Oleh Khalil Jibril
Islam Amerika adalah
Islam bersandarkan kepada syiar, intelektualisme, wacana dan diskusi. Islam Amerika
adalah Islam tanpa syariah, Islam yang menyetujui nilai-nilai Islam dengan menolak
sebahagian Islam yang menekankan tentang jihad, politik dan perundangan Islam.
Mereka mahu kesedapan rasa nasi tanpa makan nasi.
Dr. Solah Abdul
Fattah al-Khalidi menyatakan,
“Tahukah kamu kini orang-orang Yahudi juga mengusahakan terjemahan
al-Quran dalam Bahasa Ibrani? Apa yang mereka lakukan? Mereka menghapuskan
ayat-ayat tentang jihad dan yang berbicara tentang Yahudi. Apa lagi yang
tinggal?” (Harakahdaily)
Kelompok intelektual,
ulama tertentu, anak muda, aktivis masyarakat dan kelompok berpendidikan
mendokong kuat gagasan pemikiran Barat. Mereka dimabukkan dengan konsep Islah,
Moderat, Demokrat, nilai-nilai Islam, syiar, reformis dan inklusif yang
kononnya menyelamat Islam daripada radikalisme, perundangan Islam, politik
Islam, jumud, taksub dan terpinggir dari arus perdana. Gagasan pemikiran mereka
sama dengan Barat-Amerika.
Dr. Solah Abdul
Fattah al-Khalidi menyatakan,
“Amerika juga mahukan demikian. Golongan Liberal itu
berkata apa yang penting ialah ruh Islam. Apakah Islam yang seperti itu? Islam itu ialah secara keseluruhan,
agama dan kenegaraan, mushaf dan pedang (pertahanan), jihad dan dakwah,
pendirian yang teguh dan manhaj kehidupan secara menyeluruh. Itulah dia Islam,
mereka tidak mahukan ini”
Penentangan pendokong
Barat disebabkan
1. Mereka mahu Islam
yang wasatiyyah: Islam ramah bukannya Islam marah. Islam adalah rahmat untuk
sekalian alam.
2. Mereka berkata Allah
tidak perlu dibela
3. Agama yang
mendakwa dirinya memiliki kebenaran mutlak. Ia membawa kesukaran dalam
berpendapat dan wacana.
4. Agama akan
bersifat eksklusif kerana membina tembok pemisah antara orang beriman dengan
orang tidak beriman.
5. Agama akan
menganggu-gugat orde sekular yang membantu kelangsungan sesebuah negara
demokrasi
6. Memisahkan diri
daripada Islam dengan menjadi sekular agar tidak menjatuhkan maruah agama
Islam.
7. Mahu kewujudan
Negara Sivil yang berprinsip Islam tetapi tanpa syariah Islam.
8. Pengunaan maqasid
syariah tanpa tatanegara Islam.
9. Mengakui bahawa
mereka Muslim Demokrat iaitu mendemokrasikan politik dan ekonomi dengan
nilai-nilai Islam yang boleh diterima oleh semua orang termasuk orang kafir.
Kemahuan kelompok
SEPILIS dan pendokong mereka sama dengan kehendak Barat-Amerika. Adakah
kebetulan atau terancang?.
Dr. Solah Fattah
al-Khalidi menyatakan,
“Mereka mahukan Islam yang kononnya baik, roh engkau bersama Allah,
tetapi tak perlu solat, kalau hendak minum arak tiada halangan, hendak berzina
pun boleh, asalkan engkau cintakan Islam. Islam apakah seperti itu? Islam yang boleh tunduk kepada
Yahudi? Islam yang menerima gaya Amerika? Siapa yang menentang Islam
seperti itu akan digelarkan “pengganas”. Kini gerakan-gerakan Islam dipanggil
“pengganas”.”
“Muslim yang diterima di kalangan mereka ialah yang boleh
bercampur dengan wanita, boleh minum arak, mendengar muzik yang melalaikan dan
meninggalkan jihad di jalan Allah. Itulah muslim yang mulia pada pandangan
mereka. Itulah masalahnya.” (Harakahdaily)
Islam yang Sebenar
Kembalilah kepada
Islam yang sebenar bukannya Islam yang dikehendaki oleh Barat. Barat mengajar dan
mendidik kita agar mengikuti Islam yang dirangka mengikut kehendak akal-nafsu
Barat. Sedangkan kita mahu Islam yang datang daripada Allah SWT dan Rasul-Nya.
Dr. Solah Abdul
Fattah al-Khalidi menyatakan,
“Kita mahukan Islam
yang bersifat Rabbani, bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah, Islam yang dibawa
oleh Rasulullah Muhammad SAW. Itu yang kita cintakan. Istilah-istilah
yang lain itu semua adalah bida’ah! Islam yang dikaitkan dengan Liberalisme,
Demokrat. Itu semua tinggalkan. Tiada apa-apa nilai. Kita mahukan Islam yang
sahih. Sekarang ini
Amerika mahu mengajarkan Islam yang ia kehendaki dan bukan Islam yang
datang daripada (Allah) Tuhan Sekalian Alam” (Harakahdaily)
Peranan Ulama Menyeleweng
“ulama jangan membina jalan kepada orang yang hatinya busuk
menyalah-fahamkan Islam, al-Quran dan as-Sunnah mengikut kehendak pemikiran dan
nafsu mereka”
Terdapat ulama dan
sarjana-pemikir Islam yang terpengaruh dengan gagasan pemikiran Barat.
Sesetengah ulama dan sarjana-pemikir Islam bukan terpengaruh dengan kehendak
Barat tetapi terperangkap dengan agenda dan aspirasi Barat atas nama keterbukaan,
islah, reformis dan lain-lain.
Kebanyakan ulama dan
sarjana-pemikir ini mempunyai [1] niat yang tidak lurus, [2] beragenda
tertentu, [3] menganuti aliran pemikiran tertentu dan mempunyai kerangka
pemikiran yang sudah ditentukan, [4] meninggalkan kesyumulan Islam dengan
menolak sebahagian Islam yang lain, [5] bersifat pragmatis, [6] kepentingan
peribadi dan kumpulan, [7] mengejar populariti (selebriti) dan [8] disokong,
dihantar, ditaja dan didanai oleh pihak tertentu.
“Ulama sebegini adalah pelampau dan berniat jahat. Sangat keras dalam beragama
dan sangat bermudah-mudahan dalam beragama. Mereka memenuhi agenda manusia dan
hati mereka bukannya melaksanakan agenda Allah SWT”
Marilah kembali
kepada ajaran Islam yang sebenar ditentukan oleh al-Quran dan as-Sunnah
bukannya mengikuti kehendak Barat.
Dr. Solah Fattah al-
Khalidi menyatakan
“Akhirnya, kita perlu tetap berpegang teguh dengan Islam
yang sebenar”
No comments:
Post a Comment