Kerdil diri hendak menulis persoalan ini
ekoran bukannya ahli dalam bidangnya. Lagipun penulis masih belajar dan tidak
banyak membaca buku sebagaimana orang lain. Anggap sahaja tulisan ini daripada
orang ‘jahil’ ilmu dan amal. Penulisan
ini dari ‘sekularis’ untuk ‘sekularis’ dan Islamis.
Penulis merumuskan, penilaian sekularisme dari
dua segi iaitu
+ Sekularisme dari segi akidah
+ Sekularisme dari segi cita+rasa.
Dalam sesebuah gerakan Islam, agak mustahil ia
dianggotai oleh sekularis totok, paling kurang sekularis yang jinak mahukan
Islam mentadbir. Justeru, persoalan sekularisme dari segi akidah tidak ada masalah
dan ia bukanlah modal untuk kafir-mengkafir satu sama lain.
Sekularisme dari segi cita+rasa datang
daripada nafsu dan akal yang menjadi dominan mengatasi wahyu. Fenomena sebegini
ada dalam gerakan Islam tetapi ia bukanlah dominan. Apabila ia bersifat kecil,
ia dianggap sebagai pendapat peribadi bukannya pendapat jemaah. Persoalan yang
timbul, bagaimana jika pendapat ini
menjadi pendapat jemaah?. Penulis
tertarik dengan ucapan TGHH bagaimana parti
Al Istiqlal Maghribi, yang dahulunya berpegang dengan dasar ISLAM, sekarang
bertukar menjadi sekular Liberal.
Pendapat yang penulis maksudkan ialah pendapat
orientalis yang dibawa masuk ke dalam jemaah Islam dan cuba didakwahi sebagai
pembaharuan dalam jemaah Islam. Jiwa anak muda yang memberontak mudah terpengaruh.
Tuawan yang namanya kurang disebut orang mula mengambil kesempatan atas jiwa
memberontak anak muda dan idea pembaharuan sang intelek memimpin pemberontakan
terhadap kepimpinan sedia ada.
Ciri kedua kelompok ‘sekularis cita+rasa’
adalah menerapkan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran negara tanpa bermaksud
melaksanakan hukum-hukumnya. Menurut Tuan Guru Yusuf Rawa, ‘...satu kekeliruan
yang penuh putar belit dan padat dengan kepalsuan. Nilai-nilai Islam tidak
terbentuk melainkan menerusi pelaksanaan hukum-hukumnya. Penulis tidak menafikan, AKP di Turki berjaya
menerapkan nilai-nilai Islam dalam kenegaraan mereka sedikit demi sedikit
dengan jaya tetapi AKP bukanlah gerakan Islam tetapi mereka terdiri daripada individu-individu mukmin yang mahu melaksanakan
Islam. Penulis tidak pasti sejauh manakah,
Islam dimaktubkan dalam Perlembagaan AKP. Jika tidak, penerapan nilai-nilai
Islam ini sangat bergantung tahap kemahuan Islam seseorang individu bukannya
kehendak Perlembagaan Parti AKP.
Ciri ketiga ialah Gerakan Islam sebagai Parti
Politik bukannya Jemaah Islam. Kejayaan AKP dan kebangkitan semula Rashid
Ghannosuhi di Tunisia menyebabkan sebahagian tokoh gerakan Islam terangsang
mencuba eksperimentasikan pendekatan sebegini di negara mereka. Jemaah Islam sebagai parti atau jemaah Islam
mempunyai sayap politik melalui parti politik. Mereka menubuhkan sayap-sayap
parti umpamanya Parti Keadilan dan Pembangunan Maghribi. Penyelutan dalam sebuah parti menyebabkan
gerakan Islam terkena lumpur-lumpurnya seperti konflik dalaman. Jika Islamis berjaya mengalahkan
Sekularis-Islamis, sayap parti atau
parti sendiri menjadi semakin liberal dan mementingkan kemenangan politik
melebihi dakwah.
Menurut Abdullah bin Kiran, Setiausaha Agung
Parti Keadilan dan Pembangunan Maghribi menyatakan parti mereka akan memimpin Maghribi sebagai parti politik
bukannya sebagai institusi keagamaan. Mereka menerima sekularisme, wacana agama dan anjuran keagamaan hanya di
masjid bukannya dalam parti politik. Pengutamaan gerakan Islam sebagai parti
berbanding jemaah Islam membolehkan gerakan Islam terlibat dalam pendekatan
matlamat menghalalkan cara. Unsur ini tidak baik bagi sesebuah gerakan Islam.
Keempat, Islam Sebagai Ideologi. Sudah tentu
al Quran dan hadith sudah termaktub dalam sesebuah gerakan Islam. Segala aspek
kehidupan akhirat dan dunia diatur oleh ajaran-ajaran Islam yang mengikut
prinsip al Quran dan hadith. Jika Islam bukan sebagai ideologi, peranan Islam
akan dibatasi dalam politik atau parti politik.
Islam bukan sebagai ideologi, satu perjuangan
berasaskan isu populis. Dengan isu
popular, parti Islam boleh menang. Tetapi kemenangan ini mudah sekali diambil
kembali oleh pihak lawan jika isu tersebut sudah malap.
Kelima, mengesan pragmatis dan modenis dalam
gerakan Islam. Imej umum mereka kelihatan dengan sifat progresif, reformis,
realistik dan liberal. Mereka tetap kuat berjuang untuk Islam tetapi
menggunakan pendekatan dan buah pemikiran yang kebanyakannya datang daripada
tokoh-tokoh pemikir Barat dan orang bukan Islam. Ada juga kebaikan daripada
tokoh pemikir tersebut, cuma kebanyakan idea mereka diisi dengan sifat
keingkaran dalam bertuhan.
Kelima-lima ciri ini antara elemen sekularisme
yang berlaku dalam gerakan Islam pada hari ini. Bukanlah mereka tidak bagus
atau tidak berprestatif tetapi kehadiran elemen sekularisme akan menggugat
keutuhan tunjang Islam dalam gerakan Islam itu sendiri. Bukanlah juga mereka
tidak berjasa atau peribadi mereka buruk, pertentangan ini penulis simpulkan
sebagai pertentangan cara berfikir dan cara bertindak. Jangan sampai cara
berfikir dan bertindak kita merugikan perjuangan Islam dikala mendamba
keuntungan palsu.
Akhir kalam, saya menukilkan tulisan Imam Ibnu
Qayyim;
“ingatlah akan manisnya pertemuan, maka mudah
bagi anda menahan pahitnya perjuangan. Anda telah tahu di mana singgah, maka
segeralah berjalan ke sana”
Maaf atas kejahilan diri.
No comments:
Post a Comment