Wednesday, November 02, 2016

Penafian OSF

2/11/16
Open Society Foundations (OSF) menolak dakwaan bahawa ia membiayai dana dalam cubaan untuk menggulingkan kerajaan Malaysia.

Sebaliknya menurut yayasan itu, fokusnya adalah untuk menyokong masyarakat sivil.
"Dakwaan bahawa Open Society Foundations dibiayai untuk menggulingkan kerajaan di Malaysia adalah salah sepenuhnya.
"Open Society Foundations menyokong keadilan, kebertanggungjawaban dan amalan demokrasi di seluruh dunia dan di Malaysia.
“Geran kami kepada masyarakat sivil termasuk usaha untuk menggalakkan kesihatan awam, memupuk dasar penghijrahan yang adil dan menggalakkan penyertaan sivik serta politik semua rakyat Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
OSF berkata jumlah pembiayaan di Malaysia adalah sekitar AS$700,000 setiap tahun dan menegaskan bahawa semua aktiviti adalah bukan partisan.
"Kerja-kerja Open Society Foundations memberi tumpuan dalam memperkasakan komuniti yang suara mereka penting tetapi sebahagian besarnya tercicir daripada perbahasan sekitar demokrasi dan keadilan sosial di Malaysia, seperti golongan muda, orang asli dan wanita.
"Sebagai contoh, Open Society Foundations bangga bahawa melalui sokongan kami, kumpulan masyarakat sivil telah menjalankan pendidikan kepada pengundi, pemantauan pilihan raya dan tinjauan awam untuk memberi maklumat lebih luas, penyertaan dan kecuaian terhadap pilihan raya yang bebas dan adil, di samping aktiviti kebudayaan seperti sokongan untuk festival filem tahunan.
"Open Society Foundations juga menyokong masyarakat pribumi yang diancam oleh pembinaan empangan di rantau Sarawak dan usaha untuk meningkatkan perlindungan dan akses kepada keadilan untuk pekerja asing di Malaysia dan komuniti mereka melalui pendidikan dan bantuan guaman," katanya.

Sumber Malaysiakini

No comments:

Sebelum Loceng PRU 15 Melolong

 Sebelum Loceng PRU 15 Melolong a. Kerajaan 1. Kita perlu memahami bahawa kerajaan persekutuan pada hari ini berdiri atas sokongan para ahli...