Pada penulis, orang seperti TGHH, Tuan Guru
Yahya Othman, TGNA, Tuan Guru Fadzil Noor
manusia yang sangat rapat dengan penghayatan al Quran dari segi
pemikiran dan tindakan. Mereka hidup dengan hujah al Quran dan hadith. Mereka
tidak maksum tetapi cuba sebaiknya menjadikan al Quran dan hadith sebagai
panduan utama kehidupan mereka. Kehidupan mereka bernafas hujah. Hujah al Quran
dan hadith. Jarang sekali hujah mereka bersandarkan kepada pemikiran
sendiri, tokoh-tokoh bukan Islam dan
orientalis.
Jika perkara-perkara yang tidak menguntungkan
Islam dan mengetepikan syarak serta menidakkan hujah-hujah al Quran dan hadith
berlaku, mereka akan terus menolaknya. Sebagai ‘Insan Quranik’ , pemimpin Islam
sudah tentu berprinsip menolak dan tawar hati dengan apa keputusan atau
tindakan sesetengah para pemimpin yang
dikatakan ‘sekular’ dan tidak menguntungkan Islam.
Politikus Islam yang mementingkan politik melebihi dakwah,
mengutamakan kekuasaan Putrajaya daripada kekuasaan Allah, matlamat
menghalalkan cara hanya mahu keuntungan politik sehingga Islam kurang nampak
berupaya. Perkara ini sudah tentu menguris hati-hati yang mahukan Islam
mentadbir.
Dalam gerakan Islam dunia sekarang, terdapat
tiga kelompok utama yang perlu berhati-hati:
+ tokoh Islam yang banyak mengauli pemikiran
manusia dengan wahyu sehingga pemikiran manusia melebihi keutamaannya daripada
wahyu sendiri.
+ Para
Ulama yang bermudah-mudahan dengan ijitihad mereka. Mereka bukannya
berhikmah untuk melaksanakan tetapi berhikmah untuk tidak melaksanakan apa yang
terkandung dalam al Quran dan hadith.
+ Para ulama yang terlalu ‘ekstrem’’ sehingga
menghilang hikmah dalam tindakan.
Saya
mempercayai manusia boleh berubah ke arah kebaikan atau sebaliknya. Siapa diri
seseorang pada hari ini belum menentu siapa diri pada hari-hari mendatang.
Begitulah kelemahan seseorang manusia.
No comments:
Post a Comment