"Kepimpinan (presiden) kalau ada yang tidak betul kita boleh bincang, jangan kita mulakan sesuatu baru, ia akan menjadi tradisi, dalam sejarah Pas tidak pernah ada lawan presiden," katanya kepada pemberita selepas hadir di Majlis Israk Mikraj anjuran Muslimat Pas Kota Bharu di JKR 10 hari ini.
Kata-kata di atas adalah kata Ustaz dato Tuan Ibrahim Tuan PAS.
Dalam sejarah PAS, hanya 3 kali sahaja jawatan YDP atau Presiden PAS dipertandingkan iaitu pada tahun 1956 dan 1959 di antara Dr Burhanuddin al Helmy melawan Prof Dr. Zulkifli Mohamad. Kemudian pada tahun 1973 apabila Ustaz Abu Bakar Hamzah mencabar Ustaz Mohd Asri Muda(TS).
Kemudian Tuan Guru Yusuf Rawa pernah mencabar TS Asri Muda tetapi akhirnya menarik diri setelah istikharah.
Tahun 2015, Tuan Guru Ahmad Awang bakal mencabar TGHH.
Persoalan yang timbul, beginikan PAS sebagai sebuah jemaah Islam memilih amir jemaah. Melalui pertandingan bukannya syura. Malu kepada jemaah lain di Malaysia.
Ruang demokrasi dan perlembagaan itu kita tidak nafi kepentingan dan keabsahannya tetapi jemaah islam perlu digerakkan melalui syura bukannya demokrasi moden yang menjurus kepada perpecahan dan ketidakstabilan politik.
kenyataan asal dari FB
1. Saya tertanya-tanya berapa kalikah jawatan YDP atau Presiden PAS dipertandingkan? Adakah Prof Zulkifli mencabar Dr Burhandudin al Helmi ketika itu sudah menjadi YDP PAS? Adakah Ustaz Ahmad Fuad dicabar? Siapakah yang bertanding melawan TS Asri Muda dan ada pertandingan ke?
2. Persatuan Mahasiswa Islam di kampus memilih Presiden melalui pertandingan atau tidak? Adakah nama bakal Presiden dan MT PMI telah disyurakan atau tidak? Jika ada pertandingan, ia benar-benar pertandingan atau gimik?
3. PAS itu jemaah Islam atau parti politik?
Tradisi PAS perlu dibentuk melalui dirinya sebagai jemaah Islam dan prinsip syura.
"pemimpin yang zalim dijatuhkan, pemimpin yang lemah dibantu"
Tradisi PAS perlu dibentuk melalui dirinya sebagai jemaah Islam dan prinsip syura.
"pemimpin yang zalim dijatuhkan, pemimpin yang lemah dibantu"
No comments:
Post a Comment