Dari
Tora Bora, Singgah di Grup I terus ke
PASMA: Apa selepas ini?[1]
Grup I, istilah ini pernah saya baca dalam
ruangan komen dalam blog Ustaz Dzulkhairi pimpinan GAMIS ketika itu.
Saya hanya terfikir-fikir apa gerangannya.
Setelah bertanyakan kepada para sahabat, saya
merumuskan tiga pendapat tentang Grup I:
+ Ia hanya dakwaan dan fitnah
+ Ia benar
+ Ia hanyalah fenomena orang progresif
Saya hanya menukilkan dakwaan orang tentang
Grup I. Kebenaran perlulah ditanya kepada empunya diri para pimpinan yang
didakwa Grup I.
Cerita jemaah dalam jemaah atau permainan
proksi berasaskan kumpulan dan tokoh adalah biasa dalam sesebuah organisasi.
Kem-kem ini bersaing untuk menjatuhkan satu sama lain untuk membangkitkan gagasan
idea dan pendekatan yang berbeza dengan yang sedia ada. Ia juga dikenali anasir luar.
Dalam PMIUM awal 1980an, kumpulan ABIM yang
menguasai PMIUM telah ditumbangkan oleh kem mahasiswa pro PAS atau kepimpinan
ulama. Dalam PBMUM sekitar tahun 1971, kumpulan pimpinan Mahadzir Khir,
Presiden PBMUM pernah cuba ditumbangkan oleh proksi yang dipengaruhi oleh
Presiden PBMUM sebelumnya, Anwar Ibrahim dan Noordin Razak dan cubaan itu gagal.
Ekoran daripada itu, proksi Anwar Ibrahim memperkukuhkan pengaruh mereka dalam
PMIUM.
Bukan itu sahaja, pihak komunis pernah cuba
menguasai Persatuan Bahasa Cina Universiti Malaya.
Pada tahun 2014, saya pernah bertanya kepada
seorang pemimpin mahasiswa tentang grup I. Beliau berkata, itu perkara 7 tahun
lalu. Setelah mengira 7 tahun yang lepas, ia berada dalam lingkungan Ustaz
Dzulkhairi sebagai pimpinan mahasiswa.
Adakah Ustaz Dzulkhairi mengasaskan Grup I?
Seorang mantan pemimpin mahasiswa yang pro PAS
memberitahu, Grup I ini bukan sahaja ada zaman ustaz Dzulkhairi tetapi
menjangkau jauh ke zaman Ustaz mohd Fuad Ikhwan[2].
Maksudnya, pada awal tahun 2000 an, grup I bermula. Aktif semasa zaman ustaz
Hisomudin[3]
dan perkembangan pesat zaman Ustaz Sheikh Omar Baghrib dan Ustaz Syaznir Munir[4].
Ia bersifat jemaah dalam jemaah, dianggotai
oleh anggota yang bukannya totok PAS.
Pada awal tahun-tahun 2000 an, satu kumpulan
rahsia telah ditubuhkan oleh pemimpin mahasiswa. Antara pemimpin mahasiswa ini mementori kumpulan
kecil dalam PMIUM yang bernama Tora Bora. Tora Bora adalah tempat persembunyian
pejuang taliban daripada serangan tentera Amerika Syarikat. Ada yang mendakwa kumpulan
ini ditubuhkan tanpa pengetahuan Presiden PMIUM dan Amir JIK.
Kumpulan ini mempunyai pelapis, baton
kepimpinan akan diberi kepada generasi adik sebagaimana yang berlaku dalam JIK
sendiri. Jika dilihat, Presiden PMI yang pro PAS sendiri dirahsiakan kehadiran
mereka.
Grup I dikatakan sebuah kumpulan yang dijaga
oleh Ustaz Muhammad Husein semasa menjadi ahli Parlimen Pasir Puteh tahun
1999-2004.[5]
Grup I mempunyai jalur tarbiah Tuan Guru Yahya Othman. Nama TGYO seringkali diidolakan dan mereka
seringkali mengangkatkan TGNA dan Tuan Guru Fadzil Noor sebagai pemimpin hebat.
Ramai mendakwa Grup I disedari semasa zaman ustaz Ahmad Syazwan[6]
menjadi Presiden PMIUM dimana ramai anggota PMIUM ‘hilang’ semasa aktiviti
PMIUM.
Menariknya, ada mendakwa grup I ini mempunyai
dua aliran mazhab iaitu tarbiah ustaz Mohd Noor Umar dari Melaka dan tarbiah
Kota Bharu[7]
oleh Ustaz Muhammad Husein[8].
Grup I sudah melata di banyak kampus. Mereka
didakwa meletakkan anggota Grup i dalam posisi-posisi tertentu dalam kepimpinan
PAS.
Di Universiti Malaya, penghasilan kader
melalui tarbiah Grup I yang akan melaksanakan atau pengatur siasah mula
bertapak kukuh sesuai dengan keupayaan gerakan mahasiswa yang di sana berbudaya
melawan.
Ada yang mendakwa, nak cari Grup I mudah
sahaja, sesiapa yang berada pada zaman Ustaz Dzulkhairi menjadi Presiden GAMIS
dan zaman Ustaz Sheikh Omar Baghrib menebarkan
pengaruhnya dalam Solidariti Mahasiswa Malaysia(SMM). Dewan Pemuda PAS Johor
dan Negeri Sembilan menjadi pusat utama pimpinan mahasiswa grup I bertapak.
Dalam gerakan mahasiswa, pengkalan asas mereka PMIUM.
Menarik, grup i dikatakan antara pengerak PASMA yang pro PAS bersama PR.
Adakah benar wujudnya Grup I?
Adakah benar Tora Bora hingga PASMA adalah
perancangan yang rapi?
Adakah PASMA menjadi wadah politik bagi
kelompok progresif PAS?
Sama-sama kita lihat.
Dari Tora Bora kepada Grup I kepada PASMA kepada
PAS Baru..
[1] Artikel ini lebih kepada
melontar dakwaan para pimpinan mahasiswa sendiri terhadap Grup I. Seeloknya
bertanya sendiri kepada mereka.
[2] Ustaz Mohd Fuad Ikhwan
adalah Presiden PMUM manakala Presiden PMIUM adalah Ustaz Faisal Abdul Rahman
[3] Ustaz Hisomudin merupakan
Presiden PMUM selepas Ustaz Mohd Fuad Ikhwan. Adakah Grup I dipelopori oleh
kelompok siasah dalam PMIUM?.
2. Ustaz Mohd
Ramadhan Fitri- Menarik diri daripada PRK UM . Ada yang mendakwa pada zaman
beliau JIK cuba memutus hubungan dengan JPM
3.Ustaz Hanef Baderun
4.Ustaz Nazree Yunus
– Menyertai PKR
5.Ustaz Dzulkhairi
Mohd Noor- GAMIS sebagai NGO
6.Ustaz Haafizudin
alabierah
7. Ustaz Syaznir Munir
[5] Pada awal tahun 2000,
bekas pimpinan mahasiswa Ustaz Zaharudin Abdul Rahman sangat dipuja oleh kelompok mahasiswa PMIUM.
[6] Saya pasti Ustaz Ahmad
Syazwan , Presiden PMIUM nombor berapa. Kalau benar seperti yang didakwa orang
maka Grup I sudah mantop ketika kepimpinan Ustaz Ahmad Syazwan tahu jika
kumpulan ini ditubuhkan pada zaman Ustaz Fuad Ikhwan.
[8] Ustaz Muhammad Husein
dikenali sebagai pemimpin mahasiswa yang berjaya menawan PMIUM daripada
kelompok ABIM. Beliau bersama sekelompok mahasiswa yang dikenali Kumpulan
Kerinchi yang akhirnya memulakan dinasti JIK di kampus. Antara anggota kumpulan
itu termasuk Ustaz Mohd Taib Ahmad, Mohd Fuad Zakarsyi dan Takiyudin Hassan.
Dalam pemuda PAS, beliau dikatakan antara pakar saraf Kumpulan UM atau Republik
Islam dalam menidakkan pengaruh syiah dan IRC.
No comments:
Post a Comment