Sesetengah
pihak menyatakan mahasiswa atau gerakan mahasiswa tidak usah menyertai
politik luar ( dari segi kepimpinan bukannya penyertaan atau penglibatan)
tetapi bergiat dalam politik kampus dan tarbiah kampus sahaja.
Tuan Guru Harun Taib tidak mengalakkan para
pimpinan mahasiswa melakukan atau memimpin demonstrasi dalam kampus atau luar
kampus kerana ia boleh memudaratkan pimpinan mahasiswa sendiri dan tumpuan
utama seorang mahasiswa dan gerakan mahasiswa Islam adalah menuntut ilmu dan
tarbiah rakan sekampus.
Aktif tetapi jangan aktif dalam aktiviti yang
memudaratkan masa depan yang merugikan jemaah dan diri sendiri. Penyertaan dan
penglibatan dibenarkan tetapi jangan memimpin demonstrasi.
Peluang di universiti sebaik mungkin menambah
kemantapan keilmuan seorang pemimpin mahasiswa. Ilmu ini adalah kunci dalam
mengerakkan pimpinan mahasiswa sebagai pemimpin jemaah setelah habis belajar
nanti.
Selain itu, pimpinan mahasiswa Islam lebih
wajar memberi tumpuan kepada gerakan tarbiah kampus dan gerakan kesedaran politik
di kampus. Pembinaan watak pemimpin dan penyebaran pengaruh dapat dilakukan
dalam proses pentarbiahan.
Kepimpinan mahasiswa peringkat kampus lebih
tepat kepada proses latihan bukannya pemain utama. Mereka tidak perlu
menonjolkan diri.
Menariknya, pemimpin yang aktif politik
demonstrasi tidak aktif pula dalam gerakan politik setelah tamat zaman kampus bahkan lebih menarik ada
sebilangan mereka melompat meninggalkan jemaah masuk menyertai puak sekularis,
nasionalis dan liberalis.
No comments:
Post a Comment