Oleh Khalil Jibril
11/11/16
Politik barang yang
dinamik dan fleksibel. Menangani politik perlukan hikmah-kebijaksanaan, memahami
realiti dan ketepatan saat bertindak.
Ramai pemimpin hebat
futuristik dan strategi gagal kerana tidak tepat pada saat mereka bertindak.
Kepimpinan pula, ia
melibatkan ketinggian taqwa, ilmu, fitrah kemanusiaan, aura karismatik, daya
mempengaruhi audien dan kedudukan dalam penjawatan seseorang pemimpin.
Politik itu persepsi.
Mana-mana pihak yang berjaya mengawal persepsi, pihak itulah menentukan
kemenangan dan populariti rakyat. Persepsi umum terhadap maklumat yang tersebar
memberi kefahaman berbeza bahkan menyalah yang betul dan membetul yang salah.
Penyalah-gunaan persepsi pada individu dan kumpulan tertentu boleh memusnahkan
sokongan kepada mereka.
Memahami Realiti Politik Malaysia
1. Realiti kemajmukan
masyarakat Malaysia dari segi wilayah, agama, kaum dan demografi masyarakat
pantai Timur dan pantai Barat. Pembentukan Malaysia mesti mendapat sokongan
daripada segala elemen kemajmukan masyarakat Malaysia.
2. Keutamaan isu yang
perlu lebih utama iaitu pertimbangan isu kemakmuran dan kesejahteraan rakyat
daripada isu agama seperti hudud, RUU dan Islam.
3. Ditipu oleh UMNO.
RUU menjadi alat UMNO mengencing PAS.
Meluruskan Aqidah Dalam Kerangka Pemikiran
Umat Islam
Penulis yakin kita
semua termasuk pemimpin PAS mengambil berat dan tahu tentang tiga isu utama di
atas dalam memahami realiti politik Malaysia. Namun, ketiga-tiga perkara lebih
kepada persoalan muamalat. Sebenarnya, persoalan lebih utama daripada itu iaitu
aqidah.
Kita tidak
membincangkan sesuatu persoalan dalam Islam secara berasingan. Muamalat sendiri
pada dasarnya mengandungi asas aqidah bukan hanya sekitar hubungan sesama
manusia sahaja.
Persoalan Islam perlu
dikembali kepada asasnya Islam iaitu
1. Konsep (definisi,
ciri-ciri dan darjah keyakinan) Islam, Iman dan Ihsan
2. Islam adalah sistem
yang menyeluruh (syumul), yang meliputi seluruh aspek kehidupan.
3. Al-Our’an yang
mulia dan Sunnah Rasul yang suci adalah tempat kembali setiap muslim untuk
memahami hukum-hukum Islam.
Sebenarnya, kita
memahami Islam bukan daripada kerangka pemikiran Islam itu sendiri. Kita
memahami Islam daripada konteks pandangan Barat yang membenci Islam dan orang
kafir yang mahu Islam bertapak di masjid dan atas kain sejadah sahaja.
Kita mesti mendahului
Islam dalam setiap perkara. Laksana Islam menjamin pelaksanaan apa kehendak
Allah dan apa kehendak manusia. Manakala pelaksanaan kehendak manusia belum
tentu pelaksanaan apa kehendak Allah.
Kemajuan dan
pembangunan adalah tugas mana-mana kerajaan. Ketinggian nilai-nilai keadilan,
kebebasan bersuara atau integriti adalah fitrah kemanusiaan mana-mana individu
bernama manusia. Cuma pelaksanaan Islam; syariah dan syiarnya hanya
dilaksanakan oleh orang tertentu yang teguh dengan imannya dan yakin kepada
Allah. Justeru, mereka memperjuangkan apa kehendak Allah dan Rasul-Nya dengan
tegas.
Kita mesti memahami
memilih Islam bermakna kita memilih pemimpin Islam yang bertaqwa, adil, amanah
dan berilmu yang akan memikul amanah ketuhanan dan rakyat. Pemimpin Islam
inilah yang menguruskan kemakmuran dan kesejahteraan rakyat.
Seseorang Islam yang
tulen mesti menyakini dan mengamalkan Islam sebagai satu cara hidup, satu
peraturan hidup dan satu penyelesaian kehidupan manusia.
Boleh ke Haji Hadi
menjadi Perdana Menteri Malaysia?. Kepimpinan negara adalah kepimpinan kolektif.
Ia melibatkan orang politik dan pegawai kerajaan. Perubahan kepimpinan
negara untuk mengubah dasar dan polisi.
Idea-idea, cadangan dan kerangka dasar dan polisi datang daripada pegawai
kerajaan yang sudah ditentukan apa objektif dasar dan polisi orang politik kehendaki.
Di Malaysia,
kemajmukan Masyarakat Malaysia bukan persoalan besar. Persoalan paling besar
terletak kepada kestabilan teras politiknya iaitu
Melayu-Bumiputera-Islam-Beraja. Itulah yang terkandung dalam Perlembagaan
Malaysia.
Politik Malaysia
bergantung kepada kekuatan teras politik Malaysia iaitu politik Melayu. Teras
politik Melayu dikuasai oleh UMNO. Penguasaan UMNO disebabkan UMNO ditubuhkan
oleh Kongres Melayu yang menghimpunkan organisasi-organisasi Melayu dan
individu-individu berpengaruh dalam Masyarakat Melayu. Justeru, UMNO adalah
wakil mutlak orang Melayu ketika itu kecuali kelompok nasionalis Melayu anti
feudal dan anti penjajah.
Ramai orang
berpendapat bahawa PAS adalah serpihan UMNO. Penulis berpendapat PAS adalah
sebahagian yang terdiri daripada para ulama yang telah bersama-sama menubuhkan
UMNO. Keluarnya mereka bukanlah menunjukkan mereka parti serpihan tetapi
penjenamaan semua kelompok ulama ke dalam parti baru. PAS bersaing dengan UMNO
untuk menentukan parti mana pilihan orang Melayu dalam menentukan teras politik
orang Melayu dalam kemajmukkan masyarakat Malaysia.
Pas mengunakan slogan
PAS Ganti UMNO (PGU) untuk mengantikan UMNO sebagai teras politik Melayu. Tun
Mahathir sendiri menubuhkan parti BERSATU sebuah parti politik berteraskan
Melayu bukannya parti pelbagai kaum padahal asas perjuangan penentangan Tun
Mahathir terletak pada Deklarasi Rakyat yang bersifat pelbagai kaum. Pengajaran
paling besar ialah Dato Onn Jaafar untuk cuba mengubah teras politik Melayu
dengan mewujudkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) tetapi gagal. Setelah gagal,
Dato Onn Jaafar sekali lagi menubuhkan sebuah parti berteraskan Melayu iaitu
Parti Negara.
UMNO akan terus
menipu dan memperbodohkan rakyat. Punbegitu ia tidak bermakna kita tidak boleh
menghampiri, bertemu muka atau berbincang dengan mereka. Mengubah manusia belum
cukup dengan kekerasan, persaingan, perlawanan kerana kita perlukan juga usaha
dengan pendekatan psikologi, perbincangan, pertemuan, kerjasama, teguran dan
nasihat. Bahkan usaha paling besar ialah berDOA agar ada perubahan pada hati para pimpinan yang
zalim, jahat dan bodoh itu.
Jangan jemu berusaha kerana kita mahu redha Allah dan syurga Allah di
akhirat bukan setakat kemenangan di dunia sahaja.
Seorang pemimpin
Ikhwanul Muslimin, Dr. Majdi al-Hilali menceritakan,
“Ada yang bertanya, bagaimana cara Islam akan terbentuk?. Islam akan
terbina dengan dua jalan; sama ada iman berpindah ke dalam hati-hati pemerintah atau pemerintah itu
berpindah ke tangan orang-orang yang beriman”
Jangan ingat usaha
kita menjayakan dakwah. Bergantunglah kepada Allah untuk mencapai kemenangan
Islam di dunia.
Batasan Kita Adalah Iman dan Akhlak Individu Bukannya Kumpulan
Kita.
Kita adalah individu.
Individu yang memiliki iman. Allah menilai dan menghakimi kita berdasarkan
iman setiap individu. Syurga atau neraka itu
bergantung kepada amalan seseorang individu bukannya keluarga, kumpulan dan
masyarakatnya.
Menyertai organisasi
Islam bukan menandakan dan menentukan bahawa kita sudah menjadi ahli syurga,
kita sudah Islamik dan quranik atau kita lebih Islam daripada orang Islam yang
lain.
Semua amalan kita bergantung kepada iman seseorang
individu bukannya organisasi atau kumpulan Islamnya.
Jadi, apa kelebihan
menyertai organisasi, jemaah atau gerakan Islam?
Kelebihan menyertai
organisasi Islam ialah [1] Dasar Islam membentuk pemikiran, pendirian dan
matlamat kita, [2] kepimpinan Islam dapat membawa kita kepada kehidupan yang
lebih Islami dan [3] suasana Islam yang menjaga kita daripada kemungkaran.
Jadi, adakah
menyertai organisasi atau jemaah Islam kita telah bebas daripada dosa?.
Bergantung kepada [1]
niat, [2] ikhlas, [3] amalan dan [4] akhlak seseorang individu. Perahu dah
bagus, memerlukan individu yang berkemahiran (berilmu) dalam mengemudinya.
Organisasi Islam adalah
ladang menambah pahala, wadah untuk berkhidmat dan berbakti kepada Islam
bukannya mengejar pangkat, jawatan, populariti dan habuan dunia.
Elemen kejahatan
nafsu, kepentingan diri, mengejar kuasa, harta dan keherotan niat terdapat
dalam gerakan Islam. Iblis itu ada dalam syurga dan menghasut Adam. Kita telah
diberi al-Quran dan as-Sunnah untuk menghindari syaitan jin dan syaitan manusia
yang hidup dan bercampur-gaul bersama-sama kita dalam jemaah Islam.
Dimana-mana ada
syaitan, jika mahu menyertai organisasi Islam, sertailah yang didalamnya ramai
ulama, orang bertaqwa dan orang soleh. Mereka manusia biasa yang banyak
kesilapan tetapi amal mereka lebih baik daripada kita. Kita ambil kebaikan dan
manfaat daripada mereka dan menolak keburukan yang mereka bawa.
Kebenaran itu pada
hujah ilmu bukannya pada orangnya; kehebatan bercakap; kelulusan; pakaian;
jawatannya. Ilmu itu diseimbangkan dengan akhlak. Ilmu dan akhlak umpama dua
kepak burung yang membawa terbang kebenaran menemui Tuhan-Nya. Tanpa salah satu
kepak, kebenaran tidak mampu terbang tinggi.
Walaupun kita berada
dalam sesebuah organisasi Islam, ikutilah syura kepimpinan. Jika tidak
bersetuju, maka berehat sementara daripada organisasi dengan melakukan
pendekatan dakwah yang lain.
Dalam berjemaah,
berhati-hati dengan pemimpin berhati singa dan syaitan. mereka suka
memperalatkan kita. Gunakanlah aqal kita dalam meneliti hujah-hujah mereka
kerana ramai pemimpin berwajah ulama mengunakan kefasihan lidah dengan ilmu
Islam untuk memperalatkan orang untuk kepentingan diri mereka sendiri.
Pilihlah Pemimpin Islam
Pidato KH. Hasan
Abdullah Sahal dalam acara Sujud Syukur 90 tahun Gontor. Tentang memilih
pemimpin.*
_"Kepada ummat Islam seluruh Indonesia. Kami
titipkan ummat ini kepada antum pondok modern Gontor dan para alumni-alumninya.
Pilihlah pemimpin-pemimpin yang menuju kepada kesurgaan kita semuanya. Kami
titipkan supaya anak-anak kita menyelamatkan bangsa ini dari neraka masuk
surga. Sejelek-sejelek muslim, senakal-nakal muslim. Securang-curang muslim,
kalau masuk penjara nanti mati masuk surga. Seadil-adil kafir, sejujur-jujur
kafir, sepintar-pintar kafir, sesantun-santun kafir, jadi menteri, masuk
istana, mati, masuk neraka."_
_"Sejelek-jelek muslim, senakal-nakal muslim,
masih punya jatah di surga. Sebaik-baik kafir ndak punya jatah di surga. Tapi
jangan lupa masih ratusan, ribuan, jutaan muslim yang adil, santun, demokratis,
dan sayang pada rakyatnya. Kita titipkan ummat ini pada bangsa kita untuk
memperjuangkan bangsa dan ummatnya."_
Baik-buruk seseorang pada
imannya. Baik-buruk seseorang perlu dinilai dengan kebenaran disisi Allah
bukannya penilaian diri manusia yang lemah. Penilaian disisi Allah terletak
pada iman seseorang. Pemimpin kafir sememangnya adil dan baik disisi kita
tetapi mereka zalim disisi Allah kerana tidak mengimani Allah dan Rasul-Nya.
Selemah-lemah dan
sezalim-zalim pemimpin tetapi masih beriman kepada Allah, kita perlu mentaati
mereka dengan sabar. Nasihati mereka dengan cara paling baik dan sopan. Jika
tidak mampu bersabar, turunkanlah mereka dengan cara paling baik dan paling
damai (demokrasi). Jika masih gagal, turunlah secara kekerasan jika mudharat
kekerasan itu tidak membawa mudharat yang lebih besar. Tetapi sesungguhnya SABAR terhadap pemimpin
yang zalim itu paling baik.
Percayalah, pemimpin
Islam yang zalim dan berada di negara Islam yang mundur itu lebih baik selagi
iman kita dapat kita kekalkan, ilmu Islam dapat kita perolehi dan amalan Islam
mudah dilakukan.
No comments:
Post a Comment