Tuesday, November 01, 2016

Keganasan Global: Perang Proksi Antara AS-Pivot vs China-OBOR



Penyusun: Mohamad Ridhwan Bin Alias

“Jangan bimbang tentang Amerika. Kita yang memiliki Amerika. Dan selama ini saya fikir memang kita menguasai negara itu’ –Ariel Sharon, Perdana Menteri Israel, 2001.

 Pengeksportan ideologi dan penguasaan ekonomi membangkit pelbagai masalah yang boleh menggugat kesejahteraan dan kemakmuran dunia. Kemuncak kepada kedua-dua permasalahan ini adalah kewujudan perang. Perang sendiri telah menjadi satu proses penyusunan dan penstrukturan semula politik dan ekonomi dunia mengikut kehendak Barat. Perkara ini sebenarnya menjadi punca keganasan global.

Penstrukturan semula dunia yang boleh disifatkan sebagai Orde Baru Dunia dilakukan setelah keruntuhan rejim komunis di seluruh dunia terutamanya tumbangnya Soviet Union, runtuhnya tembok Berlin dan dasar keterbukaan ekonomi China. Fokus utama penguasaan sumber ekonomi petro-dolar dan penataran ideologi.

Kemunculan Kelompok Neo-Konservatif (Neo-Con) Dalam Politik Amerika Syarikat
Para sarjana dan pengkaji seringkali mengunakan istilah Neo-Konservatif atau neo-con dirujuk kepada sekelompok manusia yang berpengaruh dalam pembentukan dasar dan polisi Amerika. Merekalah yang merancang melahirkan neo-imperialisme kuasa Amerika. Pada pandangan penulis, apa jua nama, asal usul kepada fenomena keganasan global ini terletak pada tangan sekumpulan ‘Elit Bangsawan Kapitalis Yahudi’ yang berada disebalik tabir menyusun atur dunia. Merekalah disebalik tabir Barat terutamanya Amerika.

Kehendak kelompok Elit Bangsawan Kapitalis Yahudi digerakkan oleh ahli politik, pembuat dasar, sarjana, pemikir, parti politik, institusi pemikiran, universiti, NGO dan syarikat-syarikat. Antara pemikir kelompok neo-con ialah Max Singer (pengasas Institut Hudson)[i], Richard Perle,[ii] Gary Schmitt (Projek PNAC[iii]), Michael Rubin, David Wurmser dan Michael Ledeen. Tulang belakang dalam kelompok Demokrat ialah Michael O'Hanlon (Institut Brookings), Yakub Sullivan (pemikir utama Projek 'Amerika Pacific Century’ -Pivot). Dikatakan ada lebih kurang 40,000 ribu orang pelobi tetap yang mengerumuni anggota Kongres Amerika.

Menurut Michael Coorbett dalam bukunya, Religion and Politics in the United State kekuatan pelobi orang Yahudi dijayakan oleh beberapa faktor. Pertama, orang Yahudi rata-rata mempunyai pendapatan yang tinggi serta kemajuan yang luar biasa. Sebahagian besar billionair Amerika ialah orang yahudi. Kedua, mereka menguasai politik Amerika di seluruh negeri di Amerika. Ketiga, tumpuan orang Yahudi di New York iaitu kota berpengaruh besar dalam politik di Amerika. Keempat, mereka memiliki akses terhadap Kongres dan Rumah Putih. Edward Said dalam bukunya Blaming The Victim mengungkap kekuatan orang Yahudi terletak penguasaan mereka terhadap media massa yang berpengaruh di dunia. Syarikat petroleum dunia seperti Exxon Mobil, Texaco, BP Amoco dan Royal Dutch/Shell yang berada dalam penguasaan Rockefeller dan Rothschild.

Dari Timur Tengah Ke Asia Pasifik
Tumpuan permulaan ialah Timur Tengah dengan alasan [1] Perang Anti-Penganas dan [2] pendemokrasian. Timur Tengah merupakan lubuk petroleum-dollar yang merupakan penjana utama ekonomi kapitalis Barat.

Peristiwa serangan pengganas ke atas World Trade Centre (WTC) di New York pada 11 September 2001 menyebabkan Amerika mengisytiharkan perang terhadap terorisme global. Osama Ben Laden, al-Qaeda dan Taliban menjadi kambing hitamnya. Afghanistan diserang. Perang Terhadap Terorisme menjadi modal atau tiket bagi Amerika menyerang atau menggugut negara-negara lain. Dimana ada keganasan, disitu ada Amerika.

Afghanistan diserang atas alasan al-Qaeda, Osama Ben Laden dan Taliban. Iraq diserang atas alasan Saddam Husein dan penyimpanan senjata berbahaya. Fitnah yang dilakukan oleh Barat ialah untuk menghalalkan penaklukan negara terbabit yang kaya dengan minyak dan strategik untuk laluan petroleum.

Perang proksi berlaku di Timur Tengah ekoran daripada Arab Springs iaitu kebangkitan rakyat yang dahagakan kebebasan dan demokrasi dengan menentang para diktator. Kejatuhan para diktator bukanlah kejayaan pengeksportan demokrasi ke negara tersebut tetapi kegagalan para diktator memenuhi kehendak Barat. Yaman, Iraq, Syria, Mesir, Syria, Tunisia, dan Libya berada dalam keadaan tidak stabil dan sengsara.

Kejatuhan Muammar Ghadafi dan Saddam Husein disebabkan oleh petro-dolar dalam keadaan terancam. Ghadafi ingin menukarkan dolar kepada emas manakala Saddam Husein tidak mahu menggunakan dolar.[iv]

Iraq selepas era Saddam Husein mengalami episod duka yang berpanjangan. Negara ini difitnah memiliki senjata berbahaya dan demokrasi untuk menghalalkan penjarahan Barat. Negara yang kaya dengan petroleum menghadapi kestabilan politik yang rapuh, konflik sesama sendiri berterusan dan kesejahteraan rakyat telah diragut. Petroleum dihisap dengan tamak oleh para kapitalis.

Muammar Gadhafi ditangkap dalam terowong dan dihina oleh para penduduk Libya. Libya juga mengalami krisis politik dengan permintaan autonomi dan kemerdekaan sesetengah wilayah, hasil petroleum diratah oleh syarikat-syarikat gergasi dan negara berada dalam situasi tidak stabil.

Kejatuhan para diktator dan percubaan menjatuhkan mereka dengan memberontak atau secara bersenjata dan konflik telah menghasilkan konflik dalaman yang tidak berkesudahan. Rakyat terbanyak menderita dan kesejahteraan negara diragut oleh pengaduhan dan peperangan sesama sendiri.

Ketidak-stabilan politik mula bertiup ke Asia Pasifik, gagasan Pivot Untuk Asia dan Perjanjian Ekonomi Tran Pasifik (TPPA) oleh Amerika Syarikat dan OBOR oleh China bakal membawa negara-negara Asia Pasifik bah dunia keseluruhannya ke dalam persaingan sengit China dengan AS sehingga boleh mencetuskan konflik [1] ketenteraan dan [2] kewujudan blok ekonomi.

America Pacific Century: Medan Perang Proksi Baru?
Asia Pasifik menjadi wilayah persaingan Amerika Syarikat dengan China. Persaingan ini melibatkan persaingan ekonomi dan politik yang boleh menjerumuskan kepada peperangan. Kedua-dua kuasa besar ini bermain serampang dua mata  iaitu kepentingan politik dan ekonomi. Pendekatan tarik dan lepas tali kedua-dua buah kuasa besar dalam perhubungan ekonomi dan politik cukup menarik untuk dikaji. Mereka dilihat saling perlu memerlukan tetapi pada masa yang sama adalah ‘musuh ketat’.

Asia Pasifik menjadi hidangan istimewa kerana  ekonomi dan strategi politik. Pada tahun 2016, Tabung Kewangan Antarabangsa membuat unjuran kadar pertumbuhan ekonomi dimana kadar pertumbuhan ekonomi Asia Pasifik akan berkembang sebanyak 5.3% berbanding unjuran pertumbuhan ekonomi global iaitu 3.2%.

Gugusan Kepulauan Spratly menjadi kawasan tuntutan China. China telah membina lapangan terbang tentera mereka. Kepulauan Spratly juga dituntut oleh Brunei, Malaysia, Vietnam, Filipina dan Taiwan.[v] Kawasan gugusan Kepulauan Spratly sangat strategik dari segi ketenteraan dan sumber ekonomi. Kawasan ini dikatakan mempunyai sumber petroleum yang banyak dan sangat sesuai untuk industri pelancongan serta perusahaan burung walit.

Amerika cuba bertapak kembali di Filipina dengan permohonan mewujudkan kembali pengkalan tentera di Filipina. Presiden Filipina yang baru menolak permintaan Amerika. Filipina adalah sekutu rapat Amerika  dilihat bermasalah apabila Presiden baru Filipina, Presiden Rodrigo Duterte bersikap dingin dalam hubungan diplomatik dengan Amerika. Pada 20 Oktober 2016, Presiden Rodrigo Duterte telah menandatangani satu perjanjian dengan China, Presiden China, Xi Jinping.

Di Vietnam, Rusia memohon untuk mewujudkan pengkalan tentera. Pemerintah Vietnam menolak permohonan Rusia. Vietnam dicengkam ekonomi oleh Amerika Syarikat. Eksperimen memasuki dunia ekonomi kapitalisme menyebabkan Vietnam terperangkap dalam perangkap ekonomi kapitalis dunia. Bank Dunia, IMF, bank-bank, Kelab Paris dan syarikat-syarikat antarabangsa memeras ugut ekonomi Vietnam antara menerima tawaran ekonomi dengan melakukan pembayaran atau diseksa melalui tindakan ekonomi. Hanoi sendiri terpaksa membayar hutang Vietnam Selatan kepada Amerika.[vi] Vietnam membayar hutang kepada Amerika yang mereka tewaskan!. Begitulah keanehan dunia.
Di Thailand, pendirian Raja Thailand yang baru boleh menentukan hala tuju hubungan diplomatik antara China atau Amerika. Raja Thailand sebelum ini pro Amerika.

Ancaman Kuasa Ekonomi Baru Dunia
Brazil, Rusia, India dan China (BRICs, istilah dicipta oleh Jim O’Neil pada tahun 2001 – kemudian ditambah dengan Afrika Selatan) dilihat berpotensi menjadi kuasa ekonomi baru dunia. Penubuhan Pertubuhan Kerjasama Shanghai (Shanghai Cooperation Organisation-SCO) atau Shanghai Pact menjadi medan perbincangan dan kerjasama persoalan ekonomi, politik dan ketenteraan menjadi mimpi ngeri kepada Amerika Syarikat. SCO dianggotai oleh China, Kazakhstan, Republik Kyrgyz, Rusia, Tajikistan, Uzbekistan, India dan Pakistan. Keadaan ini dilihat memberi cabaran kepada Amerika Syarikat.

Kekuatan ekonomi Negara BRICs dan gabungan negara SCO bakal menggugat Amerika Syarikat. Menurut Bank Dunia, pada tahun 2008, KDNK China sahaja bernilai $4.6 trilion. Pada akhir tahun 2014, ia adalah bernilai $ 10.4 trillion. Berlaku peningkatan hampir 130 peratus dalam tempoh enam tahun manakala pertumbuhan ekonomi India pada tahun 2008 hingga 2014 meningkat sebanyak 65% kepada $ 2 trilion. Goldman Sachs mengunjurkan gabungan KDNK keempat-empat negara BRICs iaitu China, Brazil, Rusia dan India boleh mengatasi gabungan KDNK negara G7 menjelang tahun 2035. Kekerapan kemelesetan ekonomi global akhir-akhir ini menyebabkan keberangkalian pencapaian tersebut semakin cepat iaitu menjelang tahun 2027.

Ekonomi China diperkukuh dengan kewujudan Regional Comprehensive Economic Partnership (RCEP) dengan Negara-negara ASEAN + India, Korea Selatan,Jepun, Australia dan New Zealand. Selain China, Rusia juga membina kekuatan sendiri dengan menubuhkan Kesatuan Ekonomi Eurasia (EEC) yang disertai oleh anggota awal seperti Rusia, Belarus dan Kazakhstan.

SCO dan BRICs menjadi kumpulan yang kuat akan memberi kekuatan kepada China untuk menandingi AS. China kaya dengan petroleum dan simpanan dolar. China mengasaskan Asian Infrastructure Investment Banking (AIIB) dengan modal 1 billion Yuan untuk menandingi Bank Pembangunan Asia (ADB) milik Bank Dunia. AIIB juga alternatif kepada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Di Benua Afrika, pelaburan China berlaku cukup pantas dengan pertumbuhan ekonomi sebanyak 50% dalam setahun. Sebanyak 48 buah negara di Benua Afrika mempunyai hubungan diplomatik dengan China. Dalam perjanjian kemuncak tahun 2006 antara Afrika-China, Kerajaan Cihina menawarkan $5 billion dalam bentuk pinjaman dan kredit kepada negara-negara Afrika, menubuhkan dana sebanyak $5 billion untuk merangsang pelaburan China di Afrika, melupuskan hutang negara Arika dengan China dan melatih 15000 profesional kalan penduduk benua Afrika.

            Gabungan SCO-BRICs dan EEC jelas mampu menewaskan ekonomi Amerika dan Kesatuan Eropah. Kekuatan SCO-BRICs-EEC terletak pada China dan Rusia.

.Pivot Amerika Syarikat (Pivot)
Projek Pivot Untuk Asia dibincangkan secara meluas setelah Presiden Obama mengumumkan dalam ucapanya di Parlimen Australia pada tahun 2011. Antara tujuan Pivot untuk melakukan pengimbangan semula pengaruh Amerika di Asia Pasifik setelah banyak memberi tumpuan di Timur Tengah.

Banyak pihak menyatakan bahawa Pivot bertujuan mengepung atau mengekang China daripada mendominasi ekonomi dan tentera di Asia Pasifik. Ia melibatkan pergerakan tentera ke rantau Asia Pasifik. Menurut Panglima Pasukan Pasifik Tentera AS Laksamana Samuel J Locklear III, pengimbangan semula itu sebenarnya digunakan untuk memastikan kepada rakyat Amerika bahawa Asia dalam keadaan stabil. Ia bukan ancaman kepada negara-negara Rantau Asia Pasifik terutamanya Negara China tetapi peluang untuk kerjasama negara-negara Asia Pasifik dalam melahirkan lingkungan yang lebih aman dan stabil.

Sayap ‘ekonomi’ utama Projek Pivot ini ialah TPPA adalah singkatan bagi Trans-Pacific Partnership Agreement, satu perjanjian yang diketuai oleh Amerika Syarikat dan melibatkan 11 negara lain termasuk Malaysia. Negara yang terlibat dalam perjanjian ini ialah Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Vietnam dan Amerika Syarikat. Tujuan TPPA membolehkan setiap negara ahli bebas berniaga di pasaran negara ahli lain. Ini bermakna TPPA akan mengurangkan halangan perdagangan dan mewujudkan satu standard yang sama kepada 12 negara yang terlibat.
 Image result for pivot to asia

Apa yang menimbulkan persoalan tentang TPPA adalah semua perbincangan dibuat secara rahsia dan semua teks perbincangan adalah rahsia sehinggalah selepas empat tahun perjanjian itu dimeterai. China tidak termasuk dalam perjanjian ini. Ini mewujudkan persoalan adakah benar TPPA sayap Pivot melawan OBOR?.

Pada 2013, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengkritik TPPA dengan menyifatkan perjanjian itu sebagai perkongsian tidak sama rata. Antara kenyataan beliau dalam blognya:
"Apabila penyangak mata wang menyerang kita dengan tujuan untuk mendapatkan kawalan ke atas ekonomi kita, kita menentangnya kerana pada masa itu kita masih bebas.”
"Tetapi selepas kita menandatangani TPPA, kaki dan tangan kita akan terikat. Tiada lagi kawalan modal. Kami akan dijajah lagi. Presiden Sukarno memang betul tentang neo-kolonialisme,"
"Mereka memperkenalkan perjanjian perdagangan bebas dua hala. Kemudian mereka mempromosi dunia global, dunia tanpa sempadan di mana wang mereka boleh masuk ke mana-mana, memusnahkan ekonomi dan kemudian tarik keluar”

One Belt One Road (OBOR)
Pada tahun 2013, Presiden China iaitu Xi Jinping membentangkan rancangan Silk Road Economic Belt dan 21st Century Silk Road atau lebih dikenali sebagai One Belt One Road (OBOR). One Belt One Road memberi maksud One Belt iaitu (Silk Road) laluan sutera, sementara One Road pula merujuk kepada (Maritime Road) iaitu laluan laut yang pernah dipelopori semasa era Dinasti Ming ketika zaman Zheng He ataupun Cheng Ho. Laluan laut ini merentas daripada China ke Asia Tenggara sehingga ke pantai Timur Afrika. Secara geografinya projek OBOR ini akan menghubungkan jalan darat dan jalan laut. Di mana jalan darat melalui Silk Road Economic Belt akan menghubungkan China, Asia Tengah, Rusia dan juga Eropah.
Image result for obor china 
Dengan OBOR, kepimpinan China mengejar tiga matlamat utama:
1.    kepelbagaian ekonomi
2.    kestabilan politik dan
3.    penguasaan politik global

Dari perspektif ekonomi, China berusaha membangunkan perdagangan baru, pasaran dan sumber tenaga yang akan memberi impak kepada pertumbuhan ekonomi dan mengurangkan kebergantungan kepada kuasa besar yang lain.  Pengalaman dikecewakan dalam krisis ekonomi dunia tahun 1997 telah memberi pengajaran berguna kepada China mengumpul rizab mereka sendiri.

Kerajaan China berusaha menguasai nadi ekonomi sesebuah negara. Mereka membeli aset-aset strategik negara terbabit seperti kawasan perlabuhan, landasan kereta api, jalan raya, lapangan terbang, stesen janakuasa tenaga, kawasan galian minyak dan gas asli. Dengan kekuatan rizab tunai China yang banyak iaitu sebanyak 12 trilion digunakan dalam pelaburan OBOR, mereka cuba menukar rizab tunai tersebut kepada aset-aset.  Kerajaan China juga cuba membeli bond-bond sesebuah negara.

Kekuatan perniagaan, pelaburan dan kewangan Negara China berupaya menggugat negara-negara lain. Negara China antara negara pemiutang yang paling besar di dunia.  Apabila Norway menganugerahkan pembangkang Cina Liu Xiaobo Hadiah Nobel Keamanan pada tahun 2010, China secara mendadak menurunkan pembelian ikan salmon dari Norway dan menghentikan rundingan perdagangan. Apabila ketegangan meningkat antara Filipina dan China berhubung pertikaian wilayah di Laut China Selatan, China biarkan pisang Filipina membusuk di pelabuhannya.

Dari segi politik, kepimpinan China berharap inisiatif OBOR dapat mewujudkan kestabilan politik wilayah Barat China dan  menyelesaikan masalah sempadan dengan Pakistan dan Afghanistan. China telah meningkat pelaburan infrastruktur di kawasan lingkaran OBOR.

Matlamat menyeluruh OBOR adalah penglibatan aktif China bahagian aktif dalam politik antrabangsa. China mahu memainkan peranan yang membina dalam pembaharuan sistem antarabangsa. OBOR membolehkan kepimpinan China bercakap tentang sebuah "komuniti matlamat yang sama", strategi “kerjasama menang-menang”, "kemajuan dan kemakmuran bersama" dan juga menegakkan prinsip PBB tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara lain.

Modal sejarah dan jaringan diaspora Cina di luar negara menjadi kekuatan mengukuhkan dan menjayakan OBOR. China mengembalikan semula kegemilangan negara China mengikut ukuran sejarah perdagangan mereka zaman dahulu. Sebagai contoh, mahu menguasai wilaya-wilayah yang dikunjungi oleh Laksamana Cheng Ho.
Jaringan diaspora Cina (huq qio) digerakkan melalui sentimen kecinaan, kongsi gelap dan persatuan-persatuan Cina (perkauman, keluarga dan perniagaan). Ia selaras dengan konsep ‘pulang ke pangkuan Maharaja’ iaitu satu kesetiaan dan ketaatan kepada Tanah Besar China. Dimana-mana ada diaspora Cina, disitulah tanah-tanah (wilayah) dikuasai oleh China. Sebagai contoh, keluarga Tanoto telah menyumbangkan dana berjumlah RMB 100 juta kepada projek latihan dan pembangunan OBOR. Keluarga Tanoto adalah keluarga diaspora Cina yang menetap di Indonesia yang menguasai banyak sektor ekonomi Indonesia.

Pivot vs OBOR: Malaysia Menjadi Kambing Hitam?
Dari segi sejarah, Malaysia dianggap sebagai wilayah ke 19 China. Dibawah adalah cebisan tulisan Ustaz Asyraf Farique,
Rupert Emerson pada tahun 1934 menulis dalam sebuah makalah berjudul, ‘The Chinese in Malaysia’, di mana Tanah Melayu pada waktu itu dianggap sebagai wilayah ke 19 negara China. Wilayah ke 19 itu diistilahkan sebagai tera irredenta atau secara umumnya lebih difahami sebagai sebahagian daripada wilayah yang belum lagi ditebus sebagai hak milik. Hal ini juga disebutkan dalam buku ‘The Formative Years of Malaysian Politics’ tulisan Charles Shumaker yang menyebut ada propaganda yang mengatakan bahawa Tanah melayu akan dijadikan wilayah ke 19 oleh China. Beliau juga memetik kata-kata Gabenor Guillemard yang berkongsikan tulisan dalam Trivial Fond Records 8 tahun selepas bersara (Pesuruh Jaya Tinggi British di Malaya pada tahun 1920)”

Hubungan ekonomi dan diplomatik antara Malaysia dengan China semakin aneh selepas kehilangan MH370 yang melibatkan ramai penumpang dari China. Malaysia bagaikan terpaksa hadiah Panda dari China dengan perjanjian yang tidak menguntungkan.

Mutakhir ini, syarikat-syarikat besar  dari China datang melabur ke Malaysia secara besar-besar. Mereka cuba menguasai aset-aset negara. Malaysia seronok dengan pelaburan ini. Keanehan berlaku apabila syarikat-syarikat in membuat pinjaman dengan bank Malaysia di Malaysia bukannya membawa nilai wang mereka melabur di Malaysia.

Dewan Rakyat diberitahu pelaburan langsung asing dari China dalam sektor perkilangan dari 2009 sehingga 2015 berjumlah RM13.6 bilion.

Portal Asia Sentinel mendakwa Kerajaan Malaysia telah meminta China membantu melindungi kerugian 1MDB. Syarikat milik Kerajaan China, China Communications Construction Company (CCCC)[vii] telah membayar AS$850 juta ke atas aset 1MDB. CCCC dianugerah kontrak penbinaan landasan rel keretaapi East Coast Rail Line (ECRL). CCCC juga mendapat pengecualian GST dan cukai pendapatan selama 10 tahun.

China Railway Group Ltd. (CREC) akan melabur sebanyak AS$2 bilion (RM8.12 bilion) untuk membina pusat serantaunya di Bandar Malaysia di sini.[viii]

China Communications Construction Company Ltd (CCCC), sebuah firma nasional dan anak syarikatnya, China Harbour Engineering Company Ltd, (CHEC) berminat untuk membida projek kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Malaysia-Singapura.[ix]

Memorandum Persefahaman (MoU) antara syarikat Malaysia dan China. Ini termasuk penandatanganan MOU antara Schneider Electric (China) Investments Co Ltd dan Curtin University, Sarawak mengenai Projek Ladang Solar, antara Metro Kajang dan Guoao Investment and Development Co Ltd mengenai projek pembangunan teknologi hijau dan antara Imaprima Sdn Bhd dan China Triumph International Engineering Co Ltd mengenai projek klinker simen.[x]
Sektor hartanah mencatatkan pelaburan terbesar di Iskandar Malaysia dengan 33.4 peratus atau RM35.1 bilion diikuti sektor pembuatan sebanyak RM33.9 bilion. Sejak akhir-akhir ini, Iskandar Malaysia telah berjaya menarik beberapa pelaburan besar dari syarikat China seperti pelaburan RM900 juta dari Country Garden Holdings Co Ltd di Iskandar Waterfront.
Selain itu, pada Disember tahun lepas, UEM Land Holdings telah menandatangani perjanjian dengan Chinamall Holdings Pte Ltd untuk membangunkan pusat pameran dan perdagangan bernilai RM562 juta di Nusajaya.

Iskandar Investment Berhad (IIB), yang bertanggung jawab membangunkan Medini, Nusajaya juga telah menandatangani perjanjian dengan pelabur hartanah daripada China.
Ia termasuk perjanjian pemaju hartanah China, Zhuoda Real Estate Group untuk membangunkan projek komersil dan perumahan bercampur yang mempunyai Nilai Pembangunan Kasar (GDV) RM2.5 bilion.[xi]

 MoU yang ditandatangani mengesahkan daya tarikan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) sebagai sebuah hab pelaburan antarabangsa. Ini termasuklah perjanjian antara dua pelabur baru dari China dan Malaysia yang telah memberi komitmen untuk melabur sebanyak RM1.58 bilion (USD395 juta) di Taman Industri Kuantan Malaysia-China (MCKIP) di Zon Ekonomi Khas ECER (ECER SEZ) yang merangkumi Pelabuhan Kuantan, Kuantan, Gambang dan Pekan, Pahang. Dengan usaha sama yang terbaru ini, jumlah pelaburan yang berjaya dibawa masuk kini meningkat kepada RM15.08 bilion (USD3.77 bilion).
Antara pelabur yang baru termasuklah Guangxi Investment Group Co., Ltd., yang akan melabur sebanyak RM580 juta (USD145 juta) untuk membina kilang pengeluaran komponen aluminium dan LJ Hightech Material Sdn. Bhd., yang akan melabur sebanyak RM1 bilion (USD250 juta) untuk membina sebuah pusat pengeluaran berasaskan teknologi tinggi bagi menghasilkan panel konkrit untuk industri pembinaan dan serbuk getah yang diaktifkan. Kerja-kerja pembinaan untuk projek-projek ini di MCKIP dijangka bermula secara berperingkat pada suku pertama 2017. Apabila siap kelak, projek ini dijangka akan menyediakan lebih 3,000 peluang pekerjaan untuk masyarakat setempat.”[xii]

Menurut Cai Zemin, Pengurus Besar Kereta Api China di Malaysia berkata sebuah Bandar bawah tanah terbesar di dunia akan dibina di Bandar Malaysia. Cai Zemin menyifatkannya sebagai “permata yang bergemerlapan di koridor kereta api China.

Pada 28 Oktober 2016, Kementerian Pertahanan mengumumkan melalui laman Facebooknya bahawa Malaysia akan menandatangani kontrak membeli kapal persisiran pandai daripada China. Menurut agensi berita Reuters tampalan itu ditarik balik apabila pemberitanya meminta jurucakap kementerian mengulas ucapan Datuk Seri Hishammuddin Hussein itu

Malaysia telah menjual kilang penjana elektrik bebas (IPP) kepada China General Nuclear Company dengan “harga lelong” RM9.2 bilion. “Harga lelong” disebabkan 1MDB membeli kilang-kilang IPP hujung usia itu daripada pemilik Cina, Melayu dan India Malaysia dengan harga tinggi. Ikut perjanjian konsesi antara kerajaan dan pemilik IPP berkenaan, kilang-kilang itu akan jadi milik TNB apabila habis tempoh konsesi kalau tidak disambung dengan bayaran antara RM50 hingga RM100 saja. IPP Malaysia itu adalah antara 13 kilang elektrik di lima buah negara yang dijual oleh anak syarikat 1MDB, Edra Global Energy, kepada China Nuclear tahun lalu.[xiii]

Kebanjiran syarikat-syarikat besar China menambah tekanan Kerajaan UMNO-BN yang menghadapi tekanan AS melalui TPPA dan skandal 1MBD. Jabatan Kehakiman AS (DOJ) melakukan penyiasatan dan saman sivil ke atas 1MBD, Jho Low dan anak tiri Perdana Menteri Malaysia,  Riza Aziz. 

Politik dalaman Malaysia juga parah apabila Kerajaan UMNO-BN bukanlah kerajaan yang kuat. UMNO sedang berpecah. BN keadaan paling lemah dalam sejarahnya. PAS baru selesai berkrisis. Pembangkang bangkit dibawah pimpinan Dato Seri Anwar Ibrahim dan Tun Mahathir dilihat mampu menjadi gabungan terkuat jika bergabung dalam PRU akan datang. Kelompok bukan Melayu, negeri Sarawak dan kelompok SEPILIS (Sekularis, Pluralis, Liberalis) mula melakukan desakan terhadap kerajaan untuk memenuhi agenda mereka. Majoriti rakyat dan penyokong UMNO-BN meluat dan hilang keyakinan (kecuali yang berkepentingan, makan budi dan makan dedak )dengan Dato Seri Mohd Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, pemimpin dan Menteri UMNO yang kurang bijak, kelemahan kepimpinan dan kelemahan pentabiran negara pada hari ini.

Akhir-akhir ini, rakyat Malaysia dihidangkan dengan isu autonomi Sabah dan Sarawak. Dalam tuntutan Bersih 5.0, hak Sabah dan Sarawak juga dimasukkan dalam tuntutan mereka. Sabah dan Sarawak mempunyai hak menuntut haknya untuk mendapat lebih kuasa autonomi bahkan hak kemerdekaan. Cuma kita berharap ia tidak membawa agenda asing yang boleh menjadikan suasana negara semakin huru hara termasuk di Sabah dan Sarawak sendiri.

Di Sarawak, kelompok Cina menguasai ekonomi Sarawak. Sibu umpamanya menjadi bandar Cina. Mereka juga mengahwini orang bumiputera untuk memperolehi tanah-tanah rizab.

Perairan Sarawak mula diacah-acah oleh kapal dari China. Kira-kira 100  kapal dan bot China bersama-sama kapal pengawal pantai negara dikesan menceroboh kawasan perairan Miri dan Bintulu. Mereka mula berada kawasan Beting Patinggi Ali, Sarawak dan mengancam nelayan tempatan.

Kesimpulan
Keganasan global berpunca daripada ekonomi dan penataran ideologi. Ia berkaitan persaingan ekonomi kuasa-kuasa besar dan akhirnya melibatkan politik atau lebih tepat ketenteraan. Dunia akhirnya terbahagi dua blok sama ada pro Amerika atau pro China.

Negara-negara Asia Pasifik seperti Malaysia dalam keadaan terhimpit untuk bersama Amerika atau China. Malaysia sendiri memerlukan China ekoran kelemahan pengurusan ekonomi di bawah kepimpinan Dato Seri Mohd Najib, isu 1MDB dan kebangkitan pembangkang yang disokong oleh Barat. Barat-Amerika dilihat memberi tekanan kepada kepimpinan Dato Seri Mohd Najib dalam isu saman sivil DOJ ke atas 1MDB dan tekanan TPPA yang bakal merugikan Malaysia.

Ada sesetengah pendapat menyarankan Malaysia mencari kuasa lain seperti Rusia sebagai penaung dalam menghadapi himpitan Amerika dan China. Terkini, Rusia menjadi sekutu utama China. 

Secara peribadi, penulis berpendapat Malaysia perlu menghindari ketiga-tiga kuasa terbabit. Penulis menyarankan beberapa pendekatan seperti di bawah:
1. Membebaskan Malaysia daripada Korupsi (rasuah), Kronisme dan Nepotisme (KKN). Laksanakan hukuman mati kepada sesiapa mengambil rasuah berdasarkan bukti yang jelas dan diyakini. Perundangan boleh menghapuskan KKN. Pada waktu yang sama, pembudayaan anti-KKN perlu diperkasa melalui sistem pendidikan. Program Membabikan KKN wajar dilaksanakan dalam pembudayaan anti KKN.
2. Memperkasakan Ekonomi Kerakyatan yang lebih berfokus kepada pertanian dan sara diri. Mengurangkan kebergantungan sektor perindustrian dan perkilangan.
3. Memperkasakan Ekonomi Berkebajikan berdasarkan sumber ekonomi seperi waqaf untuk memacu pembangunan negara.
4. Bersedia merombak ekonomi berasaskan liberalisme-kapitalisme.
5. Memartabatkan kembali sistem Syura yang berasaskan kekuasaan Majlis Raja-raja Melayu.[xiv]
6. Mengusulkan perjanjian khas wa’ad antara Raja-raja Melayu dengan rakyat jelata.
7. Tibalah masanya Malaysia memperkuatkan dan memartabatkan kembali Persidangan Negara-Negara Berkecuali (NAM), Persidangan 8 Negara Membangun (D8)[xv] dan Persidangan Negara-Negara Islam (OIC).

Kebarangkalian perang di Asia Tenggara begitu besar kerana faktor spontan atau semertanya ialah Kepulauan Spratly. Punbegitu ia mengambil waktu dan masa yang paling panjang untuk  melihat perang. Paling dekat ialah pemasangan proksi-proksi yang boleh menjayakan OBOR atau Pivot di negara-negara Asia Pasifik terutamanya Asia Tenggara.
Amerika mewujudkan watak-watak hero dan mendanai organisasi anak watan untuk bangkit atas nama kuasa rakyat untuk menentang pemerintah yang sedia ada. Badan-badan pemikir dan CIA merancang dan menyusun sekutu mereka.
Bersediakah kita mengalami taufan konflik di Asia Pasifik?


[i] Beliau mengalakkan perpecahan persekutuan Arab Saudi kepada wilayah-wilayah tertentu. Kita melihat isu penting kerana setelah kemangkatan raja terakhir keturunan anak-anak Raja Saud, Arab Saudi dijangka mengalami pengolakkan politik ekoran pewarisan takhta. Ia boleh merebak kepada peperangan antara kabilah. Setelah itu, pepecahan keluarga diraja Saudi dijangka mempengaruhi kebangkitan rakyat atau konflik di negara-negara beraja di Rantau Arab.
[ii] Penasihat Donald Rumsfeld yang berperanan menyiapkan laporan, ‘A clean break: A New Strategy For Securing the Realm pada tahun 1996 untuk Institute for Advanced Strategic and Political Studies (IASPS), sebuah badan pemikir yang mengariskan rancangan pencerobohan terhadap Syria.
[iii] Projek Abad Baru Amerika
[iv] Tulisan Hishamuddin Rais
[v] Kubu pertahanan di Pulau Spratly

1. Untuk menguatkan lagi tuntutan dan penguasaan Malaysia ke atas kepulauan ini, bertan-tan tanah dari Sabah di bawa untuk menambak Terumbu Layang-layang menjadi sebuah pulau buatan (14 kilometer persegi) dan dilengkapi dengan landasan pesawat.

2. Pulau Layang-layang ini dilengkapi dengan radar, stesyen pasukan khas serta landasan yang sesuai untuk pesawat dari jenis Short Take Off Landing (STOL) seperti CN235 dan C130.

3. Malaysia turut mempunyai kubu pertahanan yang lengkap dengan meriam serta “helipad” di Terumbu Ubi dan Terumbu Mantanani.

4. Filiphina turut mempunyai kubu tenteranya di Pulau Pag-Asa yang dilengkapi dengan landasan pesawat yang dikendalikan oleh Sayap Komposit Taktikal 570th.

5. China walaupun tidak mempunyai pengkalan yang besar di kawasan kepulauan Spratly, ia bagaimanapun mempunyai binaan setinggi 3 tingkat bangunan di Terumbu Mischief.

6. Ia juga dilengkapi dengan padang bola jaring, binaan seperti parabola, lampu suar, panel solar dan sejenis radar.

7. Negara itu mempunyai kubu yang kukuh di kawasan Terumbu Johnson, binaan di situ dilengkapi dengan mesin gun berkuasa tinggi dan meriam. Kapal perang China dari jenis friget Jiangwei pernah berlabuh di kawasan ini pada April 2009.

8. Vietnam pula turut mempunyai kubu tentera di Pulau Lagos dengan binaan seperti landasan pesawat, jeti dan sekurang-kurangnya 35 buah bangunan ketenteraan yang dikawal dengan pelbagai jenis senjata termasuk lima kereta kebal.

9. Penulis tidak berminat untuk menyentuh kedudukan tentera oleh negara lain di kepulauan Spratly tetapi hanya menumpukan kepada empat sahaja iaitu Malaysia, China, Vietnam dan Filiphina.

Sumber : http://www.nescafeais.com/pangkalan-tentera-udara-terapung-milik-malaysia-di-pulau-layang-layang/


[vi] Pada tahun 1997, Vietnam mula membayar hutang Vietnam Selatan sebanyak $145 juta kepada Amerika Syarikat.
[vii] Dakwaan bahawa CCCC terlibat dalam konspirasi rasuah menjadi berwibawa kerana ia telah diharamkan oleh Bank Dunia daripada mengambil bahagian dalam projek yang dibiayainya.

Pada 29 Julai 2011, Bank Dunia mengumumkan sekatan ke atas CCCC dan anak-anak syarikatnya kerana melakukan penipuan dalam kontrak Fasa 1, Projek Penambahbaikan dan Pengurusan Jalan Raya Kebangsaan Filipina.

Di bawah sekatan yang diundurkan tarikh kepada 12 Januari 2009 itu, CCCC tidak layak mengambil bahagian dalam sebarang projek jalan raya dan jambatan yang dibiayai oleh Bank Dunia hingga 12 Januari, 2017.

Kes rasuah di luar negara yang melibatkan syarikat-syarikat negara China, khususnya CCCC, sudah diketahui ramai. Misalnya pada tahun 2014, dua pegawai kanan Lembaga Pelabuhan Tanzania dihadapkan ke mahkamah kerana mengembungkan projek AS$523 juta (kira-kira RM2.1 bilion) yang kemudiannya diberikan kepada CCCC.

Diplomat dan eksekutif asing di Malaysia mula menyuarakan kebimbangan terhadap apa yang mereka sifatkan sebagai pengaruh luar biasa syarikat China di negara kita.

Mereka berkata, walaupun mengalu-alukan persaingan tetapi mereka mendakwa tidak dapat bersaing jika syarikat dari China mendapat layanan istimewa atau menggunakan kaedah yang tidak dibenarkan oleh piawaian antarabangsa.

Malangnya, semakin banyak negara dan kerajaan di dunia yang pelahap modal serta pelaburan China sehingga sanggup membelakangkan fakta dan berita negatif mengenai tindak-tanduk pelabur China.  http://www.sinarharian.com.my/kolumnis/a-kadir-jasin/jangan-jadi-negara-lindungan-china-1.549453
[viii] http://www.utusan.com.my/bisnes/korporat/syarikat-china-labur-8232-rm8-1b-di-bandar-malaysia-1.203172
[ix] http://www.utusan.com.my/berita/nasional/syarikat-china-bida-projek-ksr-kuala-lumpur-singapura-1.325253
[x] http://pmr.inform.gov.my/index.php/antara/9643-syarikat-china-berminat-melabur-di-malaysia.html
[xi] http://www.astroawani.com/berita-bisnes/banyak-syarikat-dari-china-melabur-di-iskandar-msia-3308
[xii] http://www.ecerdc.com.my/en/media_releases/taman-industri-kuantan-malaysia-china-tarik-pelaburan-baru-berjumlah-rm1-58-bilion-dari-negara-china-dan-malaysia/
[xiii] https://www.malaysiakini.com/news/360908
[xiv] Titah Raja Nazrin. 8/7/13
[xv] Ia mengandungi Bangladesh, Mesir, Indonesia, Iran, Malaysia, Nigeria, Pakistan dan Turki. Kumpulan ini ditubuhkan selepas satu pengumuman di Istanbul, Turki pada 15 Jun 1997

1 comment:

Unknown said...

Hello,
Ia adalah tahun baru lagi, adakah anda dari segi kewangan ke bawah? adalah perniagaan anda menangis untuk kebangkitan semula kewangan, telah anda mendapatkan pinjaman di bank dan tangan pemberi pinjaman yang salah dan anda di mana menolak? mencari tiada lagi, Kami adalah pemberi pinjaman yang boleh dipercayai dan kami memulakan program pinjaman ini untuk membasmi kemiskinan dan mewujudkan peluang untuk keistimewaan yang kurang untuk membolehkan mereka menubuhkan sendiri dan memulihkan perniagaan mereka. untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi kami melalui e-mel: gloryloanfirm@gmail.com dan mengisi borang di bawah.

PEMINJAM'S DATA.
1) Nama Penuh: ......... 2) Negara: ...... 3) Alamat: ......... 4) Jenis Kelamin: ..................
5) Status Perkahwinan: ... ..... 6) Pekerjaan: .......... Number 7) Telefon: ........................... 8) Pada masa ini kedudukan di tempat kerja: .... ............ 9) Monthlyincome ...... ...................
10) Pinjaman Tempoh: ............... 11) Tujuan Pinjaman: ............... 12) Agama: ............
13) Tarikh lahir: ........................

sila memohon syarikat yang sah, kejayaan anda adalah matlamat kami.

Sebelum Loceng PRU 15 Melolong

 Sebelum Loceng PRU 15 Melolong a. Kerajaan 1. Kita perlu memahami bahawa kerajaan persekutuan pada hari ini berdiri atas sokongan para ahli...