Oleh
Aku Dalam Chermin[1]
‘Permulaan
perjalanan dinamakan fitrah. Akhir perjalanan dinamai Islam. Fitrah, mereka
senantiasa mencari hubungan dengan Yang Menjadikannya; sampai dia berjumpa,
sampai dia menyerah [Islam]’ – Buya Hamka, Falsafah Ketuhanan.
Manusia tidak puas mencari identiti diri melalui
pengembaraan spritual dan pengalaman hidup mereka. Mereka mengembara
mengeliling dunia untuk mencari ‘apa’, ‘bila’, ‘bagaimana’, ‘kenapa-mengapa’
dan ‘siapa’. Mereka belajar sampai ke peringkat tertinggi-PhD untuk mencari ‘apa’
dan ‘mengapa-kenapa’. Pencarian memerlukan titik akhir untuk berhenti membuat
keputusan iaitu tunduk dan menyerah kepada Allah, Tuhan Yang Hak melalui Islam yang bersumberkan al Quran dan Sunnah
Rasul-Nya.
Manusia memerlukan Tuhan. Jika mereka tidak bertuhan,
mereka akan mempertuhankan diri mereka sendiri yakni mengikuti kehendak akal-nafsu
mereka sendiri. Fitrahnya manusia tidak boleh menjadi Tuhan kerana diri mereka
penuh keraguan, kelemahan-sakit dan mati, pertimbangan tidak selaras-pragmatik,
mengikut sesuka hati dan berdasarkan kefahaman sendiri. Manusia menjadi Tuhan
diibarat cerita mitos Yunani-Greek, cerita para Dewa mereka yang hidup
sebagaimana manusia di bumi –ada konflik, percintaan dan lain-lain. Oleh itu
mereka perlu mencari tuhan sama ada mencari Tuhan yang baru atau Tuhan yang
dibakai dan dipusakai oleh ibubapa mereka kepada mereka. Mencari Tuhan sewajarnya
dengan ilmu dan berdasarkan sumber ilmu yang benar dan jelas.
Pencarian Tuhan melalui ilmu mengambil masa yang
panjang, maka bersabarlah. Penulis mencadangkan pengkajian al Quran yang
mempunyai rahsia ketuhanan perlu dilakukan. TIADA TUHAN SELAIN ALLAH adalah kunci utama untuk seseorang manusia
bertemu Tuhan Yang Hak dengan secepat mungkin. [Surah al Hashr: 22. Surah al Baqarah: 255. Surah al
An’am: 59. Surah al Mulk: 2-3. Surah al Fatihah: 1-7. Surah al Ikhlas: 1-4.
Surah Luqman: 29-30].
Menzalimi Diri Sendiri
Manusia gagal memahami faham keadilan yang sebenar sehingga
menyebabkan mereka menzalimi diri mereka sendiri. Mereka terlalu sombong, buruk
sangka, dengki, angkuh dan ego untuk menerima ilmu yang diperintahkan oleh
Allah SWT sebagaimana sombong, angkuh dan egonya Iblis untuk tunduk kepada
Adam. Iblis tahu kebenaran tetapi sifat mazmumah menguasi dirinya sehingga
menolak printah Allah.
Kebudayaan Barat melihat keadilan menjadi dasar akhlak
dan budipekerti berpunca daripada negara dan masyarakat. Syed Muhammad Naquib
al Attas menyatakan, bagi Islam keadilan yang pertama sekali berpunca pada diri sendiri: seseorang melakukan keadilan
atau kezaliman terhadap diri mereka sendiri.
Faham keadilan dalam diri seseorang berpunca daripada
ayat Surah al A’raf: ayat 172 dimana berlakunya Perjanjian Fitrah [Sayyid Qutb]
atau Perjanjian Asali [al Attas] atau seringkali diperbincangkan dalam Tauhid
Rububiyyah. Seorang manusia telah mengangkat saksi sebelum dizahirkan[2]
sebagai insan agar terikat dan akur dengan Perjanjian Fitrah di alam ghaib
tersebut. Jika seseorang manusia mungkir janji perjanjian di Alam Roh tersebut,
ini bermakna manusia tersebut menzalimi diri sendiri.
Manusia pertama mengunakan perkataan ‘zalim’ ialah
Nabi Adam AS dan Siti Hawa. Mereka telah menzalimi diri mereka sendiri [Surah al
A’raf: 23]. Pengikut-pengikut Nabi-Rasul terdahulu juga ramai menzalimi diri
[Surah al Baqarah: 54] apabila ingkar arahan Allah SWT.
Al Quran menyifatkan orang jahat, kafir dan salah
sebagai orang yang zalim terhadap diri sendiri. Manakala orang yang benar dan baik yang beriman ialah
orang yang adil terhadap dirinya.
Manusia Memerlukan Keyakinan
Manusia mempunyai sifat keraguan, kesangsian dan suka
mencipta persepsi terutamanya dalam persoalan ketuhanan. Walaupun mereka
percaya adanya Tuhan tetapi hati mereka masih tidak tenang sebagaimana
diucapkan oleh Nabi Ibrahim AS, ‘Ya (aku
percaya) akan tetapi agar hatiku menjadi tenang’[Surah al Baqarah: 260].
Kalimah
Syahadat dan Solat
Kita mesti kembali menyakini Islam melalui kalimah
syahadat TIADA TUHAN
SELAIN ALLAH, NABI MUHAMMAD PESURUH ALLAH.
Ilmu tauhid dan solat merupakan dua perkara yang
paling adipenting dalam kehidupan. Dua perkara ini adalah tunjang
pengabdian kepada Allah SWT.
Sehebat atau seagung mana kita tetapi tidak mengenali
dan mendekati Allah serta tidak solat menyebabkan amalan kita menjadi sia-sia
dan tidak berguna. Dua perkara ini adalah hakikat tauhid yang perlu kita ada
dalam mendepani dunia pada hari ini.
Menurut Sayyid Qutb, hakikat tauhid terbahagi dua
iaitu dalam diri [iman] dan luaran iaitu perundangan Islam yang membentuk
suasana tauhidik dalam masyarakat dan negara. Tauhid membersih jiwa daripada
sifat keraguan dengan menambahkan darjah keyakinan bertuhan dan memperelokkan
akhlak. Manakala negara dan pemerintah Islam perlu yakin sepenuhnya bahawa
fungsi negara ialah mencipta suasana tauhid melalui pelbagai pendekatan
termasuk kewujudan perundangan Islam.
Niat Yang Lurus
dan Benar
Segala amalan itu berdasarkan kepada niat, setiap
orang memperolehi sesuatu perkara atau kehendak mereka mengikut apa yang ia
niatkan.
Ulama menyatakan niat sebahagian daripada ibadat yang
kita lakukan.
Niat perlu menghasilkan tujuan yang baik bukannya
batil. Luruskan niat kita dalam setiap perkara.
Niat yang baik tidak menjamin kesempurnaan sesuatu
amalan jika dilakukan dalam kejahilan atau tanpa ilmu yang benar daripada Allah
dan Rasul-Nya. Justeru, penambahan dan pencarian ilmu yang benar itu adalah
tugas hakiki seseorang manusia selain
beramal dengan ilmu tersebut.
Kejernihan Pandangan Alam Dan Lampu
Tanzil
‘Telah aku
tinggalkan untuk kamu semua dua perkara, kamu tidak akan sesat (buat
selama-lamanya) selama kamu berpegang teguh dengan kedua-duanya iaitu al Quran
dan Sunnah Rasul-Nya’ [Riwayat Muwatta’ Imam Malik]
Tanpa Lampu Tanzil para Rasul, kita akan gagal
mengenal Allah, kita hilang keyakinan dan menambah keraguan dan kekeliruan. Wan
Mohd Nor Wan Daud menyatakan, ‘tanzil
menyinari Sifat dan kaitan-Nya dengan ciptaan’ dalam mengenal Allah.
Sebagamana solat, setiap aspek kehidupan manusia mesti
dimulai dengan kalimah Allah dan diakhiri dengan kalimah Allah. Dengan Allah,
caranya ialah mengikut al Quran dan Rasul-Nya.
Al Quran ditanzilkan untuk menyinari kehidupan manusia
yang penuh keraguan dalam bertuhan. Dengan al Quran dan Rasul-Nya, barulah kita
dapat mengenal Allah.
Pemahaman terhadap al Quran dilakukan secara holistik
bukannya selektif berdasarkan kepentingan dan pandangan yang menyokong hujah
kita sahaja. Al Quran perlu diterima tanpa sedikitpun penolakkan terhadapnya.
Bertegas Bab
Aqidah
Aqidah-tauhid-usuludin merupakan ilmu yang wajib
dilumati oleh setiap penganut agama Islam yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya.
Maaf, tiada kompromi bab aqidah.
Tokku Paloh mentakrifkan tauhid,
‘makna tauhid
itu, kita mengi’tiqadkan ke-Esa-an Allah SWT pada zat-Nya dan pada sifat-Nya
dan pada af’al-Nya akan sebagai i’tiqad yang jazam (teguh) sekira kira tiada
diihtimalkan(dikandungi) syak dan waham dan zhan’[3]
Tauhid sangat berkaitan dengan darjah keimanan atau
keyakinan seseorang muslim. Keyakinan kita tidak cukup dengan lafaz tetapi wajib
ditusuk kemas ke dalam hati dan diamalkan melalui perlakuan serta penolakkan
segala buah pemikiran manusia yang bertentangan dengan Islam.
Memahami Islam
Semua orang Islam perlu memahami[4]:
1. Bahawa Islam itu adalah agama yang lengkap
merangkumi seluruh kehidupan manusia, aqidah dan syariah, agama dan negara.
Justeru, kita perlu bersedia membetulkan aqidah, ibadah dan semua perkara agar
selaras dengan kehendak al Quran dan al Sunnah.
2. Umat Islam hendaklah memahami al Quran, al Sunnah,
al-ijma’ dan al Qias yang merupakan sumber rujukan Islam. Setiap pendapat dan
pandangan yang bertentangan dengan sumber-sumber perlu dibatalkan dan tidak
perlu dipatuhi.
3.Pendapat seseorang pemimpin yang tidak berlawanan
dengan sumber-sumber ini perlu dihormati dan dipatuhi sekalipun tidak sama
dengan pendapat sendiri.
4. Perselisihan pendapat dan pandangan dalam masalah
cabang atau furu’ adalah boleh dan tidak dapat dielakkan. Sesiapa yang tidak
mampu dan tidak mencapai martabat membuat ijtihad, boleh mengikut pandangan
ulama-ulama muktabar. Jangan sesekali menjadikan perselisihan pendapat dan
pandangan ini sumber atau punca perbalahan.
5. Tidak boleh mengkafirkan orang yang mengucapkan
kalimah syahadah.
Peranan Ibubapa
Anak umpama kain putih, ibubapa berperanan
mencorakkannya. Ibubapa perlu merapati anak-anak secara kebersamaan dalam
aktiviti keluarga termasuk solat berjemaah, majlis bacaan hadith sebelum tidur,
solat witir berjemaah sebelum tidur, mengikuti aktiviti dakwah seperti Jemaah
Tabligh, menasihat atau memberitahu peta pendidikan atau harapan ibubapa kepada
anak-anak.
Kita perlu mendidik anak-anak menjadi insan soleh.
Tanda aras paling besar seorang anak soleh ialah mendoakan ibubapanya semasa
hidup dan mati. Menyedekah atas nama ibubapanya dan menjaga ibubapa ketika tua.
Tanggungjawab yang sukar dan berat.
Ibubapa perlu merancang pelan pendidikan masa depan
anak-anak supaya kita melahirkan anak-anak yang hidup berjasa kepada Allah, Rasul-Nya, agama Islam dan umat
Islam.
Orang Beriman
Sebagai Mukallaf.
Orang baligh serta cukup syaratnya dikenali sebagai mukallaf. Mukallaf bermaksud orang yang telah dipikulkan tanggungjawab
keagamaan Islam ke atas dirinya.
Seorang mukallaf, dosa atau pahala di atas
tanggungjawab mereka sendiri. Begitu juga matlamat ke syurga atau neraka
bergantung amalan yang dilakukan.
Seorang mukallaf, akalnya adalah sedar. Tidak
diselimuti oleh kegilaan, ketidaktahuan dan kelemahan seperti mengantuk.
Apabila akal itu sedar, manusia akan berfikir secara tenang.
Seorang mukallaf yang baik wajib berusaha menjadi
orang beriman dan berakhlak mulia. Amalan baik perlu dilakukan secara istiqamah
dan mengikut kemampuan diri.
Ketertanggungjawaban seseorang pada dirinya bukanlah
pada organisasi/institusi yang diwakili kecuali seseorang itu berpakat atau
sudah menjadi
dasar sesebuah organisasi, kumpulan dan institusi dalam menangani
sesuatu isu.
Jika seorang ulama bermulut celupar, kita tidak perlu
segera menyalahkan orang lain dan institusi yang diwakilinya. Ulama tersebut perlu
dipersalahkan dengan tidak mengikuti akhlak mereka (bukan tidak mengikuti ilmu
mereka) dan tidak perlu menghina atau menghentam mereka.
Ulama Semakin
Pupus
‘Nak cari 10
orang kaya dalam sebuah kampung sangat ramai, nak cari seorang ulama dalam 10
buah kampung belum tentu ada’ – Tuan Guru Ahmad Awang Kampung Nibong.
‘Islam belum
tentu Islamik, lulusan agama belum tentu beragama. Begitulah sebaliknya. Paling
penting kedua-duanya perlu seiring dan saling memerlukan sebagaimana fungsi
kedua-dua belah kaki’.
Anak yang cerdik dihantar ke Maktab Rendah Sains Mara,
Sekolah Berasarama Penuh dan sekolah elit nan hebat tetapi anak yang kurang cerdik
dan bermasalah dihantar ke sekolah agama, madrasah dan pondok. Begitulah nasib
agama pada akhirnya zaman apabila ulama yang dihasilkan hilang hikmah
(terutamanya dalam pendekatan dakwah dan akhlak) walaupun tinggi ilmunya.
Lulusan agama yang tidak bijak, malas, tidak
bersemangat, cetek pemikiran, buruk akhlak, tidak dapat menyelesaikan
permasalahan masyarakat, malas membaca terhasil akibat daripada kesalahan
ibubapa dan sistem pendidikan yang melambak anak-anak kurang genius dan
bermasalah di sekolah aliran agama.
Pada hemat saya, ulama yang dimaksudkan oleh Tuan Guru
Ahmad Awang Kampung Nibong, Terengganu ialah ulama rabbani, mujtahid dan
murabbi bukan setakat lulusan agama sahaja. Ramai lulusan agama (bahkan ada
yang hafiz al Quran) zaman ini hilang adab-akhlak, menyalah-gunakan Islam
[untuk kepentingan diri, ekonomi dan politik], terjerumus dalam kecelaruan ilmu
[liberalis-sekularis-pluralis] dan menentang Islam.
Agama Islam sudah menjadi satu bidang kerjaya, menjual
agama untuk keuntungan diri dan dunia selebriti oleh para lulusan agama bukan
lagi menghidupkan Islam dalam masyarakat setempat. Lulusan agama bukan lagi
pemimpin masyarakat tetapi peludah agama yang mengotorkan Islam dengan
keburukan adab-akhlak dan pendekatan tidak berhikmah. Islam sudah menjadi
barang jualan untuk melakukan produk dan ‘lidah’ mereka.
Islam menjadi bahan fitnah disebabkan kejalangan para
lulusan agama yang bertebaran dalam bidang politik, perniagaan dan bidang agama
itu sendiri seperti perundingan motivasi. Hujah-hujah Islam dipergunakan untuk
menghalalkan matlamat keuntungan duniawi mereka.
Ada kalangan lulusan agama hidup menjual agama melalui
ilmu dan ketersohoran guru mereka. Kadangkala ‘guru kami berkata’ melebihi
sabdaan Nabi Muhammad SAW.
Kita mesti sayang ulama. Sayang kita jangan sampai
mereka menyekeh akal kita daripada sinar kebenaran. Para ulama adalah penyampai
dan petunjuk ajar. Mereka tidak maksum. Justeru, kita sebagai umat Islam WAJIB
menjadi penuntut ilmu sepanjang zaman/hidup WAJIB mengiringi pandangan para
ulama dengan pengkajian sendiri terhadap al Quran dan Sunnah Rasul-Nya. Belajar
daripada ramai guru dan pelbagai aliran pandangan serta belajar adab dengan
hormat menghormati perbezaan pandangan antara ulama.
Imam Malik berkata, ‘belajarlah adab sebelum ilmu’. Ibnu Saad berkata, ‘belajar kamu sifat lembut/sopan santun
sebelum ilmu’. Adab menyelamat diri kita daripada ketinggian ilmu yang
mengkhayalkan kita sehingga jauh daripada adab dengan Allah, manusia dan alam
sekitar. Beradablah sebelum berilmu sebagaimana Rasulullah SAW beradab/akhlak
sebelum menerima wahyu daripada Allah SWT.
Kekuatan
Seorang Penuntut Ilmu
‘Ilmu
pengetahuan tidak tercapai selain dengan merendahkan diri dan penuh perhatian’- Imam al Ghazali.
Sistem pengajian, sifat rajin dan suka membaca, suka belajar
termasuk bertalaqi, budaya ilmu di tempat belajar dan guru berwibawa adalah
pembentuk utama diri seorang penuntut ilmu. Walau bagaimanapun, asas penting
sebenarnya ada dalam diri penuntut ilmu itu sendiri iaitu [1] budaya cintakan
ilmu, [2]gemar-gila membaca, [3]sering muzakarah dengan ulama, [4] mempunyai
sahabat dan kumpulan diskusi ilmu, [5]mengembara-berorganisasi dan [6]pengetahuan-kemahiran
bahasa lebih daripada dua bahasa dikala Bahasa Melayu, Bahasa Arab dan Bahasa
Inggeris adalah WAJIB menguasai.
Di bawah, kita melihat kekuatan dan tauladan yang ada
pada beberapa orang tokoh terpilih.
Tokoh
|
Kekuatan Dan Tauladan
|
Buya Hamka
|
1.
Berbahasa Arab dan Bahasa Belanda
2. Gemar
membaca dan menulis
3.
Mengembara
4.
Mendapat pendidikan di Mekah
|
Tuan Guru
Harun Taib
|
1. Suka
membaca dan membeli buku
2. Membaca
buku pelajaran dan talaqi di luar waktu pembelajaran dan membaca buku haraki
dalam dewan kuliah.
3.
Pendidikan di Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin, Universiti Islam Madinah dan Universiti al
Azhar (MA dan hampir mendapat PhD tetapi tesis tak sempat hantar ekoran
bertanding dalam pilihanraya)
|
Tuan Guru
Nik Abdul Aziz Nik Mat
|
1.Mendapat
pendidikan dalam tradisi pengajian pondok (Tok Kenali) dan tradisi pengajian Islam
deobandi (Tuan Guru Haji Abbas Bin Ahmad dan Ustaz Abdullah Ahmad).
2. Lebih 10
tahun menuntut ilmu
3. Suka
membaca
4. Selepas
Darul Ulom Deoband, pengajian tafsir di Pakistan kemudian sarjana muda bahasa
Arab dan sarjana perundangan di Universiti al Azhar.
5. Beliau
hasil gabungan tradisi keilmuan, pondok, madrasah dan al azhar.
|
Dr Sheikh
Muhammad Afifi Alkiti
|
1. Mendapat
pendidikan awal di beberapa sekolah di Selangor.
2.Menyambung
di beberapa pondok sekitar Indonesia,Maghibi dan Syria. Melanjutkan
pendidikan di Universiti Queen Belfast (Dianugerahkan penuntut terbaik 2001
di Universiti Queen). Meneruskan perjuangan beliau di peringkat sarjana dan
doktor falsafah di Universiti Oxford.
3.Dr Afifi
merupakan hasil acuan daripada pelbagai ulama,sehingga beliau berjaya memberi
sumbangan yang besar dalam dunia pada hari ini.Beliau telah menerima ijazah
kelas pertama dalam bidang Falsafah Skolastik dan Sejarah Sains.Bermula dari
situ,beliau mendapat pelbagai anugerah biasiswa untuk melanjutan pengajian
beliau ke tahap yang lebih tinggi.
4.Ketika
mana menuntut di Universiti Oxford, beliau telah mendapat ijazah kedoktoran
falsafah dalam bidang falsafah Arab Pertengahan (Medieval) sebagai seorang
cendekiawan Clarendo pada tahun 2008. Bidang kepakaran beliau ialah dalam
bidang Teologi Islam, Sejarah dan Sains.
5.Hasil
tesis yang begitu mengkagumkan telah diletakkan dalam kumpulan pertama yang
digelar sebagai karpus Madnun, dipersembahkan kepada teologis islam
termasyur, Imam Ghazali(d,505,1111). Ianya memerlukan usaha yang begitu gigih
dalam membuat kajian kira-kira 50 manuskrip arab zaman
pertengahan(Medieval).Terdapat juga tiga hasil kajian beliau diterbitkan yang
dapat menyajikan edisi kritis dan hasil kerja yang paling maju dan teknis dari
korpus, manual pada metafizik dan falsafah alam yang disebut Mayor Madnun.
6.Beliau
telah dilatih sebagai seorang ahli teologi dan ahli falsafah dalam kedua-dua
bidang keutamaan khususnya berkaitan dengan Dunia Islam dan tradisi barat.
Beliau telah dididik oleh pelbagai Ulama, Dunia Islam yang mahsyur sejak
beliau memulakan pengajian dari sekolah pondok lagi.
7.Kepetahannya
berbahasa dalam pelbagai bahasa menjadikan satu kelebihan buat beliau untuk
berkomunikasi dengan pelbagai manusia.Antara bahasa yang dikuasai beliau
ialah bahasa Latin, Arab, Inggeris, Jerman, Yunani dan Perancis.
|
Dr Wahbah
Zuhaily
|
1.
Mendapat thanawi.
2. Beliau menyambung
pengajian ke Mesir. Beliau belajar di beberapa kuliah (fakulti) dan di
beberapa universiti pada waktu yang sama. Namun secara
khususnya,
beliau mempelajari di Universiti al Azhar dalam dua Kuliah iaitu Syari’ah dan
Lughah Arabiah.
3. Begitu
juga beliau belajar di Kuliah Undang-undang
di
Universiti ‘Ain Syams.
4. Beliau mendapat
sijil seperti berikut :
i. Sijil
Syahada ‘Aliah dalam Syariah Islamiah daripada Kuliah Syariah, Universiti al Azhar
tahun 1956. Kedudukannya ialah tempat pertama dari keseluruhan pelajar.
ii. Ijazah
Takhassus dengan pengajaran dan pendidikan daripada Kuliah Lughah Arabiah,
Universiti al Azhar tahun 1957.
iii.
Seterusnya beliau meneruskan pengajiannya pada peringkat Master dan pada
tahun 1959 beliau memperoleh Master dalam Syariah Islamiah dari Kuliah Huquq
(Undang undang)
iv.
Selepas itu beliau meneruskan kajian ilmiahnya untuk mencapai Ph.D pada tahun
1963
5.
Akhirnya Syeikh telah dianugerahkan martabat Syaraf Ula.
|
Prof Dr
Syed Muhammad Naquib al Attas
|
1. Suka
membaca pada zaman remaja terutamanya semasa tinggal bersama bapa saudaranya
di Johor. membaca maktutat persuratan dan sejarah Melayu.
2. Belajar
di Barat, di markaz orientalis, didanai oleh Barat dan di bawah seliaan
orientalis.
3. Minat
pengkajian falsafah, sejarah, manuskrip lama, sains, pendidikan,
kesenian-khat dan senibina.
4.
Memahami pemikiran dan kebudayaan Barat
5. Gemar menulis
buku.
6. Menimba
pengalaman ketenteraan di Akademi Tentera Diraja Sandhurst. Sarjana Muda UM, kemudian MA di
Universiti McGill, Kanada. Dan SOAS di Universiti London dalam PhD dengan
pengkhususan falsafah Islam, ilmu kalam dan tasawuf.
|
Prof Diraja
Ungku Aziz
|
1. Gemar
membaca
2.
Menguasai beberapa bahasa. Antaranya bahasa Inggeris, Jepun dan Sepanyol.
3.
Menyukai belajar bahasa asing.
4. Belajar
di Universiti Waseda Jepun peringkat Ma dan PhD.
5.
Meminati bidang ekonomi dan kebudayaan
6. Fokus
kepada pentadbiran organisasi seperti DBP, Universiti Malaya, ANGKASA dan
Tabung Haji.
|
Prod Dr
Syed Husein Alatas
|
1. Suka
membaca
2.
Pengkajian dan perjuangan melawan rasuah dan masyarakat negara membangun.
3. Belajar
sarjana muda, MA dan PhD dalam bidang sosiologi di Universiti Amsterdam,
Belanda selama 10 tahun.
|
Maulana
Muhammad Asri
|
1. Sekolah
Kebangsaan Bukit Abal hingga darjah 3. 2. Kemudian ke India menghafal
al-quran di Darul Ulum Deoband kemudian pulang ke Kelantan dan belajar di
Madrasah Al-Diniah al-Bakriah atau Pondok Pasir Tumboh.
3. Beliau
kembali ke india pula menuntut di Nadwatul Ulama, Lucknow kemudian ke
Pakistan belajar daurah hadith di Jamiah al-Ulum al-Islamiah, Karachi.
|
Pendeta
Za’ba
|
1.
Menguasai Bahasa Arab Klasik dan Sastera Bahasa Inggeris serta Bahasa
Belanda.
2. Gemar
membaca dan mengembara
3.
Mementing ilmu bahasa, perubahan pemikiran orang Melayu dan kemiskinan luar
bandar.
4. Gemar
menulis.
|
Dr Yusuf
al Qaradhawi
|
1.Beliau
mengaji al-Quran ketika beliau berusia kurang 10 tahun. Beliau menyertai
Institusi al-Azhar pada peringkatan sekolah rendah dan menengah. Kemudian,
beliau memasuki Fakulti Teologi dan memperolehi Sijil 'Aliyya (bersamaan
dengan ijazah BA sekarang ini) pada sekitar tahun 1952-53. Beliau juga
memperolehi Ijazah Pengajaran daripada Fakulti Bahasa Arab pada tahun 1954.
2.Pada
tahun 1960, beliau memperolehi Kajian Saringan Tinggi yang bersamaan dengan
ijazah MA daripada Bahagian Sains al-Quran dan Hadis di Fakulti Teologi. Pada
tahun 1973, beliau memperolehi ijazah PhD dengan hujahnya mengenai Az-Zakah
fi Hal al-Mushlikat al-Ijtima'iyya (Zakat dan Pengaruhnya dalam Penyelesaian
Masalah Sosial).
|
Dr Mohamad
Said Ramadhan al bouti
|
1.
Mendapat pendidikan awal daripada para ulama seperti Hassan Habannakah
2. Belajar
Sarjana Muda Syariah di Universiti al Azhar. Diploma Pendidikan di Fakulti
Bahasa Universiti al Azhar. Ma dan Phd di Universiti al Azhar dalam bidang
syariah.
|
Dr Sayyed
Hosein Nasr
|
1. Sebelum
pindah ke Amerika untuk belajar formal ilmu moden pada umur 13 tahun, Nasr
memperoleh pendidikan tradisional di Iran. Pendidikan tradisional ini
diperoleh secara informal dan formal. Pendidikan informalnya dia dapat dari
keluarganya, terutama dari ayahnya. Sedangkan pendidikan tradisional
formalnya diperoleh di madrasah Teheran. Selain itu oleh ayahnya dia juga
dikirim untuk belajar di lembaga atau madrasah pendidikan di Qum yang diasuh
Allamah Thabathaba‟i untuk belajar filsafat, teologi dan tasawuf. Ia juga
diberi pelajaran tentang hafalan al-Quran dan pendidikan tentang seni Parsi
klasik.
2. Obsesi
Valiullah Nasr agar Hossein Nasr menjadi orang yang memperjuangkan kaum
tradisional dan nilai-nilai ketimuran dimulai dengan memasukkkan Hossein Nasr
ke Peddie School di Hightstown, New Jersey lulus pada tahun 1950. Kemudian
melanjutkan ke Massacheusetts Institute of Technology (MIT).
3. Di MIT,
beliau memperoleh pendidikan tentang ilmu-ilmu fizik dan teori matematik di bawah bimbingan Bertrand Russel yang
dikenal sebagai seorang filosof moden. Nasr banyak memperoleh pengetahuan
tentang filsafat moden.
4. Selain
bertemu dengan Bertrand Russel, Nasr juga bertemu dengan seorang ahli
metafisika bernama Geogio De Santillana. Dari kedua ini Nasr banyak mendapat
informasi dan pengetahuan tentang filsafat Timur, Khususnya yang berhubungan
dengan metafizika. Dia diperkenalkan dengan tradisi keberagamaan di Timur,
misalnya tentang Hinduisme.
5.Selain
itu Nasr juga diperkenalkan dengan pemikiran-pemikiran para peneliti Timur,
diantaranya yang sangat berpengaruh adalah pemikiran Frithjof Schuon tentang
perenialisme. Selain itu juga berkenalan dengan pemikiran Rene Guenon, A. K.
Coomaraswamy, Titus Burchardt, Luis Massignon dan Martin Lings
5.Pada
tahun 1956 Nasr berhasil meraih gelar Master di MIT dalam bidang geologi yang
fokus pada geofizik. Belum puas dengan hasil karyanya, beliau merencanakan
untuk menulis desertasi tentang sejarah ilmu pengetahuan dengan melanjutkan
studinya di Harvard University. Dalam menyusun disertasinya Nasr dibimbing
oleh George Sarton. Akan tetapi sebelum disertasi ini selesai ditulisnya,
George Sarton meninggal dunia, sehingga Nasr mendapatkan bimbingan berikutnya
oleh tiga orang professor, yaitu Bernard Cohen, Hammilton Gibb dan Harry
Wolfson. Disertasi ini selesai dengan judul “Conceptions of Nature in Islamic
Thought” yang kemudian dipublikasikan oleh Harvard University Press pada
tahun 1964 dengan judul “An Introduction to Islamic Cosmological Doctrines”.
Dengan selesainya disertasi ini Nasr mendapat gelar Philosophy of Doctor
(Ph.D) dalam usia yang cukup muda yaitu 25 tahun tepatnya pada tahun 1958.
|
Maulana
Abul Hassan Ali an Nadwi
|
1. Gemar
membaca dan mengumpul buku. Dan mempunyai sudut bacaan sendiri dikenali
Maktabah Abu al Hassan Ali.
2. Belajar
Bahasa Arab dan pengajian hadith di Nadhwah Ulama.
3.
Memasuki Universiti Lucknow dalam Sastera Urdu.
4. Beliau
belajar secara mengembara dan berguru. Tinggal beberapa bulan di Darul Ulum
untuk belajar kitab Sunan al Tirmizi dan Sahih Bukhari dengan Maulana Husain
Ahmad Madani. Belajar dengan Syeikh Aizaz Ali dalam tafsir.
|
Dr Wan
Mohd Nor Wan Daud
|
1. Gemar
membaca
2. Bergiat
dalam aktiviti berpersatuan dan mendapat sentuhan gerakan Islam haraki
3. Sarjana
Muda Sains (Kajihayat), MA (kurikulu dan Pengajaran) dari Universiti Northern
Illinios dan PhD dari Universiti Chicago dalam pengajian Islam.
|
Dr Fazlur
Rahman
|
1. BA dan
MA dalam Pengajian Arab di Universiti Punjab. PhD dalam bidang pengkajian
Ibnu Sina di Universiti Oxford.
2. Mahir
dalam bahasa Arab, Yunani dan Latin
|
Dr Ismail
al Faruqi
|
1. BA di
Universiti Amerika, Beirut, Lebanon. Phd di Universiti Indiana, Amerika.
Pengajian lepasan ijazah di Universiti al Azhar dan Universiti McGill,
Kanada.
2. Pakar
dalam bidang Islam, Kristian dan judaisme.
|
Dr
Syamsudin Arif
|
1. BA
dalam Komunikasi UIA, MA dan Phd di ISTAC dalam pengkajian ibnu Sina. Phd
kedua di Orientalisches Seminar, Universiti Frankfurt, Jerman.
|
Pentingnya pelajar pintar dan rajin dihantar ke luar
negara untuk dilatih menjadi ulama. Pengkaderan ulama pelapis dalam kalangan
pelajar pintar perlu menjadi keutamaan apabila kalangan lulusan agama sejak
akhir-akhir ini kurang berkualiti dan tidak mahu menjadi ulama. Hanya bangga
seronok dan senang sebagai kakitangan kerajaan.
Pelajar pintar tadi perlu ditaja dan didana kehidupan
mereka agar diri bersedia hanya untuk belajar bukannya menghadapi masalah
kewangan. Kita mempunyai ramai pelajar pintar dalam pengajian Islam tetapi
kekurangan dana kerajaan, pihak swasta dan ibubapa menghalang pelajar pintar
tadi meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi. Kesannya mereka mencari
kerja dan pengajian sarjana dan PhD hanya ditekuni oleh pelajar yang mampu, ada
dana dan rajin sahaja tetapi kurang pintar.
Tokoh-tokoh terdahulu mempelbagaikan tradisi keilmuan
mereka berdasarkan sistem pengajian, guru dan tempat belajar. Ada mempunyai
tradisi pengajian pondok, tradisi pengajian deobandi dan tradisi pengajian al
Azhar. Kepelbagaian tradisi keilmuan ini bukan sahaja memantapkan ilmu tetapi
mendidik sikap keterbukaan dalam mendepani khilaf sesama ulama.
Tokoh-tokoh terdahulu juga paling kurang berada 10
tahun di luar negara atau lebih di sesebuah tempat belajar. Perkara ini
menunjukkan keazaman dan kerajinan mereka menuntut ilmu untuk menjadi orang
yang alim dan pakar.
Seorang penuntut ilmu perlu matang dari usia [20
tahun], ilmu dan pengalaman. Belajar ketika usia muda yang tidak matang
merupakan belajar yang diselimuti dengan kehendak akal-nafsu yang bersifat
main-main. Usia dan pengalaman yang matang membolehkan seseorang itu lebih
bersemangat dan serius untuk menuntut ilmu. Matang dari segi ilmu dan usia
serta pengalaman penting jika kita hendak belajar ke luar negara agar tidak
mengalami kejutan budaya. Kebanyakan ulama dulu sudah alim sebelum ke luar
negara selepas selesai pengajian di pondok. Jika hendak belajar di Barat, iman
kena kuat dan diri kena matang agar tidak terpengaruhi dengan pemikiran
orientalis yang tak beriman dan tak bersunat.
Ulama perlu menguasai ilmu dunia. Manusia terbaik
ialah orang paling bertaqwa dan ingat mati. Mereka mengimbangi antara kehendak
dunia dan akhirat. Dalam setiap perkara, akhirat didahulukan. Selepas berada
dalam sistem pengajian Islam, bakal ulama boleh menyambung pelajaran dalam
pendidikan moden seperti dalam bidang antropologi dan sosiologi, psikologi,
sejarah dan sains. Seorang ulama perlu memahami pemikiran dan kebudayaan Barat
dengan terperinci bagi membalas hujah-hujah pemikir Barat. Bacaan seorang ulama
daripada sumber rujukan asal para pemikir tersebut.
Ulama wajib menulis selain mengajar. Menulis buku
syarah dan menterjemahkan kitab-kitab lama dari bahasa asing sangat penting
dalam memandaikan umat Islam.
Tempat Belajar
Pondok/Madrasah
|
Sekolah
|
Thanawi
|
Universiti
|
Madrasah Luar Negara
|
Pondok Lubok Tapah
Pondok Pasir Tumboh
Pondok Haji Salleh Musa, Sik
Maahad Tarbiyyah Islamiyyah,
Derang
Madrasah Darul Kautsar
Madrasah Sri Petaling
Madrasah Kubang Bujok
|
Kolej Islam Klang (KISAS)
SMAP Kajang
SM IMTIAZ
Maktab Mahmud
Maahad Muhammadi
|
Kuliyyah Sultan Abu Bakar
Pahang
SMA(A) Sultan Zainal Abidin,
Batu Burok Terengganu.
Maahad Darul Quran Rusila
Kolej Darul Ulum (KIDU)
|
Universiti al Azhar
Universiti Kaherah
Universiti Darus Salam (UNIDA),
Gontor
Universiti Ibnu Khaldun,
Indonesia
Universiti Nadwatul Ulama,
Lucknow
Universiti Islam Antarabangsa
Islamabad
Universiti Islam Aligarh,
India
|
Pondok Modern Darus Salam
Gontor
Madrasah Afrika Selatan
Madrasah Hayrat, Turki
Madrasah Sulamaniyyah, Turki
|
Selepas Tahfiz di Madrasah Kubang Bujuk, Terengganu.
Sambung aliran Thanawi di Maahad Darul Quran, Rusila atau Maahad Tarbiah Darul
Iman, Batu Enam atau Kolej Darul Ulum (KIDU), Kuala Nerang atau mana-mana
institusi yang menyediakan aliran Thanawi..
Universiti Darul Ulum Nadwatul Ulama, Lucknow, India
penting dalam Sarjana Muda pengkhususan Bahasa dan ilmu-ilmu Syariah [4 Tahun].
Di sini, pelajar dapat belajar sastera Arab, talaqi hadith, bahasa Urdu dan
Parsi dan kepelbagaian budaya masyarakat di India.
Kemudian menyambung MA di Universiti Islam
Antarabangsa, Islamabad dalam bidang Tafsir dan Hadith [ 3 Tahun]. Penguasaan
Bahasa Perancis, Jerman, Rusia dan Belanda serta Parsi perlu dipelajari semasa
berada di Pakistan dan India.
Kemudian menyambung MA di Universiti al Azhar dalam
bidang Syariah, Fiqh Muqaran diserta Sijil Kemahiran Fatwa dari Darul Ifta [3
tahun]. Kemudian, boleh sambung Phd [3 tahun]di Universiti al Azhar atau
Universiti Amerika, Kaherah atau Universiti Kaherah dalam bidang Pengajian
Syariah.
Selama 13 tahun menuntut ilmu adalah pengorbanan
seorang anak kepada Allah, ibubapa dan umat Islam. Menuntut ilmu kerana Allah,
memenuhi impian dan doa ibubapa serta membantu umat Islam.
Pelan
Pendidikan
Bidang pengajian ialah Usuludin atau Syariah
disertakan dengan kemahiran bahasa selain bahasa Inggeris dan Arab yang
terbahagi dua iaitu bahasa ilmu dan bahasa dakwah. Diwajib 2 bahasa ilmu dan
dua bahasa dakwah yang perlu dikuasai. Antara bahasa ilmu ialah Bahasa Jerman,
Rusia, Perancis, Belanda dan Jepun manakala bahasa dakwah ialah Bahasa
Mandarin, Sepanyol, Portugal dan Tamil.
Pelan Pendidikan Ustaz Dr Zaharudin Abdul Rahman
[UZAR] yang mahu melahirkan ulama hasil gabungan pengajian[5]
seperti di bawah
Pra Sarjana Muda
|
Sarjana Muda
|
Sarjana
|
PhD
|
Pasca PhD
|
Pelajar Pintar dan cemerlang
dalam SPM
seterusnya ke
Diploma Tahfiz di Darul Quran
atau Pusat Tahfiz.
(seeloknya mempunyai asas
hafazan al Quran di peringkat menengah)
Maahad Tahfiz Kerajaan Negeri
a. IMTIAZ
b. Maahad Tahfiz Negeri-negeri
|
Belajar di mana-mana
universiti di Jordan.
jangka masa 4 tahun
Kelebihan
1.Pensyarah pelbagai
latarbelakang dari Universiti al Azhar, Ummul Qura, Iraq, Madinah dan
lain-lain.
2. Bahasa Arab Fushah
3.Sistem pengajian lebih
tersusun
4.Berfikiran terbuka dan
toleransi
5. Pengajian talaqi di luar
waktu belajar dan semasa cuti semester.
|
Di Universiti al Azhar atau
Universiti Kaherah
Pada masa yang sama membuat
sarjana di Darul Ifta
Jangka masa 5 tahun
Kelebihan
1. Mesir terkenal dengan pusat
pendidikan Islam terkenal di dunia
2. Ramai ulama
3. Banyak pengajian talaqi
4. Pusat penerbitan kitab agama yang terkenal
5. Pesta buku kedua terbesar di dunia
|
Di Universiti Islam Madinah
atau Ummul Qura
Tidak dibenarkan pelajar balik
ke Malaysia atau bekerja.
Cuti semester belajar atau
menuntut ilmu di Yaman
|
di Darul Ulum, Pakistan mendalami
pengajian hadith selama 6 bulan
Pengajian sarjana bertempoh
setahun di UK seperti Markfield Institute
Kelebihan
1. Belajar pemikiran dan
metodelogi ilmu Barat
2. Mengasah Bahasa Inggeris
3. keterbukaan
|
* Tulisan Italic
adalah pendapat penulis
Model Pengajian
Madrasah
Pra Sarjana Muda
|
Sarjana Muda
|
Sarjana
|
PhD
|
Pasca PhD
|
Pelajar Pintar dan usia 12-13
tahun
seterusnya ke
1. Pusat Tahfiz swasta
a. Sri Petaling
b. Kubang Bujuk
c. Darul Kautsar
Seterusnya masuk ke
1. Pengajian Kitab sistem deobandi (6-8 tahun) di institusi
tersebut
2. Ke Afrika Selatan (Sistem
Deobandi)
|
Universiti Darul Ulom,
Lucknow, India.
jangka masa 4 tahun
Kelebihan
1.Mengutamakan sastera Bahasa
Arab.
2. mengutamakan penulisan
3.Sistem pengajian lebih tersusun
4.Berfikiran terbuka dan
toleransi
5. Pengajian talaqi di luar
waktu belajar dan semasa cuti semester di madrasah seperti Darul Ulom
Deoband.
|
Sarjana 1
Universiti Islam Antarabangsa
Islamabad, Pakistan.
Kemahiran Bahasa Parsi dan
Sastera Parsi
Kemahiran Bahasa Urdu/Hindi
dan Sastera Urdu.
dan Sarjana 2
Universiti al Azhar
Kemahiran Bahasa Rusia dan
Bahasa Perancis
Jangka masa 5 tahun
|
Di Universiti al Azhar
atau
Universiti Kaherah
atau
Universiti Terbuka Amerika.
Tidak dibenarkan pelajar balik
ke Malaysia atau bekerja.
Kemahiran Bahasa Jerman.
Cuti semester belajar atau
menuntut ilmu di Yaman atau Sudan
|
Pengajian sarjana bertempoh
setahun di UK seperti Markfield Institute
Kelebihan
1. Belajar pemikiran dan
metodelogi ilmu Barat
2. Mengasah Bahasa Inggeris
3. keterbukaan
|
Sistem
Pendidikan Moden
Pra Sarjana Muda
|
Sarjana Muda
|
Sarjana
|
PhD
|
Pasca PhD
|
Pelajar Pintar dan cemerlang
dalam SPM
seterusnya ke
Diploma Tahfiz di Darul Quran
atau Pusat Tahfiz.
(seeloknya mempunyai asas hafazan
al Quran di peringkat menengah)
Maahad Tahfiz Kerajaan Negeri
a. IMTIAZ
b. Maahad Tahfiz Negeri-negeri
Atau
SBP, MRSM dan sekolah
ternama/tersohor.
|
Belajar di mana-mana
universiti ternama dunia di negara seperti
1. Amerika Syarikat
2. Britain
3. Kanada
4. Jerman
5. Perancis
6. Rusia
7. Belanda
Antara contoh universiti
tersebut
1. Universiti Wisconsin
Madison, Amerika
2. Universiti Chicago
3. SOAS, Universiti London
4. Universiti McGill,
Montreal, Kanada
jangka masa 4 tahun
Kelebihan
1.Pensyarah yang pakar
2. Penguasaan pelbagai bahasa
termasuk bahasa latin, parsi, ibrani.
3.Sistem pengajian lebih
tersusun
4.Berfikiran terbuka dan
toleransi
5. Kemudahan bertaraf dunia
seperti perpustakan.
|
Universiti ternama dunia
atau
Universiti Darus Salam, UNIDA
Gontor.
|
Universiti ternama dunia
atau
UNIDA
|
di Darul Ulum, Pakistan
mendalami pengajian hadith selama 6 bulan
Pengajian diploma lanjutan di
insitusi pengajian Islam di Timur Tengah seperti Universiti al Azhar.
|
Model Pengajian
Pondok
Pra Sarjana Muda
|
Sarjana Muda
|
Sarjana
|
PhD
|
Pasca PhD
|
Pelajar Pintar dan usia 12-13
tahun
Pusat Tahfiz
(3 tahun)
seterusnya ke
Pondok
1.Pondok Pasir Tumboh
2. Pondok Lubok Tapah
3. Pondok Pesantren di
Indonesia
4. Pondok di Patani
(3-5 Tahun)
Seterusnya
Thanawi V
(1 tahun)
|
Belajar di mana-mana
universiti di Maghribi
jangka masa 4 tahun
Kelebihan
1. Pengajian talaqi di luar
waktu belajar dan semasa cuti semester.
2. Kuasai Bahasa Perancis,
Sepanyol dan Itali.
|
Belajar di mana-mana universiti
di Tunisia atau Algeria
Jangka masa 2-3 tahun
|
Di Universiti al Azhar + Darul
Ifta
Tidak dibenarkan pelajar balik
ke Malaysia atau bekerja.
Cuti semester belajar atau
menuntut ilmu di Yaman, Mekah dan Sudan
|
di Darul Ulum, Pakistan
mendalami pengajian hadith selama 6 bulan
Pengajian sarjana bertempoh
setahun di UK seperti Markfield Institute
Kelebihan
1. Belajar pemikiran dan
metodelogi ilmu Barat
2. Mengasah Bahasa Inggeris
3. keterbukaan
|
Model Pengajian
Sekolah Arab
Pra Sarjana Muda
|
Sarjana Muda
|
Sarjana
|
PhD
|
Pasca PhD
|
Pelajar Pintar dan usia 12-13
tahun
Sekolah agama aliran
Thanawi/Arab sama ada kerajaan atau swasta.
atau
Pondok
(5 tahun)
Seterusnya
Thanawi V
(1 tahun)
|
Belajar di mana-mana
universiti di Maghribi atau Universiti Islam Madinah.
jangka masa 4 tahun
Kelebihan
1. Pengajian talaqi di luar
waktu belajar dan semasa cuti semester.
2. Kuasai Bahasa Perancis dan
Jerman
|
Di Universiti al Azhar atau
mana-mana universiti di Jordan
Jangka masa 2-3 tahun
Disamping belajar di Darul
Ifta
|
Di Universiti Kaherah atau
Universiti al Azhar atau Universiti Terbuka Amerika
Tidak dibenarkan pelajar balik
ke Malaysia atau bekerja.
Cuti semester belajar atau
menuntut ilmu di Yaman, Mekah dan Sudan
|
di Darul Ulum, Pakistan mendalami
pengajian hadith selama 6 bulan
Pengajian sarjana bertempoh
setahun di UK seperti Markfield Institute
Kelebihan
1. Belajar pemikiran dan
metodelogi ilmu Barat
2. Mengasah Bahasa Inggeris
3. keterbukaan
|
Model Pengajian
Turki
Pra Sarjana Muda
|
Sarjana Muda
|
Sarjana
|
PhD
|
Pasca PhD
|
Pelajar Pintar dan usia 12-13
tahun
Tahfiz di Madrasah Hayrat
Vakfi
atau
Maahad Sulaimaniyyah
|
Belajar di mana-mana
universiti di Turki
jangka masa 4 tahun
Kelebihan
1. Pengajian talaqi di luar
waktu belajar dan semasa cuti semester.
2. Kuasai Bahasa Turki Klasik,
Jerman dan Rusia.
|
Di Universiti al Azhar atau
mana-mana universiti di Jordan
Jangka masa 2-3 tahun
Disamping belajar di Darul
Ifta jika di Mesir
|
Di Universiti Kaherah atau
Universiti al Azhar
Tidak dibenarkan pelajar balik
ke Malaysia atau bekerja.
Cuti semester belajar atau
menuntut ilmu di Yaman, Mekah dan Sudan
|
di Darul Ulum, Pakistan
mendalami pengajian hadith selama 6 bulan
Pengajian sarjana bertempoh
setahun di UK seperti Markfield Institute
Kelebihan
1. Belajar pemikiran dan
metodelogi ilmu Barat
2. Mengasah Bahasa Inggeris
3. keterbukaan
|
Bidang
Pengajian
Pengajian Bahasa
(Arab+Parsi+Turki)
atau
Sastera
atau
Linguistik
|
Usuludin
(Aqidah+al
Quran)
atau
Falsafah
|
Syariah
(perbandingan mazhab +
Ekonomi)
|
Sejarah
(Uthmaniyyah+
Andalusia+ Islam di Asia Tengah + Afrika Barat)
|
Pengajian Kawasan
Pengajian
Melayu
atau
Pengajian
Arab
atau
Pengajian
Asia Tenggara
|
Sistem
Pengajian Tradisional Islam
Islam adalah tamadun yang mewujudkan pelbagai tamadun.
Teras tamadun Islam ialah tauhidik. Antara tamadun Islam yang tersohor ialah
Daulah Abbasiyyah, Daulah Moghul, Daulah Uthmaniyyah dan Daulah Umaiyyah di
Andalusia. Dalam tradisi keilmuan, muncul sistem pengajian Islam seperti sistem
pengajian deobandi, sistem pengajian al Azhar dan Sistem Pengajian Pondok.
Setiap struktur organisasi perlu mempunyai kepimpinan.
Dalam sistem pengajian, pemimpinnya ialah guru. Kekuatan sistem pengajian Islam terletak kepada [1] guru,
[2] sistem pengajian, [3] metodelogi, [4] institusi termasuk prasarana
keilmuannya dan [5] bahan yang diajar/silibus.
Kaedah talaqqi dengan guru merupakan kaedah paling
penting dalam sistem pengajian Islam. Kaedah talaqqi adalah kaedah berguru
melibatkan antara murid dengan guru berwibawa dan berautoriti dalam ilmu-ilmu
Islam. Kaedah berguru yang berkesinambungan atau talaqqi muttasil sangat penting untuk pengabsahan ilmu dan menjamin
keterpeliharaan ilmu daripada pegangan yang menyesatkan.[6]
Ilmu-ilmu Islam terpelihara dengan pengajian bersanad[7].
Guru berwibawa dan berautoriti dalam keilmuan sangat
penting dalam sistem pengajian Islam. Antara metode pengajaran seorang guru ialah al sama’ (dengar), al Qira’ah (membaca), ijazah
(kebenaran), munawalah (pemberian), kitabah (surat menyurat), I’lam (pemberitahuan), wasiyyah (wasiat) dan wijadah (mendapat).[8]
Guru berwibawa dan berautoriti ini juga belajar dengan guru berwibawa dan
berautoriti. Ia berterusan kepada sumber asal ilmu. Jika al Quran, sanad
bersambung kepada Allah, jika sunnah Rasulullah SAW sanad bersambungan kepada
diri baginda dan jika kitab sanad bersambungan kepada penulis kitab.
Baca dan belajar tanpa berguru menyebabkan kefahaman
seseorang boleh terpesong daripada apa yang hendak disampaikan oleh sumber
asal.
Tanpa berguru, murid yang dihasilkan berkebarangkalian
berakhlak tetapi tidak beradab. Guru yang mendorong adab kepada diri seseorang
murid.
Metode-motode dalam pengajian ilmu hadith sangat
berkesan memelihara ilmu dan pengajian ilmu secara sistematik. Asasnya ialah
Riwayah dan Dirayah. Pengajian ilmu hadith menerbitkan kaedah-kaedah ilmu yang
teliti dalam mencari dan memeliharakan ketulenan ilmu dan sumbernya.
Pengajian tradisional dan pengajian Islam moden perlu
digabung-jalin bagi memperkuatkan dan membaiki kelemahan dalam kedua-dua sistem
pengajian tersebut.
Kematangan
Seorang Ulama
Kematangan seseorang ulama berlaku apabila seseorang
ulama itu bersikap terbuka dan saling hormat menghormati pandangan yang berbeza
dengan mereka. Antara sebab kematangan seorang ulama ialah
1.
Keluasan bahan bacaan dan ‘gila’ membaca. Membaca buku
pelbagai aliran pemikiran
2.
Mempelbagaikan guru daripada pelbagai aliran pemikiran dan
pandangan.
3.
Peningkatan usia dan pengalaman hidup
4.
Pengembaraan dan pengaulan dengan pelbagai pihak serta
muzakarah-ziarah para ulama.
5.
Terbuka dan menghormati pelbagai pandangan dan bukan
pandangan kita yang paling betul walaupun pandangan kita adalah benar disisi
hujah dan sumber ilmu (dalam konteks ilmu-ilmu Islam).
6.
Mempelbagaikan sistem pengajian dan tempat pengajian dalam
membuka ufuk pemikiran agar lebih terbuka.
7.
Turun ke lapangan masyarakat
Ulama dan
Kerjaya
“Sesiapa yang
belajar memahami agama Allah pasti Allah mencukupkan hemah dan rezekinya dari
mana-mana (sumber) yang dia tidak diketahui’[9]
Seorang penuntut ilmu dan ulama mesti mempunyai
kerjaya agar tidak berlaku fitnah kepada agama. Jangan sampai mempergunakan
agama untuk mencari makan anak isteri atau menambah pendapatan.
Persoalan tentang kerjaya ialah kelalaian seseorang
disebabkan oleh kerjayanya sehingga lupa akan tugas agamanya. Justeru, ulama
dahulu mempunyai kerjaya yang bersifat ‘merdeka’ masanya dan arahannya yakni
bekerja sendiri seperti tukang jahit, tukang baiki jam, peniaga buku dan
penulis. Kerjaya yang paling sesuai bersifat mengajar seperti pensyarah atau
guru madrasah.
Bagi ulama yang berkerja dengan kerajaan, wujudkan
tempoh akhir perkhidmatan agar tidak selesa bekerja dan berkhidmat dengan
kerajaan. Tempoh sebaiknya berkhidmat ialah 10 tahun. Bekerja dengan kerajaan
menyebabkan seorang ulama diikat oleh masa dan arahan orang atasan. Ia bukan
suatu yang baik untuk dakwah.
Ulama mesti mengajar dan menulis. Tanpa mengajar dan
menulis, sifat keulamakan masih tidak lengkap.
Seorang ulama juga perlu memahami dan memahiri
kitab-kitab lama. Mereka juga mesti mengkaji kitab-kitab lama sebagaimana usaha
Tuan Guru Wan Shaghir pemilik Khazanah Fathaniyyah. Pengkajian kitab lama dan
manuskrip lama mengembalikan kita kepada asali kita iaitu Islam bertunjangkan
al Quran dan al Sunnah yang dikenali Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Krisis Aqidah
dan Kehilangan Adab
Dua permasalahan besar umat Islam pada hari ini ialah
Krisis Aqidah dan Kehilangan Adab-Akhlak. Kedua-dua permasalahan ini berpunca
daripada pokok pangkal masalah ialah krisis ilmu. Krisis ilmu secara tepatnya ialah
masalah terhadap kefahaman ilmu sehingga mengelirukan seseorang.
Islam adalah agama yang berasaskan ilmu pengetahuan.
Komponen penting asas dalam ilmu pengetahuan ialah [1] keyakinan-iman-aqidah, [2] perubahan-pembebasan
dan [3] bahasa.
Perkara [1] disebabkan definisi ilmu dalam Islam ialah
tanda; petunjuk. Istilah ‘ilm berasal
daripada perkataan ‘alamah iaitu ‘tanda, penunjuk atau petunjuk yang dengannya
sesuatu atau seseorang dikenali’.[10]
Seseorang muslim dikenali disebabkan ilmu mereka yang membolehkan mereka
beramal dan berakhlak dengan Islam.
Perkara [2] membawa kepada perubahan-pembebasan
seseorang daripada kejahilan ditunjuki oleh cahaya kebenaran iaitu al Quran.
Seorang muslim yang ditunjuki oleh al Quran akan berubah kepada lebih Islamik
dan membebaskan diri mereka daripada perkara yang syirik terutamanya syirik
dalam hati.
Perkara [3] menyatakan dalam bahasa mengandungi
pandangan sarwajagat dan kerangka pemikiran yang tersendiri sehingga
mengubah-mempengaruhi kelakuan dan tindakan seseorang.
Menurut Syed Muhamad Naquib al Attas, ilmu ialah ‘merujuk kepada Allah sebagai punca/pemberi segala ilmu, ia (ilmu)
adalah ketibaan makna sesuatu ke dalam diri seseorang. Apabila merujuk kepada diri
sebagai pentafsir, ilmu adalah ketibaan diri seseorang kepada makna tentang
sesuatu’. Dalam pentakrifan al Attas, kita boleh mengambil ibrah:
1. Allah adalah sumber ilmu.
Allah memimpin ilmu, kemudian barulah ilmu memimpin manusia. Kebenaran mutlak
itu ada pada ilmu yang Allah SWT nyatakan kebenarannya iaitu sumber ilmu
daripada al Quran..
2. Ketibaan diri kepada makna
dan ketibaan makna kepada diri adalah darjah kefahaman seseorang terhadap makna
iaitu pada BAHASA yang digunakan sehingga mewujudkan peningkatan terhadap
keyakinan-keimanan.
Ilmu yang betul dan benar mempengaruhi sifat keadilan
yang ada dalam diri untuk membuat pilihan dalam mengatur dan meletakkan
pemikiran dan tindakan mereka pada landasan yang betul dan benar. Kegagalan
mengatur-meletakkan pemikiran dan tindakan pada landasan yang betul-benar
menjerumuskan kita ke dalam kehilangan adab dengan menzalimi diri sendiri.
Menurut Syed Muhammad Naquib al Attas, kehilangan adab
berlaku kerana
1.
Ilmu tidak dapat diajar atau disampaikan kepada murid kecuali
mereka telah mempunyai adab
yang tepat dengan ilmu pengetahuan, pelbagai disiplin dan autoritinya yang sah.
2.
Sikap dan proses penyamaan. Seperti al Quran sama sahaja dengan buku. Islam sama
sahaja dengan agama lain.
3.
Perjuangan berdasarkan tujuan dan maksud yang salah.
4.
Kebingungan dalam bidang ilmu
pengetahuan akan merosakkan susunan akhlak dan pendidikan suatu masyarakat.
Ciri-ciri Ulama
1. Tidak terpengaruh dengan pemikiran ciptaan manusia,
tidak mencampur aduk antara pemikiran Islam dengan pemikiran ciptaan manusia
dan tidak terjebak dalam aktiviti yang boleh membawa fitnah.
2. Ulama mesti menghadkan pengaulan dengan orang
ramai. Pengaulan mesti berlandaskan aktiviti yang dirancang atau diprogram.
3. Menziarahi pemimpin dan alim ulama yang lain.
4. Mengelak diri daripada terlibat dalam politik
kepartian dan tidak menolak politik.
5. Mendokong kesyumulan Islam termasuk perundangan
Islam.
6. Bersikap pendamai sebagaimana sifat Saidina Usman,
Saidina Ali dan Saidina Hassan Bin Ali yang mengorbankan jawatan dan diri
mereka untuk pendamaian umat Islam. Mengelak daripada fitnah dan konflik.
Bersifat pemaaf dan jauhi dengki mendengki.
7. Memahami pemikiran, kebudayaan dan tamadun Barat.
8. Mengetahui hak ehwal semasa. Setiap kuliah dirakam
untuk sebaran dakwah.
9. Jangan mencari populariti, pangkat, kuasa dan
perempuan.
10. Jangan mempergunakan agama Islam untuk kepentingan
diri, syarikat, kumpulan dan keluarga. Jauhi perniagaan bermodalkan agama.
Akhir Kalam
Manusia
bergantung kepada [1] niat/tujuan dan [2] kadar ilmu yang mereka miliki. Setiap penilaian yang seseorang manusia lakukan mesti
dilihat dari segi [1] sumber ilmu yang benar, [2] kaedah-kaedah ilmu yang betul
dan benar dan [3] niat yang lurus dan benar.
Segala pandangan manusia belum tentu benar, hanya
pandangan Allah dan Nabi Muhammad SAW sahaja yang benar. Oleh kerana Nabi
Muhammad SAW sudah wafat, pentafsiran agama Islam mula dan mudah diputar belit
oleh pihak yang berkepentingan dan mengikut kehendak akal-nafsu mereka sahaja
termasuk kalangan mereka lulusan agama atau ulama sendiri. Justeru, carilah
guru yang berwibawa ilmunya, belajar dan fahami isi kandungan al Quran dan
hadith, berakhlak-beradab dalam setiap urusan terutamanya ketika berlaku
khilaf, jaga hati daripada sifat mazmumah dan masukkan sifat mahmudah, jaga
pancaidera dan lidah, berhati-hati dengan imiginasi seks dan wanita, dan
berwaspada dengan kekayaan dunia.
Sesiapa kita, ikutlah hujah dan pandangan Islam yang
benar. Biar kita mati dengan tenang dalam pandangan Islam yang benar. Kita mati, orang yang menilai
pandangan kita dan menfitnah juga akan mati. Dalam Alam Kubur dan Alam
Akhirat, biarlah Allah menentukan amalan baik-buruk kita semasa hidup kita di
dunia. Hiduplah bertaqwa.
20/6/2016
1.17 pagi
No comments:
Post a Comment