ABIM DAN RADIKALISME
Pada hari
ini, ABIM mendakwa dirinya sebagai moderat (sederhana). Kita tidak menafikan
kemoderatan ABIM pada masa kini. Punbegitu, ABIM tidak dapat lari daripada
sejarah yang menunjukkan ABIM pernah memakai baju radikalisme dalam
perjuangannya.
Lazimnya,
perjuangan anak muda dan gerakan Islam pada tahun 1960-1970an berbentuk anti-establishment, kritikal terhadap
pemerintah dan sistem yang diamalkannya, dan memakai kaedah confrontational.
Angkatan
Belia Islam Malaysia (ABIM) suatu gerakan anak muda yang radikal terhadap
kerajaan UMNO yang sekular. Pada peringkat awal, ABIM dipengaruhi oleh tokoh
Himpunan Mahasiswa Islam (HMI) Indonesia, Mohd Imaduddin Abdul Rahim, Sayyid
Qutb dan Syed Muhammad Naquib al-Attas membentuk sikap yang keras terhadap sekularisme.
ABIM pernah berada dalam pelukkan aliran Qutbiyyah sebelum dikendurkan oleh
pemikiran Muhammad Natsir.
Kenapa
ABIM mengamalkan sikap radikal? Pertama, suasana negara ketika itu. Anak muda
suka demonstrasi dan wacana ilmu bebas diadakan di universiti. Kedua, suasana
dunia ketika itu. Perang Dingin dan fenomena kebangkitan Islam. Ketiga,
pertembungan ideologi dan budaya. Keempat, ilmu dan semangat dimadukan sehingga
menerbitkan keberanian yang luar biasa. Kelima, kemunculan pemimpin yang
berinspirasi.
Siapakah
Anwar Ibrahim? Anwar Ibrahim merupakan Presiden ABIM kedua. Sebelum itu, Anwar
Ibrahim perlu memimpin PBMUM dan PKPIM. PBMUM pada zaman Anwar Ibrahim cukup
radikal menentang pihak universiti dan PMUM. Anwar Ibrahim banyak memimpin
demonstrasi menentang kerajaan Perikatan. Semasa disingkirkan daripada UMNO dan
kerajaan pada tahun 1998, Anwar Ibrahim memimpin rakyat turun ke jalanan untuk
menjatuhkan kerjaan UMNO-BN pimpinan Tun Mahathir. ABIM pada zaman Anwar
Ibrahim boleh disifatkan radikal dan ekstrem.
Pengarang
Risalah merangkap Timbalan Presiden
ABIM, Siddiq Fadzil seringkali mengunakan istilah taghut, jahiliah, zalim dan sebagainya terhadap gejala-gejala
kemungkaran dan modernisme yang berlaku di Malaysia. ABIM pernah mendesak
Kerajaan Malaysia melaksanakan syariah
sepenuhnya dalam Deklarasi 6 Zulhijah 1395 yang diluncurkan pada bulan September
1977. Kemasukan Anwar Ibrahim ke dalam UMNO mengendurkan sifat radikal dan
vokal ABIM terhadap UMNO-BN.
Anwar
Ibrahim antara pemimpin gerakan Islam terawal berjumpa Ayatollah Khomenei
selepas Revolusi Iran. Pada bulan Jun 1980, sekali lagi Anwar Ibrahim ke Iran
untuk menghadiri persidangan mengenai campur tangan USA di Iran. Hubungan
dengan Iran diputus apabila Iran menyokong pembantaian Rejim Syria ke atas
rakyat dan Ikhwanul Muslimin Syria di Hom (atau Hama).
Tentang
politik ABIM selepas Anwar Ibrahim dipecat, Ahmad Azam (1999) menyatakan, “ABIM tetap menggalakkan ahli-ahlinya
terlibat secara aktif dengan politik kepartian asal saja tidak memegang jawatan
kepimpinan di dalam ABIM. Paling tidak, katanya, generasi muda ABIM kini
berpeluang terlibat dengan kaedah radikalisme sebagaimana perkaedahan asal
ABIM, di samping berdepan dengan realiti perjuangan dan tribulasi secara
praktikal”. Selepas Anwar Ibrahim dipecat dan kembali radikal, generasi
lama ABIM ada yang masuk PAS manakala generasi baru ABIM menyertai PKN.
Jelas,
radikal atau tidak ABIM bergantung kepada pendirian Anwar Ibrahim. ABIM dilihat
sebagai kakitangan Anwar Ibrahim untuk kepentingan politik diri Anwar Ibrahim.
Ketinggian ilmu para tokoh ABIM dipenjara dalam lingkungan dokumentasi dan
wacana sahaja bukannya dipraktik dalam kehidupan tanpa restu Anwar Ibrahim.
Mantan Presiden
ABIM Ahmad Azam Abdul Rahman (1997) berpendapat bahawa masuknya Anwar Ibrahim
ke dalam UMNO adalah satu strategi dan berubahnya sifat radikalisme ABIM kepada
sifat menyokong pemerintah juga adalah satu strategi. Sebagai strategi ianya
boleh diubah bila-bila masa sahaja apabila keperluan mendatang. Tetapi
sekurang-kurangnya sehingga tahun 1997 itu, beliau masih berpendapat bahawa
strategi itulah yang terbaik untuk mencapai cita-cita perjuangan Islam. Anwar
Ibrahim hanya perlukan satu tangga lagi untuk menjadi Perdana Menteri dan
adalah tidak salah, pada pendapat Ahmad Azam, untuk ABIM menyokong Anwar (dan
oleh itu pemerintah), kecuali terbukti Anwar tidak melaksanakan Islam apabila
beliau mempunyai kuasa penuh nanti.[1]
Masalah
besar ABIM pada hari ini ialah ‘wajah’ dibentuk oleh Anwar Ibrahim. ABIM
membuntutkan Anwar Ibrahim secara melampau sehingga tidak berani menidakkan dan
mengkritik apa yang Anwar Ibrahim lakukan. Kekaguman ABIM terhadap Anwar
Ibrahim telah membuta-tulikan ABIM daripada melihat kebenaran. Anwar Ibrahim
ketika zaman UMNO, heboh cerita main tenis dengan tauke magnum, bersalaman
dengan wanita dan main tenis berseluar pendek. Sifat warak tidak dijaga, menari
dan menyanyi di tempat terbuka mengundang fitnah. ABIM gagal menjaga Anwar
Ibrahim.
ABIM
bukan sahaja dilihat gagal menjaga Anwar Ibrahim dari segi akhlak, lingkungan
liberalisme dan pluralisme yang mengeliling pemikiran Anwar Ibrahim semakin
parah. Toleransi dan pluraliti digunakan Anwar Ibrahim mula melampaui batas
yang boleh menyongsangkan aqidah seperti menghadiri dalam upacara ibadat agama
lain.
ABIM dan Politik
ABIM
menolak keras dakwaan yang mengatakan ABIM terlibat dalam politik kepartian.
ABIM terlibat dalam politik secara tidak langsung bukannya bersifat kepartian.
Umumnya, ramai yang mendakwa ABIM pentaksub politik Anwar Ibrahim sehingga ada
yang mengatakan bahawa ABIM ialah Anwar
Bin Ibrahim .
Politik
gerakan Islam mengalami perubahan besar sesuai dengan konteks zaman. Ada pihak
mengunakan istilah Generasi 1.0 dan Generasi 2.0 untuk membezakan perubahan
ini. Ada pula yang mengunakan istilah Islamisme dan Pasca Islamisme. Selain
itu, ada pihak seronok mengunakan istilah Muslim Demokrat. Dalam soal ini, kita
tidak perlu terpengaruh dengan istilah-konsep yang dicanang oleh institusi
pemikiran Barat. Pada kita, perubahan itu pada kaedah dan strategi mendepani
zaman bukannya menghapuskan prinsip-prinsip Qurani digantikan konsep Barat yang
mahu Islam mengikut kehendak Barat.
Menurut
Siddiq Fadzil, pegangan terhadap pentingnya menganjak perkaedahan
merealisasikan Islam kepada penglibatan dalam politik kepartian dan proses
pilihanraya ini juga berasaskan kepada rasa perlunya usaha ini menganjak kepada
satu tahap kebangkitan Islam yang lebih berkesan. Siddiq Fadzil membahagikan
strategi perjuangan menegakkan Islam ada tiga tahap:
1. Berbentuk confrontational dan anti-establishment
tetapi memisahkan diri dengan masyarakat.
2. Bersifat akomodatif dan
partisipatif dalam arus perdana tetapi tanpa strategi.
3. Berbentuk polarising,
dengan maksud berkomunikasi dengan rakyat dan authoriti sebagai alat melaksanakan
Islam secara berstrategi. Tahap ketiga ini, yang menggunakan kaedah yang
dipanggil polarising dan dikatakan
merupakan kaedah Rasulallah s.a.w, dengan jelas bermaksud penglibatan dalam
politik kepartian melalui sistem demokrasi yang diperuntukkan perundangan
negara.
Kembalinya
sifat radikalisme di kalangan gerakan Islam sekarang, selepas melalui tahap
radikalisme awal dan tahap pro-establishment-akomodatif, merupakan tahap
perkaedahan gerakan Islam untuk berdepan dengan realiti fenomena sosio-ekonomi
dan politik baru Malaysia. Mengikut Siddiq Fadzil lagi, radikalisme
gerakan-gerakan Islam sekarang lahir dengan ciri-ciri baru, yakni dalam bentuk pelbagai bangsa dan agama, bekerjasama bukan sahaja sesama gerakan
Islam tetapi juga dengan organisasi bukan-Islam untuk melahirkan apa yang
beliau panggil ummah Malaysia, untuk berdepan dengan hakikat masyarakat
Malaysia yang majmuk.
No comments:
Post a Comment