Friday, May 15, 2015

Kelompok Pencabar Presiden: Siapa dan Mengapa?



Pertembungan dalam PAS bukanlah dalam kalangan profesional vs ulama. Ia boleh dilihat pertembungan konservatif-tradisonalis vs progresif.

Kelompok pencabar presiden atau kelompok progresif  boleh dibahagikan beberapa kelompok:

+ pola pentarbiahan jemaah-jemaah Islam yang lain[1]
+ pola pemikiran Marhaenis PAS [2]
+ Pola pentarbiahan bermentorkan Tuan Guru Yahya Othman.[3]

Mereka boleh bersatu melawan TGHH kerana kecewa dengan pemikiran dan pendekatan TGHH. Mereka mempunyai ciri yang sama;

+ Kecewa dengan TGHH
+Pro PR bukannya Pro PAS
+ Politik lebih utama daripada tarbiah
+ PAS sebagai parti  lebih utama daripada sebagai jemaah Islam
+ Pro DS Anwar Ibrahim dan mengagungkan DSAI[4] serta pendamba DAP
+ Orang lama yang terpinggir, gagalis dan dikecewa.
+Orang yang bermasalah
+ bagaikan satu kem
+ rancangan mereka ditolak oleh Presiden atau Majlis Syura Ulama
+ PAS sebagai parti nasional bukan setakat ideologi
+ Ulama hanya institusi bukan individu yang memimpin.
+ ditarbiah oleh Tuan Guru Yahya Othman
+ Mengangkat TGNA, Tuan Guru Fadzil Noor tanpa melihat TGHH adalah pemimpin besar yang menyokong kuat kedua-dua pemimpin tersebut.
+ kecewa prestasi kelompok ustaz
+ Baju PAS tetapi badan PKR
+ Putrajaya bukannya hukum hudud.
+ Terpengaruh dengan pemikiran canangan Barat dan tokoh liberal.
+ Bermain-main dengan maqasid syariah


Kita tidak pasti sama ada ia terancang atau tidak tetapi cara kerja dan isu-isu dicanang kelihatan seperti teratur dan terancang[5].

Daripada kemasukan kepelbagaian pemikiran pada 1998 ke kematian TG Fadzil Noor ke pembebasan DS Anwar Ibrahim daripada penjara ke tahun 2008 sehingga ke hari ini secara terbuka(ketara setelah 2010). Ia digerakkan oleh sekelompok anak muda, dikerangka pemikiran oleh para intelektual[6] PAS yang menulis dan kemunculan PASMA sebagai alternatif NGO menyokong PR. Ia kelihatan begitu seakan-akan terancang tetapi tidak pasti sejauh mana kebenarannya. Cuma Allah sahaja yang tahu.

Mampukah mereka kekal bersatu?



[1] Daripada kelompok ABIM pro DSAI, IRC dan Suara Islam. Semasa Tuan Guru Ahmad Awang menghantar surat penerimaan pencalonan, kelihatan Mejar Zaidi yang dekat dengan JIM. Di Perak, DS Nizar pernah dengan dengan SI manakala YB Ir Khalid Samad antara pimpinan utama SI. Jemaah IRC mempunyai sejarah hitam dalam pengolakan dalaman dalam PAS dan ABIM. Begitu juga ketika IRC diundurkan dalam PAS.  Sejarah penentangan atau konflik zaman muda kelihatan timbul kembali..
[2] Kelompok ini dekat dengan Tuan Haji Mohamad Sabu. Antara kelompok ini adalah Kawasan Batu ketika dipimpin oleh Tuan Haji Cikgu Ishak Surin.
[3] Tuan Guru Yahya Othman adalah murabbi ummah PAS. Beliau adalah tokoh tarbiah PAS  dan pernah menjadi EXCO Kerajaan Negeri Kelantan. Penggal kedua, nama beliau tiada dalam senarai menimbulkan pertanyaan. Menuduh beliau merancang adalah satu kesalahan dan fitnah. Penelitian ini berdasarkan pola pentarbiahan kelompok ketiga yang menentang kepimpinan TGHH. Jika kita lihat pola pentarbiahan mereka, ramai kalangan mereka dekat dan ditarbiah oleh TGYO. Lihat sahaja tokoh-tokoh PASMA dan penentang TGHH, kebanyakan mereka ditarbiah oleh TGYO. Di peringkat mahasiswa, grup I juga dekat dengan TGYO. Antara kalangan mereka menyifat PAS ada dua mazhab tarbiah, satu mazhab TGYO manakala satu lagi mazhab tarbiah Tuan Guru Harun Taib.
[4] Ada dua siri tulisan Dr Dzukefly Ahmad membenarkan Langkah kajang dan Konsensus Nasional
[5] Dalam PAS, ada dua tokoh pakar saraf dan strategi politik yang handal iaitu Dato Mustafa Ali dan Dato Wan Abdul  Rahim.
[6] Tulisan menarik daripada YB Dr Mujahid Yusuf dan Dr Dzulkefly Ahmad.

No comments:

Sebelum Loceng PRU 15 Melolong

 Sebelum Loceng PRU 15 Melolong a. Kerajaan 1. Kita perlu memahami bahawa kerajaan persekutuan pada hari ini berdiri atas sokongan para ahli...