRAM ke atas PAN menjayakan impian mereka melahirkan Parti Islam Kedua ala PKS dan pro Ikhwanul Muslimin serta alternatif kepada PAS.

 

 Prestasi Calon ‘IKRAM’(al Jamaah-IRC-JIM) Dalam Pilihan Raya Ke 14

Boleh dikatakan, calon beraspirasikan IRC-JIM-IKRAM  menjadi antara puak yang terbesar dan berpengaruh dalam pencalonan wakil rakyat semasa PRU 14. IRC-JIM-IKRAM antara puak yang mendominasi PH. Kecerdikan mereka dan bidang profesional membolehkan calon-calon mereka melata dalam pelbagai parti seperti PKR, BERSATU dan PAN.

Antara calon-calon PRU 14 yang didakwa mempunyai hubungan dengan asiprasi al jamaah-IRC-JIM-IKRAM dan Suara Islam ialah

Nama

Kawasan

Parti

Saari Sungip  (JIM-IRC)

D Hulu Klang

PAN

Dzulkefly Ahmad (JIM-IRC)

P Kuala Selangor

PAN

Hasanuddin Mohd Yunus (IKRAM)

P. Hulu Langat

PAN

Amiruddin Hamzah (JIM)

P Kubang Pasu.

D Anak Bukit

PPBM

Ahmad Termizi Ramli (IKRAM)

P. Kuala Kangsar

PAN

Syed Ibrahim Syed Noh (IKRAM)

Parlimen Ledang

PKR

Mohd. Rashid Hasnon (JIM)

P. Batu Pahat

PKR

Fuziah Salleh  (JIM)

P Kuantan

PKR

Rodziah (JIM)

D Batu Tiga

PKR

Haniza Talhah  (JIM)

DUN Lembah Jaya

PKR

Halimah Binti Ali  (?)

D Selat Klang

PAS

Bakhtiar Wan Chik (IKRAM)

P Balik Pulau

PKR

Mazslee Malik (IKRAM)

P151Simpang Renggam

PPBM

Nurin Aina Abdullah

P Merbok

PKR

Nik Omar Bin Nik Aziz (JIM)

DUN CEMPAKA

PAN

Mohammad Nizar Jamaluddin (Suara Islam)

D Sungai Rapat

PAN

Dr Mujahid Yusuf Rawa (JIM)

P. Parit Buntar

PAN

Abu Kassim Manaf (al-jamaah-IRC-JIM)

D. Peramu Jaya

PAS

Prof Datuk Dr Abdul Halim Yusof (IKRAM)

P. Kubang Kerian

PAN

Dr Hafizah Mustakim (IKRAM)

D. Tanjung Mas

PAN

Yahanis Yahya (IKRAM Perak)

D. Belanja

PPBM

Siti Mariah Mahmud

N. 29 Seri Sedang

PAN

Dr Hj Mohd Fadhil Nuruddin

N16 Kamunting -

 

Dr Mohd Sharani Mohd Naim

N12Pengkalan Pasir

 

 Dr Sulaiman Mohd Nor

N4 Kemelah

 

Dr Faizul Amri

 N9 Gambir

 

Na'im Jusri

N16 Sungai Balang -

PKR

Mohd Abrary Ramly

N35 Pasir Raja -

 

Dr. Salmee Said

N03 Kota Siputeh

 

Ir Zamri Yusuf

N12 Suka Menanti

 

Rosli Yusof

N27 Pantai Merdeka

 

Mohamad Sofee Razak

N32 Kuala Ketil

 

Izham Hashim (Suara Islam)

 

PAN

Ir. Zulkifli Ali (IKRAM)

N27 dun sura

PAN

ZAIRI BIN SUBOH (JIM)

D Taboh Naning

 

Zubir Mohamed [IKRAM)

N13 Wakaf Mempelam

PAN

Dzulkifli Ahmad (IRC Jordan)

Johor

PAN

Ir Izham Hashim (Suara Islam)

Selangor

PAN

ER Dato Iskandar Abdul Samad (?)

 

PAS

 

IKRAM dan Ghanimah Kerajaan Malaysia Baru

Kemenangan PH dalam PRU 14 membolehkan IKRAM melebarkan pengaruh dalam kerajaan dengan memposisikan kader IKRAM pada kedudukan yang strategik. Pemimpin IKRAM mendapat ghanimah dalam penjawatan dalam pelbagai institusi kerajaan dan syarikat GLC. Contoh, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Pengerusi YADIM, Pengerusi Lembaga Pengelola DBP dan pelbagai badan lain. PRU 14 adalah kemenangan besar  peranan disebalik tabir politik kepartian bagi IKRAM. IKRAM wajar berbangga dengan kejayaan besar mereka.

 

            Ruang dan peluang ini perlu digunakan sebaik mungkin untuk membenihkan idea-idea Islam dalam urus tadbir negara dan organisasi. Kualiti pemimpin juga perlu dipertingkatkan dalam usaha mengerakkan organisasi ke arah lebih cemerlang dan gemilang. Peluang keemasan ini juga menjadi medan latihan bagi orang IKRAM menambah pengalaman dalam pentadbiran negara.

 

 

Refleksi IKRAM Dalam Politik Kepartaian

Dalam persoalan prestasi kerja dan pengurusan, kader IKRAM bersifat profesional dan mantap. Ramai yang memuji prestasi cemerlang YB Saari Sungip sebagai ADUN Hulu Klang dan YB Dato Ir Amirudin Hamzah, ADUN Anak Bukit. Begitu juga dari segi kesalehan, ketaqwaan, ilmu dan kealiman, para pemimpin IKRAM sangat mantap dan terpuji.

Kelemahan yang kita nyatakan dibawah adalah dari segi pendekatan politik kepartaian:

1.      IKRAM mengunakan jalan yang pelbagai dalam menuju satu matlamat. Kepelbagaian jalan ini menyebabkan kader-kader IKRAM yang menyertai politik kepartian kelihatan keliru dan celaru dalam fikrah politik mereka. Terbaru (2018), Dr Mazslee Malik (IKRAM) menyertai PPBM.

2.      IKRAM mengunakan wadah politik yang berbeza menyebabkan kader-kader mereka sukar menunjukkan kesetiaan sama ada kepada parti atau jemaah. Bahkan berlaku pertentangan pandangan antara parti-parti yang berlainan.

3.      Pendekatan sebalik tabir yang menghasilkan jemaah dalam jemaah akhirnya mencetuskan konflik dalaman dalam sesuatu parti yang IKRAM sertai.

4.      Manhaj Ikhwan sendiri perlu disemak kembali terutamanya melibatkan konteks fiqh politik  Malaysia

5.      Keahlian terpilih menyebabkan akan berlaku pilih kasih dan kesilapan memilih pemimpin disebabkan tanzim rahsia. Tidak hairan terdapat pemimpin gerakan Islam yang ‘buta al-Quran’.

6.      IRC-JIM-IKRAM berada dalam persimpangan antara berdasarkan nas al-Quran dan as Sunnah dengan pragmatisme. Penulis berpandangan bahawa setiap keputusan yang dilakukan oleh mereka adalah ‘ijtihad’ politik berdasarkan konteks yang mereka fahami. Segala niat dan tujuan dalam hati, kita serahkan kepada Allah SWT.  Pemimpin yang saleh menaiki kenderaan yang salah akan tersesat jalan jua. Berwaspadalah memilih kenderaan politik dalam memperjuangkan Islam agar tidak hanyut dan lemas dalam lautan materialisme, sekularisme, hedonisme dan liberalisme.

 

Peribadi Ahli IKRAM VS Syura IKRAM

Presiden IKRAM, Ustaz Dr Parid Sheikh Ahmad seringkali memberitahu tentang pendirian dan pandangan IKRAM mesti dibezakan dengan pendirian, pandangan dan tindakan ahli-ahli IKRAM. Pandangan peribadi ahli IKRAM kelihatan mengatasi pandangan syura IKRAM. Dalam tradisi jemaah Islam, pandangan jemaah adalah pandangan individu walaupun individu tersebut mempunyai pandangan dan hujah sendiri. Persoalan yang timbul, dimana intima’ dan wala’ kepada kepimpinan jemaah dan Syura.

            IKRAM (IRC) mentarbiah individu-individu berkualiti untuk ditampilkan sebagai pemimpin nasional dan global yang menjadi model tauladan kepada orang lain, mempamer imej Islam dan berupaya menguruskan organisasi dengan profesional dan mantap. Pemimpin-pemimpin ini seakan-akan dibebaskan daripada keterikatan keputusan syura dan jemaah. Pemimpin ini berfikir, membuat keputusan dan gerak kerja atas kapasiti diri sendiri bukannya mewakili jemaah. Ijtihad politik secara peribadi berdasarkan konteks dan realiti. Ia suatu budaya yang agak janggal bagi sesebuah gerakan Islam.

            Pemimpin-kader jemaah ini ‘dieksport’ ke dalam semua organisasi dan ditempatkan dalam posisi yang strategik dalam organisasi disertai. Mereka juga bebas memilih kem-kem politik yang bertentangan dalam sesebuah parti atas kebijaksanaan sendiri. Mereka bagaikan insan yang boleh berijtihad sendiri. Contoh, pemimpin sebegini ialah Ir Saari Sunggip, Dr Mazslee Malik, dan Dr Dzulkefly Ahmad.

Keterlibatan kader IKRAM dalam NGO-NGO dan permuafakatan yang bersifat SEPILIS, tidak menguntungkan Islam dan tidak mengutamakan Islam. Jika berlaku pertembungan keputusan antara Syura IKRAM dengan parti dan NGO yang disertai oleh ahli IKRAM. Keputusan mana yang mahu diikuti. Begitu juga apabila ahli IKRAM berada dalam kem-kem politik yang bersaingan dan bermusuh sebagaimana Tim Azmin dan Kartel bertembung dengan Tim Anwar dan Dinasti dalam PKR, bagaimanakah akhlak ahli IKRAM untuk mendepani persengketaan yang parah itu?.

Semua ini akan menjerumuskan ahli-ahli IKRAM ke dalam taqiyah politik, budaya mesyuarat dalam mesyuarat dan jemaah dalam jemaah. Ia bukanlah budaya yang sihat dalam berorganisasi dan menimbulkan masalah seperti persaingan antara kem, perpuakan dan tiada sifat kebolehpercayaan antara satu sama lain.

 

Lampiran

DEWAN PERWAKILAN NASIONAL (DPN) PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA SESI 2014-2018

Hj Zaharuddin bin Othman -Yang Dipertua

 Prof Madya Ir Hj Abdul Aziz bin Omar -Timbalan Yang Dipertua

Hj Mazmi bin Kamal -Setiausaha

 Ustaz Dr Hj Mohd Parid bin Sheikh Ahmad -Presiden

Hj Zaid bin Kamaruddin Timbalan Presiden

Hj Shahrul Aman bin Mohd Saari - Naib Presiden

Ustaz Hj Burhanuddin bin Lukman -Naib Presiden

Hj Nahar bin Md Nor -Setiausaha Agung

Dr Hj Mohd Alauddin bin Mohd Ali -Bendahari

Datin Paduka Hjh Che Asmah binti Ibrahim -Ketua Wanita

Hj Mohamad Yaakub bin Idris -Penolong Setiausaha Agung

Hj Nicholas Sylvester @ Berry -AJKP

Ustaz Hj Tajul Arifin bin Che Zakaria-AJKP

Prof Dr Hj Omar bin Yaakob- AJKP

Prof Madya Hj Badlishah Sham bin Baharin -AJKP

Dr Hj Ahmad Zainuddin bin Abdullah -AJKP

Prof Dr Hj Arshad bin Ahmad-AJKP

Prof Madya Hj Ainullotfi bin Abdul Latif -AJKP

Hj Amirasyid bin Densibali -AJKP

Hj Azman bin Ali -AJKP

Pn Hjh Kamaliah binti Noordin-AJKP

Hj Mahdzir bin Md Isa-AJKP

Hj Kamarul Zaman bin Shaharul Anwar -AJKP

Dr Hjh Fauziah binti Mohd Hasan -AJKP

Prof Madya Dr Hj Hafidzibin Mohd Noor -AJKP 

 

Prof Dr Hj Mohd Ali bin Hassan -AJKP

Hj Abdul Aziz bin Abd Jalal

 Hj Abang Abdul Halil bin Abang Naili

Ustaz Hj Abd Haris bin Bain

Ustaz Abd Muhaimin bin Mohammad Shahar

Prof Dr Hj Abdullah bin Abdul Ghani

 

Hj Abdul Aziz bin Omar

Prof Madya Dr Hj Abdul Halim bin Abdul Aziz

Ustaz Abdul Halim bin Abdullah

Dr Hj Ahmad Termizi bin Ramli  - PANBertanding

 

Ustaz Ahmad Fauzi bin Asmuin

Dr Hj Ahmad Kamil bin Mahmood

En Ahmad Shazali bin Aba Ibrahim

Prof Madya Dr Hjh Anisah binti Ab Ghani

                                               

Ustaz Hj Alias bin Othman

En Alwi bin Muda

Hj Ammar bin Mohd Zain

Dato' Azman bin Jaacob

                                               

Ustazah Hjh Arpah binti Abdul Wahab

Dr Hj Azhar bin Ahmad

Dr Hjh Azizahbinti Mohd Radzi

Pn Hjh Faridah binti Maludin

                                               

Hj Che Rahimi bin Samat

Dr Diana binti Katiman

Prof Dr Engku Rabiah Adawiah binti Engku Ali

Dr Harith bin Roslizar

                                               

Dr Hjh Hafidzah binti Mustakim– PAN bertanding

Ustaz Hajar bin Opir

Prof Dr Hjh Hanim bin Salleh

Prof Dato' Dr Hj Hassan Basri bin Awang Mat Dahan

                                               

Prof Dr Hjh Harlina Halizahbinti Siraj @ Ramli

Ustaz Hj Hasanuddin bin Mohd Yunus   PAN bertanding

Dr Hj Hasbullah bin Ashari

Ir Hj Jamaluddin bin Abdullah

                                               

En Hermee bin Tahir

Hj Ibrahim bin Mohamad

En Ismail Yusoff bin Awang

Ustazah Hjh Maznah bin Daud-PAN

                                               

Prof Madya Ustaz Dr Hj Jimaain bin Safar

Pn Hjh Mahayati binti Ibrahim

Dr Hj Maszlee bin Malik–PPBM bertanding

Ustaz Mohamad Lokman bin Awang

                                               

Ustaz Hj Megat Mohamed Amin bin Megat Mohamed Nor

Dr Hj Mingu bin Jumaan @ Minggu

Prof Dr Hj Mohamad Akram bin Laldin

Ustaz Mohammad Aatdiff bin Ahmat

                                               

Prof Madya Hj Mohamad Saidy bin Ismail

Prof Dr Hj Mohamed Hatta bin Shaharom

Dr Hj Mohamed Ruslan bin Abdullah

Hj Mohd Nazribin Mat Noor

                                               

Ustaz Hj Mohd Hairozi bin Muhammad

En Mohd Hasyahril bin Mohd Hashim

Prof Dr Hj Mohd Nazari bin Ismail

Dr Hj Mustafa Din bin Subari

                                               

Prof Madya Dr Hj Mohd Rizal bin Arshad

Ustaz Dr Hj Mohd Sharani bin Mohd Naim bertanding

Hj Mokri bin Sabran

Hj Norazmibin Mat Noh

                                               

Hjh Muzahar bin Hitam  PAN

Prof Dr Hjh Najibah binti Mohd Zin

Dr Hjh Niekmah binti Adam

Prof Dr Hj Rushami Zien bin Yusoff

                                               

Dr Normah binti Abdullah

Prof Madya Dr Hjh Roohaida binti Othman

Ustaz Hj Rosli bin Yusof bertanding

Pn Sazira binti Abdul Aziz

                                               

Prof Dr Hj Sahrim bin Ahmad

Ustazah Hjh Sallawahiu binti Mohd Salleh

Ustaz Hj Sayuti bin Ramli

Hj Suhaimin bin Mohd Aripin

                                               

Ustaz Hj Shahrin bin Awaludin

Ustaz Hj Shamsul Ma'arif bin Ismail

En Sufyan bin Mohd Nor

Hj Wan Ahmad Nizar bin Zakaria

                                               

Prof Madya Dr Hj Sulaiman bin Mohd Nor- bertanding

Ustaz Hj Syazalie Hirman bin Ahmad Najib

Hj Syed Ibrahim bin Syed Noh  - PKR betanding

Hj Yahanis bin Yahya   bertanding

 Pn Hjh Wan Fauziah binti Wan Kadir

Ustazah Hjh Wan Ramizah binti Hasan

Ustaz Hj Wan Subki bin Wan Salleh

Ustaz Dr Hj Zulfakar bin Ramlee                                

Ir Hj Zairulshahfuddin bin Zainal Abidin

Hj Zameran bin Jusoh

Ustaz Dr Hj Zawawi bin Ali

Hj Zulkifli bin Ali



[1]Malaysiakini, 13 Jun 2001. Parti Rakyat Malaysia dan Parti Keadilan Nasional dengan rasmi bergabung apabila mesyuarat agung khas masing-masing mengesahkannya beberapa minggu lagi. Mesyuarat Keadilan akan diadakan pada 24 Jun ini, sementara PRM akan mengadakannya 14 dan 15 Julai. https://www.malaysiakini.com/news/3434

1 comment:

abuadil_alkaff said...

satu pendedahan berani.. sirrrrr

Sebab-Akibat

Sebab-akibat antara elemen penting dalam ilmu sejarah. Pemikiran sebab-akibat ini penting bagi mengelakkan kita membuat ramalan dan andaian ...