Setiap pertemuan rahsia dengan semua pihak
termasuk DAP dan UMNO-BN adalah dibenarkan atas nama kepentingan dakwah dan
kepentingan umat.
Menurut Tuan Guru Yusuf Rawa, muzakarah
(dengan pihak lawan) membolehkan kita memberi sumbangan kepada masyarakat dalam
persoalan penyatuan umat.
Cuma niat baik ini dirosakkan oleh dua
kelompok;
+ Kelompok Gopoh dalam perjuangan yang
berlagak ala hero penyelamat parti
+ Kelompok mahu kekuasaan berkepentingan diri
sendiri.
Selepas pilihanraya umum ke 13, riuh apabila
dilaporkan 3 pertemuan rahsia di antara pihak PAS dengan UMNO tanpa pengetahuan
Mursyidul Aam dan AJK PAS Pusat. Akibatnya, Mursyidul Aam membidas pertemuan
tersebut yang dikatakan diketuai oleh Tuan Guru Presiden sendiri.
Peristiwa dikatakan bermula apabila seorang
pemimpin tertinggi PAS telah memberitahu YB Khalid Samad tentang pertemuan
rahsia yang dikatakan diatur oleh Dato Dr Hassan Ali dan Ustaz Nasharudin Mat Isa.
Khalid Samad bergegas ke Pejabat Agung PAS dan mendesak Dr Hassan Ali
memberitahu apa rancangan beliau. Atas desakan, Dr Hassan Ali memberitahu apa
yang dirancang. Setelah ketibaan, Presiden PAS dan Dato Mustafa Ali, mereka
bersetuju Presiden dan Dr Hassan Ali tidak pergi tetapi diganti oleh Khalid
Samad. Akhir pertemuan itu gagal tanpa hasil.
Apabila blogger ‘celaka’ (istilah digunakan
oleh TGNA) membesarkan dan mendedahkan perkara ini, Khalid Samad dilihat
sebagai hero penyelamat PAS. Blogger celaka mula mengunakan gelaran UG apabila
TGHH mengunakan istilah Kerajaan Perpaduan (UG) dalam lontaran ideanya bagi
mengurangkan ketegangan politik yang memuncak ketika itu. Idea UG adalah hasil
diskusi pimpinan PAS dalam pemukiman. Malangnya orang yang memulakan atau mencadangkan
idea UG tidak membantu atau membela TGHH. Muzakarah dan UG telah menjadi fitnah
besar kononnya ada kelompok mahu bergabung atau bersekutu dengan UMNO.
Pada ketika itu, Dato Seri Anwar Ibrahim
mengagaskan idea 16 September, satu rancangan lompatan ahli BN ke dalam pakatan
pembangkang.
Tujuan utama sama ada muqabalah atau muzakarah
adalah sama untuk mengurangkan ketegangan politik Malaysia.
Sebenarnya, UG adalah antara kaedah politik
penyertaan yang menyatukan dengan semua parti berada dalam kerajaan tanpa
pembangkang. ia juga boleh terlaksana dengan penubuhan kerajaan campuran atau
sebuah pakatan pembangkang. Ia memberi peluang anggota parti tidak bersetuju
dengan parti sendiri. UG adalah gabungan longgar pakatan pembangkang. Idea
seumpama ini cukup popular dengan kemunculan Rashid Ghannoushi.
Kelompok tertentu dalam PAS seolah-olah
gembira apabila Presiden PAS dihentam hebat. Tindakan Presiden yang berijtihad
sendiri adalah untuk menyelamat PAS juga daripada terbabas daripada syarak.
Contoh dalam peristiwa penubuhan GERAK, Tuan
Guru Fadzil Noor tidak isu ini
dibincangkan dalam AJK PAS Pusat untuk diluluskan dengan syura. Apabila disoal,
beliau menjawab;
“Ia perlu disegerakan. Tiada masa untuk
menunggu mesyuarat. sebagai ketua parti, saya perlu dan mesti bertindak segera”
Begitu persoalan kehadiran TGFN di rumah DSAI
ketika dipecat tanpa restu jemaah. Disini menunjukkan, Presiden diberi peluang
menggunakan ijtihad tanpa syura jemaah semasa dalam suasana darurat.
No comments:
Post a Comment