Oleh Khalil Jibril
5/11/16
Secara mudahnya,
pendanaan asing ialah pembiayaan asing. Pendanaan asing boleh dibahagikan
kepada [1] dana/geran kepada individu dan sesebuah organisasi (aktiviti, media
dan pengurusan), [2] dalam bentuk biasiswa, [3] kursus jangka pendek atau
panjang di luar negara atau dalam negara dan [4] penataran (media, penerbitan
buku dan majalah, risalah, rancangan TV).
Kita lontarkan
persoalan, kenapa mereka memberi dana kepada organisasi tempatan?, mengapakah
organisasi tempatan meminta dana asing daripada organisasi antarabangsa
tertentu? dan kenapa organisasi asing itu aktif di negara kita?.
Kita mesti jelas
matlamat Barat ialah penguasaan ekonomi dan politik. Penguasaan politik melalui
penataran ideologi ke negara-negara tertentu. Tiga teras utama penataran
ideologi ialah [1] demokrasi, [2] hak asasi manusia, dan [3] kebebasan
(bersuara, berorganisasi, media massa dan lain-lain). Penataran ideologi secara automatiknya menghadapi
cabaran besar kerana ia berdepan dengan budaya yakni cara berfikir dan cara
hidup masyarakat tempatan.
Pertentangan paling
hebat dalam penataran ideologi ini ialah Islam. Islam bukanlah agama
sebagaimana difahami dan didefinisikan oleh Barat. Islam itu ialah satu cara
hidup yang menyebabkan umat Islam sukar dan menolak penataran ideologi yang
cuba mengubahkan kerangka pemikiran dan akhlak umat Islam yang bersumberkan
al-Quran dan as-Sunnah.
‘Ideologi’ yang saya
maksudkan adalah Barat. Barat bukan pada
kawasan geografi tetapi alam fikiran atau pandangan hidup. Pandangan hidup
Barat ada kerangka pemikiran yang tersendiri. Kerangka pemikiran Barat:
1. Kebenaran relatif.
Di Barat, mereka mencari-cari kebenaran. Mencari kebenaran di Barat lebih
penting daripada kebenaran itu sendiri.
2. Dualisme.
3. Keraguan
4. Sangkaan
Memahami Barat
memerlukan kita merenung secara holistik.
Dana untuk memberi
bantuan dan menyokong sesuatu agenda yang ditentukan oleh Barat. Justeru, kita
harus memikirkan apa yang NGO/Organisasi dana perlu setelah memperolehi dana
tersebut.
Biasasiwa untuk
melahirkan watak hero yang memenuhi aspirasi para pendana. Ada yang berjaya
menjadi hero atau juga tidak berjaya dikuasai.
Kursus jangka pendek
dan jangka panjang. Ia untuk melahirkan kader-kader kalangan anak muda.
Anwar Ibrahim
Prof. Madya Dr.
Muhammad Takiuyuddin Ismail, tenaga akademik di program Sains Politik Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM) menulis,
“Anwar Ibrahim diakui berperanan penting dalam lingkaran demokrasi
global dan bantuan demokrasi di Malaysia. Namun hubungan ini telah berlaku lama
sewaktu beliau berada dalam kerajaan lagi. Sikap pengkritik yang seringkali
“mengimaginasi” ancaman yang akan datang dari Anwar kesan dari hubungannya
dengan promoter demokrasi seperti AS dan Jerman telah “mencipta” reputasi yang
sebenarnya tidak dimiliki secara “real” oleh Anwar. Dengan kata lain, walaupun
sememangnya Anwar merupakan seorang yang disenangi dan berpengaruh dalam
kalangan elit politik AS dan antarabangsa, pengaruhnya sebagai aktor bukan
negara masih terbatas dan seseorang harus membezakan “gambaran sebenar” dengan
“gambaran yang diperbesarkan” sama ada oleh pengkritik, oleh AS atau oleh Anwar
sendiri. Jika seseorang membaca memoir beberapa pemegang jawatan politik utama
AS sejak tempoh pemecatan Anwar pada 1998 seperti Bill Clinton, Madeline
Albright, George W. Bush, Condolezza Rice dan Hillary Clinton, tidak ada satu
pun sebutan atau ulasan mengenai Anwar ada dikemukakan dalam karya-karya ini.
Malah, Malaysia secara umumnya tidak diberikan liputan dan jika ada, hanya
diberikan sepintas lalu dan kebanyakannya pula bukan dalam konteks demokrasi.
Petunjuk ini dalam takat yang tertentu dapat memberi gambaran mengenai
kedudukan sebenar Anwar Ibrahim dalam lingkungan elit politik AS dan sikap
sebenar AS terhadap Malaysia.” (Malaysiakini)
Kita tidak mengetahui
niat seseorang. Hanya dia dan Allah SWT yang tahu isi hati seseorang. Secara bersangka baik, kita boleh bersahabat
dan bergaul dengan sesiapa sahaja. Kita menilai manusia secara zahir- apa yang
dilakukan, diucapkan atau ditulis.
Banyak perkara, isi
hati dan pemikiran seseorang dapat diketahui dengan mengkaji apa yang diluahkan
melalui perbuatan, dengan siapa dia bergaul, siapa gurunya, buku apa yang
dibaca, tempat belajar, aliran pemikiran yang diikuti, pandangan, ucapan dan
tulisan mereka.
Tentang Anwar
Ibrahim, kita boleh menilai pemikiran dan tindakan beliau dengan melihat
ucapan, penulisan, pengaulan, organisasi yang disertai dan didokongi beliau,
buku dibaca dan pendirian beliau dalam sesuatu isu. Pembaca boleh menilai
sendiri siapa Anwar Ibrahim yang sebenarnya.
No comments:
Post a Comment