Tuesday, November 08, 2016

PRU Ke-14: Formula 1 lawan 1

Tanpa dalam satu gabungan dalam satu pakatan atau parti, formula 1 lawan 1 masih boleh berjalan.

Sebelum PR muncul, Pas, Pkr dan Dap bertanding di kawasan masing2.

Penulis  yakin pandangan Mursyidul Am akan formula 1 lawan 1 dan kenyataan Presiden yang Pas masih buka ruang  kerjasama atas dasar premis bertanding atas kerusi status quo pru 13.

Kemunculan parti Amanah dan Bersatu serta Warisan menyukar pembahagian kerusi pilihanraya. Apapun kita kena terima apa yang sudah berlaku.

  Saya  punya pandangan

1. Status quo kerusi pkr, pas dan dap dikekalkan sebagaimana pru 13.
2. Kerusi pas dibahagi kepada bersatu dengan formula 2 kerusi pas nisbah 1 kerusi untuk bersatu.
3. Kerusi pkr+dap diberi kepada amanah+ warisan atas formula tertentu.
4. Kerajaan bersifat hubungan longgar seperti kerajaan selangor boleh diwujudkan.

Permasalahan yang berlaku

1. Kesukaran sesetengah pihak menerima Tun Mahathir dalam kerjasama pakatan pembangkang.

2. Usaha YB Dato Husam Musa, Dato Cikgu Wan Abdul Rahim dan Amanah Kelantan yang bertekad menumbangkan Kerajaan PAS Kelantan atas dasar takut negeri tersebut jatuh ke tangan UMNO-BN. Perkara ini menyukarkan lagi hubungan PAS dengan Amanah.

3. Masyarakat Cina yang anti PAS..

4. Kemahuan PAS menuntut kembali kerusi PAS yang dibawa oleh bekas-bekas YB PAS yang menyertai Parti Amanah. Sudah tentu sukar YB Amanah melepaskan kerusi tersebut.

Buang ego fikir sejahtera rakyat
Negara parah rakyat rimas.

Harapan masih ada dihujung kegelisahan.

No comments:

Sebelum Loceng PRU 15 Melolong

 Sebelum Loceng PRU 15 Melolong a. Kerajaan 1. Kita perlu memahami bahawa kerajaan persekutuan pada hari ini berdiri atas sokongan para ahli...