Thursday, March 31, 2011

PAS Zaman Era al Hudaybi

Menangani Perpecahan Dalam Ikhwanul Muslimin Era al Hudaybi: Cerminan Kepada PAS Oleh Agus Salim II Seperti yang kita tahu, Mursyidul Aam kedua Ikhwanul Muslimin, Imam Hassan al Hudaybi merupakan insan yang istimewa apabila beliau dididik khusus oleh al Banna. Hubungan baiknya dengan Ikhwan bermula pada tahun 1942. Hanya pimpinan utama sahaja yang mengetahui keanggotaan beliau dalam Ikhwan. Semasa Ikhwan diharamkan, beliau menyerahkan diri, harta, keluarga, jawatan beliau untuk dakwah. Beliau adalah satu-satu ahli daripada sektor kehakiman yang gigih membebaskan Ikhwan daripada tuduhan palsu. Setelah al banna shahid, Dewan Pendiri telah memilih al Hudaybi sebagai Mursyidul Aam daripada beberapa calon yang dicalonkan. Pada mulanya, pelantikkan beliau diterima oleh ahli senior kerana dianggap kompromi sementara. Al Hudaybi menjalankan tugas sebagai Mursyidul Aam Ikhwan secara rahsia selama 6 bulan pada masa beliau masih menjalankan tugas dalam Jabatan Kehakiman. Ketika Nahhas Pasha mengizinkan Ikhwanul Muslimin dihidupkan kembali, Dewan Pendiri Ikhwan meminta al Hudaybi bertemu pemerintah atas kapasiti Muryidul Aam. Tetapi beliau menolak atas alasan keputusan tersebut dilakukan oleh Dewan Pendiri yang belum disahkan oleh anggota Ikhwan. Beliau juga menolak jawatan Mursyidul Aam. Utusan-utusan dari seluruh wilayah Mesir bergilir-gilir datang ke rumah al Hudaybi mendesak beliau menerima jawatan Mursyidul Aam. Akibat desakan ini, beliau sanggup memegang amanah ini dan meletak jawatan sebagai hakim. Tanggal 17 Oktober 1951, Imam Hassan al Hudaybi dirasmikan sebagai Mursyidul Aam kedua Ikhwanul Muslimin. Kebencian Peribadi Pelantikkan al hudaybi secara rasmi mengundang perasaan tidak puas hati dalam kalangan pimpinan senior. Pelantikkan ini melangkaui beberapa pimpinan senior seperti Saleh Asmawi dan Abdul Rahman al Banna. Abdul Rahman al Banna bukan sahaja adik al Banna tetapi beliau adalah Ketua Pertubuhan Kebudayaan Islam di Kaherah yang memberi laluan agar Ikhwanul Muslimin bergabung dengan pertubuhannya, menggunakan kemudahan prasarana dan laluan kepada Imam Hassan al Banna sebagai ketua pertubuhan yang dinamakan Ikhwanul Muslimin. Jasa, penderitaan, dedikasi, pengorbanan, istiqamah dan kesetiaan para senior terhadap al Banna dan jemaah tidak akan dipersoalkan. Peningkatan mendadak al Hudaybi menimbulkan kekecewaan dan kemarahan mereka kerana melangkaui autoriti mereka sebagai pimpinan senior dan berjasa. Kemarahan ini berkembang menjadi kebencian peribadi yang cukup tajam dan seringkali mewujudkan kubu-kubu tertentu dalam jemaah.Dalam PAS, perkataan ABIM, wala’, tsiqah, IRC, PAS Terengganu dan terbaru Kerajaan Perpaduan menjadi fobia pada sesetengah orang. Kebetulan sungguh apabila PAS seakan-akan dikuasai oleh puak ABIM dan Puak PAS Terengganu. Kedua-dua puak ini menjadi ‘hantu’ kepada golongan berkepentingan, senior berhati batu dan anak muda yang buta sejarah, sementelahan yang masih belum merasai ‘betina’(seperti diucapkan oleh Rahim Kajai kepada Samad Ismail) lagi. Perlu kita ingat, Puak ABIM dan Puak PAS Terengganu antara tenaga penting dalam mencetuskan revolusi kepimpinan ulama dalam PAS. Dan paling penting, mereka telah dilantik dalam muktamar. Dato Mustafa Ali seorang pimpinan muda PAS(walaupun seteruk mana beliau, secara peribadi penulis tidak mengemari beliau), pernah menjawat penting(setiausaha atau timbalan menteri, saya lupa) dalam kementerian semasa PAS dalam BN. Beliau penuh pengalaman dan kesetiaan kepada jemaah serta telah kalis dengan politik berbanding kita yang belum berbapa lagi pada ketika itu. Dato Abu Bakar Chik, penggerak utama kepada sistem pendidikan PAS. TGHH, tokoh pemuda yang menggerakkan semangat anak muda untuk mendaulatkan Islam. Mereka adalah pimpinan utama PAS Terengganu sekarang. Saya lihat terdapat kebencian peribadi terhadap pimpinan PAS tertentu. Ia datang daripada sekelompok pemimpin senior yang menaungi segelintir anak muda yang bersemangat. Pengaruh kelompok ini popular kerana mereka menguasai media alternatif tetapi ia bukanlah suara majoriti ahli PAS. Roh Cinta dan Persaudaraan. Krisis ini berlaku apabila roh cinta dan persaudaraan sesama pimpinan dan anggota semakin berkurangan. Kepimpinan Ikhwan berpecah tiga iaitu grup anti al Hudaybi, grup pro al Hudaybi dan grup neutral. Dalam PAS, pelbagai kubu muncul seperti kubu pro siasah, pro ulama dan pro tokoh-tokoh tertentu.Grup-grup dalam PAS akan muncul kembali apabila musim muktamar pemilihan diadakan. Penggunaan media untuk melakukan pelabelan dan kritikan terbuka bukan sahaja menjatuhkan imej tokoh tetapi juga imej parti. Saleh Asmawi pernah menggunakan Majalah Dakwah untuk menghentam al Hudaybi. Masyarakat awam membaca dan menilai buruk jemaah dan pimpinan. Kenapa para mediawan PAS tidak memikirkan impak ini dan berkhayal untuk memenangkan puak yang mereka pilih?. Formula utama meningkatkan roh cinta dan persaudaraan ialah melalui usrah. Usrah ini haruslah seragam melalui silibus Lajnah Tarbiyyah Pusat. Selain itu, Mursyidul Aam, Presiden atau Ketua Dewan Ulama harus meruang sehari dalam sebulan untuk memberi takzirah kepada para pimpinan mahasiswa dan anak muda.Imej Hassan al BannaAl Hudaybi menolak menyamakan dirinya dengan al Banna dari segi pemikiran, tindakan dan budaya hidup. Pimpinan senior mahukan al Hudaybi mencontohi al Banna. Al Hudaybi masih berhubungan dengan sahabatnya daripada parti pemerintah, Parti Sa’di. Al Hudaybi juga rapat dengan pihak istana dan menteri tertentu. Kehidupan elitis al Hudaybi dijadikan modal untuk memburukkan dirinya.Dalam PAS berulang kali kita membaca agar TGHH mencontohi TG Fadzil Nor atau Anwar Ibrahim. TGHH ada stail kepimpinan tersendiri, agak sukar menerima gaya kepimpinan kedua-dua pemimpin tersebut.Tugas anggota PAS ialah menyokong TGHH dan memberikan kepercayaan kepada beliau dalam memimpin PAS dengan gaya kepimpinan beliau tersendiri. TGHH dilihat orang tarbiah, sarjana dan pemimpin yang tidak suka bermesra di warung kopi berbanding keramahan TG Fadzil Nor di warung kopi. TGHH lebih banyak diam, suka menulis buku dan menyampaikan tazkirah. Al hudaybi bekas hakim adalah orang elit berlainan gaya hidup dengan al Banna. Setiap pemimpin mempunyai gaya hidup yang berbeda dan rencam.Jangan kita inginkan pimpinan mengikut kehendak kita tetapi kitalah yang kena ikut pimpinan yang sudah dibait oleh kita. Masalah Pentadbiran Ikhwan Al Hudaybi dituduh menghina jemaah kerana lambat mengaku beliau adalah Mursyidul Aam Ikhwan dan lambat meletakkan jawatan sebagai hakim. Beliau juga dikatakan mengemukakan syarat agar Abdul Kadir Audah seorang hakim dilantik sebagai timbalan Mursyidul Aam Ikhwan. Syarat ini melangkaui pemimpin senior seperti Saleh Asmawi dan Ahmad Hassan al Baquri.Sangkaan ini dibuat oleh pihak musuh atau muslim yang dengki padanya. Sangkaan bersifat ragu-ragu menandakan hati yang tidak jernih dan penuh dendam serta dengki. Setiap tuduhan harus ada bukti, saksi dan pengakuan sebelum kita menghakimi. Penyakit hati akan menyerang sesiapa sahaja walaupun orang alim.Pelantikan sesuatu jawatan harus kita selidik sama ada jawatan itu bersifat lantikan atau dipilih. Jika jawatan Timbalan Mursyidul Aam bersifat lantikan, adalah hak al Hudaybi untuk melantik orang yang disukainya. Dalam konteks PAS, pelantikkan setiausaha politik Presiden, Setiausaha Agung PAS dan Pesuruhanjaya PAS Negeri adalah kuasa lantikan Presiden PAS. Al Hudaybi Pro ‘Kerajaan Perpaduan’? Di bawah kepimpinan al hudaybi, beliau telah dipersoalkan tentang peranan Ikhwan dalam mengetuai gerakan penentangan secara nasional terhadap kerajaan Mesir. Peristiwa kehadiran beliau ke istana semasa pengangkatan sumpah Hafiz Afifi Pasha sebagai ketua kerajaan di tengah-tengah kemarahan dan kebencian pergerakan nasional terhadap istana. Hubungan baiknya dengan pemimpin pasca parti Wafd iaitu Mahir dan Hilali telah menimbulkan kecurigaan pergerakan nasional bahawa al Hudaybi akan membawa Ikhwan menjadi gerakan pro status quo. Al Hudaybi juga pernah mengadakan pertemuan dengan perwakilan British. Perdebatan tentang hubungan dengan pemerintah memuncak apabila kehadiran Abdul Kadir Audah salah seorang pemimpin kubu pro melunakkan hubungan dengan pemerintah dianggap tanda kesediaan al Hudaybi ke arah itu.Perundingan dan pertemuan dengan pemerintah adalah keperluan bagi setiap jemaah atau organisasi kerana kita mencari suasana yang lebih baik. Al Banna sebelum kematian telah berunding dengan pemerintah. Kematiannya, semasa menunggu untuk berunding dengan pegawai pemerintah di pejabat Syubanul Muslimin. Perundingan dengan pemerintah ada pelbagai sebab, kita sebagai anggota harus memberi kepercayaan kepada pimpinan atas kebijaksanaan mereka. Sebagai ahli bawahan, bukan urusan kita mencampuri urusan rahsia dan urusan tertinggi jemaah. Jemaah ada struktur kuasa yang tersendiri. Malangnya ada dalam kalangan kita ingin bertindak seakan-akan ahli syura jemaah, ingin mengatur parti dan merasakan dirinya lebih baik daripada pemimpin utama.PAS pernah menghalalkan kemasukkan ke dalam BN dengan dalil-dalil khas Dewan Ulama PAS di bawah pimpinan TGNA pada ketika itu. Pertemuan ‘gelap’ wakil-wakil PAS termasuk yang terbaru di Istana Terengganu bukanlah perkara aneh. Berilah kepercayaan kepada pimpinan, insya Allah kita selamat. Sedihnya dengan penuh provokasi dan sangkaan yang boleh membawa fitnah, kita membuat tuduhan dan tidak percaya kepada pimpinan walaupun berbuih mulut pimpinan menafikannya. Jadi, kita percaya kepada siapa? Adakah pimpinan parti lain atau pimpinan sewarung kopi kita yang membelanja kita?.Imam Hassan al Banna syahid semasa berunding, kita pula anti perundingan?. Kita berunding dan bertawakal. Kemungkiran janji musuh walaupun kita dibantai dan tewas, Allah akan membalas sesiapa yang mungkir janji. Layakkah Hassan al Hudaybi Menjadi Mursyidul Aam Ikhwan? Sebelum dilantik secara rasmi, Imam Hassan al Hudaybi sememangnya menolak jawatan Mursyidul Aam. Beliau beberapa kali menolak tetapi tidak diizinkan sama ada oleh Dewan Pendiri atau kemenangan dalam pemilihan dengan sokongan majoriti ahli perwakilan. Al Hudaybi dilihat gagal menyatukan Ikhwan dan mengemudi Ikhwan dalam menghadapi pelbagai mehnah. Menurut Syeikh Muhammad al Ghazali".. .Sebenarnya beliau (al Hudaybi) tidak pernah berupaya untuk memimpin Ikhwanul Muslimin, tetapi Ikhwanlah yang meminta beliau memimpinnya. Ketegasan dan keistiqomahannya berhak untuk diketahui oleh setiap orang. Beliau tidak pernah berkeluh-kesah atau mundur kerana musibah atau ujian.” Bahkan pada tahun 1954, al Hudaybi sendiri pernah menyatakan ‘saya bukan (pilihan) tepat untuk memimpin organisasi ini’. Kehadiran beliau sebagai pimpinan utama melemahkan disiplin dan kekuasaan pimpinan utama terhadap para anggota jemaah.Perihal itu harus difikirkan dalam PAS. Adakah TGHH atau Ustaz Nasharudin Mat Isa layak memimpin PAS?. Adakah ahli tidak risau apabila TGHH dan TGNA sudah tiada dan PAS dipimpin oleh Ustaz Nasharudin Mat Isa?. Apa yang berlaku pada PAS pada era Ustaz Nasha?.Persoalan ini terjawab pada kekuatan pengaruh Ustaz Nasha dan sokongan majoriti anggota PAS terhadap beliau. Seperti yang kita tahu, TGHH tidak pernah dicabar dalam pertandingan muktamar. Manakala Ustaz Nasha merupakan calon yang menewaskan Timbalan Presiden PAS sebelum ini iaitu Ustaz Hassan Shukri. Ustaz Nasha juga berjaya mempertahankan jawatannya semasa dicabar oleh puak ulama yang mencalonkan Ketua Dewan Ulama Pusat, Tuan Guru Haron Taib. Muktakhir, beliau berjaya menewaskan pencabarnya dari puak pro profesional, Dato Husam Musa dan aktivis PAS tersohor, Muhammad Sabu. Perkara ini menjelaskan bahawa beliau mendapat dokongan majoriti ahli PAS. Kemuncak Penentangan Sejak al Hudaybi menjadi Mursyidul Aam, ketaatan mutlak yang dinamakan wala’ semakin berkurangan. Media digunakan untuk menentang beliau. Jika dianalisis, majoriti ahli Ikhwan bersama al hudaybi. Cuma sekelompok kecil sahaja yang gelisah dan terasa terganggu. Bahkan al Hudaybi berjaya memenangi kembali jawatan Mursyidul Aam pada 8 oktober 1953. Tetapi Al Hudaybi dituduh menyeleweng dalam pengundian ini.Kemenangan al Hudaybi memberi ruang kepada beliau untuk menyelesai kes Biro Rahsia yang berkuasa di luar pengaruhnya. Pada 20 November 1953, Sayyid Fayiz, pemimpin nombor dua Biro Rahsia yang ingin membuka rahsia keahlian dan penempatan ahli biro telah dibunuh. Pada 22 November, 4 anggota Biro Rahsia Ikhwan telah dipecat. Wartawan cuba mengaitkan pemecatan pemimpin tersebut dengan kematian Fayiz. Tetapi Ikhwan menyatakan mereka dipecat kerana masalah disiplin. Masalah ini bertambah buruk apabila pada malam sebelum diumum pemecatan tersebut, al hudaybi bersama beberapa ahli Dewan Pendiri telah makan bersama Natsir dan pemimpin muda angkatan tentera. Pihak anti Hudaybi mula bertindak.Seramai 21 pemimpin menziarahi kediaman Mursyidul Aam untuk menyerahkan memorandum agar al Hudaybi meletakkan jawatan. Kemudian mereka menuju dan berkumpul di pejabat agung ikhwan. Mereka bersama 70 orang ahli telah merampas kuasa pejabat agung ikhwan dan mendesak memorandum mereka diterima. Rampasan kuasa dapat ditamatkan apabila pihak al hudaybi bersetuju menubuhkan suruhanjaya dalam menghakimi semula pemecatan 4 anggota Biro Rahsia. Pada 28 November, satu pertemuan antara pihak bertentangan diadakan. Pada pukul 4.00 petang, al Hudaybi tiba dan disambut meriah oleh majoriti ahli Ikhwan yang berkumpul. Kesempatan ini, baiah terhadap al Hudaybi diadakan semula, dan pemimpin pro al Hudaybi telah mengutuk habis-habisan terhadap pihak anti al hudaybi. Hasilnya, Saleh Asmawi, Muhammad al Ghazali, Sayyid Sabiq dan Abdul Aziz Jalal antara pemimpin anti Hudaybi yang dipecat.[jika tidak silap, Syeikh Yusuf al Qaradawi tergolong dalam kelompok anti Hudaybi]Kita lihat dua nama besar pada dekad kemudian iaitu Sayid Sabiq pengarang Fiqh Sunnah dan Syeikh Muhammad al Ghazali Pemikir Islam ternama telah dipecat!. Adakah mereka tidak alim atau tidak setia kepada Ikhwan?. Ilmu, jasa, pengorbanan, kesetiaan tidak dapat disangkal tetapi mereka terpaksa dipecat kerana masalah disiplin iaitu tidak akur arahan pimpinan utama dan mempunyai pendapat sendiri dengan menolak pendapat jemaah.Syeikh Muhammad al Ghazali pernah menulis hubungan beliau dengan al Hudaybi setelah peristiwa itu berlalu menyatakan “Saya menemuinya setelah berbagai musibah berlalu untuk memperbaiki hubungan dengannya. Semoga Allah Ta'ala mengampuni kita semua." Solusi Kekuatan sesuatu jemaah bergantung kepada kualiti pemimpin utama, sokongan pimpinan tertinggi atau perwakilan dan sokongan majoriti ahli biasa. Tanpa dokongan ketiga-tiga elemen ini, sudah tentu al Hudaybi akan tumbang setelah diasak oleh segelintir anggota senior yang tidak puas hati dengan kepimpinan beliau.Keunggulan PAS melalui 3 rangkai pimpinan yang berpengaruh akan berakhir setelah ketiadaan TGFN, TGNA dan TGHH. Ketiga-tiga orang ini mempunyai pengaruh yang besar dalam puak tarbiah, puak siasah dan majoriti ahli dalam PAS. Mereka adalah pemimpin pengasas kepimpinan ulama paling berpengaruh. Dibawah adalah analisis daif daripada saya tentang masa depan tokoh kepimpinan PAS. a. Ustaz Nasharudin Mat Isa- seorang tokoh yang banyak ilmu tetapi tiada pengaruh besar dalam struktur jemaah. Beliau beruntung mendapat sentuhan tongkat TGFN dan TGHH yang memberi sokongan moral dalam struktur jemaah. Pun begitu, kemenangan dalam pemilihan muktamar boleh menjadi motivasi agar prestasi kepimpinan beliau semakin mantap. Pemilihan yang lepas beliau mendapat dokongan kuat daripada puak tarbiah. Beliau belum teruji tanpa tongkat kepimpinan utama. Secara peribadi, beliau akan jadi Presiden PAS yang lemah jika ahli PAS menolak beliau dan kemungkinan besar untuk dicabar pada jawatan Presiden PAS adalah besar. Keputusan terakhir milik perwakilan muktamar. b. TG Tuan Ibrahim Tuan Man- seorang pimpinan popular, berilmu, mesra rakyat dan mendapat dokongan majoriti perwakilan. Beliau beberapa kali memenangi undi terbanyak dalam muktamar sehingga akhirnya beliau merangkul jawatan Naib Presiden. Bagi saya, beliau antara pimpinan besar untuk mengantikan TGHH sebagai Presiden. c. Dato Husam Musa- tokoh berbakat besar, bijak dan mempunyai jaringan persahabatan yang luas. Pun begitu, beliau bukan pimpinan yang digemari oleh puak tarbiah dalam jemaah. Secara peribadi, beliau boleh melangkah ke jawatan Timbalan Presiden. d. Dato Seri Ir. Nizar- seorang lagi pimpinan berbakat PAS dan mempunyai potensi besar dalam parti dan pakatan rakyat. Tokoh ini boleh sampai ke jawatan Timbalan Presiden PAS. e. Dr Mujahid Yusof- tokoh yang banyak ilmu dan lebih liberal pendekatannya. Beliau tidak mempunyai pengaruh dalam puak tarbiah mungkin akan merencatkan perjalanan ke jawatan Naib Presiden dan Timbalan Presiden. Dalam organisasi, beliau hanyalah teoris tanpa pengalaman. Begitu juga dalam aksi jalanan atau pengalaman dipenjara. Jika perwakilan muktamar berubah corak pemikirannya, beliau adalah Presiden PAS pada masa depan. f. Salahuddin Ayub – aktivis PAS yang sudah teruji, berbakat, mesra rakyat berjiwa warung. Boleh pergi jauh sampai ke jawatan Timbalan Presideng. TG Haron Din- ulama berilmu, popular dan mendapat dokongan puak tarbiah. Usia adalah kekangan. h. TG Haron Taib- ulama berilmu, berpengaruh dalam puak tarbiah tetapi tidak popular dalam kalangan ahli biasa PAS. Usia dan kesihatan adalah kekangan. i. Mat Sabu- Mempunyai kekuatan mendaki jawatan Timbalan Presiden tetapi tidak mampu bertahan lama. j. Dato Mahfuz Omar- Paling tinggi tahap Naib Presiden dan mungkin tumbang dalam pemilihan yang akan datang. Dalam PAS, persaingan antara puak tarbiah dengan puak siasah akan terus berlaku. Puak tarbiah lebih menganggap PAS adalah gerakan Islam manakala puak siasah menganggap PAS hanya parti politik. Jika dilihat, puak tarbiah kekurangan pimpinan muda yang boleh ditampilkan sebagai Naib Presiden. Penampilan ulama pelapis yang berkonsep-imej-pemikiran Profesional Ustaz(PROTAZ) harus diusahakan. PROTAZ adalah gambaran ulama masa depan. Ulama bukan ditempatkan di masjid tetapi memasjidkan alam. Para agamawan yang berkerja di sektor perbankan, ekonomi, kewangan dan akauntan diharap menjadi ulama pelapis PAS. Secara peribadi, saya mengidamkan PAS dipimpin oleh para agamawan seperti Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman, Ustaz Mohd Ramadhan Fitri dan Ustaz Nazri Chik. bagi jawatan Timbalan Presiden pada muktamar 2011, dikatakan TG Tuan Ibrahim Tuan Man dan YB Salahudin Ayub tidak mencalonkan diri.. Penulis tidak mencalonkan sesiapa dalam pasukan pilihan.. Apapun tindakan TG Tuan Ibrahim adalah bijak, menanda kesabaran dalam berpolitik..

Thursday, March 24, 2011

Siapa yang Mencabar Hadi?(II)

Siapa yang Mencabar Hadi?(II)

Kini muktamar Pas hampir tiba, para blogger PAS Reform mula memukul gendang perang. Pasukan perang mula disusun untuk menghadapi grup kerajaan perpaduan. Saya menyokong kenyataan Ustaz Nasarudin Tantawi agar pihak yang tidak berpuas hati dengan TGHH mencari ikon untuk mencabar tuan guru presiden.

Watak yang bakal dikeronyok dan sedap dihentam ialah TGHH, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Dr Hassan Ali, Ustaz Nasarudin Tantawi, Ustaz Idris Ahmad dan Ustaz Zaharudin Mohamad[ahli Majlis Syura Ulama PAS merangkap menantu Presiden]. Tak lupa kepada grup PAS Terengganu. Kikikiki.

TGHH merupakan ideolog PAS dan hidupnya susah dengan PAS. Orang sepertinya mungkin menjadi ulama setaraf Dr Yusof al Qaradhawi jika sepenuh masa bergiat dalam dunia akademik. Cuma usia, kesihatan, sikap politik dan pendekatan serta beberapa sifat diri yang mengambarkan kelemahannya. Itulah dinamakan manusia. Saya berkeyakinan, kita lebih banyak berburuk sangka dalam mengadili beliau sedangkan kita sendiri tidak mempunyai ciri pengikut yang sejati.

Antara cadangan PAS Reform ialah mencalonkan TGNA menentang TGHH bagi jawatan Presiden PAS. Bagi penulis ia tidak logik dengan peningkatan usia TGNA. Manakala TGHH pula rela dan sanggup dicabar dalam mempertahankan baju amanah yang ditanggungjawabkan kepadanya.

Antara calon yang dilihat berpotensi dan diwar-war oleh ramai orang ialah
a. Tuan Guru Ahmad Awang
b. Ustaz Azizan Abdul Razak
c. Dato Husam Musa
d. Dr Dzulkifli Ahmad
e. Tuan Guru Tuan Ibrahim Tuan Man

TGAA merupakan tokoh berpengalaman dalam pentadbiran agama, mantan Presiden Persatuan Ulama Malaysia, berilmu dan banyak kenalan di peringkat global. Tokoh ini dicalonkan oleh sesetengah pihak PAS Reform. Beliau dilihat ulama yang menentang konsep kerajaan perpaduan. Apapun calon ini tidak mempunyai pengaruh besar dalam PAS berbanding TGHH yang hidup susah dalam PAS sejak zaman muda lagi.

Ustaz Azizan hasil cadangan Prof Dr Aziz Bari. Ustaz Azizan mempunyai pengalaman dalam akademik dan perancangan ekonomi Islam. Pada mulanya, beliau disokong untuk menentang Presiden. Apabila Ustaz Azizan menolak dan ada beberapa kes dalam kerajaan Kedah membuat pihak PAS Reform tawar hati dengan beliau. Usia dan pengaruh antara kekurangan beliau.

Dato Husam Musa adalah anak didik TGNA pernah bertanding jawatan Timbalan Presiden melawan Ustaz Nasharudin Mat Isa atas alasan mahu membawa perubahan dalam PAS. Pada pandangan saya, Dato Husam boleh membawa legasi pemikiran dan perjuangan TGNA dalam mencabar TGHH. Dokongan TGNA terhadap beliau akan menguatkan lagi pengaruh beliau. Beliau digemari oleh generasi muda.

Dr Dzukifli Ahmad adalah calon peribadi saya. Pada saya, pemikiran beliau wajar mendominasi PAS suatu hari nanti. Beliau merupakan pemikir dan pakar strategik PAS. Cuma beliau terlalu idealis dan terkedepan meninggalkan pemikiran sahabat-sahabat yang lain. Selain itu pengaruh beliau tidak meluas dan hanya kuat dalam kelompok tertentu sahaja.

Calon pilihan saya ialah TG Tuan Ibrahim Tuan Man. Tokoh yang membawa banyak perubahan dalam kehidupan beragama di kejiranan Rantau Perintis, Bandar Jengka. Mantan pensyarah UiTM dan sangat mesra rakyat. Pengaruh dalam parti semakin luas, cuma di peringkat global masih kurang jaringannya.

Calon-calon di atas hanyalah cadangan orang dan ulasan saya. Manusia akan menyatakan ketidakpuasan hati dan mengatakan dialah yang berkuasa dan betul. Apabila menang disanjung, kalah dicaci. Pihak tertentu mahu nafsu amarah mereka ditegak melalui umpanan, slogan dan ingin pihak lain dijatuhkan. Kebencian dimarakkan dan pembunuhan karekter dilakukan. Malang sungguh bagi para perokok dan pengintai buntut/buah dada perempuan yang berjuang Islam.

Apapun muktamarlah akan memilih pilihan hatinya.

Disini saya nukilkan pasukan impian saya pada muktamar kali ini. Saya sifatkan PAS berada dalam fasa ‘kerajaan peralihan’. Buat sementara ini PAS ditadbir oleh TGHH sebelum diserahkan kepada TG Tuan Ibrahim. Bukanlah kita ingin menjatuhkan Ustaz Nasharudin Mat Isa, cuma karekter beliau tidak sekuat karekter TGHH dalam menghadapi badai politik. Pada saya imej beliau sudah rosak apabila dihentam sendiri oleh Mursyidul Aam PAS. Moga beliau boleh menjadi Timbalan Presiden semasa era TG Tuan Ibrahim menjadi Presiden PAS.

Presiden : Tuan Guru Haji Hadi
Timbalan Presiden : Tuan Guru Tuan Ibrahim Tuan Man
Naib Presiden : Ustaz Nasharudin Mat Isa(2), YB. Salahudin Ayub (1), YB Dato Husam Musa dan YB Ir. Nizar(3), Dr Dzukifli Ahmad.[pilih tiga]

Merebut Baju Amanah

Merebut Baju Amanah

Mengkritik mudah sekali tetapi jika kita diberi tanggungjawab, barulah kita tahu peritnya. Saya melihat para ustaz yang gemar mengkritik perlu diberi peluang sebagai pentadbir dalam jemaah Islam yang disayanginya. Para ustaz seperti mereka perlu bertanding dalam pemilihan organisasi Islam yang didukungi.

Syeikh Muhammad al Ghazali pernah menemui Muryidul Aam ketiga Ikhwan, Ustaz Umar Tilmisani dalam usaha bekerjasama dan menyumbang untuk Islam . Beliau ditanya oleh Ustaz Umar ‘kamu tahu pekerjaan ini(memimpin Ikhwan) merupakan beban berat yang terpaksa kupikul dan kuterima?. Muhammad al Ghazali menjawab ‘aku tahu hal itu. Kerana itu bermatlamat tampil di depan dan tidak inginkan jawatan. Orang seperti anda sangat berhak mendapat perlindungan dan bimbingan Allah’.

Sesiapa yang memegang baju amanah perlu menerjang badai yang datang dari luar dan dalam jemaah sendiri. Dalam jemaah Islam seperti PAS, ABIM atau JIM, baju amanah ini dibenar direbut melalui pertandingan. Pertandingan untuk bertanggungjawab untuk berbakti kepada agama. Jadi para pemimpin yang layak perlulah menonjolkan diri untuk mengapai baju amanah tersebut.

Jika tiada pilihan, ahli jemaah Islam perlu memilih seorang tokoh yang dilihat ‘penyatu atau penstabil jemaah’ walaupun karisma, idealisme dan kekuatan kepimpinan tiada.

Walaubagaimanapun, tokoh ini wajib mendapat suara majoriti ahli jemaah. Perkara pernah dialami oleh Mursyidul Aaam kedua ikhwan, ustaz Hasan Hudaybi.

Muhammad al Ghazali menyatakan ‘ Ustaz Hasan Hudaybi tidak pernah berupaya untuk memimpin Ikhwanul Muslimin, tetapi Ikhwanlah yang meminta beliau memimpinnya. Ketegasan dan keistiqomahannya berhak diketahui oleh setiap orang. Beliau tidak pernah berkeluh kesah atau mundur kerana musibah atau ujian. Sehingga usia yang sudah senja pun beliau tetap memiliki keimanan yang mendalam dan optimisme tinggi.

Tidaklah salah jika dikatakan bahawa kesabaran yang mengukuhkan imannya itu menjadikannya lebih mulia dalam pandangan saya. Musibah yang menimpa diri dan keluarganya secara bertubi-tubi tidak mengikis sifat jujurnya dalam menghukumi masalah. Bahkan, tidak membuatnya surut dari manhaj Jamaah Islamiyah, malah sebaliknya. Saya menemuinya setelah berbagai musibah berlalu untuk memperbaiki hubungan dengannya. Semoga Allah Ta'ala mengampuni kita semua’.

Ustaz Hassan al Hudaybi memang kelihatan lemah pengaruhnya tetapi dalam muktamar tidak pernah kalah. Beliau adalah tokoh penyatu dan penstabil Ikhwan . Tanpanya krisis kepimpinan Ikhwan semakin parah kerana dalam Ikhwan mempunyai ramai pemimpin berbakat dan berpotensi.

Muhammad al Ghazali adalah ‘musuh politik’ Ustaz Hasan al Hudaybi dalam konteks politik dalaman Ikhwanul Muslimin. Permusuhan ini hanyalah dari segi idealisme dan pendekatan. Walaupun, pihak penentang Ustaz Hasan al Hudaybi termasuk Muhammad al Ghazali melakukan tindakan politik yang ekstrem dengan melakukan rampasan kuasa dalam Ikhwan. Krisis ini dilihat krisis peribadi dan antara kem pemikiran dalam Ikhwan.

Para penentang dalam jemaah Islam, gunakanlah peluang muktamar untuk bertanding melawan pimpinan yang sedia ada. Bertanding dan lawan secara sihat, bukannya terus menanam budaya munafik dengan fitnah dan kenyataan jahat.

Wajah Baru Pemuda PAS

Wajah Baru Pemuda PAS..

Saya dengar ada cadangan melantik Ustaz Nik Mohd Abduh sebagai ketua pemuda PAS yang baru. Jika Pemuda mahukan perubahan minda dan pendekatan, mungkin orang seperti Dr Mujahid Yusof boleh dibawa untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda PAS. Tiada salah jika muktamar memutuskan sedemikian keputusan.

Cuma saya lihat, Pemuda perlu mempunyai pimpinan daripada pelbagai peringkat umur agar dirinya sentiasa remaja. Pemimpin yang ada harus lebih kreatif dalam pendekatan politik. Gerakan keilmuan juga harus diperkasakan agar minda Pemuda dapat disegarkan. Pentarbiahan terutamanya di kampus wajib diperkemaskan kembali.

Saya kagum usaha Ustaz Nasarudin Tantawi dalam gagasan tarbiahnya. Perkara ini perlu diteruskan. Cuma Pemuda perlu mengunakan secara maksima media massa alternatif seperti youtube sebagaimana aktif pengikut Ustaz Azhar Idrus dalam menyampaikan informasi.
Dan pada kali ini Ustaz Nasarudin Tantawi boleh bertanding dalam AJK Pusat dan paling kurang menjadi Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS.

Pasukan impian saya ialah
Ketua : Dr Zuhdi Marzuki/Ahmad Sabki
Timbalan : Ustaz Nazri Chik/Suhaizan Kayat
Naib : Ustaz Mohamad Ramadhan Fitri/ Abdullah Karim

Kepimpinan Ulama: Mahu dibakarnya?

Konsep Kepimpinan Ulama: Mahu dibakarnya?

Secara peribadi saya menyukai gagasan kepimpinan bertaqwa kerana ia mengumpulkan mukmin yang berkualiti yang takut kepada Allah, istiqamah dalam amalan, akhlaq yang tinggi, aqidah yang mantop. Manakala kepimpinan ulama hanya melahirkan penguasaan sekelompok elit bergelar ulama. Ulama ini belum tentu baik atau jahat. Ada juga orang menyaran kepimpinan Islam.

Apapun perwakilan dalam muktamar yang paling baik menentukannya...kikikiki
Pasukan impian Dewan Ulama pilihan saya;
Ketua : Ustaz Ahmad Yaacob
Timbalan: Ustaz Dr Mahfod Johor
Naib ; Ustaz Nik Zawawi, Besut
Ketua Penerangan: Ustaz Nasarudin Tantawi
Timbalan Ketua Penerangan: Ustaz Wan Ji Bakistani(kikikiki)

Dinasti Politik

Oleh Agus Salim II

Dalam politik, peluang dan prestasi menjadi petunjuk utama pemilihan seseorang pemimpin. Manakala bakat, aura karisma, hubungan darah adalah anugerah Allah terhadap seseorang pemimpin. Pada pandangan saya, prestasi sepatutnya menjadi tunjang pemilihan seseorang pemimpin disamping ‘bawaan’[baca:akhlaq, pemikiran, Islam] peribadi pemimpin tersebut. Darah atau baka bukanlah kriteria. [saya menolak keras konsep feudalisme]

Dinasti politik bagaikan mengantikan kekuasaan politik berasaskan kesultanan atau institusi beraja. Pewarisan melalui hubungan darah dan baka menjadikan sudah tidak relevan dalam abad ini dan hala tuju pemikiran generasi Y. Gen Y mesti penting prestasi, hujah-dalil, bakat, polisi, pendekatan bukannya darah dan baka. Ini bukan zaman Kassim Selamat.

Dalam dunia ini, terdapat banyak dinasti politik yang terkenal seperti Dinasti Kennedy di Amerika, Dinasti Bhutto di Pakistan, Dinasti Sukarno di Indonesia, Dinasti Gandhi-Nehru di India. Dinasti ini menghasilkan benih-benih kepimpinan untuk negara dan parti politik.
Di Malaysia, dinasti politik yang terkenal ialah Dinasti Noah iaitu gabungan keluarga Tan Sri Noah dengan keluarga Dato Jaafar dari negeri Johor. Maka lahir tokoh politik seperti Dato Onn, Tun Hussein, DS Najib, DS Hishamuddin.

Tuan Guru Haji Hadi bakal mewariskan legasi politiknya kepada anaknya Ustaz Khalil dan menantunya, Ustaz Zaharudin Mohamad, manakala Tuan Guru Nik Aziz mewariskan kepada Ustaz Nik Mohd Abduh dan Ir. Arif Fahmi. Tuan Guru Fadzil Nor melalui menantunya, saudara Ahmad Sabki. Begitu juga tokoh Tun Abdullah Badawi, Tun Mahathir, DS Chua Choi Lek, Tan Sri Lee Liong Sik, mantan Presiden GERAKAN, Karpal Singh, Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim. Sewajarnya, kemunculan pewaris mereka menjadi satu isyarat masa untuk mereka berundur. Jangan wujudkan politik anak beranak.

Pewaris dinasti politik harus mempunyai bawaan peribadi yang tulen bukannya membawa legasi pemikiran dan kepentingan baka mereka. Mereka juga harus bebas merdeka daripada kawalan dan arahan baka mereka. Jangan contohi Lee Kuan Yew di Singapura.

Dinasti politik bukanlah perkara yang baik dalam politik. Ia boleh mewujudkan neo feudalis yang memerintah secara autoratik

Wajah Kepimpinan PAS Pada Masa Depan

Tradisi Ikhwanul Muslimin dan Jamaati Islami dipimpin oleh para intelektual dan ahli profesional. Kebanyakan mereka mempunyai pasak pengajian agama atau telah dilatih oleh jemaah untuk menjadi manusia berjiwa ulama. Latihan ini dijadi pemeringkatan tertentu dalam melahirkan ulama kerana dalam jemaah Islam setiap ahli akan menjadi ulama bergantung latihan pemeringkatan yang dilalui mereka. Justeru, kelihatan akhirnya terlahir profesional ustaz atau PROTAZ.

Walaupun PAS mempunyai hubungan rapat dengan ideologi Ikhwanul Muslimin dan Jamaati Islami, PAS memilih secara struktur dan slogan dengan tradisi kepimpinan ulama dari Iran. Struktur dan slogan ini dinspirasi daripada kejayaan Revolusi Iran pada tahun 1979. Keadaan ketika itu menyebabkan anak muda dan ulama pada zaman itu mengambil semangat itu untuk menjatuhkan kepimpinan rejim nasionalis dalam PAS.

Jika dilihat daripada slogan, istilah Kepimpinan Bertaqwa dan Kepimpinan Islam lebih secocok dengan PAS. Sekali lagi keadaan ketika itu menyebabkan slogan Kepimpinan Ulama dipilih dan terus terpakai sehingga sekarang.

Lebih 30 tahun Kepimpinan Ulama mendominasi PAS menyebabkan sesetengah pihak terutamanya kelompok liberal progresif dalam PAS mula mendendang ‘lagu baru’ agar PAS terus relevan pada zaman sekarang. Golongan Jeneral-jeneral lama generasi pengasas kepimpinan ulama kelihatan sudah berusia dan semakin tidak bermaya dari segi kesihatan. Mereka disaran memberi tempat kepada generasi baru.

Dalam PAS, pewaris generasi pengasas kepimpinan ulama sedang dicabar oleh pewaris kelompok liberal progresif dalam PAS.

Sunday, March 20, 2011

Siapakah yang mencabar Hadi?

Ada pendapat sesetengah pihak sedang berusaha mencabar Presiden PAS, TGHH dalam muktamar mendatang. TGHH menyatakan sesiapa boleh mencabar beliau dalam memiliki baju amanah tersebut..

Antara tokoh yang boleh dikedepankan ialah

1. TG Ahmad Awang
2. Ustaz Azizan
3. Dr. Dzukifli Ahmad
4. Dato Husam
5.TG Tuan Ibrahim Tuan Man

Tuesday, March 01, 2011

Kebangkitan Suara Anak Muda Dalam Jemaah Islam: Berubah atau Rebah?







Oleh Agus Salim II
(Peneliti sejarah dan politik amatur)


Anak muda merupakan penggerak utama dalam perubahan-perubahan yang berlaku dalam sesuatu sistem. Tenaga-idea anak muda digunakan untuk menggerakkan massa dalam usaha merealisasikan idealisme yang diperjuangkan. Setiap revolusi, anak muda menjadi pengukir sejarah zamannya. Dan kematian anak muda menjadi pencetus revolusi yang bakal menjatuhkan rejim yang zalim.


Dalam konteks PAS sebagai gerakan Islam digerakkan oleh anak muda. Kepimpinan ulama dalam PAS adalah hasil muafakat anak muda dengan kaum ulama. Kepimpinan ulama mencetuskan ledakan perubahan yang membadai ideologi dan pendekatan PAS lama.
PAS sebagai sebuah organisasi bakal mengalami kitaran ketamadunan dimana fasa kebangkitan, kegemilangan dan kemerosotan dalam sesuatu tamadun dan organisasi akan berulang. Bagi menghalang proses kemerosotan, anak muda perlu dikaderkan agar tenaga pelapis dapat menggerakkan perubahan dalam sesuatu sistem yang didokongi.


Jurang Generasi


Jurang generasi berlaku apabila anak muda cinta perubahan kehilangan suara dalam membuat keputusan tertinggi sesuatu organisasi. Akibatnya, anak muda cinta perubahan terasa terpinggir dan tersisih daripada organisasi. Idea-idea baru tidak dihiraukan dan tidak diwacanakan bahkan ada yang dihentam dan dicantas tanpa hujah dan dalil.


Sebenarnya, struktur organisasi jemaah Islam dikuasai oleh generasi pertama pengasas sesebuah jemaah Islam. Generasi pertama pengasas kebiasaannya terpengaruh dengan latar belakang pemimpin dan situasi ketika itu. Mereka mengamalkan pemikiran konservatif dalam pendekatan politik, ideologi dan agama.


Generasi pertama Ikhwanul Muslimin terpengaruh dengan situasi pertembungan dengan Nasser pada tahun 1950an dan 1960an. Kebanyakan mereka berusia 60 sehingga 80 tahun pada masa sekarang. Mereka bersifat konservatif dalam ideologi, pendekatan politik dan agama. Dalam PAS, golongan ini tegar dalam parti menguasai hampir keseluruhan struktur parti.


Generasi kedua ialah kelompok liberal-pragmatis. Kebanyakkan mereka adalah golongan profesional. Mereka berperanan membantu generasi pertama dalam struktur organisasi jemaah Islam. Golongan ini mahu perubahan dalam pendekatan politik agar sesuai dengan realiti semasa. Dalam politik, mereka mahu gerakan Islam membebaskan diri daripada politik Islam sempit berubah kepada realiti kehidupan politik nasional. Kebanyakan mereka berusia 50 tahun.
Dalam PAS, kelompok liberal pragmatis ini bersama-sama membangun dan mencetus kepimpinan ulama. Mereka sebagai anak muda ketika itu banyak membantu generasi pengasas kepimpinan ulama dalam mengukuhkan dan memantapkan kepimpinan ketika itu. Mereka bukan mendapat tarbiah PAS tulen. Kebanyakan mereka mendapat tarbiah jemaah Islam lain seperti IRC, Suara Islam dan ABIM. Antara pemimpin tersebut ialah YB Dato Husam, YB Ir. Nizar dan YB Ir. Khalid Samad. Tokoh-tokoh terkemudian ialah YB. Ir. Saari Sungip, YB.Dr. Dzulkifli Ahmad dan YB. Dr. Mujahid Yusof.


Generasi yang ketiga ialah neo tradisionalis. Kelompok ini adalah sekelompok anak muda yang mendapat tarbiah tulen daripada generasi pertama pengasas. Mereka juga pendokong tegar kepada kepimpinan yang ada. Kelompok ini bukti kejayaan proses indoktrinisasi dan pentarbiahan PAS di kampus.


Dalam PAS, kelompok ini berusia 35 hingga 40an. Mereka mendapat tarbiah pada tahun 1980an dan 1990an. Pada masa itu, tarbiah PAS telah dimurnikan. Pentarbiahan mereka di kampus secara rahsia dan didoktrinkan dalam usrah-usrah rahsia menyebabkan kader dilahirkan menjadi ‘militan’ dalam perjuangan tetapi ‘tohor’ dalam dunia wacana. Jaluran pemikiran sekelompok ini satu hala dan tidak menerima kepelbagaian idea[termasuk kepelbagaian jemaah]. Mereka terlalu mencandukan konsep wala’, tsiqah dan anti ummatik[pelbagai jemaah] secara terlampau.


Ekoran konflik pentarbiahan antara jemaah Islam yang hebat ketika itu, pengacau dalam dunia pentarbiahan iaitu IRC dihantu-rayakan. Nostalgia ini menjadi azimat dalam cubaan menangkis segala unsur pentarbiahan luar yang cuba masuk dalam PAS. Neo tradisionalis dalam PAS membela hantu raya{isu IRC} bagi menjamin keselamatan ahli PAS daripada dinodai oleh jemaah lain. Mahaguru dalam menghalangi pengaruh IRC ialah Tuan Guru Haron Taib dan Tuan Guru Yahya Othman.


Kelompok neo tradisionalis menguasai hampir keseluruhan Dewan Pemuda PAS melalui alumni Persatuan Mahasiswa Islam dan mahasiswa Islam luar negara terutamanya PMRAM. Antara kelompok ini ialah Ustaz Nasarudin Tantawi,Ustaz Zaharudin Mohamad dan Ustaz Mohd Riduan Mohd Nor.


Generasi keempat ialah anak muda yang berusia 20an dan 30an. Mereka mendapat pelbagai akses maklumat dan suka berwacana menyebabkan mereka perlukan hujah dalam pembuktian. Pemikiran mereka lebih terbuka dan liberal. Mereka menongkah arus dan menentang proses pembodohan dalam pentarbiahan yang terikat dan disempitkan kepada sokongan terhadap aliran pemikiran dan parti tertentu.


Ramai dalam kalangan mereka terlibat dalam proses indoktrinisasi di kampus tetapi bosan dengan kejumudan dan ketutupan sistem tarbiah (baca:naqib dan usrah]. Jiwa mereka memberontak. Generasi Y ini terdedah dengan pelbagai maklumat tetapi cuba disempitkan pemikiran dalam ‘tempurung’ ketutupan. Akibatnya, mereka memprotes.


Secara keseluruhan, generasi anak muda ini mahu pengidentitian dan pemurnian dalam perjuangan. Mereka mahu proses demokrasi dalam jemaah agar lebih telus. Proses muafakat[baca:syura] diubahkan kepada konsep pertandingan jawatan. Sikap tidak peduli pemimpin utama jemaah Islam terutamanya pemimpin neo tradisionalis terhadap suara generasi Y kerana mereka sudah selesa dalam jawatan mereka tanpa dicabar. Jika mereka sering dicabar dalam pemilihan, mereka akan ambil peduli terhadap suara generasi Y yang dipinggirkan. Generasi Y harus mencari ikon-ikon untuk menentang pimpinan neo tradisionalis jika mahu wakil mereka ada dalam mesyuarat tertinggi.


Mereka juga mahu jemaah Islam dikenali sebagai parti siasah daripada organisasi dakwah. Mereka lebih politikal dan mementingkan jumlah undi.


Politik nasional lebih penting daripada politik Islam. Mereka lebih selesa dengan ‘realpolitik’ daripada menonjol politik berasaskan dakwah. Bagi mereka, konsep negara Islam, ia terlalu utopia. Jemaah Islam harus realistik dengan hidup-membina sistem demokrasi dan negara sivil melintasi kepentingan wujudnya negara Islam atau sistem khalifah.


Anak muda juga mahu suara perubahan disalurkan dengan penyertaan mereka dalam membuat keputusan tertinggi jemaah Islam. Mereka mahu letakkan wakil mereka dalam majlis tertinggi jemaah Islam. Mereka juga mahu saluran dialog dalaman diperbanyakkan agar suara mereka diambil perhatian.



Dalam PAS, saya melihat wakil anak muda sememang diberi ruang dalam Majlis Syura Ulama dengan kehadiran wakil Dewan Pemuda PAS. Tetapi suara anak muda di sana diwakili oleh kelompok neo tradisionalis iaitu Ustaz Zaharudin Mohamad dan Ustaz Nasarudin Tantawi. Justeru, tiada suara pro perubahan dalam MSU PAS.


Kelahiran Generasi Net.2


Ketiadaan saluran dalam menyampaikan pendapat dan ketiadaan upaya dalam membuat keputusan tertinggi, anak muda mencari alternatif lain seperti blog, twitters dan facebook. Mereka telah mengkritik jemaah Islam secara terbuka dan bebas. Malah, kritikan mereka ada yang melampaui adab-adab dengan ayat-ayat yang tidak wajar sehingga TGNA menggelarkan mereka blogger celaka.


Kritikan mestilah dengan ilmu dan hujah yang sahih. Spekulasi dan khabar angin tidak boeh dijadikan hujah. Anak muda harus menyelidik dan banyak membaca bahan-bahan agar hujah disampaikan bernas dan berisi. Hujah jangan disaluti dengan kebencian peribadi, sentimen dan emosi.


Anak muda juga mesti tahu perubahan yang diingini. Berilah cadangan yang membina bukannya meruntuhkan.



Pendapat anak muda yang pantas disampaikan telah membentuk pendapat popular sehingga menvariasikan pemikiran politik dan mencelarukan pendirian ramai anak muda. Anak muda yang mencari identiti perjuangan gagal membentuk kekentalan pendapat apabila dibanjir informasi yang pelbagai. Akibatnya, wala’ dan tsiqah yang menjadi rahsia kekuatan jemaah Islam semakin dihakis.


Kelompok pro perubahan terus mengkritik parti dan pemimpin tertentu agar perubahan berlaku. Apa yang dibimbangi ialah tusukan pengaruh kebencian peribadi dan agenda pihak berkepentingan dalam jemaah Islam.


Anak Muda Reformis


Jika pihak konservatif sering bercakap tentang politik Islam, golongan reformis atau pro perubahan dalam parti gemar berwacana tentang prinsip demokrasi seperti kebebasan, kesamaan, keadilan, pembaharuan, nilai sivil dan kewarganegaraan. Selain itu, anak muda ini suka menyertai forum intelektual yang berinteraksi dengan kem intelektual yang lain seperti kelompok sosialis, Hizbut Tahrir, Liberal dan humanis.


Mereka juga gemar politik muafakat antara muslim dan non muslim demi perubahan demokrasi. Anak muda juga condong kepada pendekatan liberal parti berwadah Islam seperti AKP, PKS dan MJDP(Moroko). Mereka percaya kepada percampuran Islam, nasionalisme dan demokrasi. Mereka mahu satu perubahan dalaman jemaah Islam agar menyerupai AKP dan PKS.


Anak muda juga mahu pembahagian peranan antara organisasi dakwah dengan tindakan politik parti siasah. Antaranya, hujah mereka undi pelacur sama nilai dengan undi ulama. Ini adalah permainan politik parti siasah, jika organisasi dakwah kita harus berdakwah kepada pelacur tersebut agar mendekati Islam atau ulama lebih senang menghina pelacur tersebut[kikikikikiki].


Mereka juga mengkritik idea negara Islam. Mereka mahukan penerusan konsep negara bangsa dan kesamaan semua golongan termasuk golongan minoriti. Agama jangan dinegarakan atau dibirokrasikan.


Anak muda tiada pengaruh yang besar dan tidak berkuasa dalam jemaah Islam mendapat simpati daripada kelompok liberal pragmatis. Sokongan ini menimbulkan pakatan ‘idea’. Dan mungkin menjalar ke medan muktamar pemilihan?.


Apa kehendak anak muda?


Anak muda mahu perubahan dalam pendekatan politik agar lebih fleksibel dan sesuai dengan prinsip demokrasi.


Anak muda mahu struktur organisasi jemaah Islam agar lebih demokratik dan telus. Kuasa politik dalam jemaah Islam jangan berada dalam sekelompok elit dan kuasa hanya berlingkaran dalam kelompok tersebut. Mereka juga tidak mahu berlaku proses rutin dimana pihak yang sama tetap berkuasa. Tidak kepada monopoli kuasa.


Anak muda mahu perubahan dalam strategi dan taktik dalam tindakan politik. Tidak kepada autokrasi dalam jemaah Islam.


Anak Muda mahu gaya kepimpinan sesuai dengan realiti zaman. Ulama jangan terpenjara dalam jubah dan serban mereka.


Anak Muda mahu penerapan nilai demokrasi dalam jemaah Islam. Nilai kebebasan bersuara, meruntuh budaya cantas dan kesamaan gender antara nilai yang mesti ada dalam jemaah Islam.


Impak Pada Jemaah Islam


Kritikan para blogger boleh menjatuhkan imej jemaah Islam dan pemimpin gerakan Islam. Pada peringkat awal memang tidak memberi kesan, tetapi lama kelamaan pandangan mula diambil perhatian oleh masyarakat dan media massa arus perdana.


Kritikan para blogger juga menyebabkan kerahsiaan jemaah Islam tergugat. Maklumat yang sepatutnya tidak terdedah kepada orang awam atau ahli biasa mudah tersebar menyebabkan budaya berburuk sangka merebak. Tsiqah kepada pimpinan semakin terhakis.


Ada juga pimpinan generasi Y terutamanya mantan pimpinan kampus tidak mahu terlibat dengan jemaah Islam. Mereka lebih selesa di luar jemaah bahkan ada yang aktif dalam pertubuhan musuh jemaah Islam. Mereka terasa diperbodohkan jika memasuki jemaah Islam. Jemaah Islam jumud, tidak mesra idea, tidak mesra kehendak anak muda dan tidak menarik dalam pendekatan. Ini amat merugikan jemaah Islam. Antara contoh menarik ialah kemasukkan Ustaz Nazree Yunus, mantan Presiden PMIUM yang berbakat besar ke dalam PKR.


Penubuhan parti atau jemaah berasaskan Islam yang baru. Di Mesir, anak muda daripada Ikhwanul Muslimin membentuk parti al Wasat pada tahun 1996. Di Turki, Ketua Pemuda parti Refah, Rascid Erdogan membentuk AKP yang bertentangan pendekatan dengan mentornya, Dr Necmetin Erbakan. Bahkan Mujahid Erbakan sendiri hampir mengalami tsunami politik ekoran serangan anak muda dalam parti Saadet pada tahun 2010.


Cubaan secara bersih golongan anak muda mungkin bekerjasama dengan kelompok liberal pragmatis dalam usaha menumbangkan kepimpinan generasi pengasas kepimpinan ulama dan neo tradisonalis dalam muktamar amat dialu-alukan. Pertandingan ini mengulangi sejarah petembungan anak muda pimpinan saudara Mustafa Ali bersekutu dengan kaum ulama dalam menumbangkan rejim nasionalis Dato Asri. ‘Kamu tumbang sebagaimana kamu menumbangkan pimpinan terdahulu’.[kikikikiki]


Cadangan Penulis


Merapatkan jurang idea dan generasi dalam hierarki kepimpinan organisasi pemuda. Jawatan Naib Ketua mesti ditandingi oleh sesiapa di bawah usia 30 tahun. Beri keutamaan kepada mantan pimpinan kampus. Jawatan Timbalan Ketua ditandingi oleh sesiapa berusia 31-36 tahun manakala ketua Pemuda boleh ditandingi oleh sesiapa berusia 37-42 tahun.


Kemudian organisasi pemuda pilihlah tiga wakil daripada kelompok di atas menjadi wakil dalam mesyuarat tertinggi. Dalam PAS, masukkan mereka sebagai wakil Dewan Pemuda dalam MSU.


Dulu saya tertarik dengan cadangan Tuan Guru Haron Din agar jawatan Majlis Syura Ulama PAS dipertandingkan. Budaya pertandingan tidak subur dalam jawatan tertinggi PAS kecuali dalam Dewan Muslimat dan peringkat kawasan. PAS lebih selesa dengan kaedah muafakat-syura. Akibatnya, budaya pertandingan diantikan manakala wala’ dan tsiqah dicandukan. Justeru, jemaah Islam seperti PAS perlu belajar pimpinan utama parti harus menang melalui pertandingan.


Sesiapa yang ingin perubahan harus mencari ikon-ikon pemimpin supaya mereka bertanding dalam pemilihan parti[baca:muktamar]. Moga ikon tersebut dalam mengubah parti. Dalam PAS, saya kesal apabila tokoh umpama Dr Mujahid Yusof tidak bertanding dalam jawatan tertinggi Dewan Pemuda. Dalam lingkaran kepimpinan Dewan Pemuda PAS, ikon-ikon seperti saudara Abdullah Karim yang bersekutu ‘idea’ dengan blogger anak muda sangat berkurangan.


Saya menyokong cadangan saudara Ali Bukhari agar diperbanyakkan seminar. Dalam seminar ini dinyatakan apa perubahan yang diingini. Kenapa gagasan kepimpinan ulama perlu diislahkan?. Biar kecelaruan dan persoalan perubahan terjawab.

Kesimpulan


Jemaah Islam hendaklah mesra anak muda. Beri ruang dan peluang kepada anak muda dalam kepimpinan tertinggi dan membuat dasar. Dalam konteks PAS, generasi pengasas kepimpinan ulama adalah anak muda ketika menumbangkan Dato Asri. Wajarlah mereka memahami hati nurani anak muda pada zaman ini. Anak muda perlu dilibatkan dalam urusan membuat keputusan agar hasilnya lebih muafakat.


Kejayaan jemaah Islam bergantung kepada kekuatan anak muda. Dan anak muda hendak merasa kemesraan jemaah Islam sebelum mereka berpesta[baca:berjuang].

Monday, February 28, 2011

Teknik Cantas

Teknik cantas dimiliki oleh pemilik kuasa. Cantasan boleh berlaku dalam penyaluran maklumat dan pendakian organisasi. Cantasan boleh dikatakan melanggar hak kebebasan bersuara dan hak asasi seseorang ahli organisasi. Tapi ia hanyalah mitos bagi orang tidak berkuasa.

Teknik Cantas berdasarkan keperluan peribadi atau pihak berkepentingan. Teknik Cantas alat agar pemikiran pengikut tidak terpesong dan tersesat. Cantasan penting untuk mengekalkam kestabilan dan disiplin sesebuah organisasi. Cantasan perlu dalam melindungi aqidah perjuangan agar tidak sesat. Cantasan dijadikan alat menapis daripada kecelaruan pemikiran. Cantasan adalah pendinding kekuasaan seseorang. Teknik cantas ada pro dan kontranya.

Rasulullah SAW murka apabila melihat Saidina Umar memegang sehelai kitab Taurat. Baginda berkata “Demi Allah sekiranya Nabi Musa masih hidup bersama-sama kamu, tidak halal baginya melainkan mengikuti ajaranku”[Riwayat Jabir]. Rasulullah SAW mencantas ideologi asing daripada dilazimi oleh ummat Islam.Kebebasan bersuara dan berilmu ada batasan.

Dan kes Wan Saiful dan Dr. Farish Noor, tulisannya dicantas atas keperluan Harakah demi kesentosaan pemikiran ahli. Harakah sebagai wadah maklumat dan ideologi PAS perlu bergerak selari dengan kehendak kepimpinan PAS. Idea dan buah pemikiran yang terpesong akan dicantas. Wan Saiful sendiri semasa berjawat Presiden Hizbi UK pernah mencantas beberapa pemimpin di sana [kikikikiki].

Ada seorang tokoh PBMUM semasa zaman mahasiswa cukup hebat melawan kezaliman tetapi apabila diberi kuasa sebagai orang kuat DBKL [dan ada yang dilantik Menteri], dialah yang mezalimi rakyat. Maknanya, pemimpin boleh berubah, dicantas semasa tidak berkuasa, mencantas apabila berkuasa.

Justeru, bagi mengelak dicantas, lontarkan maklumat melalui media bebas seperti blog, twitter dan facebook. Hanya penulis bebas tidak mampu dicantas tetapi boleh saman. Kikikikikikiki.

Tuesday, February 15, 2011

Menangani Pemimpin yang Degil dan Menolak Perubahan



Oleh Agus Salim II

Antara punca krisis dalam sesebuah organisasi ialah pemimpin yang tidak mahu perubahan walaupun telah diberi tempoh yang lama semasa berkuasa. Pemimpin yang lama berkuasa biasanya mengalami sindrom ‘mubarak’[husni mubarak] yang mewujudkan penguasaan sekelompok kecil elit, kronisme, penyelewengan kuasa, rasuah, nepotisme, penghalang kebebasan dan pembolotan harta.

‘kalau tidak mahu berubah, bersedialah untuk rebah’. Inilah amaran khusus bagi pimpinan yang tidak mahu berubah. Pemimpin harus menilai diri agar proses refleksi dapat dijalankan. Jika tidak berupaya, seeloknya memberi ruang kepada pelapis. Berundurlah dengan sopan.

Saya memegang prinsip pimpinan utama dalam parti hanya terhad kepada 10 tahun atau 3 penggal sahaja. Selepas tamat tempoh, ia harus berundur atau diundur walaupun pentadbirannya dilihat mantap. Kita telah lihat impak buruk penguasaan individu terhadap organisasi. Anwar Ibrahim dalam ABIM dan Imam Hassan al Banna dalam Ikhwan membuktikan tempoh lama penguasaan seseorang pemimpin dapat merencat kelahiran kader pelapis dan menyebabkan organisasi pasca mereka tidak stabil dan merosak. Justeru, tempoh 10 tahun adalah ruang dan peluang untuk berbakti sebelum tanda-tanda penyelewengan dan kemerosotan datang.

Sukacita kita lihat bagaimana TG Yusuf Rawa memberi ruang kepada pimpinan pelapis menjawat jawatan Presiden[TG Fadzil Nor] dan Mursyidul Aam [TG Nik Aziz]. Begitu juga mantan Mursyidul Aam Ikhwan, Ustaz Mohamad Mahdi Akef memberi laluan kepada Dr. Mohamad Badie.

Manakala Dato Asri antara contoh pimpinan yang tidak mahu perubahan. Kaum muda dan kaum ulama PAS menumbangkan mereka dalam muktamar.

Kita boleh lihat tanda-tanda awal kelemahan yang dikesani seperti penguasaan sekelompok elit dalam parti, pelantikkan pimpinan yang lama, kehadiran pewaris politik, kemunculan tuan penasihat, kemerosotan prestasi, pengunaan pendekatan yang tidak sesuai dan kedegilan dalam tindakan. Lihat bagaimana Dato Asri melantik rakan dan orang lama dalam organisasi PAS. Perkara ini berulang dalam pelantikkan Setiausaha Agung dan Pengarah Pilihanraya PAS[walaupun ia hak Presiden].

Jika tidak mahu berubah atau berundur. Penolakan terhadap kepimpinan haruslah dilakukan secara sihat. Jangan sesekali pihak pro perubahan mengunakan kaedah memperlekeh/memperbodohkan pimpinan yang sedia ada, melabel atau menggunakan pelbagai cara untuk menjatuhkan pimpinan termasuk dengan membunuh karekter pimpinan. Gunalah saluran yang betul. Dalam PAS, gunalah ruang demokrasi seperti mana kaum muda dan kaum ulama menumbangkan rejim Dato Asri dalam muktamar. Tiada guna berkokok dan menohmah serta melabel tetapi mati telur ketika muktamar. Inilah saluran yang paling agung yang ada dalam parti.

Jika saluran yang betul juga tersumbat atau dinodai. Ayuhlah berdoa dan bersabar. Nabi Musa dan Nabi Haron berdoa mengambil masa selama 40 tahun bagi menewaskan Firaun. Ikhwan mengambil masa hampir 80 tahun untuk merasai kebebasan. Doa dan sabar menghadapi musuh, apatah lagi bersabar dengan sahabat perjuangan yang berselisih pendapat. Bersabar untuk taat kepada pimpinan.

Sunday, February 13, 2011

Hadi Awang Boleh Berundur?

“Ustaz Hadi Awang perlu undur daripada jawatan Presiden PAS”

Kita tidak sebadwi manusia yang cuba memperbodoh, memperlekeh dan menghina pimpinan PAS terutamanya para ulama dengan dialog di atas dalam menyuruh atau mendesak TGHH melepaskan jawatan sebagai Presiden PAS.

“marakbar Hadi”

Kita siapa nak ungkapkan ayat tersebut kepada pimpinan berjasa yang taat, berilmu dan beramal dengan ilmunya. Manusia yang sering lepak di warung kopi dan berparu-parukan asap rokok cuba menjatuhkan maruah ulama, kita siapa?.
Tiada niat untuk mendesak TGHH berundur, cuma tulisan ini mengharapkan perubahan daripada pemimpin atasan.

TGHH merupakan pemimpin yang ditunggu oleh ahli PAS. Ketegasan dan karisma beliau serta istiqamah dalam perjuangan dari usia muda menjadikan beliau ideolog PAS yang disegani. Setelah beberapa penggal sebagai Presiden PAS, prestasi beliau mula dipersoalkan. Akar umbi terutamanya pemimpin bawahan mula resah prestasi beliau dan PAS secara umumnya.

Prestasi TGHH dilihat lemah dari segi tindakan politik dan pengurusan organisasi. Ia tidak melibatkan ideologi, akhlaq, aqidah perjuangan dan dasar perjuangan PAS dan dirinya.

PAS pada era TGHH mengalami masalah komunikasi. Presiden PAS terlalu mendiamkan diri sehingga membuatkan pimpinan terkeliru apakah kehendak Presiden. Diam adalah ubat merangkap racun. Jika tersalah tempat, ia boleh meranapkan penyaluran maklumat dalam organisasi. Selain itu, Presiden kelihatan kaku dalam sidang media atau pertanyaan spontan. Sebenarnya, idea TGHH cukup Islami dan bernas semasa dalam seminar dan ceramah kerana beliau seorang sarjana tetapi apabila sidang bersemuka dan secara spontan, idea gagal disampaikan dengan baik.

Ketegasan Presiden PAS dalam menangani masalah displin[seperti yang dinyatakan dalam blog YB Iskandar Abdul Samad] dan keupayaan beliau dalam menasihati pihak-pihak tertentu dalam parti sama ada dalam kelompok pro ulama atau kelompok Liberal Progresif telah dipersoalkan. Sifat diam beliau membolehkan perpecahan mula mendaging dalam PAS dan memburuk batang tubuh PAS secara perlahan-lahan.

Perbedaan pemikiran bukanlah masalah besar tetapi apabila wujudnya puak-puak bertentangan, ia akan mengoncangkkan perpaduan parti. Masalah ini lagi parah apabila segelintir ahli PAS mengikat lebih kasih kepada pimpinan lain daripada pimpinan utama sendiri. Jika masalah berpuak dan membentuk sekutu atau jemaah dalam jemaah tidak dibendung, tidak mustahil wujudnya parti serpihan PAS yang lebih kuat daripada PAS asal sebagaimana AKP dan Saadet di Turki.

Generasi muda terutamanya Gen Y akan bersama dengan pihak yang pro perubahan yang lebih mesra pemuda serta berpendekatan lebih liberal. Anak muda memang suka perubahan dengan penerapan idea dan tindakan baru oleh pemimpin yang disenangi mereka.

Oleh sebab itu, Presiden tidak boleh berdiam diri[seperti tulisan YB Iskandar] dalam menangani masalah ini. Tangani dengan tegas sebagaimana Imam Hasan Hudaybi dan TG Yusof Rawa sehingga tahap memecat dan mengantung keahlian terhadap ahli yang ingkar. Cegah sebelum parah.

Presiden PAS juga tidak boleh mengharapkan DSAI dalam memimpin PR. Presiden harus menyiapkan diri sebagai pemimpin utama PR ataupun alternatif kepada DSAI. Kekuatan dan pengaruh PAS sangat besar mengakari rakyat, PAS tidak wajar menjadi pelakon tambahan[YB Iskandar].

Sebenarnya, tidaklah sampai perlu TGHH berundur daripada jawatan Presiden PAS. Walaupun berundur seseorang Presiden itu membolehkan perubahan berlaku secara besar-besaran. Selain berundur ada beberapa alternatif lain dalam melakukan perubahan dalam parti.

Pertama, Presiden PAS harus merombak barisan pimpinan yang dilantik seperti jawatan Setiausaha Agung, Pengarah Pilihanraya dan Pesuruhjaya Negeri. Begitu juga barisan tuan penasihat beliau. TGNA pernah mendapat para penasihat yang baru apabila kecoh isu penasihat TGNA. Antara pimpinan baru yang boleh dilantik ialah Dr Dzukifli Ahmad, YB Dato Husam[mungkin sukar kerana beliau adalah EXCO] atau Saudara Mohammad Sabu.

Kedua, Presiden boleh melantik speaker atau jurucakap Presiden dimana setiap urusan rasmi parti melaluinya.Gen Y tidak mahu jurucakap Presiden seperti SUA PAS, Dato Mustafa Ali. Mereka mahu tenaga muda yang berintelek. Sebagai cadangan, PAS boleh melantik Ahmad Sabki sebagai jurucakap Presiden.

Ketiga, Presiden PAS haruslah tegas dalam menangani masalah disiplin terutamanya pimpinan PAS Terengganu yang dilihat rapat dengan Presiden PAS.

Keempat, memberi ruang kepada timbalan Presiden PAS menjalankan tugas Presiden dimana TGHH hanyalah memantau dalam tempoh peralihan.

Akar umbi terutamanya generasi Y dalam PAS mahukan perubahan dalam PAS. Pemimpin yang baik akan dapat menghidu angin perubahan dan memberi ruang kepada perubahan yang diingini. Paling besar jasanya dengan mengundurkan diri demi kesinambungan perjuangan. Dan jangan sampai dimalukan seperti Dato Asri dan Husni Mubarak.

[tulisan ini adalah respon terhadap tulisan dalam blog YB Iskandar Abdul Samad, pemimpin kanan PAS Selangor dan EXCO Kerajaan Negeri Selangor. Kelihatan para pendokong kepimpinan TGHH sendiri mula merasa resah terhadap kepimpinan beliau]

Friday, February 11, 2011

Pengaruh Ikhwanul Muslimin Dalam PAS.

Sebenarnya, PAS adalah gerakan Islam yang mempunyai ideology yang tersendiri sebagaimana Muhammadiyyah di Indonesia. PAS pada awalnya bergelumang dengan nasionalisme kerana situasi Negara ketika itu dan para pimpinannya adalah nasionalis [PAS berasal daripada Sayap Ulama UMNO].

Pada tahun 1963, Prof Zukifli Mohamad selaku Timbalan YDP telah menghantar Ustaz Yusuf Rawa, AJK PAS Pusat ke Timur Tengah untuk memperkenalkan PAS sebagai gerakan Islam di Malaysia. Pada tahun 1964, PAS menghantar 10 orang kader ke Iraq untuk belajar disana sekaligus berhubungan dengan Ikhwan Iraq.

Ada juga pelajar Malaysia di Mesir mendapat pengaruh Ikhwan semasa belajar di sana. Kebanyakkan mereka mempunyai kaitan dengan PMRAM. Antara pimpinan mereka ialah Ustaz Fadzil Noor,Ustaz Abdul Hadi Awang dan Ustaz Haron Taib.

Apabila kumpulan mahasiswa Mesir pulang, mereka menyertai ABIM kerana PAS bersama BN. Pimpinan PAS yang diasuh oleh Ikhwan ditenggelami oleh buih buih nasionalisme. Pada waktu itu, ABIM terpengaruh dengan pemikiran Syed Qutb.

Apabila PAS disepak oleh BN, Majlis Syura ABIM menghantar 3 pimpinannya iaitu Ustaz Fadzil Noor, Ustaz Nakhaie dan Syed Abdul Rahman untuk membantu PAS. Selepas Revolusi Iran, ramai pimpinan ABIM masuk PAS apabila khabar angin bertiup kencang bahawa Anwar akan masuk PAS.

Apabila Anwar masuk UMNO, kebanyakan pimpinan ABIM berpemikiran Syed Qutb berhijrah ke PAS dan menumbang rejim Asri seterusnya membentuk kepimpinan ulama.

Tuan Guru Yusof Rawa: Obor Perubahan PAS




Sebenarnya, Tuan Guru Yusuf Rawa telah dipilih untuk bertanding jawatan Yang Dipertua PAS melawan Dato Asri oleh kumpulan pro ulama pada pemilihan tahun 1981. Walaubagaimanapun, pertandingan tidak terlaksana apabila beliau bersetuju bertanding bagi jawatan Timbalan Yang Dipertua. Beliau telah berjaya dalam pertandingan tersebut.

TG Yusof Rawa merupakan seorang ulama moden yang berbeza pemikirannya dengan kebanyakan ulama PAS ketika itu yang lebih focus kepada pemikiran tradisional. Latarbelakang pendidikan beliau berasal daripada aliran Inggeris kemudian belajar agama di Makkah. Beliau juga menguasai bahasa Arab dan Bahasa Inggeris serta Farsi dan Perancis. Beliau juga ahli perniagaan dan mempunyai kedai buku. Sifat suka membaca terhadap pelbagai bahan bacaan daripada Barat dan Timur menyebabkan TG Yusof Rawa memperolehi pelbagai idea baru seterusnya membentuk pasak pemikirannya.

Seperti kita tahu, PAS telah mengalami perubahan besar sejak disepak keluar daripada BN. Kaum muda ABIM mula menguasai parti sehingga rejim nasionalis Dato Asri kepanasan. Dato Asri sendiri dikatakan menunggu kemasukkan Anwar dan bersedia menyerah kedudukannya sebagai YDP PAS kepada Anwar.

PAS seakan akan menunggu seseorang untuk melakukan perubahan dalam parti. Jawatan NYD dipegang oleh TG Yusof Rawa dan TG Fadzil Noor manakala Ketua Dewan Ulama oleh TG Nik Aziz yang dilihat tokoh pelapis dalam parti. Mereka bagai bahan persiapan kepada kedatangan seseorang. Tiba-tiba Anwar masuk UMNO. TG Yusof Rawa berkata ”...tindakan anda itu umpama menikam kami dari belakang

Jika kita perhatikan idea-idea TG Yusof Rawa, beliau cuba meluaskan pendefinisian ulama, membuka hubungan dengan non muslim, menentang nasionalisme, dan menyokong perubahan dalaman parti dengan menyokong kaum muda dalam parti.

Beliau telah memberi laluan kepada para pelapis dengan meletakkan jawatan sebagai Yang Dipertua PAS dan Mursyidul Aam PAS. Ini menunjukkan beliau berupaya menghidu perubahan yang dikehendaki oleh ahli muda PAS. Beliau memberi laluan bukannya menghalang laluan pihak yang inginkan perubahan.

Dalam menangani krisis, beliau bertindak tegas mengantung dan memecat pimpinan yang boleh merosakkan parti walaupun seorang pimpinan berpengaruh dan mantan pimpinan utama. Tindakan pantas banyak membantu parti supaya tidak bergolak.

Sifat politik perubahan dan pemikiran TG Yusof Rawa wajar diteladani oleh pimpinan sekarang. Penguasaan sekelompok pimpinan bagai melahirkan dictator dalam organisasi parti. Perubahan yang datang untuk meregenerasikan kembali parti agar dapat menangani perubahan zaman dan reality politik semasa. Perubahan dapat dilakukan dengan pertukaran pimpinan dengan dokongan muktamar.

Tuesday, February 08, 2011

DIBAWAH MENDUNG USRAH

Fathi Aris Omar
Wednesday April 18, 2007

Saya tidak pernah ingat saat pertama, hari pertama, saya mengucap dua kalimah syahadah; tidak pula pernah ingat bilakah saya pertama kali mendirikan sembahyang. Tetapi saya masih terbayang-bayang kali pertama terlibat dengan usrah – pintu masuk ke dunia aktivisme dakwah.

Hari itu, di surau sekolah pada suatu petang, ketika saya di Tingkatan Tiga, seorang teman mengundang saya menyertai diskusi tentang Islam. Tanpa mengetahui atau mengesyaki apa-apa, saya malu alah pergi juga – dan dengan tergagap-gagap berkata sesuatu tentang teks yang dibincangkan itu. Seingat saya ada lagi beberapa pelajar senior – seorang dua masih berbekas dalam ingatan saya tetapi kini entah di mana mereka saya tidak pasti.

Bukunya tidak lain tidak bukan Maza Ya’ni Intimai al-Islam atau bahasa Melayu, Apa Ertinya Saya Menganut Islam karangan Fathi Yakan. Buku ini masih disebut-sebut dan dikagumi orang, hairan entah kenapa ia boleh menjadi semacam bible atau Das Capital-nya usrah.

Tentulah teks seberat itu, di hari pertama usrah umum, sesiapa sahaja akan tergagap-gagap. Tetapi saya gugup bukan kerana besar atau kompleksnya teks itu tetapi kerana memang tidak mudah rupa-rupanya untuk bercakap di depan ramai orang – apatah lagi mereka sedang memerhatikan kita, menunggu lontaran buah-buah fikiran kita atau sedang membaca di mana kelemahan jalan fikir kita agar mudahlah proses indoktrinasi dijalankan kemudian.

Ya, tentunya senang menyebut “proses indoktrinasi” sekarang, selepas 24 tahun peristiwa berusrah saya tinggalkan. Tetapi saat itu, sebagai budak mentah berusia 15 tahun yang bakal menduduki SRP, saya berdepan dengan Islam seperti seorang Melayu yang sudah sebati dengan agamanya sebagai sebahagian budaya dan sistem sosial di sekelilingnya. Islam sebagai agama yang perlu dipelajari dan dihayati. Bukan Islam, atau anutannya, sebagai bahan kritik seperti saya melihatnya saat ini.

Perkenalan pertama itu dengan Fathi Yakan menghanyutkan saya dalam buah-buah fikirannya, termasuk Generasi Muda dan Perubahan (Asy-Syabab wa Taghyir), Bagaimana Menyeru Kepada Islam (Kaifa Nad’u ilal Islam) atau Masalah Dakwah dan Pendakwah (Musykilatul Dakwah wa Da’iah).

Selain Dr Fathi Osman dengan majalah Arabia-nya, yang saya kenali selepas tahu membaca teks Inggeris, barangkali nama pena saya kini tercipta gara-gara kekaguman pada Fathi Yakan – saya dipropagandakan beliau sebagai seorang jurutera tetapi fasih dengan pengetahuan agama dan seorang pemimpin Ikhwanul Muslimin.

Tidak semua pelajar senior yang bergiat bersama usrah waktu itu saya ingat hingga kini tetapi semua teman Tingkatan Tiga yang kekal berusrah sehingga Tingkatan Lima di sebuah sekolah berasrama penuh di negeri asal saya masih berbekas dalam ingatan. Dan masih akrab walaupun jauh – seperti jauhnya lagu Zainal Abidin dalam album Hijau. Waktu itu darah muda, idealisme dan semangat membuak-buak, keghairahan membaca dan mendalami agama melalui usrah sayangnya tidak dipandukan oleh seorang guru, atau ustaz, yang sistematik. Jadi, usrah kami waktu itu sering menjadi diskusi di kalangan teman-teman ini, selain berbekalkan kuliah agama, kaset ceramah dan perkongsian (juga perdebatan) tentang agama dan politik nasional (juga gerakan pelajar Islam) era 1983-85.

Tidak sama dengan teman-teman seangkatan kami di sekolah-sekolah berasrama penuh lain – waktu itu menjadi sasaran utama gerakan IRC selepas ABIM mulai melemah gara-gara kemasukan Anwar Ibrahim dalam Umno, manakala PAS pula belum membuka sayap pelajarnya tersendiri – yang dibimbing oleh seseorang guru yang mengajar di sekolah mereka sendiri, kami berhubung dengan beberapa teman dalam ABIM Terengganu.

Khabarnya ABIM Terengganu saat itu berjaya disusupi oleh anasir-anasir IRC untuk memanjangkan perjuangan ala Ikhwanul Muslimin mereka. Entahlah, begitulah saya dimaklumlah dan begitulah debat (sebetulnya persaingan dan perebutan pengaruh) yang berlangsung pada tahun-tahun seterusnya sehingga saya meninggalkan dunia pelajar dan kemahasiswaan, penghujung 1991.

Sama ada tersengih, tersipu atau berdendam, hakikatnya dunia dakwah yang kami kenali dalam tempoh itu – dalam semua pergerakan Islam, termasuk PAS – dunia hingusan dan “syok sendiri” yang dipam masuk oleh kenyataan dan analisa teman-teman yang lebih senior. Dua puluh tahun saya melihat ke belakang, ternyata benar juga kenapa orang muda awal-awal menyokong Hitler dan anak-anak mentah satu-satunya kelompok manusia yang masih setia kepadanya pada jam-jam terakhir rebahnya pemimpin Nazi itu.

Barang kali apa yang tercatat dalam Generasi Muda dan Perubahan ada benarnya di sana-sini atau, dengan ungkapan lain, kalau kita ingin menyesatkan sesuatu masyarakat, sesatlah generasi mudanya!

Tidaklah ingin saya membayangkan usrah itu sama dengan Hitlerisme atau kesesatan. Tetapi strategi mengepung fikiran pengikut, mengepam mereka dengan yang muluk-muluk, menanam dogma ke dalam fikiran mereka, mengapung perasaan “syok sendiri” dalam semangat kekitaan jemaah Islam – dalam imbasan saya saat ini, sewaktu usia sudah menjangka 39 tahun – tidak jauh bezanya dengan Hitlerisme atau kediktatoran di mana-mana jua, di zaman apa pun.

Dan tentunya sewaktu kita berada di tengah-tengah khayalannya kita tidak mungkin menyedari betapa buruknya ia berkembang dan betapa kejinya ia diizinkan berkembang.

Hakikatnya, saat ini, saya menyedari semua kepungan fikiran rupa-rupanya sejenis jenayah kemanusiaan yang maha besar – barangkali seumpama genocide di Rwanda atau Balkan, cuma bezanya dua tragedi ini menzahirkan mayat-mayat bergelimpangan; usrah menyembunyikan mayat, sebaliknya melahirkan zombie!

Saya tidak kecewa dengan usrah, jangan salah faham. Saya menikmati setiap saat dan ketika bersama usrah, teman-teman dan aktivisme pelajar dakwah. Ia banyak mengajar dan mematangkan. Kurang lebih 10 tahun, ia ibarat kem latihan yang ketat, padat dan menggetarkan idealisme. Ia menyeret saya ke sebuah dunia aktivisme (dengan khayalnya tersendiri) hingga saat-saat menulis catatan ini.

Kritik di atas tadi sebetulnya dalam konteks sistem berfikir aktivis Islam (dan kini mungkin aktivis politik, orang seni, intelektual dan NGO juga) vis a vis tanggapan mereka tentang dunia, perubahan sosial dan dunia kecil mereka. Pengalaman bersama usrah dengan putih, kelabu dan hitamnya sendiri ibarat sebuah kampus awal untuk meneroka dunia dewasa yang lebih mencabar – tetapi, pastilah, semua pengalaman itu harus diproses kembali untuk dijadikan teladan atau sempadan.

Entah mengapa dan bagaimana, idealisme pada saya menjadi bahan bakar pemberontakan pula. Memberontak pada idealisme yang kaku, tohor dan tidak memuaskan kedahagaan cendekia. Memberontak pada dinding kaca – kemilau di luar, terpenjara di dalam. Jadi, di celah-celah retak kaca itu tenaga pemberontakan saya mengalir di penghujung 1980-an dan diasah awal 1990-an, khususnya sewaktu mengendalikan majalah Perspektif terbitan JIM. Dan, pastilah bukan saya sendirian, semua teman yang kritikal akan mengalami “krisis ini”.

Dan celakanya separuh kedua dekad 1980-an membuka lebar retak-retak idealisme itu apabila semua gerakan Islam – di kampus khususnya, termasuk luar negara – bercakaran sesama sendiri, termasuklah melupakan segala adab dan idealisme Tuhan yang mereka agung-agungkan itu. Sebagai makhluk kritikal, saya berusaha sekuat mungkin untuk berdiri di pinggir perang besar itu.

Dan, jika dirujuk teman-teman lama, saya kira saya berjaya berdiri sebagai by-stander, bukan pahlawan-pahlawan perang antara jemaah. Rekod saya – sepanjang perang ini, dan sepanjang era usrah – kalau mahu dibanggakan boleh disebut “bersih”, kalaupun enggan disebut “cemerlang.” Saya tidak menyimpan rekod itu, teman-teman yang menyimpannya dan merekalah yang berhak menilainya.

Dan mungkin sikap itu terbawa-bawa hingga kini dalam aktivisme menentang kuasa politik dan sistem karut yang ditimpakan ke atas kita semua; sikap untuk menentang “musuh bersama”, musuh utama dan terbesar, yang tercokol di depan kita semua dengan melupakan, atau meremehkan, titik bengik yang melingkari kiri kanan kedewasaan aktivisme.


[ii]
Mungkin (ulang: mungkin) manusia paling bodoh itu manusia yang tidak rancak berfikir. Yang kedua terbodoh, manusia yang tidak membaca buku, sementara tempat ketiga jatuhnya kepada manusia yang tidak luas pergaulan dan beragam diskusinya. Dan ketiga-tiganya ada pada manusia usrah dan jemaah Islam yang saya kenali!

Jika gejala ini sejenis paradoks – beginilah paradoks, satu-satunya, yang berjaya saya cungkil sepanjang 10 tahun berusrah dan bergerak dalam gerakan pelajar dakwah; dan selebihnya politik kepembangkangan, kewartawanan dan aktivisme era Reformasi 1998-99. Dan lebih parah daripada segala paradoks ini, keyakinan kita untuk menyebarkan dan melaung-laungkan kebodohan kita di depan masyarakat dengan rasa penuh yakin dan bangga!

Tidak lama selepas karya-karya Fathi Yakan, saya diperkenalkan pula dengan karya-karya al-Maududi (khususnya Fundamentals of Islam atau edisi terjemahan serpihannya, Iman, Islam, Jihad), Hassan al-Banna (Usul 20 dan Dakwah Kita), Syed Qutb (Petunjuk Sepanjang Jalan, Keadilan Sosial dalam Islam atau sebahagian Fi Zilalil Quran), Yusuf Qardhawi (Problema Kemiskinan), Muhammad Qutb (Salah Faham Terhadap Islam), Mustafa Masyhur (Petunjuk Sepanjang Jalan Dakwah), Said Hawwa (Risalah Ufuk Ta’lim atau terjemahan Jundullah: Thaqafatan wa Akhlakan) dan juga Abu Urwah (Risalah Usrah edisi pertama), selain makalah-makalah terbitan persatuan-persatuan mahasiswa universiti, termasuk PMUTM sewaktu Ahmad Lutfi Othman memegang jawatan setiausaha agungnya.

Kalaulah saya mengadakan usrah hari ini, saya haramkan buku-buku ini kepada anak-anak usrah saya.

Mereka sepatutnya membaca Syed Hussein Alatas (Intelektual Masyarakat Membangun atau Sosiologi Korupsi), Goenawan Mohamad (siri Catatan Pinggir), John Stuart Mill (On Liberty), George Orwell (Nineteen Eighty Four), Jean Paul Sartre (The Age of Reason), Alvin Toffler (Future Shock atau Third Wave), Majid Fakhry (A History of Islamic Philosophy), Bertrand Russell (A History of Western Philosophy), Friedrich August Hayek (The Counter-Revolution of Science: Studies on the Abuse of Reason), Seyyed Hossein Nasr (Science and Civilization in Islam atau Traditional Islam in the Modern World), Osman Bakar (Classification of Knowledge in Islam), Shaharir Mohammad Zain (Simbiosis antara Sistem Nilai dengan Tabii Matematik), Syed Naguib al-Attas (Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu) dan beberapa karya tokoh pemikir dan ahli politik tempatan. Mungkin buku Dr Abdul Karim Zaidan, Usul Dakwah, boleh dibaca dan relevan untuk “usrah baru” saya nanti.

Mungkin, selepas sekian lama berusrah, anak didik saya ini akan terkhayal dengan bahan-bahan diskusi yang ditelaah mereka dan mula berlagak sebagai “intelektual muda” dengan istilah-istilah ganjil dan “moden” untuk menakut-nakutkan sasaran sembang mereka. Tetapi, lebih baiklah berlagak dengan gaya ini daripada tidak sedar diri menjual kalimah-kalimah orang Arab, sesekali memetik al-Quran atau hadis, yang sudah basi dan tidak relevan dengan zaman dan geografi kita!

Kalau mahu jenama import, pastikan yang bermutu dan tahan lama.


[iii]
Jika kita selongkar usrah dan tinggalkan rangka diskusinya, di beberapa sisi, usrah tidak ubah sembang warung atau kelas tutorial di kampus. Mungkin elemen kerohaniannya masih relevan dan perlu tetapi, isu yang bergelut dalam benak saya selama ini, kenapa dinamika diskusi – yang seharusnya rancak, beragam, pelbagai hala, dan kritikal – boleh menjadi medan pembekuan, penggelapan dan kesehalaan manusia jemaah Islam?

Salah naqib atau naqibah? Atau salah teks usrah? Atau sesi kerohanian yang bersifat tradisional dan “menyeramkan” jiwa? Atau, memang ahli-ahli usrah itu asalnya "manusia terbuang", berasal dari kampung dan mempunyai low self-esteem, yang tidak berbakat – lalu mereka menjadikan usrah, serta gerakan Islam, tempat melarikan diri daripada ketewasan sosial?

Kenapa usrah melahirkan “sejenis manusia” tertentu – yang berjarak dengan manusia di sekeliling mereka? Dan apakah penyebab yang menjadi mereka “sejenis manusia” tertentu dan apakah faktor yang mendorong penjelmaan paradigma kumpulan seumpama itu – apakah ia diakibatkan oleh tarbiyyah Islamiah yang mereka alami, dengan versi-versi Islam haraki tertentu, atau mereka sendiri yang membentuk usrah dan gerakan Islam sedemikian rupa?

Di saat-saat saya mula bertindak merenung kembali persoalan ini, sewaktu masih lagi terlibat dengan program-program usrah dan aktivisme pelajar dakwah antara 1986-91, saya telah cuba menjawabnya dalam beberapa tulisan dan cuba menawarkan pemecahan masalahnya – khususnya bulan-bulan terakhir saya meninggalkan ITM Arau. Saya sediakan beberapa sukatan usrah, teks rujukan dan beberapa analisa politik kampus yang membolehkan positioning dan re-branding beberapa kelompok usrah gerakan pelajar dakwah, yang dekat dengan saya (tentunya!), dalam konteks ini yang ada hubungannya dengan IRC atau kini boleh disebut JIM.

Kerana kebetulan waktu itu, sejak di sekolah hingga ke kampus, usrah dan gerakan usrah kami yang bersifat “bawah tanah” tidak pernah mempunyai tapak yang kukuh dan mantap – tidak seperti kumpulan siswa IRC di beberapa universiti lain atau gerakan pelajar bawah sayap PAS dan ABIM yang mempunyai payung organisasi, dan sifat politik, yang jelas dan besar. Mungkin, sifat pergerakan IRC atau JIM, yang lebih junior berbanding dua organisasi itu menjadikan usrah kami seumpama itu. Entahlah, saya tidak mempunyai jawapan tentang itu semua.

Jadi, pendewasaan saya dengan Islam dan gerakan Islam, bukanlah semata-mata kesan ketundukan saya pada idealisme kelompok tetapi pertarungan (atau pemberontakan?) yang berterusan untuk memperbaiki keadaan yang, saya fikir, tidak sesuai dengan persekitaran dan cabaran yang melingkungi gerakan Islam dan idealisme mereka.

Artikel-artikel yang muncul kemudian, khususnya awal 1990-an, berkisar pada persoalan tersebut, persoalan yang saya geluti sepanjang dekad kedua 1980-an. Tentunya, ada nada keras dan geram akan tertonjol dalam catatan-catatan tersebut kerana penulis berdepan dengan sekumpulan besar manusia yang tidak mempedulikan kritikan.

Saya masih ingat artikel saya tentang ketaksuban pada "Ikhwanisme", yang terbit di majalah Dunia Islam (sekarang sudah tidak beroperasi), mengundang amarah teman-teman senior di kampung.

Yang mereka, seperti kerajaan atau parti pemerintah, fikirkan hanyalah memanjangkan hegemoni mereka dan melanjutkan paradigma mereka – sehingga selepas sekian lama meninggalkan usrah, saya dapat rasakan betapa meluasnya paradigma itu (yang berbau keislaman) telah tersebar dalam masyarakat kita, seolah-olahnya semua mereka pernah menyertai usrah!

Tradisi, organisasi, konvensi atau birokrasi memanglah sejenis gergasi gendut yang sukar berubah atau diubah. Ia sukar menyesuaikan diri kecuali di ruang-ruang yang menguntungkannya. Ia boleh menukar wajah dan slogannya tetapi mengekalkan intipati ajarannya yang membebalkan – “bebal” pada istilah seseorang yang mengkritiknya!


[iv]
Tidak lama selepas Saari Sungib, atau Abu Urwah, dibebaskan daripada tahanan ISA pada pertengahan 2003, saya diundang berceramah secara tertutup bersamanya di dua tempat – satu di Shah Alam di kalangan ahli JIM yang boleh saya katakan kelas menengah dan profesional; satu lagi di Bangi di kalangan mahasiswa.

Dan sekali lagi, igauan ngeri saya tentang usrah, aktivisme dakwah dan gerakan Islam singgah di benak saya ketika itu dan beberapa ketika selepas pertemuan itu.

“Igauan ngeri” saya katakan kerana pertemuan itu membongkar (sekali lagi!) kritikan-kritikan lama saya tentang kelemahan, kedangkalan dan kesempitan manusia usrah walaupun mereka itu datangnya daripada kelas menengah, sebahagiannya mungkin boleh berbahasa Inggeris dan bergaul dengan manusia profesional dengan bermacam-macam latar belakang, yang seharusnya mempunyai analisa atau maklumat jelas tentang pergolakan zaman ini – spirit of the age atau zeitgeist.

Oh, tidak! Ia seperti kembali ke penjara gelap apabila mendengar pertanyaan-pertanyaan mereka dan juga analisa-analisa yang dibentangkan kepada kami berdua. Terus-terang, saya tidak sabar berdepan dengan kelompok manusia seumpama ini dan saya bukanlah guru yang baik untuk mendidik orang-orang tua yang telah jauh disesatkan oleh usrah, aktivisme dakwah dan gerakan Islam. Saya kira (ulang: kira) untuk bersembang di warung sekali pun saya sudah tidak sabar lagi – ia begitu menjemukan, berpura-pura, saduran dan plastik (dengan maksud, tidak real).

Barangkali penyakit “manusia usrah” ini bukanlah sepenuhnya gejala yang ditimbulkan daripada indoktrinasi program mingguan itu dan kegiatan-kegiatan susulan dalam gerakan dakwah. Mudah untuk disebut, “manusia usrah” ini gejala yang kompleks – dengan simpang perenangnya di luar lingkungan tersebut.

Sekali imbas, manusia usrah ini “manusia Melayu”, “manusia muslim” dan “manusia Malaysia” dengan segala kemelayuannya, kemuslimannya dan kemalaysiaannya – merojakkan segala kelemahan Melayu, muslim dan Malaysia (3M?) dalam satu pinggan yang dinamakan usrah, aktivisme dakwah dan gerakan Islam. Semua daki-daki kotor 3M itu gagal dicucikan, dipalitkan pula dengan indoktrinasi usrah yang dibaurkan dengan teori perubahan sosial ala gerakan Islam.

Mungkin 3M inilah matriks usrah yang mudah kita bicarakan. Pierre Bourdieu, dalam bukunya Language and Symbolic Power (2001) membawa rumusan ini, [(pembentukan diri)(modal)] + (medan) = amalan atau [(habitus)(capital)] + (field) = practice.

Mungkin memerlukan kajian mendalam, dari pengamal usrah sendiri, untuk membedah siasat gejala tersebut yang telah melahirkan – pada tanggapan saya – “manusia usrah” dengan segala keburukan 3M.


[v]
Ketika bertugas di ibu pejabat JIM awal 1990-an, waktu itu belum berpindah ke pejabat sekarang di Taman Melawati, saya perasan tidak ramai anggota pertubuhan ini aktif atau jika aktif, tidak berbakat untuk kerja-kerja sosial; sebahagian besar – akibat usrah, saya fikir – ingin menjadi “manusia baik” sahaja.

Baik pada diri sendiri, pada orang tua mereka atau pada keluarga kecil mereka. “Baik” dengan erti kata dormant, tidak bernas dan tidak membiak. “Baik” dengan erti kata dapat membetulkan bacaan al-Quran mengikut tajwid, dapat menghafal beberapa kalimah al-Quran dan beberapa hadis, dapat mengutip pesan-pesan daripada para pemimpin dan buku teks dakwah, dapat menuturkan beberapa patah Arab – sekadar cukup membezakan, bukan mengayakan, pengalaman hidup sendiri dengan masyarakat di sekelilingnya.

Mungkin kata “dormant” di sini lebih sopan daripada ungkapan “manusia tidak berguna” dalam buku Syed Hussein Alatas, Intelektual Masyarakat Membangun. Jika usrah boleh disebut “dosa”, mungkin inilah satu daripada dosa-dosanya – melahirkan manusia “tidak berguna”, selain mendangkalkan manusia dalam kelemasan ideologi yang dinamakan “Islam haraki.”

Beberapa teman senior, waktu itu, yang lebih lama berusrah di luar negeri ketika di alam kuliah masing-masing mengemukakan “teori” bahawa gejala dormant yang sama juga merebak dalam ABIM dan PAS. Kata mereka, lebih kurang 10 peratus sahaja ahli JIM dan organisasi-organisasi tersebut aktif – mengesahkan lagi pemerhatian saya sepanjang terlibat dengan gerakan pelajar dan mahasiswa.

Jadi sewaktu diberitahu gerakan Islam sekarang makin sukar mencari pemimpin pelapis mereka, baik dalam PAS, ABIM atau JIM – saya tidaklah hairan. Malah, rungutan saya sejak hampir dua dekad lalu, itulah kebimbangan saya. Tetapi sebagai “gergasi gendut”, gerakan Islam memang sukar bergerak dan tenggelam punca di zaman manakah ia bertapak dan di bawah langit mana pula ia menggapai.

Kadang-kadang saya terfikir, apa yang dinamakan “usrah” tidak lebih daripada tempat pembuangan manusia yang tidak berbakat, yang tewas waktu usia remaja daripada perkumpulan sosial yang rancak, terbuka dan “social” – tidaklah pula bermakna manusia yang “social” itu berbakat dan berpengetahuan!

Jadi, di sini, timbul sekali lagi paradoks usrah: Apakah yang dilakukan oleh ruang diskusi ini sehingga proses tarbiyyah itu gagal memberi erti baru kepada manusia, ketika remaja dan belia mereka, selain memperkenalkan mereka kepada beberapa akar budaya mereka yang sangat asasi – menarik mereka kembali kepada al-Quran dan ibadat khusus?

Saya tidak mengetahui apa makna usrah kepada mereka yang masih aktif berusrah hari ini atau sedang asyik diperkenalkan dengan pertemuan mingguan itu. Tetapi bagi saya, usrah itu satu mimpi ngeri yang tidak terluahkan dengan kata-kata…


p/s: bold itu kerja saya. saya rasa penting.

Generasi Y?


Generasi Y boleh diklasfikasikan kepada manusia yang lahir antara tahun 1980an dan 1990an. Mereka generasi yang unik dimana gaya hidup dan pemikiran manusia menerima ledakan teknologi maklumat yang luar biasa sehingga mentranformasi sesebuah masyarakat tradisi dan moden. Kita dikira sebagai masyarakat pasca moden.

Perentas maklumat seperti twitter, wikileaks, FB, Blog mula menyebarkan maklumat dengan pantas. Maklumat tersebar secara langsung dan ia boleh mempengaruhi massa.

Kepantasan maklumat menjadikan maklumat semakin dekat dengan kita. Maklumat ini mengandungi legasi pemikiran dan gaya hidup popular terutamanya dari Barat dan akhir menglobal ke antero alam dunia. Kebiasaannya, barat akan memenangi pengulatan perubahan pemikiran dan gaya hidup kerana mereka mempunyai modal yang besar. Modal menentukan kepopularan.

Kebanjiran maklumat telah merencamkan pemikiran generasi Y. Taboo lama yang diwarisi cuba diubahkan. Jika kita lihat, Gen Y lebih liberal dan materialitik sifatnya. Sifat ketuhanan mula longgar apabila sains dan teknologi mula bertuhan. Agama mula menjadi adat bahkan ada menganggap mitos dan dongeng.

Gen Y bersifat 1dunia kerana proses globalisasi. Pakaian, makanan, minat mempunyai persamaan. Konsep bernegara akan terhakis.

Gen Y…modal, teknologi,popular, liberal..

Monday, February 07, 2011

Parti Islam Baru Di Malaysia: Satu Spekulasi

Fenomena berbilang jemaah ini timbul apabila sesuatu pihak tidak berpuas hati dengan pihak yang lain. Jika mereka dalam satu jemaah, mereka keluar jemaah membentuk jemaah baru atau menyertai jemaah lain.

Satu lagi, fenomena berbilang jemaah boleh berlaku apabila banyak jemaah berjuang untuk satu matlamat. Malangnya berlaku persaingan dan perpecahan sesama mereka.

IKRAM merupakan pertubuhan yang mengakui wakil Ikhwanul Muslimin mempunyai jalinan dengan wakil Ikhwan di England. Ikram adalah wajah sebenar IRC dimana muncul ramai pemimpin syura IRC yang selama ini dirahsiakan. Lihatlah kedudukan sebenarnya jawatan Presiden JIM yang hanya menurut perintah sahaja.

Jika benarlah IKRAM ingin menjadi parti politik, kita mahu tahu apa relevannya kehadiran mereka dalam medan politik Malaysia. Tidak bolehkan IKRAM mengulangi pengimportan tokoh-tokoh perubahan dari ABIM dan Suara Islam serta sebahagian kecil tokoh IRC/JIM ke dalam PAS?.

Adakah pula IKRAM ingin menjadi ‘mangkuk istimewa’ bagi pihak pro perubahan dalam PAS jika mereka gagal menguasai tampuk kepimpinan PAS?. Kebanyakan ahli PAS tahu bahawa jalinan cinta sesetengah mantan pimpinan IRC/JIM dengan IKRAM selaku ahli seumur hidup IRC/JIM.

Parti Refah pernah bergolak apabila golongan pro perubahan yang diketuai oleh Ketua Pemuda Part Refah, Erdogan bertindak keluar parti membentuk AKP. Manakala golongan pro Erbakan membentuk Parti Saadet.

Saya masih beranggapan bahawa mantan pimpinan IRC/JIM dalam PAS sudah tiada hubungan dengan IKRAM kerana mereka memilih politik pembangkang berbanding suara majoriti JIM yang bertindak menjadi rakan pembangunan kerajaan.

Kita tiada sangsi dengan Dr Dzulkifli Ahmad, mantan pimpinan IRC yang banyak mengorban harta, masa dan idea untuk PAS. Begitu juga Ir Saari Sungip yang banyak membantu PAS.

Pemimpin Suara Islam rela meninggalkan hasrat menubuhkan Parti Negara Islam dan bertindak menggagaskan idea kepimpinan ulama. Mereka setia dan sedia mengorbankan masa, harta dan diri mereka untuk PAS[baca:Islam].

Manakala YB Dato Husam [yang dikatakan antara pemimpin pro perubahan] tokoh muda PAS yang pernah berpengetuakan Anwar Ibrahim di Yayasan Anda Akademik menyokong kepimpinan ulama dan pernah melihat kaum ulama seperti Ustaz Mustafa Taib memarakbarkan Dato Asri.

Jangan sangsi kesetiaan pihak pro perubahan. Mereka tidak membuntuti pimpinan tertentu di luar parti dan mereka tidak akan menyertai jemaah lain daripada PAS. Jasa mereka tidak dapat disangkal.

Jadi Ikram untuk siapa?

Makcik tua, tukang sapu. Pakcik, peneroka FELDA. Atau setinggan dipinggir kota?.

Kalau dari segi isi dan tubuh Ikram, ia tidak merakyat. Ia sesuai bagi kelas menengah bukannya rakyat marhaen.

Apapun selamat datang sahabat kami, jangan lukakan hati kami. Sayangi kami dengan nasihat.

Ingat, tulisan ini hanyalah spekulasi.kikikiki..

PARTI ISLAM BARU DI MALAYSIA: TAKUTNYA PAS?[satu catatan nota]

Kita bebas menggunakan pelbagai medium dakwah dalam menyebarkan Islam. Ada pihak mengunakan medium dialog agama, badan kebajikan, dakwah sufi, parti politik Islam, jemaah tabligh, badan kemasyarakatan dan usaha individu seperti menulis, mencetak dan mengedar risalah dakwah kepada orang ramai. Mereka semua berusaha menghidupkan Islam.

Kehadiran parti politik Islam yang baru memang kita raikan. Sebagai sahabat,kita harus hormat menghormati dengan sahabat yang lain.
Tetapi ada sesetengah pihak berkata tidak boleh berbilang dan ada pihak yang berkata boleh ada berbilang jemaah. Kesemuanya benar jika ada hujah. Hujah ini bergantung kepada persekitaran setempat dan situasi ketika itu.

Saya suka jika TGNA,arwah TG Yusof Rawa, TG Fadzil Noor[jika mereka masih hidup], TGHH, Ir Khalid Samad, Dr Dzukifli, TG Haron Din[beliau pernah cadangkan PKR bergabung dengan PAS], TG Haron Taib, Dato Husam dan Dato Mahfuz ditanya soalan:
1. Bolehkah kita menyertai parti Islam yang lain selain daripada PAS di Malaysia?
2. Pandangan mereka tentang berbilang jemaah?
3. Bolehkah parti Islam baru diwujudkan di Malaysia dan kenapa mereka kekal bersama PAS?

Kemudian kita fikir solusi daripada pendapat tokoh-tokoh di atas..

Thursday, February 03, 2011

Menangani Perubahan: Ke Arah PAS Baru?



muhammad mahdi akef


Oleh Abu Muhammad

Pertama kalinya, saya masih tegaskan bahawa perubahan yang dicanang termasuk pertukaran kepimpinan mesti melalui muktamar. Perwakilanlah yang berkuasa menentukan hala tuju PAS. Tiada niat mengatur parti, ini hanyalah kritikan membina. Perubahan adalah hak perwakilan. Perwakilan yang menetapkan perubahan pimpinan. Kaedah inilah paling beradab bagi sesorang ahli PAS yang sayang parti.

Kesilapan pihak yang pro perubahan terutamanya sekelompok anak muda ialah pendekatan mereka untuk melakukan perubahan. Grup ini menggunakan kaedah menghina, melabel/mengelar, memperbodohkan/memperkenakan pemimpin dan pelbagai diskusi dan risalah yang tiada adab terhadap pemimpin. Seorang pengkritik mesti seorang budiman yang tahu saluran mengkritik dan cara mengkritik yang penuh kesopanan. Idea yang baik disampaikan dengan kaedah yang tidak baik adalah menampakkan sifat tidak baik. Anak muda ini mungkin terlalu bersemangat, sayangkan parti, tergesa-gesa dan emosi sehingga menghilangkan sifat budiman mereka.

Dan tidak mustahil ada pihak berkepentingan mengambil kesempatan di atas slogan perubahan untuk mendapat apa yang ingin dicapai. Mereka mempergunakan pihak pro perubahan sehingga satu saat mereka memunculkan diri sebagai pemimpin pro perubahan. Berhati-hatilah dengan istilah pro perubahan.

Perubahan yang berlaku tidak dapat dihalang. PAS melalui anak muda dan kaum ulama membawa semangat dan idea perubahan telah berjaya menumbangkan rejim nasionalis pada tahun 1982. Dan kini, jika pihak ulama tidak melakukan perubahan, nescaya sekali lagi anak muda dan kelompok liberal progresif[pro siasah,profesional, tarbiyyah IRC-SI, pro pakatan, pembuntut Anwar] akan menggagaskan idea baru yang cuba menjatuhkan kepimpinan ulama.

Kepimpinan ulama adalah sistem yang baik tidak perlu dimansuhkan. Cuma pemainnya perlu ditukar dengan pemain yang lebih muda, bertenaga, berterampilan dan beridea baru.Adunan pemain baru dan pemain lama yang masih mempunyai kemahiran dan stamina akan membentuk barisan yang terbaik untuk memenangi sesuatu perlawanan.

Secara peribadi,perubahan yang kita ingini dari segi dasar,polisi,pendekatan, struktur organisasi dan gaya kepimpinan yang baru. Perkara ini berlaku dalam Parti Refah sehingga berlaku perpecahan dimana golongan pro perubahan membentuk AKP melalui Ketua Pemuda Parti Refah, Erdogan dan golongan lama membentuk Saadet.

Perubahan yang dilakukan oleh AKP melalui polisi dan dasar membolehkan mereka hidup dalam sistem sekular dengan menerapkan nilai Islam secara evolusi. Manakala gaya kepimpinan Erdogan dan Abdullah Gul gagal memberi alasan kepada pihak tentera untuk merampas kuasa sebaliknya pelindung sistem sekular iaitu tentera, birokrasi dan kehakiman tertekan dengan pendekatan AKP.

AKP dan Erdogan menjadi teladan kepada gerakan Islam moden dan kontemporari. Mereka mempunyai rahsia untuk hidup dalam sistem sekular. Mereka menjadikan diri mereka sebagai ikan dalam lautan masin. Pendekatan/strategi AKP dan gaya kepimpinan Erdogan boleh dikaji dan dieksperimenkan di Malaysia. Model AKP ini sangat sesuai dan berguna semasa PAS dalam kerajaan Pakatan Rakyat yang sekular nanti.

Pada pendapat saya, persoalan perubahan timbul disebabkan oleh prestasi semasa kepimpinan PAS. Tiada persoalan nak jatuh pemimpin tertentu, meruntuhkan kepimpinan ulama, hilang wala’ dan thiqah, merendah martabat ulama. Jasa, kealiman, ilmu,amal, kelebihan para pimpinan tidak boleh kita sangkal atau persoalkan tetapi disini kita persoalkan masalah prestasi.

Barisan pengasas kepimpinan ulama telah berkuasa terlalu lama dalam parti. Hampir 3o tahun seusia pemerintahan Husni Mubarak. Wajah pemimpin sejak jatuhnya rejim Dato Asri masih sama dan ideanya tidak banyak perubahan. PAS Terengganu sebagai contoh bagai tiada pimpinan pelapis, disempitkan oleh wajah pemimpin yang beridea sama sahaja. Terlalu lama berkuasa dalam parti akan mengundang penyakit sebagaimana yang dihadapi oleh Dato Asri sendiri dan Tun Dr Mahathir. Oleh itu ada dua pilihan untuk pemimpin iaitu melaksanakan perubahan atau mengundur diri.

Kitaran kepimpinan melalui zaman kebangkitan, puncak dan kemerosotan bakal dialami oleh sesebuah organisasi. Oleh itu, kemerosotan dapat ditangani dengan melakukan perubahan terutamanya perubahan pendekatan, dasar dan kepimpinan.

Kita menghormati pemimpin, bersangka baik dan memberi peluang kepada pemimpin untuk membuktikan sesuatu. Setelah melihat prestasi terkini, purata tiada perubahan dan semakin merosot pengaruh parti. Pelantikkan orang lama dalam jawatan penting parti seperti Setiausaha Agung dan Pengarah Pilihanraya menanda pimpinan tiada keinginan untuk berubah. Kita telah memberi ruang untuk mereka membuktikan sesuatu tetapi gagal. Bukannya mereka tidak bekerja tetapi gagal mengolah realiti zaman. Nampaknya, masa untuk pembuktian kualiti pimpinan telah berakhir, perubahan mesti dilakukan dengan menukarkan pucuk pimpinan.

Kenapa Perubahan Berlaku?

Gaya kepimpinan seseorang tokoh boleh dimaknakan pada pemikirannya, ketrampilan, komunikasi-interaksi, keupayaan membuat keputusan, kemahiran tertentu, pengurusan organisasi, disiplin, akhlak dan kehidupan peribadi. Gaya kepimpinan adalah hak peribadi seseorang tokoh. Perbandingan gaya kepimpinan antara tokoh yang lain tidak akan menyelesaikan masalah, paling baik menggunakan gaya kepimpinan tersebut sebagai kelebihan.

Dari segi ilmu dan amal, TGHH adalah antara yang terbaik. Saya melihat TGHH perlu memantapkan kemahiran berkomunikasi dan membuat keputusan secara spontan. Akibatnya, TGHH kelihatan kurang mesra media massa bahkan Dato Mahfuz dan YB Salahuddin Ayub lebih banyak bercakap daripada Presiden.

Pemikiran dibentuk melalui pembacaan, pemerhatian, perkongsian ilmu dan pengalaman. Bahan pembacaan TGHH perlu diperluaskan bukan setakat bidang keilmuan Islam sahaja.Kelebihan TGHH sebagai sarjana harus digunakan dalam membentuk kepimpinan berintelektual.

Orang muda seringkali mahu kepimpinan seperti Anwar Ibrahim dan TG Fadhil Noor. Pandai bergurau dan mesra rakyat serta mengemuka idea baru. Jadi mereka akan membuat perbandingan. Perbandingan antara pemimpin ini mengundang semangat ini menukarkan kepimpinan.

Penguasaan sekelompok muncul apabila berlakunya pertentangan antara kelompok dalam parti. Kelompok utama dalam PAS ialah kelompok liberal progresif dan kelompok ulama. Kelompok ulama merupakan kelompok paling berkuasa dalam PAS mendominasi keputusan parti. Akibat,kelompok liberal progresif tersisih dan terbentuk perlawanan pemikiran diantara mereka.

Pemikiran anak muda dibentuk oleh media baru seperti blog dan facebook. Akses informasi yang mudah, cepat dan terbuka membolehkan pemikiran kaum muda semakin terbuka, rencam dan liberal. Usrah gagal membentuk kesatuan pemikiran mereka. Kehadiran kelompok liberal progresif yang serasi dengan pentarbiahan bentuk baru melalui internet mendekatkan lagi anak muda dengan mereka. Anak muda gemar orang yang ambil berat, prihatin, sekepala dengan mereka.

Kebanjiran maklumat melepasi paras kerahsiaan sesebuah jemaah. Terbocor maklumat yang sepatutnya rahsia menyebabkan keputusan mesyuarat menjadi kucar kacir.

Akibatnya berlakunya buruk sangka dan fitnah. Khabar angin mudah tersebar. Anehnya, anak muda mudah terpengaruh dengan khabar angin sehingga fikrah perjuangan mereka dimasuki virus anti kepimpinan, antiusrah, antiulama, antiwala’ dan antitsiqah.

Menukar Pucuk Pimpinan?

Barang lama tidak semesti lemah dan tidak baik. Jika berkualiti dan berfungsi dengan baik, kita terus menggunakannya. Tetapi jika prestasi merudum, kita ada dua pilihan sama ada membaiki[melakukan perubahan dasar/pendekatan] atau menukar yang baru[menukar pimpinan].

Penguasaan pemimpin atau sekelompok pemimpin yang terlalu lama dalam organisasi mengundang pelbagai penyakit. Tanda awal penyakit tersebut ialah kronisme dan nepotisme. Kehadiran manusia bernama Azizah, Nurul Izzah, Lim Guan Eng[dan isteri], Arif Fahmi,Nik Abduh,Khalil, Zaharudin mohamad, Jadeep dan Gobind menandakan barah sedang menular. Kita tidak menafikan kebolehan, bakat dan pemilihan perwakilan terhadap mereka, cuma pintu fitnah telah terbuka. Dilema ini pernah dihadapi oleh Saidina Uthman.

Sebab itulah, paling relevan bagi suatu pemerintahan adalah 10 tahun[2 penggal dalam kerajaan dan 3 penggal dalam parti]. Tempoh ini adalah tempoh yang selamat sebelum tanda awal datang.

Pemimpin yang bijak akan mengundur diri memberi laluan kepada perubahan yang tidak mampu dilakukan oleh diri. Tun Dr Mahathir meletakkan jawatan kerana beliau tahu jika terus memerintah UMNO boleh hilang 2/3kerusinya. Lee Kuan Yew turun jawatan semasa zaman gemilang. Mursyidul Aam pertama PAS, Tuan Guru Yusof Rawa meruang kepada Tuan Guru Fadzil Noor yang mempunyai idea baru selain masalah kesihatan yang dihadapi. Manakala Ustaz Mahdi Akef memberi ruang kepada Dr Mohd Badie untuk memimpin Ikhwan Mesir. Tiada rugi memberi ruang kepada perubahan baru.

Dalam PAS, saya mencadangkan dua kaedah. Pertama, muktamar boleh melantik timbalan presiden sekarang, Ustaz Nasarudin Mat Isa sebagai Presiden PAS.Mungkin beliau mempunyai idea-idea baru yang boleh diketengahkan. Kedua, melantik pemimpin transisi dimana tidak melupakan yang lama dan mendekatkan yang baru. Pemimpin yang dicadang ialah TG Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai Presiden. Timbalan Presiden yang paling sesuai dalam era perubahan ialah YB Salahuddin Ayub atau Dr Mujahid.

Kelompok liberal progresif mungkin mencalonkan pimpinan seperti Dr Mujahid, Dr Dzukifli atau Dato Husam sebagai presiden. Pada saya, zaman transisi ini memerlukan hubungjalin antara pro perubahan dengan pro ulama, pemikiran tokoh perubahan terlalu terkedepan sehingga melangkaui pemikiran ahli biasa PAS. Beri Ruang ini selama satu penggal jika mereka yang dipilih tiada perubahan, pemimpin baru wajar diketengahkan termasuk daripada golongan profesional sebagai Presiden PAS.

Manakala pemimpin lama boleh aktif dalam Yayasan Amal Malaysia, bagi yang berkelulusan agama boleh aktif dalam Dewan Ulama. TGHH pula dilantik Mursyidul Aam PAS yang baru.

Perubahan harus digerakkan oleh Dewan Pemuda. Saya juga hairan kenapa kelompok liberal progresif tidak mahu menguasai Dewan Pemuda. Paling kurang mereka mencalonkan Dr Mujahid Yusof sebagai wakil mereka. Dewan Pemuda adalah pelapis harus diterapkan dari awal wadah perubahan agar tidak janggal pada hari muka.

Solusi

Perubahan merupakan perkara yang perlu supaya tiada kekakuan, kebekuan dan kekunoan pada pemikiran, pendekatan,tindakan dan ahli sesebuah organisasi. Tanpa perubahan, organisasi akan runtuh. Perubahan tidak dapat dihalang, ia pasti berlaku sama ada cepat atau lambat. Perubahan yang paling berkesan ialah perubahan kepimpinan.

Monday, January 31, 2011

DENDAM KEPADA KEPIMPINAN JEMAAH ISLAM

Oleh Agus Salim II

Dalam satu mesyuarat, pemimpin utama yakni Tuan Presiden Jemaah Islam akan membuat keputusan muktamad sama ada mengikut pendapat seseorang, suara mesyuarat atau memutuskan menggunakan pendapat beliau sendiri. Keputusan muktamad adalah hak ketua. Adapun Muktamar mempunyai kuasa lebih besar daripada keputusan dan kuasa presiden mengikut Perlembagaan jemaah. Muktamar berhak membatal, mengubah atau melakukkan dasar atau keputusan yang lain.

Dalam membuat keputusan, ada keputusan pimpinan yang tersalah langkah atau tidak digemari oleh segelintir pimpinan yang lain. Kesilapan ini haruslah dimaaf diatas kesalahan ijtihad seseorang pemimpin. Pemimpin jemaah Islam bukanlah para nabi yang maksum daripada dosa. Kesilapan pimpinan seringkali berlaku ekoran kelemahan akal seseorang.

Jangan noktahkan pemikiran kita dengan dendam kesumat bahawa pemimpin yang melakukan kesilapan mesti dinyahkan daripada jawatannya. Pemimpin itu harus dibenci. Iman Hasan al Banna pernah menasihati jiwa memberontak sheikh Muhammad al Ghazali dengan menyatakan ‘jangan sekali-sekali ada unsur negatif [dendam] di hatimu terhadap seseorang tetapi jangan berhenti daripada mengharapkan petunjuk buatnya!’. Seharusnya kita tidak berdendam tetapi mengharapkan petunjuk Allah meluruskan keputusan yang akan dilakukan oleh pemimpin kita.

Kita harus maafkan pimpinan kita selagi mereka tidak melanggari perkara aqidah dan berbuat dosa besar. Dato Mahfuz Omar sebagai contoh semasa menjadi Ketua Penerangan PAS kita maafkan beliau kerana menipu dan berlagak tahu walaupun tidak tahu. Begitu juga pimpinan yang dikatakan pernah terlibat dalam pertemuan ‘gelap’ termasuk Ir Khalid Samad [pada peringkat awal], Dr Hassan Ali, Ustaz Nasaruddin Mat Isa. Kita maafkan mereka. Jika TGNA, TGHH, Dato Husam, TG Haron Din, DR Hassan Ali,Ir Saari Sungip, Dato Mustafa ALI, Dato Abu Bakar Chik,Ir Khalid Samad, TG Haron Taib, Ustaz Nasarudin Mat Isa atau sesiapa sahaja yang melakukan kesilapan, kita wajar memaafkan mereka dan mendoakan mereka agar dapat petunjuk.

begitu juga mantan pimpinan berjasa seperti Ustaz Nakhaie dan Dato Asri. Kita doa petunjuk, keampunan dan memaafkan mereka.

Apaguna membenci dan dendam jika tersilap hari ia adalah khabar angin.