Saturday, November 28, 2020

KENANG-KENANGAN PAS-IRC-ABIM (SIRI 7)

 

BAB

PENYERTAAN DALAM KERAJAAN PERIKATAN NASIONAL[1]

 

Pada Pilihan Raya Umum ke 14 atau PRU 2018, PAS membentuk Gagasan Sejahtera (GS) bersama parti-parti, NGO dan individu tertentu. Dalam PRU ini, PAS telah ditohmah sebagai sekutu UMNO-BN. Gelombang rakyat di Pantai Barat dibentuk oleh persepsi menolak kepimpinan Dato Seri Mohd Najib dan Rosmah, peningkatan kos hidup (GST, Harga Barang), janji palsu (umpama PTPTN) dan kehadiran Tun M dalam PH menyebabkan BN dan GS ditolak oleh rakyat secara muktamad.

            Di Pantai Timur dan Kedah, GS berjaya menawan Kelantan dan Terengganu, hampir menawan Kedah dan menambah kerusi di Pahang.

            Pemerintahan Kerajaan PH agak lemah dan rapuh. Ia disebabkan oleh

1.      Pengaruh DAP dalam kerajaan. DAP dianggap Kingmakers dalam kerajaan PH. Sifat campurtangan DAP dalam segala hal mengundang kerimasan kepada kakitangan awam dan rakyat.

2.      Perdana Menteri dilihat dikongkong oleh DSAI dan DAP. Berlaku pertentangan pandangan antara PM dengan menteri. PM banyak akur kehendak dan desakan rakyat, NGO dan menteri. Akibatnya, PM tidak selesa dengan keadaan ini.

3.      Pengaruh evangelis dan pro Cina meresahkan majoriti Melayu-Islam-Bumiputera.

 

Muafakat Nasional

Orang Melayu mesti bersatu menghadapi rancangan kelompok evangelis dan pemikiran Barat yang menguasai sebahagian kepimpinan PKR dan DAP.  DAP mula menunjukkan watak sebenarnya yang memperjuangkan nilai sekular, pluralisme dan Malaysian Malaysia.

 

Perbuatan biadap DAP dan sesetengah pimpinan PKR yang berpura-pura tidak faham asas kewujudan pemerintahan Malaysia boleh dilihat dalam tulisan Tun Abdul Hamid, mantan Ketua Hakim Negara. Tun Abdul Hamid menulis, “Dalam tempoh tidak sampai setahun PH memerintah, kita lihat hak dan kepentingan orang Melayu dihakis; agama Islam dan Rasul Allah s.a.w. dihina; angkatan tentera diperlekehkan; tuntutan-tuntutan orang bukan Melayu, semakin melampau; Raja-Raja, bendera negara dan lagu kebangsaan dihina; pelaksanaan undang-undang berat sebelah; keadaan ekonomi semakin teruk; ketenteraman negara semakin terancam; hubungan antara kaum semakin tegang; pegawai-pegawai awam dan institusi-institusi Islam dalam kegelisahan; kelakuan dan kata-kata yang biadab bertambah; bantahan demi bantahan dibuat mengenai apa sahaja yang berkaitan atau yang mereka kaitkan dengan orang Melayu dan agama Islam; dan satu demi satu bantuan yang memanfaatkan orang Melayu ditarik balik.”

Beliau selanjutnya menulis, “Mempertahankan hak orang Melayu dikatakan rasis sedangkan mereka yang mahukan hak orang Melayu, tidak rasis. Menyebut perkataan “Melayu” dan “Islam” pun dituduh rasis sedangkan mereka yang mengutuk orang Melayu dan menghina agama Islam tidak rasis. Perbandingan agama ditentang atas alasan menggugat ketenteraman negara sedangkan menghina Islam dan Rasul Allah s.a.w. adalah kebebasan bersuara. Ha-hal agama Islam yang terpakai kepada orang Islam sahaja pun mereka masuk campur dan mahu kita mengikut kehendak mereka”.

 

UMNO dan PAS mengisytiharkan pembentukan Muafakat Nasional yang membawa agenda penyatuan ummah bagi mensejahterakan Malaysia yang majmuk pada 14 September 2019. Antara perkara yang terkandung dalam Piagam Muafakat Nasional ialah

UMNO dan PAS, menginsafi kewajipan-kewajipan untuk:

1.      Menjunjung dan mempertahankan keluhuran Perlembagaan Persekutuan, yang menjamin pembentukan Negara, Islam sebagai Agama Persekutuan, Kedaulatan Raja-Raja Melayu, Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera serta kepentingan sah kaum-kaum lain, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan serta Menjamin Kepentingan Masyarakat Majmuk Terpelihara;

2.      Memperkukuhkan Muafakat Nasional melalui amalan musyawarah yang melibatkan pelbagai latar agama, kaum dan budaya demi kepentingan negara.

3.      Memperkasakan agenda Islam, Melayu dan Bumiputera secara tuntas dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan demi membangunkan watan yang sejahtera.

4.      Membentuk kerjasama dengan mengembangkan naratif (Islam dan bangsa Melayu) tanpa menafikan kepelbagaian agama, kaum dan budaya sebagai paksi kepada kestabilan politik, keharmonian kaum dan kesejahteraan negara.

5.      Mengikhtiarkan secara kolektif satu citra dan tawaran baru untuk negara dalam meningkatkan tadbir urus yang baik, dasar pembangunan yang inklusif dan sejahtera serta pengagihan yang menyuburkan keadilan sosial merentasi batas warna kulit dan anutan

 

Pakatan Nasional (PN).[2]

Pada 17 Mei 2020, beberapa pemimpin parti seperti BN, BERSATU, PAS, GPS, PBS dan STAR dengan rasminya menandatangani persetujuan bersama untuk menyokong formasi Perikatan Nasional.

 

Pada 23 Februari 2020, ahli Dewan Rakyat dari parti politik Barisan Nasional (BN), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Gagasan Sejahtera (GS), dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengadakan mesyuarat tertutup di sebuah dewan di Hotel Sheraton, Petaling Jaya. Perkara ini kemudiannya hanya semata-semata majlis makan malam, yang dipanggil "Majlis Makan Malam Muafakat Ahli Parlimen". Ini mencetuskan kontroversi apabila rakyat mula ingin mengetahui tujuan dan makna majlis tersebut sehingga menyebabkan perpecahan dalam gabungan Pakatan Harapan.

 

Pada 9 Ogos 2020, Parti Progresif Sabah (SAPP) menyertai sebagai ahli parti Perikatan Nasional (PN) sehingga ia didaftarkan melalui Jabatan Pendaftaran Pertubuhan. Parti ini telah diusahakan untuk didaftarkan secara rasmi sebagai gabungan parti politik sebelum pilihan raya umum Malaysia ke-15. Namun, pihak Pendaftar Pertubuhan menyatakan singkatan PN adalah milik sebuah pertubuhan bukan kerajaan. Nama yang dicadangkan adalah Parti Perikatan Nasional.

 

Pada 23 Ogos 2020, Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan, MIC merupakan salah satu parti komponennya yang menjadi sebahagian daripada gabungan Perikatan Nasional (PN). Selain MIC, parti yang turut mendaftarkan PN termasuklah PPBM, PAS dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR). Namun pada 27 Ogos 2020, MIC mengambil keputusan untuk menarik diri daripada Perikatan Nasional (PN) seperti dimaklumkan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) adalah berdasarkan keputusan Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN). Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata ia bermakna MIC bukan lagi jawatankuasa penaja PN yang sudah didaftarkan dan disahkan itu. Selain UMNO, parti di bawah BN, iaitu MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) juga tidak menyertai PN sebagai komponen.

 

Beliau berkata, sokongan BN kepada PN, hanya sokongan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bukannya pengabungan dalam sebuah pakatan.

 

Manakala pada 6 September 2020, Gabungan Parti Sarawak (GPS), menyatakan tidak menyertai Perikatan Nasional kerana GPS mampu bergerak dengan sendirinya untuk negeri Sarawak namun begitu GPS sanggup bekerjasama dengan PN yang memerintah kerajaan pusat pada ketika ini demi rakyat Malaysia.

 

PAS berkeputusan bersama MN dan mempertahankan PN. Walaupun UMNO tidak menyertai PN, PAS menyertai PN demi mengukuhkan kerajaan PN agar tidak tumbang. PAS pernah mengunakan strategi tidak bersama PR tetapi masih kekal dalam kerajaan Selangor bagi mengelakkan kerajaan Selangor tumbang. Kepentingan Islam dan rakyat serta keutuhan kerajaan Tuanku Sultan lebih utama.



[1] Kebanyakan tulisan ini dating daripada pelbagai sumber terutamanya Wikipedia.

[2] Rujuk Wikipedia.

No comments:

Sebelum Loceng PRU 15 Melolong

 Sebelum Loceng PRU 15 Melolong a. Kerajaan 1. Kita perlu memahami bahawa kerajaan persekutuan pada hari ini berdiri atas sokongan para ahli...