Oleh Khalil Jibril
11/11/16
“seorang anggota-simpatis PAS bercakap berapi-api tentang
Islam tetapi tak solat’
‘Seorang anggota DAP berapi-api bercakap tentang maqasid
syariah tetapi tak berkhatan, lebih tepat tidak beriman’
Jika kita berkehendak penyelesaian Islam, ia perlu datang
bersekali dengan darjah ketaqwaan dan keimanan.
Seseorang yang
bercakap tentang Islam tetapi meringankan aspek taqwa adalah pejuang dan
pendokong Islam yang palsu. Mereka inilah yang lebih tepat digelarkan keldai
mempergunakan agama.
Seseorang bukan Islam
menolong pejuang Islam, dia tetap tidak beriman dan tidak merasai iman serta
tidak menyakini Allah selagi tidak mengucap syahadah. Mereka bercakap dari segi
ilmu-ilmu Islam tetapi tidak menyakini Allah dan Rasul-Nya, ia adalah perbuatan
sia-sia.
Penyelesaian Islam dan kepentingan taqwa
ini juga boleh menjadi tanda aras kita menilai betapa komitmen seseorang itu
mahu Islam atau hanya bersandiwara sahaja.
Sabda Rasulullah SAW,
‘Akan lahir suatu kaum pada akhir zaman, mereka itu
muda-muda, bodoh cita-cita, mereka berkata dengan ucapan sebaik-baik manusia,
mereka membaca al-Quran namun iman mereka tidak melebihi tenggorok-tenggorok
mereka. Mereka keluar dari agama sebagaimana keluarnya anak panah dari busurnya.
Maka, dimana sahaja kamu bertemu mereka, hendaklah kamu bunuh mereka kerana
sesungguhnya di dalam membunuh mereka itu ada pahala bagi membunuh mereka itu
di sisi Allah pada hari kiamat (Riwayat Bukhari dan
Muslim)
Fahami konsep Islam,
Iman dan Ihsan dan terapkan dalam kerangka pemikiran Islam kita. Tanpa konsep
Iman, Islam dan Ihsan, pemikiran umat Islam pada hari ini mengelirukan dan
menyesatkan. Kita akan memahami Islam secara yang salah.
No comments:
Post a Comment