Oleh Aku Dalam Chermin[1]
Era ledakan maklumat melalui gajet dan internet mewujudkan tsunami yang
menganasi iman dan adab-akhlak manusia. Gajet dan internet telah menjadi agen
pembudayaan yang cukup berpengaruh dalam mengubah corak berfikir, kehidupan
masyarakat, peradaban dan kebudayaan masyarakat dunia.
Antara impak era ledakan maklumat ini ialah pengukuhan pengaruh Sekularisme, Pluralisme dan Liberalisme atau
SEPILIS di negara-negara Islam.
Malaysia tidak terkecuali dalam perencanaan Barat menakluki dunia dengan
kebudayaan, ekonomi, politik dan pemikiran.
Sekularisme, Pluralisme dan
Liberalisme (SEPILIS)
SEPILIS antara buah pemikiran dan ideologi ciptaan akal-nafsu manusia
yang mendominasi masyarakat dunia pada hari ini. Antara ciri buah pemikiran dan
ideologi ciptaan mengikut kehendak akal-nafsu manusia ialah
1.
Menolak
kehadiran Tuhan dalam pemikiran dan pendekatan.
2.
Bersifat
dualisme dan menolak kebenaran mutlak serta menerima kebenaran relatif.
3.
Memenuhi keseronokan
akal-nafsu
4.
Membezakan
urusan peribadi dengan masyarakat
5.
Bersikap
menyisih atau menolak peranan agama
6.
Mencampur
aduk al Quran dengan pemikiran ciptaan manusia yang jelas menyeleweng daripada
ajaran al Quran sendiri.
Faham
|
Huraian
Ringkas
|
Sekularisme
|
Pandangan Muhammad Uthman el
Muhammady
1. secara mudahnya bermaksud dunia ini.
2. tidak kaitan dengan agama
3.tidak memperdulikan pertimbangan yang timbul daripada kepercayaan
kepada tuhan, alam abadi dan alam ghaib
|
Pluralisme
|
1.Semua tradisi agama adalah sama merujuk kepada hakikat tertinggi
yang satu
2.Semua agama adalah sama menawar jalan kepada keselamatan
3. Kebenaran itu adalah relatif
|
Liberalisme
|
1. Cenderung kepada kebebasan[2]
2. Pemerintahan demokratik
3. Individualistik
4. Rasional Akal dan Pragmatis
|
La Ilaha Illa’Llah: Pandangan
Hidup Seorang Muslim
Dalam setiap aspek kehidupan sama ada dalam sosial, ekonomi dan
politik, kelurusan aqidah-tauhid menjadi perkara paling utama. Kelurusan
aqidah-tauhid secara mudahnya kita meletakkan Allah SWT mendahului semua
perkara walaupun kita dilihat rugi di sisi manusia dan pandangan kita ditolak.
‘Dari Allah, Cara Ditentukan
oleh Allah, Untuk Allah’
Slogan di atas mengambarkan setiap sesuatu yang kita lakukan MESTI yang diperintahkan oleh Allah,
dilakukan dengan cara yang ditentukan
oleh Allah dan Rasul-Nya dan bertujuan untuk Allah. Kita hamba Allah hanya
layak melakukan segala yang diperintah oleh Allah sebagai tanda aras pengabdian
kita kepada-Nya.
Dalam melayari kehidupan ini, kita perlu beransur-ansur meninggalkan
sifat kejahilan yang ada pada diri kita dengan mengapai bahtera yang ditentukan
oleh Allah SWT iaitu Islam. Semakin berusia, semakin mendekati Allah dengan
jalan yang ditentukan oleh Allah bukannya mengikut logik akal kita dan kehendak
nafsu kita. Ketundukan kita kepada Allah, itulah Islam.
Jika kita seorang sekularis, pluralis, ateis, liberalis, punker, rocker
dan sebagainya, seharusnya kita meninggalkan ‘dunia-dunia ini’ untuk berada
dalam ‘dunia’ Islam. Manusia makhluk yang lemah, lalai dan banyak melakukan
kesilapan mesti insaf dan sedar bahawa kehidupan ini hanya sementara. Kita
tidak tahu bila kita meninggal dunia dan bagaimana kita mati. Justeru, sangat
wajar peningkatan usia perlu dijadikan tanda aras untuk kita insaf dan sedar
bahawa mati itu dekat dan Islam hanya satu-satunya jalan yang dapat mendekatkan
kita kepada Allah, Tuhan Yang Hak.
Para ulama terdahulu khususnya ulama nusantara seringkali menyatakan
kepentingan ilmu tauhid kerana ilmu ini menentukan darjat keimanan seseorang
kepada Allah SWT.
Sebagai seorang muslim, kita perlu memperkasakan akhlak dan
memartabatkan aqidah-tauhid kita. Dalam Manhalush
Shafi, Syeikh Daud al Fathani menyatakan tentang martabat tauhid yang
terbahagi empat martabat iaitu:
Pertama, Tauhid Uluhiyah
iaitu menafikan ketuhanan daripada segala yang lain daripada Allah SWT dan mengitsbatkan dia kepadaNya.
Kedua, Tauhid Af’al iaitu
menafikan fi’il yang hakiki daripada
segala yang lain daripada Allah SWT dan mengitsbatkan dia kepadaNya.
Ketiga, Tauhid Shifat iaitu
menafikan segala sifat yang hakiki daripada segala yang lain daripada Allah SWT
dan mengitsbatkan dia kepadaNya.
Keempat, Tauhid Zat atau Tauhid Wujud Haqiqi iaitu menafikan
wujud yang hakiki daripada segala yang lain daripada Allah SWT dan mengitsbatkan dia kepadaNya.
Tauhid yang empat ini terkandung dalam kalimah La Ilaha Illa’Llah. Kefahaman terhadap martabat tauhid ini
meningkatkan darjat keyakinan-keimanan kita.
Setelah kita beriman kepada Allah, jangan sesekali merosakkan iman.
Jika ia rosak, tanggungjawab besar kita mengembali iman ke dalam diri kita.
Jaga iman kita daripada rosak yakni kufur.[3]
Dalam Islam, jenayah paling besar adalah riddah iaitu keluar dari Islam. Jika tidak bertaubat, seseorang itu
boleh dihukum bunuh.[4]
Muhammadur Rasulullah: Nabi
Muhammad Insan Sempurna
1. Nabi Muhammad Adalah Manusia
Biasa
Nabi Muhammad SAW adalah manusia biasa.[5]
Baginda bukan manusia luar biasa yang magis atau malaikat. Dalam Perang Uhud,
Nabi Muhammad tercedera. Baginda makan, minum, beribadah dan berkahwin. “Sesungguhnya Nabi Muhammad ialah seorang
hamba, yang memiliki bagi dirinya sendiri [kuasa] memudaratkan dan
memanfaatkan, mati dan hidup kecuali apa yang Allah dikehendaki.”[6]
Kini ada satu aliran pemikiran yang mempertikaikan kewibawaan Nabi
Muhammad SAW. Mereka mempopularkan bahawa Nabi Muhammad SAW adalah manusia
biasa. Ia satu kenyataan yang benar tetapi tujuan yang jahat. Lihatlah
kenyataan kaum Nabi Nuh yang mempertikaikan Nabi Nuh.[7]
Begitu juga dengan tindakan kaum Nabi Syuaib[8].
Sememangnya para nabi dan rasul adalah manusia biasa. Cuma kita masih tidak
mendengar bahawa ada kalangan Umat Islam mengatakan baginda gila sebagaimana
dinyatakan oleh masyarakat Quraish.[9]
Antara orientalis yang menyerang keperibadian Nabi Muhammad ialah Gustav
Weil dan Alogs Spreangar. Isu yang seringkali dibangkit bahawa Nabi Muhammad
seorang histeria yang teruk dan kritikal. Tujuan mereka untuk menghina dan
menghakiskan kewibawaan dan kerasulan Nabi Muhammad SAW.
Nabi Muhammad SAW adalah manusia biasa tetapi unik dan istimewa. Unik
dan istimewa inilah yang membezakan baginda dengan manusia lain. Baginda adalah
Nabi-Rasulullah SAW yang memiliki mukjizat teragung iaitu al Quran. Bezanya dengan
manusia yang lain ialah, baginda menerima Wahyu[10]
daripada Allah SWT melalui Jibril.
Kita perlu memahami Rasulullah SAW dengan cara yang betul melalui
memahami kedudukan yang sebenar dan mengenali semua aspek kehidupannya agar
kita menyayangi dan mentaati ajarannya. Mengenali Rasulullah SAW yang paling
bagus melalui al Quran dan hadith. Menyayangi dan mentaati Rasulullah SAW
bermakna kita mentaati Allah.
Rasulullah SAW sendiri melarang pengagungan dan pemujaan melampau Umat
Islam kepada baginda sebagaimana yang dilakukan oleh Orang Nasrani terhadap
Nabi Isa AS. Nabi Muhammad SAW mengajar para sahabatnya mencintai Allah SWT.[11]
Justeru, Rasulullah SAW adalah manusia yang biasa tetapi istimewa.
Biasa kita tidak sama dengan biasa baginda. Oleh itu, marilah menjadikan
Rasulullah SAW sebagai suri tauladan kita dalam kehidupan.[12]
2. Nabi Muhammad SAW Sebagai Insan Sempurna Menurut Afzalur Rahman
Nabi Muhammad SAW merupakan manusia yang mempunyai tabiat semulajadi
seperti manusia yang lain. Tetapi baginda adalah manusia sempurna dari setiap
segi. Baginda telah membentuk satu prinsip kelakuan melalui kata-kata dan
amalan yang unik dan seterusnya menjadi contoh kepada manusia yang lain.
Nabi Muhammad SAW menerima manusia mempunyai keinginan dan kelemahan
dan menunjuk cara untuk memenuhi keinginannya disamping mengatasi kelemahan, ia
menaikkan darjat kemuliaan seeorang manusia saleh mengatasi malaikat. Nabi
Muhammad SAW sudah menampilkan contoh tauladan dalam kehidupan baginda
mentafsirkan al Quran melalui cara hidup seharian baginda. Mereka (kita semua)
perlu meneruskan kehidupan seharian tetapi hendaklah beriman kepada kekuasaan
dan keagungan Allah SWT. Manusia perlu menjadi hamba Allah yang mentaati Allah setiap masa, waktu dan
tempat.
Semua kerja seharian dan memenuhi keinginan diri merupakan satu
ketaatan dan kebaikan jika ia dilakukan berdasarkan perintah Allah SWT dan
Rasul-Nya. Dengan melakukan kerja dengan IKHLAS dan sepenuh hati kerana Allah,
seseorang akan mencapai darjat kerohanian yang tinggi dan pada masa yang sama
masih menikmati kehidupan seharian yang biasa bersama isteri dan anak-anak.
Tugas baginda terpenting ialah membetulkan kepercayaan kaumnya.
Kepercayaan paling buruk adalah syirik. Pembebasan manusia daripada syirik
adalah tugas utama para rasul.
Pada hemat penulis, Nabi Muhammad SAW adalah manusia biasa kerana
setiap amalan yang baginda lakukan adalah amalan yang mampu manusia lain
melakukannya. Baginda boleh dijadikan KPI dalam pembudayaan Islam dalam diri,
keluarga dan masyarakat. Perbezaan kita dengan Nabi Muhammad SAW ialah darjah
keimanan atau kerohanian yang tertinggi dalam kalangan manusia dan makhluk
Allah daripada kejadian Bumi sehingga Kiamat. Justeru, darjat keimanan ini
sewajibnya dibaiki dan dimunasabah akan terus meningkat sesuai dengan
peningkatan usia dan kematangan.
3. Sistem Kehidupan Yang
Ditunjuk Oleh Rasulullah
Syahadah kedua iaitu pengakuan kenabian dan kerasulan Nabi Muhammad SAW
mempunyai dua rukun. Al Isbat ialah dengan mensabitkan segala bentuk ibadat
dan peraturan hidup hanyalah berdasarkan kepada apa yang dibawa oleh Rasulullah
SAW dan tiada sebarang sistem lain yang boleh berkongsi dengannya. Rukun kedua,
menafikan segala sistem yang ditunjukkan
oleh selain baginda.[13]
Kehadiran pelbagai ideologi, pemikiran dan kebudayaan yang jelas
bertentangan dengan Islam WAJIB ditolak. Jika terjerumus ke dalam lubangnya,
panjat kembali kepada Islam.
Islam yang diamalkan perlu selaras dengan al Quran dan sunnah Rasul-Nya
bukannya Islam ikut-ikutan tanpa pengetahuan yang benar. Maulana Abu’l A’la al
Maududi menegaskan, Islam adalah sebutan terhadap pengetahuan dan tindakan mempraktiskan
pengetahuan tersebut. Pengetahuan dan tindakan mempraktiskan itu dapat
diperolehi daripada al Quran, hadith dan sirah baginda serta pengalaman sahabat
baginda.
Manusia Yang Terpengaruh Dengan
SEPILIS
Umat Islam pada hari ini mempunyai pelbagai latar belakang. Latar belakang
individu banyak mempengaruhi pemikiran mereka. Antara faktor disebabkan latar
belakang tersebut ialah
1.
Berasal
daripada bukan Islam terutamanya yang berasal daripada Barat. Latar belakang
mereka yang asali banyak mempengaruhi pemikiran mereka. Ia berlaku sebagaimana
munculnya kisah israliyyat.
2.
Orientalis
Bukan Islam yang mengkaji Islam
3.
Orang
Islam yang belajar di Barat. Keterujaan terhadap pemikiran Barat dan mahu
mengubah masyarakat dengan pemikiran Barat.
4.
Minoriti
orang Islam yang tinggal di negara Barat. Mereka cuba mentafsirkan agama
sebagai kehidupan mereka di negara Barat kepada masyarakat Islam di negara
majoriti umat Islam.
5.
Guru,
institusi, organisasi, buku dan tempat belajar juga mempengaruhi pemikiran
seseorang.
6.
Pemikir
dan pejuang Islam yang terperangkap dengan agenda Barat terutamanya yang
memcampur aduk pemikiran Islam dengan Barat dan menerima dana daripada Barat[14].
7.
Kelompok al indiyyah iaitu golongan yang menerima
kebenaran yang pelbagai berdasarkan sudut pandangan yang berbeza dan kadangkala
bertentangan.
Serangan Terhadap al Quran[15]
dan Hadith
Orientalis Barat telah menyediakan tapak-tapak untuk intelektual anak
didik mereka meneruskan perjuangan mereka di tanah air masing-masing. Mereka
cuba menyerang dan menggugat dua tunjang utama sumber ilmu Islam iaitu al Quran
dan hadith.
Serangan terhadap al Quran dengan mengemukakan pandangan orientalis[16]
dan tokoh Islam bahawa al Quran perlu [1] disusun semula, [2] ditafsir semula
dan [3] kritikan terhadap ketulenan al Quran. Pandangan [1] pernah disuara oleh
tokoh-tokoh Islam seperti Agus Salim yang mahu al Quran disusun mengikut
kronologi ia diturunkan. Pandangan [2] dianuti dan dilemparkan oleh tokoh-tokoh
liberal seperti M. Amin Abdullah.[17]
Pandangan [3], kebanyakannya para orientalis Barat seperti John Pitt,[18]
Goldziher Margelot dan George Sale.
Antara orientalis terkenal dalam
yang mengkaji al-Qur’an ialah Abraham
Geiger (1874),[19] Theodor
Noldeke,[20] Friedrich
Schwally,[21] Arthur
Jeffery,[22] Gerd A.
Puin,[23]
dan Christoph Luxenberg.[24]
Anak murid dan pengekor orientalis mahu mengunakan metodelogi
pentafsiran hermeneutik dalam
mentafsirkan al Quran. Metodelogi ini digunakan digunakan oleh ahli teologi
Kristian dan Yahudi untuk memahami teks bible.Tujuan utama hermeneutik menurut Encyclopedia Britannica, edisi 15 (1995)
ialah untuk mencari nilai dan kebenaran bible. Perkara ini menunjukkan bahawa
ahli teologi Kristian dan Yahudi mempunyai masalah dengan teks-teks kitab suci
mereka.[25]
Perkara ini membezakan dengan al Quran bahawa semua orang Islam sepakat bahawa
al Quran adalah kalam Allah, diabsahkan kedudukannya dan tidak mempunyai
masalah dengannya.
Orientalis Barat yang mengkaji dan mendalami pengkajian hadith pula
ialah A. J Wensinck, A. Sprenger, I. Goldziher, J. Horovitiz, T.W Juynboll,
Edward E. Esalisbury, O.V. Hondas, L. Krehl, W.M.Watt, J. Schacht, J. Robson
dan lain-lain. Mereka mengkritik isnad, penulisan hadith, hadith dan tokoh.
Orientalis Barat mengkritik ketulenan dan autoriti hadith dan
mengkritik pengajian hadith. I. Goldziher sebagai contoh mengatakan
masyarakat Islam abad pertama ialah
1.
Masyarakat
Islam yang jahil terhadap agama, dalam praktis dan aqidah
2.
Islam
dapat disesuaikan dengan ideologi bersistem.
I.Goldziher dan A. Guilllaume meragui keabsahan hadith yang dihafaz dan
sistem pengajian hadith secara lisan lebih kurang 100 tahun.
Allah memimpin kefahaman ilmu kepada umat Islam. Islam itu adalah
sumber ilmu. Kenyataan bahawa masyarakat Islam abad pertama adalah jahil agama,
dalam praktis dan aqidah adalah satu dakwaan jahat. Wahyu pertama konsep IQRA
membuktikan bahawa ketamadunan Islam bermula dengan ilmu dan membaca.
Generasi awal Islam terkemuka dengan sifat genius, bertaqwa, berwibawa
dan kuat ingatan. Mereka juga menulis hadith-hadith Rasulullah SAW pada
lembaran-lembaran atau sahifah
peribadi. Antara sahabat Rasulullah SAW tersebut ialah Abdullah Bin Amru dengan
al Sahifah al Sadiqah dan Abu
Hurairah dengan al Sahifah al Sahihah.
Generasi awal Islam mempunyai kaedah menerima dan meriwayat hadith yang
tegas. Antara prinsip yang mereka pegang ialah [1] mengurangkan riwayat,
[2]Teliti menerima dan meriwayat hadith, [3] Menghalang sahabat yang menjadi
perawi daripada menyatakan hadith yang tidak sesuai diriwayatkan kepada
masyarakat umum, [4] Menghadkan hanya yang benar-benar berminat dan thiqah mendengar hadith, [5] Tidak
berbohong atas nama dan diri Rasulullah dan [6] hadith yang disampaikan perlu
mempunyai kesaksian sebagai bukti tidak bersendirian meriwayatkan hadith.
Pada abad pertama Hijrah, berlaku perkembangan dalam ilmu pengajian
hadith. Perkembangan bertambah rancak dan terserlah pada zaman Khalifah Umar
Abdul Aziz apabila beliau mengarahkan Abu Bakar bin Hazm mengumpul dan mencatat
hadith Rasulullah SAW mengunakan kaedah ilmu pengajian hadith tertentu.
Pengajian bersanad melalui ilmu riwayah dan dirayah banyak membantu keabsahan
dan ketulenan hadith.
Kewibawaan guru menjadi kekuatan paling besar dalam keabsahan dan ketinggian
pengajian hadith sehingga melaberak para orientalis Barat.
Menyatakan Islam dapat disesuai dengan ideologi bersistem adalah satu
dakwaan yang dangkal kerana Islam adalah addin
iaitu satu sistem peraturan hidup/cara
hidupa dan aqidah.
Ulama Bukan Pewaris Nabi
Hakikat ilmu menurut Al-Imam Ibnu Rajab al-Hanbali rahimahullah pernah
berkata :
1.
Bukanlah ilmu itu dinilai dengan banyaknya
riwayat.
2.
Bukan
pula dengan banyak berkata-kata.
3.
Tetapi
ilmu itu adalah cahaya yang Allah letakkan di dalam hati seseorang.
4. Melalui cahaya tersebut, seseorang hamba dapat
memahami jalan kebenaran.
5. Dengan ilmu tersebut juga, seseorang itu dapat
membezakan di antara kebenaran dan
kebatilan.
"Ya Allah, kurniakanlah
kepada kami ilmu yang bermanfaat dan amal soleh yang diterima di sisi-Mu."
Pada zaman sekarang, ramai agamawan bersifat jahat atau su. Mereka juga dikenal agamawan berbaju
‘Islamis’ berjiwa ‘orientalis’. Mereka terpengaruh dengan
agenda Barat dan termakan budi seseorang, organisasi atau pemberi dana. Ada kalangan mereka bertujuan baik untuk
mengislah umat Islam tetapi mengunakan pendekatan atau pemikiran hasil kerangka
pemikiran para orientalis atau pemimpin kalangan musuh Islam. Agamawan
seumpama ini tidak memahami dengan jelas hakikat ilmu sebagaimana saranan
Al-Imam Ibnu Rajab al-Hanbali rahimahullah di atas.
Hakikat ilmu menurut Imam al Muhasibi ialah
1.
Hendaklah
kamu bersifat benar dalam
pencarianmu, pasti engkau mewarisi ilmu yang mendalam
2.
Hendaklah
kamu mencari ilmu yang membawa engkau
kepada taufik yang suci, kejayaan orang berilmu ialah beramal dan takut
kepada Allah.
3.
Kefahaman
mengikut tahap akal dan ilmu seseorang, maka dengan tahap kefahaman itulah menunjukkan tahap taqwa
dan takutnya seseorang kepada Allah.
4.
Allah
mengurniakan akal dan menghidupkannya dengan ilmu sesudah memperolehi iman dan
ditunjukkan kepadanya keyakinan, carilah
kebaikan dalam bertaqwa dan ambillah ilmu daripada orang yang takut kepada
Allah
Menurut Imam al Muhasibi lagi, akal perlu ditemani oleh perkara di
bawah, jika tidak akal ditewaskan oleh nafsu. Perkara itu ialah:
1.
Melebihkan
TAAT daripada MAKSIAT
2.
Melebihkan
ILMU daripada KEJAHILAN
3.
Melebihkan
AGAMA daripada DUNIA
Hakikat ilmu sebenarnya membawa
akal dan diri kita kepada taqwa dan takut kepada Allah SWT. Ulama dan penuntut ilmu tidak boleh
membiarkan diri mereka tewas kepada nafsu mereka.
Menurut Imam al Ghazali, hakikat ikhlas ialah
menjadikan segala amalan kita hanya untuk Allah SWT dan hati engkau tidak
merasa senang dengan pujian manusia dan engkau tidak peduli dengan kecaman
mereka. Tanpa ikhlas, amalan adalah sia-sia.
Hakikat amal pada niatnya. Niatnya lebih baik daripada amalnya. Amalan adalah buah iman yang dibajai
oleh niat yang benar. Belum betul-betul beriman jika belum mendorong orangnya
bekerja bersungguh-sungguh untuk beramal. Iman merupakan keyakinan tentang
kebenaran sesuatu, ketenangan hati menikmatinya dan keinginan untuk berjuang
menyampaikannya kepada orang lain.
Hakikat amal
dirosakkan oleh rosaknya hati.
Menurut Imam al Muhasibi, punca rosaknya hati ialah meninggalkan muhasabah dan terpesona dengan panjang angan-angan,
maka apabila seseorang ingin kebaikan hatinya berdiri bersama iradah dan di
sisi khuatir (ilham), maka ambillah apa yang datang dari Allah SWT dan
tinggalkan yang datang dari selain-Nya, tanganilah panjang angan-angan dengan
mengingati mati. Perkara sia-sia dan angan-angan bergerak dari hati kepada
telinga, mata, lidah, tangan-kaki, makanan, pakaian dan tempat tinggal.
Sesetengah ulama dan lulusan pengajian Islam yang terpengaruh dengan
SEPILIS gagal memahami hakikat ikhlas, hakikat ilmu dan amal sehingga mencari
jalan dan alasan membenarkan hujah-hujah kelompok SEPILIS. Mereka dikhayalkan
oleh pembaharuan/reformasi dan pembangunan yang menghilangkan ketakutan kepada
Allah dan mengikis akidah umat Islam. Tindakan mereka dilihat baik di sisi
manusia bukan Islam tetapi merugikan umat Islam.
Contoh, penolakan pelaksanaan perundangan Islam dengan pendekatan
maqasid syariah. Pada hari ini, kelompok SEPILIS mengunakan pendekatan 2 + 1
dimana satu pihak [1] secara keras menentang perundangan Islam. Satu pihak [2]
lagi mengunakan pendekatan sederhana dimana mereka tidak menolak tetapi
mengemukakan alasan untuk menangguhkan pelaksanaan dengan hujah-hujah Islami.
Penghujahan kelompok SEPILIS [2] telah mengelirukan umat Islam kerana
ia selari dengan pendirian kelompok Islam daripada mazhab maqasidi. Lebih sukar
apabila kedua-dua kelompok ini bersatu dengan tujuan dan kefahaman ilmu yang
sama tetapi niat yang berbeza.
Perbezaan kelompok SEPILIS [2] dengan kelompok Islamis mazhab Maqasidi
ialah
1.
Kelompok
Maqasidi masih mengakui dan berniat melaksanakan perundangan Islam tetapi waqi’ masih belum bersedia.
2.
Kelompok
Maqasidi mengamalkan Islam sebagai Addin
dalam kehidupan seharian termasuk dalam pemikiran dan gaya hidup mereka.
3.
Kelompok
Maqasidi masih berpegang kepada kesyumulan Islam berbanding kelompok SEPILIS
[2] berpegang kepada perkara yang menguntungkan kelompok mereka sahaja.
Kenapa perundangan Islam perlu dilaksanakan di Malaysia?. Persoalan ini
jelas bertentangan dengan kelompok Islamis Mazhab Maqasidi. Jawapannya ialah
1.
Pelaksanaan
perundangan Islam tertakluk kepada orang Islam sahaja. Ia dilaksanakan di
negeri Kelantan dan Terengganu dimana perundangan ini telah dimasukkan ke dalam
undang-undang negeri.
2.
Hendak
dilaksanakan di negeri majoriti umat Islam iaitu Kelantan dan Terengganu. Di
Kelantan, rakyat secara majoriti dalam sistem demokrasi telah memilih PAS dan
dasarnya yang mahu melaksanakan perundangan Islam.
3.
Perundangan
Islam adalah perjuangan yang cukup lama dari segi sejarah dan melalui kajian
yang cukup banyak.
4.
Dari segi
sejarah, perundangan Islam sudah lama bertapak dalam Kesultanan Melayu dan
dimansuhkan oleh penjajah British.
5.
Paling
tepat, ia ‘PERINTAH’ Allah SWT.
Lakukan tanpa ALASAN.
Masalah yang kebarangkalian timbul yang melambatkan pelaksanaan
perundangan Islam ialah
1.
Kemudahan
prasarana
2.
Pengetahuan
rakyat yang minima
3.
Tindak
balas kerajaan Persekutuan
4.
Permasalahan
teknikal dari segi undang-undang dalam sistem perundangan tersebut
Setiap perbezaan perlu berada dalam konteks ilmu dan adab. Kunci utama dalam konteks ilmu dan adab ini
ialah saling hormat menghormati antara
satu sama lain. Perbezaan pendapat/pandangan ulama dalam konteks ilmu
adalah rahmat buat umat Islam. Perbezaan ini bukan sepatutnya membawa ke arah
perbalahan tetapi membuka ruang lebih kepada memudahkan orang ramai dalam
beramal. Perbezaan perlu dalam konteks adab. Jika perbalahan terkeluar daripada
konteks adab, orang ramai boleh
mengambil ilmu daripada seseorang ulama tetapi menolak perbalahan dan sifat biadab ulama tersebut.
Perbalahan antara ulama perlu ditangani
dengan baik sebagaimana sifat hormat menghormati antara Imam Ibnu Taimiyyah
dengan Imam Nawawi yang hidup sezaman. Kita tidak menafikan ada permusuhan
antara ulama sehingga berlaku memperlekehkan sesama mereka. Sebagaimana contoh,
permusuhan di antara dua anak murid hebat Imam al Hafiz Ibn Hajar al Asqalani
iaitu Imam Jalaludin as Suyuti dengan Imam Sakhawi.
Kecelakaan paling besar kepada seseorang ulama ialah [1] menyeleweng
daripada aqidah Islam yang benar, [2] mencampur aduk antara kebenaran dan
kebatilan, [3] tidak berakhlak dan tidak warak, [4] mempergunakan agama Islam
untuk kepentingan diri, organisasi dan keluarga, [5] berada dalam kumpulan anti
Islam seperti kelompok SEPILIS, [6] tahu tetapi tidak beramal, beramal tetapi
tidak istiqamah dan [7] menjauhi lapangan dakwah dan masyarakat miskin dan [8]
menjadikan diri mereka sebagai ikon yang ditaksub dan popular.
Kita sebagai orang awam tidak
perlu membenci ulama kerana membenci ulama bagaikan membenci sebahagian
daripada Islam. Kita perlu
mengambil kebaikan dari segi akhlak yang baik dan ilmu yang bermanfaat daripada
para ulama dan menolak keburukan, kelemahan, kesilapan dan kelalaian para
ulama. Kita ambil kebaikan daripada Imam al Ghazali dan Imam Ibn Taimiyyah dan
menolak perbalahan antara mereka.
Ilmu Yang Bermanfaat
Percayalah, ilmu ada kekananan dan keutamaan yang perlu lebih
diutamakan. Jangan sesekali kita terperangkap dalam ‘perangkap kepalsuan elmu’ yang khayali. Ilmu tidak bertepi luasnya, ia
menyebabkan kaki kita tidak berpijak ekoran khusyuk membaca dan berwacana. Akal
merajai ilmu sehingga kita lupa bahawa Allah Memimpin Ilmu.
Tidak salah kita mempelajari ilmu-ilmu bersifat duniawi selagi kita
meletakkan Allah memimpin ilmu yang kita tekuni. Maksudnya, tujuan ilmu yang
kita pelajari adalah untuk kembali
mendekati Allah dan untuk kemajuan umat Islam. Tiga sifat utama yang perlu
ada pada penuntut ilmu ialah
1.
Tujuan
untuk pengabdian diri kepada Allah
2.
Untuk
kemajuan umat Islam
3.
Praktikal
pada diri bukan sekadar pengetahuan untuk dibaca atau diwacana sahaja.
Manfaat ilmu terasa apabila kita semakin mendekati Allah SWT,
mengamalkan Islam dengan lebih baik dan ilmu bukan lagi bualan-sembang wacana
nan kencang. Ilmu perlu berpijak kepada realiti kehidupan dan diamalkan di luar
bilik kuliah. Dalam kitab Ayyuhal Walad,
Imam al Ghazali menyatakan ilmu tanpa
amal ialah gila dan amal tanpa ilmu pula ialah sia-sia.
Berilmu bermakna kita telah memilih jalan dan pandangan/mazhab untuk
diri kita. Justeru, jangan sesekali kita mencampur adukkan pemikiran dan
kefahaman SEPILIS dengan Islam. Apatah lagi SEPILIS lebih mendominasi daripada
Islam dalam pencampuran pemikiran dan kefahaman tersebut baik dalam penulisan
dan lisan. Tiada sebahagian-sebahagian Islam melainkan
sifat orang munafik. Islam mesti diterima secara keseluruhan atau syumul
dan kita wajib menolak campur aduk antara kebenaran dengan kebatilan.[26]
Kita menolak tempelan ideologi pada Islam kerana ia lebih membawa
fitnah yang lebih besar kepada Islam walaupun kita menghormati pandangan
sesetengah sarjana atau ulama Islam menerima atas nama dakwah dan kepentingan
tertentu. Istilah seumpama Sosialisme Islam, Islam Hadhari, Muslim Moderat dan
lain-lain mewajarnya kita tolak kerana Islam difahami melalui kacamata yang
salah dan mengelirukan.
Tokoh panutan bagi seorang yang matang ialah Rasulullah SAW. Tiada
selain baginda. Pemikiran dan gaya hidup Rasulullah SAW terdapat dalam al Quran
dan al Sunnah. Seorang yang matang dalam beragama perlu menolak bertauladan
tokoh lain selain Rasulullah SAW. Tokoh seumpama Karl Marx, Che Guevara, Noam
Croamsky dan lain-lain wajar ditolak pemikiran dan budaya hidup mereka.
Tersihir Dengan Tokoh
‘Dengan Cak Nur kita mudah
tersihir dengan cungkilan pendapat intelektualisme dan retorik-pidato yang
bersemangat boleh menarik jiwa sang pendengarnya’
‘Dajal Penyihir yang menyihir
manusia mendekatinya. Berhati-hatilah’
Kita akan membicara persoalan pemikiran dan aqidah seseorang bukannya
akhlak seseorang. Ada kalangan kita akhlaknya terpuji tetapi aqidah dan
pemikirannya rosak dimamahi parasit SEPILIS. Mubaligh Kristian cukup sopan
santun dalam misinya tetapi aqidahnya rosak. Pengaulan kita dengan kelompok
SEPILIS sungguh rapat dan baik, mereka cukup terbuka dan ramah tetapi aqidah
dan pemikiran mereka telah rosak. Maka, berhati-hatilah bersahabat.
Ilmuwan dan pemimpin SEPILIS bukanlah sebarangan orang. Ilmunya tinggi,
terpelajar, genius, berakhlak terpuji dan profesional. Dr Mukti Ali, Dr Harun
Nasution, Dr Nurcholish Majdid, Ulil Abshar Abdalla dan lain-lain terkenal seorang
genius dan pandai berhujah-retorik. Hujah mereka kelihatan benar tetapi
tujuannya palsu.
Kalau kita mendengar pidato, kuliah atau ceramah pemimpin yang handal
dalam retorik, bersemangat berapi-api, kaya dengan permainan bahasa dan istilah
dan pandai menyusun lelucon, kita akan mudah terpesona dan tersihir dengan diri
pengucap tadi. Pemimpin yang handal berucap di Malaysia seperti Anwar Ibrahim,
Abdul Hadi Awang, Mohamad Sabu dan Siddiq Fadzil.
Begitulah jua jika kita mendengar ceramah, kuliah atau membaca tulisan
Nucholish Majdid atau Cak Nur, nescaya kita mula tersihir kagum dengan
kehebatan retorik, berbau intelektualisme dan pemilihan kata yang menarik.
Pada zaman yang mementingkan populariti, setiap aspek kehidupan
selebriti adalah ikutan walaupun aspek tersebut bertentangan dengan ilmu dan
akhlak. Pendapat popular atau daripada tokoh popular itu tidak semestinya
benar. Kepercayaan berdasarkan populariti dan materialistik menanda pra zaman
kemunculan Raja Populariti iaitu Dajal yang dilaknat oleh Allah SWT.
Berteman SEPILIS
Di Malaysia, kelompok SEPILIS terbahagi 3 kumpulan iaitu bergerak
secara NGO, berada dalam parti pemerintah atau institusi kerajaan dan sebagai
parti pembangkang. Walaupun mereka berada dalam kumpulan yang dilihat
bertentangan, tetapi hasrat dan kehendak akal-nafsu mereka adalah sama.
Mereka mempunyai dua aliran pemikiran iaitu [1] totok SEPILIS dan [2]
pembaharu jadian. Pembaharu jadian
bermaksud mereka berjuang untuk Islam tetapi membawa agenda SEPILIS secara
sedar atau tidak sedar. Mereka ingat mereka reformis, moderat dan progresif
tetapi mereka mabuk dengan pemikiran ciptaan Barat yang memcampur-adukkan
antara kebenaran dan kepalsuan, dualisme kebenaran dan kesesatan kefahaman metafizika.
Kelompok Pembaharu Jadian perlu memahami kenyataan Imam al Muhasibi
yang cukup menarik, ‘Maka sesiapa yang
Allah SWT lapangkan dadanya dengan iman dan sampai kebenaran dalam hatinya,
serta mencintai untuk mendampingi Allah, pasti dia akan melazimi jalan orang yang berakal dengan menjaga batas-batas
syariat yang terkandung dalam al Quran dan sunnah Nabi-Nya yang mulia dan apa yang disepakati
oleh orang-orang yang mendapat hidayah di kalangan imam-imam[27]
[ surah al An’am: 153]’.
Kelompok Pembaharu Jadian jangan sesekali teruja dan dicandui oleh buah
pemikiran yang dicanang oleh pihak Barat yang tidak beriman dan bersunat itu.
Apabila Barat mengemukakan konsep masyarakat sivil, kita bersorak dan berkokok
dengan dengan konsep masyarakat sivil atau masyarakat madani. Apabila Barat
memperkenalkan konsep Muslim Moderat, berkokoklah kelompok Pembaharu Jadian
dengan konsep Muslim Moderat dan Demokrat Islamis. Kelompok Pembaharu Jadian
perlu mengikuti pihak yang dicirikan oleh Imam al Muhasibi seperti di atas
iaitu:
1.
Kelompok
melazimi jalan orang berakal dengan menjaga batas-batas syariat yang terkandung
dalam al Quran dan al Sunnah.
2.
Orang
yang mendapat hidayah di kalangan imam-imam[28].
Pada hari ini, kelompok SEPILIS dalam NGO dan dalam parti politik
bersatu atas nama kemanusiaan, menghapuskan korupsi/rasuah, kronisme dan
nepotisme, menegakkan keadilan, memperjuangkan suara rakyat, menyelamatkan
Malaysia dan menumbangkan pemerintah yang korup dan zalim. Gerakan Islam mula
difitnah dengan pelbagai tohmahan dan diperangkap dalam politik
retorik/persepsi. Perang persepsi melalui media sosial dan media maya telah
banyak memburuk citra perjuangan gerakan Islam. Perjuangan Islam mula
dibandingkan dengan perjuangan yang disifatkan atas nama keadilan dan rakyat.
Keadilan dan rakyat perlu diutamakan daripada perjuangan Islam.
Perjuangan Islam adalah perjuangan rakyat dan keadilan. Perjuangan atas
nama rakyat dan keadilan belum tentu Islam.
Perjuangan rakyat pada hari ini adalah perjuangan mencari seorang pemimpin yang boleh memimpin umat Islam
dan rakyat Malaysia ke arah lebih sejahtera.
Perjuangan mencari pemimpin disebabkan oleh parasit KKN[29]
mula menyusup masuk ke semua organisasi termasuk dalam gerakan Islam. Pemimpin
yang dicari mempunyai ciri di bawah:
1.
Bertaqwa
2.
Berakhlak
3.
Berprestatif
4.
Berpengetahuan
5.
Mempunyai
keupayaan menyatukan atau aura seorang pemimpin
Pemimpin ini perlu disokong oleh permuafakatan rakyat. Muafakat Rakyat
adalah inspirasi daripada hasrat Tun Abdul Razak semasa menubuhkan Barisan
Nasional dimana beliau cuba menyatukan semua pihak ke dalam sebuah organisasi
yang bersama-sama membentuk kerajaan atau Kerajaan Tanpa Pembangkang. Cuma idea
Tun Abdul Razak gagal apabila parti-parti tertentu menyambut dingin hasrat Tun
Abdul Razak.
Politik Islam-Melayu yang menjadi teras kestabilan dan kesejahteraan
Malaysia sedang diancam dan diselamatkan oleh sistem demokrasi sendiri. Politik
Islam-Melayu diancam disebabkan oleh [1] perpecahan dalaman orang Islam dan
Melayu, [2] kemunculan sentimen wilayah dan perkauman, [3] kelemahan
pemerintah, [4] kemunculan sentimen dinasti diraja, dan [5] kelemahan
menghadapi acahan/desakkan pihak non muslim dan bangsa bukan Melayu.
Sistem demokrasi melalui pilihanraya hampir menganggu gugat kestabilan
politik teras Islam-Melayu apabila individu yang beragama Islam dan Melayu
dalam kelompok SEPILIS didalam parti politik pelbagai kaum membolehkan mereka
bertanding di kerusi majoriti orang Melayu. Walaupun orang beragama Islam dan
berbangsa Melayu, jatidiri-jiwa mereka bukan lagi Islam-Melayu tetapi SEPILIS
sama dengan orang non muslim-bukan Melayu.
Penulis bukanlah mahu bersifat rasis tetapi ingin menyatakan realiti
rakyat bawahan yang jurang perkauman semakin meluas. Tanpa kestabilan politik
teras Islam-Melayu, negara boleh terjerumus ke lembah persengketaan antara kaum
dan kewujudan kerajaan persekutuan yang lemah.
Kesimpulan
Berteman SEPILIS boleh menyebabkan kita terjerumus ke dalam lubang
SEPILIS. Kita adalah siapa sahabat kita dan apa yang kita baca. Maka,
berhati-hatilah.
Ilmu akidah menentukan arah keyakinan kita dalam Islam. Ilmu akidah
perlu membentengi dan mendepani pemikiran dan kebudayaan hidupa kita agar tidak
terpengaruhi dengan unsur-unsur yang membolehkan diri kita kufur seterusnya ke
neraka. Carilah guru yang berwibawa.
Berhati-hati dan teliti dalam menuntut ilmu. Bukan semua ilmu yang
dituntut itu boleh diamalkan kecuali ilmu itu bersumberkan al Quran dan Sunnah
Rasul-Nya. Ilmu itu adalah agama. Justeru, ilmu itu bagaikan pisau yang
menghiris memberi kita sesuap makanan atau membunuh kita. Sesuai dengan
kata-kata Ibnu Sirin;
‘Seseungguhnya ilmu ini adalah AGAMA
maka perhatikanlah daripada siapa kamu mengambil agama kamu’
Jika belajar dengan kelompok SEPILIS tanpa sedar dan tanpa iman, kita
boleh membawa diri kita ke dalam keterujaan pemikiran, keterbukaan yang
pragmatis dan kecanduan wacana sehingga menggugat iman kita.
Berhati-hatilah.
[1] Seorang penuntut ilmu dan
peminat buku. Nota ini tidak boleh dijadikan rujukan ilmiah. Nota ini sesuai
sebagai bacaan pengenalan sahaja.
[4] Mastika Hadith, Jilid
1, keluaran JAKIM. Lihat juga, Said Ibrahim, Pelaksanaan Hukuman Hudud, KL: Darul Ma’rifah, 2000.
[14] Pencampuran pemikiran ini
mengakibatkan pemikiran terpinggir dan kekeliruan dalam mencari kebenaran.
[16] Pemerhatian orientalis terhadap al-Quran bermula dengan kunjungan
Paderi Venerabilis, Ketua Gereja Cluny, ke Toledo pada abad ke-XII. Dia telah membentuk dan
membiayai suatu tim penerjemah yang ditugaskan menerjemahkan serangkaian teks
Arab yang secara keseluruhan akan merupakan usaha ilmiah bagi para missionaris
Kristian yang berurusan dengan Islam. Hasil kerja tim ini dikenali sebagai Cluniac Corpus,
yang kemudian tersebar luas, tetapi tidak digunakan secara menyeluruh, hanya bahagian-bahagian
yang memiliki manfaat langsung dan berguna dalam polemik yang dieksploitasi
serta dikutip tanpa komentar.
[18] Dia mengatakan bahawa al-Quran bukan wahyu Allah SWT, lebih berat dia
mengatakan bahawa al-Quran adalah merupakan kumpulan cerita dongeng dan legenda
palsu yang penuh dengan pertentangan dan membingungkan antara ayat satu dengan
ayat lainnya. Lebih parah lagi mereka membuat kesepakatan bahwa Nabi Muhammad
bukanlah Nabi yang menerima wahyu dari Tuhan. Lihat dalam “A true and faithful account of reliion and manner of Muhammadens”
[19] Geiger seorang pemimpin gerakan reformasi Yahudi di Jerman telah
mengemukakan teori pengaruh Yahudi terhadap al-Quran. Menurut Geiger, ajaran
Muhammad meminjam dari agama Yahudi. Kata-kata yang terdapat di dalam al-Qur’an
seperti Tabut, Taurat, Jannatu ‘Adn,
Jahannam, Ahbar, Darasa, Rabani, Sabt, Taghut, Furqan, Ma’un, Masani, Malakut
berasal dari bahasa Ibrani. Selain itu, hal-hal yang menyangkut keimanan dan
doktrin, hukum-hukum, moral, pandangan tentang kehidupan dan cerita-cerita yang
ada di dalam al-Quran, tidak terlepas dari pengaruh agama Yahudi. Mengenai
ayat-ayat di dalam al-Quran yang mengecam Yahudi, Geiger berpendapat bahwa
kecaman itu disebabkan Muhammad telah menyimpang dan salah mengerti tentang
doktrin-doktrin agama Yahudi.
[20] Pada tahun 1860, Noldeke telah menulis tentang sejarah al-Quran (Geschichte des Qorans). Dalam karya ini,
Noldeke berusaha mengubah semula sejarah al-Quran. Buku Noldeke ini kemudian
diedit dan dikaji semula secara berkumpulan oleh beberapa Orientalis terkemuka
Jerman dan dikerjakan selama 68 tahun sejak edisi pertama dan selama 40 tahun
kemudian muncul buku edisi kedua. Hasilnya sehingga hari ini buku ini menjadi
karya rujukan utama dalam masalah sejarah kritis penyusunan al-Quran bagi para
Orientalis.
[21] Anak murid Noldeke mengkritik pendapat gurunya. Menurut Schwally,
Islam lebih dipengaruhi oleh agama
Kristian bukannya agama Yahudi.
[22] Pada tahun 1937, Jeffery menngubah suai Mushaf Utsmani dan membuat
mushaf baru. Orientalis Australia ini ingin mengubah suai teks Al-Qur’an
berdasarkan Kitab al-Mashahif karya
Ibn Abi Dawud al-Sijistani yang ia anggap mengandung bacaan-bacaan tandingan
dalam mushaf (yang ia istilahkan dengan ‘rival
codices‘). Usaha Jeffery ini meneruskan usaha Gotthelf Bergstraesser dan
Otto Pretzl yang pernah bekerja keras mengumpulkan berbagai foto
lembaran-lembaran (manuskrip) Al-Quran dan berbagai sumber seperti buku-buku
tafsir, hadis, kamus Qiraat dengan tujuan membuat edisi kritis Al-Quran tetapi
gagal.
[23] Mendakwa bahawa dia telah
menemukan manuskrip lama di Yaman yang konon mengandung qira’ah yang lebih awal
dari qira’ah tujuh yang terkandung dalam Mushaf Utsmani. Manuskrip tersebut
mengandung qira’ah yang lebih banyak dari qira’ah tujuh, sepuluh, atau empat
belas.
[24] Nama sebenarnya adalah Ephraem Malki. Dia mendakwa bahawa Al-Quran
hanya boleh dimengerti kalau dibaca sesuai dengan bahasa asalnya, iaitu Syro-aramaic (bahasa Aramaic dalam
dialek Syriac).
[27] Orang yang menjadi ikutan
dikalangan para ulama yang bertaqwa dan berilmu termasuk Imam Abu Hanifah, Imam Shafie dan sebagainya.
[28] Orang berilmu, bertaqwa
dan saleh dalam Islam. Orang yang berjasa dan terbukti ketinggian darjat
Islamnya.
No comments:
Post a Comment