Saturday, November 05, 2016

Barat Bukan Tuan Kita



Oleh Mohamad Ridhwan Bin Alias

Pandangan kita seringkali mengelirukan.

Jika kita ditanya, tuan mahu pemerintah kafir yang memberikan keadilan dan kesejahteraan keseluruhan masyarakat atau pemerintah Islam yang lemah, zalim dan mengutamakan hanya masyarakat Islam?

Tiada jawapan bagi soalan yang tak betul

Bukan semua soalan ada jawapan.

Bukan semua soalan perlu dijawab. Banyak keadaan diam dan mengatakan tak tahu itu adalah jawapan terbaik.

Ada soalan yang keliru dan tidak betul  tidak perlu dijawab.

Kita lihat soalan di atas, wajarkah soalan di atas?. Kita melihat Islam dengan pandangan sebagaimana Barat memandang Islam secara negatif.

Pemerintah Islam yang mengikut al-Quran dan as-Sunnah secara automatiknya adalah adil, sejahtera dan mengutamakan Allah, Rasul dan rakyatnya. Ia tidak perlu dipersoalkan lagi kecuali pemerintah beragama Islam itu tidak mengamalkan Islam secara murni. Ia tidak boleh dipanggil pemimpin Islam yang zalim. Ia dipanggil seorang muslim yang zalim. Islam dengan zalim itu jelas kontranya.

Biar Allah Menghakimi Kita
Kita memerlukan kerangka pemikiran Islam yang jernih dalam membina kefahaman dan pandangan hidup yang benar. Jadikanlah al-Quran dan as-Sunnah sebagai pedoman dalam menghakimi cara berfikir dan cara hidup kita bukannya pandangan Barat.

Kita boleh belajar (berguru dan membaca buku) dari Barat tetapi jangan sesekali bertuankan mereka.

Bagaimanakah kita bertuhankan Barat?

Kita mengikut kehendak Barat secara langsung atau tidak langsung dengan menjayakan aspirasi dan impian mereka.

Kita mesti mengali telaga keilmuan Islam dan gunalah Islam untuk membentuk kerangka pemikiran dan pandangan hidup kita.

No comments:

Sebab-Akibat

Sebab-akibat antara elemen penting dalam ilmu sejarah. Pemikiran sebab-akibat ini penting bagi mengelakkan kita membuat ramalan dan andaian ...