Friday, May 15, 2015

PAS Sebagai Parti Ideologi.



Perlembagaan PAS menunjukkan PAS sebuah parti ideologi yang kemahuannya melahirkan sebuah masyarakat Islam. Landasan akidah perjuangan PAS adalah ajaran al Quran dan hadith.

Dalam pembinaan karekter ahli, elemen akidah sangat dititik beratkan. Perjuangan PAS bukan sekadar isu semasa-popular  atau menakluki Putrajaya sahaja. ia jauh daripada itu iaitu melaksanakanya Islam dalam pentadbiran negara.

Dikala ini, keanggotaan PAS sebagai parti ideologi sangat utuh telah diancam oleh pemimmpin yang mengamalkan keterbukaan yang ekstrem. Keterbukaan yang menghakiskan ideologi PAS.

Sesetengah pimpinan PAS menganggap PAS perlu berubah melunturkan ideologinya agar diterima oleh masyarakat pantai Barat dan masyarakat non muslim. Ia sangat penting dalam usaha mendapat sokongan undi mereka.

Tahukah kita masyarakat urban dan masyarakat non muslim (terutamanya orang Cina) menyokong PAS hanya bergantung kepada isu dan ‘tuan besar’nya sahaja.

Masyarakat Cina menyokong Pakatan Rakyat bukan kerana mereka menyokong ideologi PAS. Tujuan mereka untuk menumbangkan UMNO-BN, mereka ada kepentingan politik dan ekonomi.

DAP atau MCA hanyalah alat bagi masyarakat Cina (lebih tepat alat Huatuan). Mereka tiada apa-apa pun. Penguasaan massa masyarakat Cina berasaskan sentimen yang diatur atau dipengaruhi oleh badan berpengaruh yang dikenali Huatuan atau persatuan cina.

Huatuanlah yang menguasai pemikiran khalayak masyarakat Cina terutamanya generasi lama mereka. Pada tahun 2003, Huatuan mempunyai 7766 buah dan 15 buah daripada sangat berpengaruh dalam kalangan masyarakat Cina. Mereka boleh menerima dan membuang  DAP atau MCA sebagai wakil mereka. Mereka mengamalkan ‘politik senja’ dimana ‘perbincangan berpengaruh’ pada waktu makan malam.

Huazong atau Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia. Anggota Huazong yang berpengaruh adalah Dongjiaozong, ACCCIM (peneraju ekonomi), persatuan kerabat(clan) dan Dewan Perhimpunan Cina. Mereka sangat berpengaruh menentukan sokongan masyarakat Cina kepada BN atau PR.

PAS wajar mengutamakan ahli berasaskan ideologi mereka daripada berkhayal dengan sokongan bergantung isu daripada masyarakat Cina dan masyarakat Urban. Jika ada isu dan prestasi PAS cemerlang, mereka akan terus menyokong PAS. Manakala keahlian ideologi pula akan tetap menyokong PAS selagi berhidayah.

No comments:

Sebelum Loceng PRU 15 Melolong

 Sebelum Loceng PRU 15 Melolong a. Kerajaan 1. Kita perlu memahami bahawa kerajaan persekutuan pada hari ini berdiri atas sokongan para ahli...