Tuesday, May 26, 2015

Pemilihan Amir/Pemimpin Jemaah



PAS mempunyai ramai pemimpin yang boleh dikedepankan sebagai pemimpin. Jumlah yang ramai ini memberi kita keyakinan bahawa PAS tidak ketandusan dalam memilih pemimpin selagi ada ukhwah dan wala’ kepada kepimpinan.

Jika kita berjaya menyenaraikan  ramai pemimpin penganti atau pelapis, jemaah Islam PAS tiada masalah dalam memilih pemimpin mereka. Menurut Tuan Guru Yahya Othman, “ramai dah, tidak jadi masalah untuk pilih Presiden. Presiden seorang jah” .  Kenyataan beliau menunjukkan keyakinan selagi PAS ada pemimpin yang ramai, tampuk teraju utama PAS tiada masalah dalam menjadi pengganti.

Penulis secara jujur berimpiankan tokoh muda seperti Dr Mujahid Yusuf Rawa dipilih sebagai calon Presiden akan datang. Beliau seorang berkelulusan agama dan mempunyai lakaran idea yang tersendiri dan menarik. Cuma beliau perlu elakkan berpihak secara terbuka semasa PAS mengalami krisis. Beliau lebih wajar menjadi pendamai dalam menyelesaikan kemelut parti. Beliau juga jangan terlalu larut dalam toleransi sehingga menipis matlamat Islam.

Ruang demokrasi dalam PAS adalah kaedah pemilihan kepimpinan PAS yang calon telah dicalonkan oleh kawasan-kawasan. Jika mahu menukar Presiden PAS atau AJK PAS Pusat, ruang demokrasilah digunakan sebaik mungkin dalam memilih pemimpin berkualiti dalam menerajui PAS.

TGAA dan TGHH adalah orang yang layak untuk mengurus-tadbirkan PAS. Dalam jemaah Islam, hujah atau alasan syarak mestilah menjadi panduan pemikiran dan tindakan. Setiap perkara yang ingin dilaksanakan memerlukan hujah syarak bukan sekadar teori manusia.

TGYO mengariskan panduan dalam memilih pemimpin jemaah Islam:
+ Beriman kepada Allah
+ Amanah
+ Tidak membuat dosa besar
+ Tidak meminta nak jadi ketua.
+ Kata pemimpin adalah arahan

Penulis merumuskan  kata TGYO, pemimpin yang patut dipilih:
+ Pernah bergiat dan mempunyai pengalaman peringkat bawah
+ Masak dengan tabiat orang PAS
+ Persoalan ilmu

Menurut TGHH pula, pemimpin yang perlu disiapkan dengan pembentukan syakhsiyah yang beraqidah dengan;
+ Ilmu
+ Amal dan tazkiyah
+ Mehnah atau ujian

Ruang demokrasi-pertandingan dan syura meletak menjadi peluang kepada perwakilan muktamar memilih pemimpin yang berkualiti dan memenuhi kehendak kawasan-kawasan yang mereka wakili.

Antara punca permasalahan yang timbul berkaitan dengan kepimpinan ialah

+ Tidak meletakkan seseorang di tempat sesuai
+  Tidak mengambil berat tentang ukhwah, komunikasi dan kebajikan anggota.
+ Pemimpin tidak layak dari segi prestasi semasa.
+ Tidak menjaga kerahsiaan jemaah
+ Perangkap musuh melalui soalan daripada wartawan dan audien dan terlalu bebas dalam pengaulan sehingga tercakap persoalan rahsia.
+ Tidak ikhlas dan mempunyai kepentingan dan agenda peribadi.
+ Kritikan dan kenyataan secara terbuka
+ sikap berkem-kem dan berpuak-puak

Pemilihan ketua perlu melalui proses yang dibenarkan oleh Perlembagaan PAS.

Buku yang boleh dirujuk:

Said Hawwa, Memahami Prinsip-Prinsip ‘Amal Islami, Shah Alam: DPF, 2006

Fathi Yakan, Tasawur Asasi Gerakan Islam, SA: DPF, 2004.

Fathi Yakan, Golongan Yang Tercicir, SA: DPF, 2001.

Mustafa Masyhur, Jalan Dakwah: Antara Qiyadah dan Jundiyyah, SA: DPF, 2001

Yahya Othman, ‘Amal Jama’i, SA: DPF, 2006.

Yahya Othman, Usrah Sebagai Tunjang Kepada Tarbiyyah Gerakan Islam, KB: Pustaka Aman(terbit sendiri), 2011.

Lajnah Tarbiah dan Pengkaderan PAS Terengganu, Manhaj Daurah Tadribiyyah, KT: PAS Terengganu, 2010.

No comments:

Sebelum Loceng PRU 15 Melolong

 Sebelum Loceng PRU 15 Melolong a. Kerajaan 1. Kita perlu memahami bahawa kerajaan persekutuan pada hari ini berdiri atas sokongan para ahli...