Friday, November 11, 2016

Membedah SEPILIS: Isu Perbezaan Antara Syariah dan Fiqh



Oleh Khalil Jibril

Usaha ulama palsu, sarjana palsu dan orientalis membezakan antara syariah dengan fiqh dan Islam dengan fiqh bertujuan mengelirukan umat Islam dan membuka jurang perbezaan antara ulama rabbani dengan masyarakat.

Jujurnya, kita mengakui apa yang dihujahkan oleh mereka kelihatan benar tetapi matlamat sebenar mereka adalah batil. Kita boleh melihat latarbelakang-pengaulan ulama palsu dan sarjana palsu yang terbabit dengan persoalan ini. Mereka bergelumang dengan pemikiran SEPILIS, dididik oleh orientalis dan aktif dalam organisasi SEPILIS.

Secara ringkasnya, syariah adalah sumber wahyu (Al-Quran dan As Sunnah). Fiqh pula ialah pentafsiran dan ijtihad ulama dalam memahami syariah.

Antara pembawaan ulama palsu ialah

1.   Mereka cuba membezakan antara mentafsir agama  dengan soal memberi fatwa
2.   Syariah betul tetapi fiqh belum tentu betul dan mungkin salah.
3.   Fiqh adalah pandangan ulama yang boleh dibahas dan didebatkan
4.   Fiqh boleh disanggah dan berbeza pendapat
5.   Melemahkan pandangan ulama dan menjatuhkan wibawa seseorang ulama

Fiqh adalah keluasan Islam yang memberi ruang dan peluang serta pengiktirafan kepada aqal insan bertaqwa dan berilmu dalam mentafsirkan dan menentukan keputusan mereka berdasarkan kaedah-kaedah ilmu yang dibenarkan dan tidak melampaui sumber wahyu.

Memang benar mentafsir agama bukan secara mutlak diberikan kepada kelompok ulama dan agama boleh ditafsir oleh sesiapa sahaja dengan syarat-syarat yang ditentukan oleh para ulama rabbani zaman berzaman. Sebagai orang awam, WAJIB kita belajar berterusan agar kita layak menepati syarat-syarat yang melayakkan kita mentafsir agama Islam. Jika tidak mampu mentafsirkan agama, ikutlah pandangan ulama-ulama rabbani.

No comments:

Sebelum Loceng PRU 15 Melolong

 Sebelum Loceng PRU 15 Melolong a. Kerajaan 1. Kita perlu memahami bahawa kerajaan persekutuan pada hari ini berdiri atas sokongan para ahli...